Sunday 13 August 2017

CAIRO, MESIR

18 - 24 MAC 2017

EGP  100  =   MYR 24
1.00 petang di Cairo = 7.00 petang di Malaysia

18 MAC , SABTU - HARI PERTAMA

Pada bulan September 2016, ada tawaran tiket penerbangan oleh Qatar
Van : Public transport...2 EGP sahaja
Airways. Saya menempah tiket ke Cairo untuk empat orang termasuk dua anak remaja dengan harga RM 1733 seorang. Murah, fikir saya kerana harga yang biasa saya dapat adalah melebihi RM 2300 seorang.
Seperti biasa kami naik KLIA transit dari Salak Tinggi ke KLIA. Pesawat berlepas tepat jam 9.15 pagi. Kami tiba di Doha sekitar jam 12.00 tengah hari waktu tempatan. Setelah dua setengah jam transit, perjalanan diteruskan menuju ke Cairo. Kami selamat tiba di Cairo International
Breakfast kali pertaman
Airport pada jam 5.15 petang (11.15 malam waktu Malaysia) waktu tempatan. 

Empat belas jam dalam penerbangan termasuk transit - satu perjalanan yang memenatkan sebenarnya. Percutian kali ini menggunakan 'ground package' oleh Syaza Travel. Agak memudahkan kerana ada 'guide' yang menjemput kami untuk terus ke hotel.  Terima kasih Syaza Travel. 
Kami temui banyak orang Malaysia yang ke Cairo untuk menghadiri
sarapan pagi
konvokesyen anak-anak di universiti di Cairo. Mungkin kami sahaja yang

memang datang untuk melancong. Difahamkan penduduk Cairo berjumlah 9.5 juta orang sementara jumlah penduduk Mesir pula 91 juta.
Mesir merupakan sebuah negara dengan peradaban tertua di dunia. Banyak sekali tempat bersejarah di dalamya termasuklah masjid-masjid yang besar sehingga Mesir digelar sebagai 'Negeri Seribu Menara'
Kami tiba di Hotel Aracan Pyramid
sarapan pagi juga
sekitar jam 7.30 malam. Sebelum memasuki bilik, kami makan malam di restoran hotel menggunakan 'ala

carte menu'. Puas jugaklah meneliti menu kerana makanan arab. Akhirnya kami memesan 'spagheti dan fish & chips' sahaja. Alhamdulillah, sedap....

19 MAC , AHAD - HARI KEDUA
Bersarapan di restoran hotel tepat jam 7.00 pagi. Macam-macam makanan ada... pelbagai jenis roti, puding, kek dan nasi minyak lauk daging. Sup juga ada tetapi tidak kena dengan selera saya...
Pemandu pelancong tiba pada jam 8.00 pagi. Muhammad namanya dan Shaaban adalah pemandu van yang mengiringi perjalanan kami. Cuaca agak sejuk sekitar 12 hingga 18 darjah Celcius. Hanya anak lelaki dan suami saya yang memakai baju panas. 'Sejuk sedikit tak apa, saya suka. Malaysia kan panas...' kata saya apabila Muhammad agak hairan melihat saya tidak memakai baju panas. 
'Jangan percaya orang yang tidak
dikenali', pesannya lagi. Itulah juga ungkapan yang sering didengar dari mana-mana 'guide' yang pernah saya temui. Sebenarnya penipuan ada di mana-mana jika kita tidak berhati-hati.
Kami menuju ke Giza Pyramid yang hanya dua puluh minit dari hotel. Sepanjang jalan, saya melihat banyak 'van lama' yang membawa penumpang. Dengan bahagian belakang enjin dan pintu yang terbuka, van tersebut amat mudah di
selfie kat dinding piramid
temui. Kata Muhammad, itu pengangkutan paling murah - hanya EGP 2         (RM  .48) sahaja untuk satu perjalanan.
Kebanyakan kenderaan di situ berdebu dan kotor. Mungkin kerana sebahagian besarnya dahulu adalah padang pasir. Susah nak jumpa kereta yang bersih berkilat seperti di tempat kita. Jalan raya pula, tiada garisan putih. Cara pemanduan mereka juga mengelirukan... tiga lorong atau empat lorong, kena pandai-pandai. Pertengkaran kecil
cenderahati yang dijual
sesama pemandu adalah perkara biasa dan akan berakhir begitu sahaja...angkat tangan, senyum dan pergi. Tak ada gaduh -gaduh besar.  Masing-masing faham barangkali.

Sekitar jam 9.00 pagi, kami pun tiba. Pengunjung memang sangat ramai, sedang beratur di kaunter tiket. Mujurlah Muhammad telah beli tiket untuk kami. 
Saya lihat sekumpulan pelancong cina membawa bagasi besar melalui 'scanner'. Kata Muhammad, pelancong yang baru tiba dari airport dan terus ke Gyza Pyramid, perlu bawa turun semua bagasi untuk di scan.
Ambil bagasi dan berjalan kaki untuk menyimpannya semula di dalam bas. Agak jauh juga mereka terpaksa berjalan kaki sambil mengheret bagasi kerana bas tidak boleh ambil penumpang dekat tempat scanner. Peraturannya begitu....
Ada tiga pyramid di situ berlainan saiz. Sangat besar dan tinggi. Subhanallah. Itu sahaja yang termampu saya ucapkan. Terdapat lebih dari 93 buah pyramid di seluruh Mesir tetapi tiga buah yang terdapat di daerah Giza
adalah yang paling popular. 
'Great Pyramid of Giza' atau 'Pyramid of Khufu' atau 'Pyramid of Cheops' merupakan pyramid tertua dan terbesar di antara ketiga-tiganya. Juga merupakan satu daripada tujuh keajaiban dunia.
Difahamkan piramid merupakan kubur untuk  10 hingga 20 tahun sehingga menjelang tahun 2560 sebelum masehi. Ketinggiannya mencapai 146.5 m, Great Pyramid merupakan binaan tertinggi buatan manusia di
laluan ke sphinx
dalam dunia selama 3800 tahun. Para saintis masih memikirkan pelbagai teori tentang pembinaanya namun mereka bersetuju bahawa batu-batu besar di bawa melalui air dan meletakkannya di tempat yang betul. Walau bagaimana pun piramid ini juga telah melalui fasa penambahbaikan kerana seringkali rosak terutama bahagian dindingnya.
Kami merakam gambar di merata-rata tempat sekitar piramid. Muhammad membawa kami ke
persediaan untuk show sebelah malam
tempat-tempat tertentu untuk mendapatkan sudut paling cantik. Bukan senang, kata saya. Beribu batu kami datang untuk melihat kebesaran Allah ini serta kehebatan manusia zaman itu. Saya juga sangat berterima kasih kepada Muhammad kerana dia sering membantu merakam gambar kami sekeluarga, tak payah suruh, dia akan meminta kamera dari saya. K
ami sempat juga memanjat dinding pyramid kerana ada laluan yang boleh dipijak. Namun perlu berhati-hati takut terjatuh.
Tambahan pula pengunjung memang ramai. Di mana-mana sahaja ada orang. Puluhan bas dan van yang membawa pelancong berada di situ. Yang paling banyak adalah warga cina.
Orang  pertama yang membina piramid Giza adalah Khufu atau Cheops iaitu firaun kedua dari dinasti keempat. Beliau adalah anak kepada Firaun Sneferu dan Ratu Hetepheres, berkuasa pada tahun 2551 hingga 2528 sebelum Masehi. Difahamkan, sebanyak 2,300,000 batu kapur dan
dinding piramid
granit  diperlukan. Anggaran berat sebiji batu adalah 2.5 tan. Sangat menakjubkan..... 

Cenderahati juga banyak dijual di situ. Selain itu terdapat juga beberapa ekor unta dan kuda yang boleh disewa sekiranya berminat. Anak-anak saya menaiki unta dengan bayaran USD 20 seorang. Mereka tidak dibiarkan berjalan sendiri, ada lelaki yang tolong memegang tali unta- unta tersebut.
Selesai bergamar di kawasan pyramid, kami  menuju ke Sphinx. Tidak boleh
menghampirnya kerana kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan. Sphinx di Giza ini merupakan yang paling terkenal dan dipercayai mempunyai kepala 'Khufu'. Tingginya adalah 3 meter dan panjangnya 20 m. 
Sphinx melambangkan watak yang gagah bagai singa tetapi lembut seperti manusia. Sedang asyik bergambar, saya terdengar bunyi bising dari kejauhan. Rupa-rupanya beberapa ekor kuda 'naik angin' sambil
membuat bunyi- mengangkat kaki hadapan kemudian menendang-nendang tanah. Beberapa orang bertempiaran lari. Mujurlah tuan kuda berjaya menenangkan haiwan-haiwan tersebut. Menakutkan....
Kami tinggalkan tempat yang penuh
bersejarah itu. Singgah di 'perfume factory' dan seorang staf melayan kami di dalam bahasa Indonesia yang sangat fasih. Di situ terdapat banyak bilik dimana setiap satunya di layan oleh staf tertentu. Pandai bercakap serta meyakinkan, dia bercerita tentang kegunaan pelbagai bahan sama ada untuk kecantikan atau kesihatan. Contohnya tentang minyak almond, madu, kurma, zafran dan banyak lagi.
keranda
Perut mula terasa lapar. Kami ke restoran yang menghidangkan makanan secara buffet. Terdapat nasi minyak dan lauk ayam, pelbagai jenis kuih, puding, kek, roti, spagheti, fishball dan buah-buahan. Ada yang tak sempat di jamah kerana terlalu banyak pilihan. Semua yang saya ambil adalah sangat sedap, cuma ada yang terlalu manis.
Destinasi seterusnya adalah 'Egyptian Museum' atau 'Muzium Mesir' atau 'Muzium Cairo'. Selain dari tiket masuk yang telah di beli
Didalam muzium
oleh Muhmmad, saya kena bayar EGP 50 untuk bawa masuk kamera. Semasa melalui scanner, saya terlupa ada gunting di dalam beg tangan. Terpaksalah di tinggalkan di kaunter khas.

Muzium, seperti namanya... tempat menyimpan koleksi antik bangsa Mesir kuno dan memiliki 12,000 artifak. Pada asalnya muzium ini didirikan di Taman Ezbekeyah pada tahun 1835. Kemudiannya berpindah ke Boulaq pada tahun 1858. Muzium yang ada sekarang pula dibina pada
tahun 1902.
Bangunan dua tingkat ini dibahagikan kepada ruang-ruang tertentu mengikut zamannya. Selain itu terdapat ruang khas yang menempatkan koleksi barang-barang yang diperbuat daripada emas tulin. Satu  lagi ruang yang menempatkan mumia, tidak pula saya masuki. Ada tiket khas ke situ.... lagi pun saya dan suami tak berani sebenarnya....
Secara amnya, banyak cerita adalah tentang kehebatan tamadun Mesir. Cerita tentang firaun-firaun serta kaum keluarga mereka. Ada cerita tentang Tutankhamun, firaun paling terkenal. Dilahirkan pada 1346 sebelum Masehi. Menjadi pemerintah pada usia 9 tahun  dari 1337 hingga 1328 sebelum Masehi. Kuburnya ditemui pada  4 November 1922, 3000 tahun selepas kematiannya oleh  ahli arkeologi British,  Howard Carter. Bersama-sama mayatnya ditemui juga sejumlah
khusyuk dengar Muhammad cerita
harta karun yang sangat berharga.

Terdapat juga jasad firaun yang disimpan di dalam empat lapis keranda di perbuat daripada batu. Saya kagumi Muhammad yang boleh menceritakan banyak perkara berkaitan bahan-bahan pameran yang ada.
Terdapat patung raja dan permaisuri yang di atas tahta, memakai sebelah kasut sahaja menggambarkan bahawa hidup suami isteri ini haruslah saling melengkapi. Raja
memakai kasut kanan sementara permaisuri memakai kasut kiri....'so sweet', fikir saya sendirian.
Bagaimana pun pada 28 Januari 2011, berlaku 'revolusi Mesir'. Akibatnya, dua mumi dilaporkan hancur dan banyak koleksi yang hilang.
Hampir dua jam berada di dalam muzium tersebut tanpa kami sedari. Banyak gambar yang ingin dirakam dan banyak pula cerita yang  dibaca pada setiap artifak. Kami bertolak pulang. Memang meletihkan tetapi
semua pengalaman tidak akan dilupakan.....
Sampai di hotel, kami berehat sebentar sebelum makan malam di restoran hotel. Malam itu terdapat sekumpulan pengunjung dari Pulau Pinang. Sempatlah kami berbual-bual kosong sambil makan. Hidangan buffet kali ini memang banyak yang hendak di jamah. Selain nasi lauk ayam, terdapat juga pelbagai jenis roti dan kek yang manis-manis belaka.











besarnya kerusi ..bandingkan dengan pengunjung


masjid imam shafii

20 MAC , ISNIN - HARI KETIGA
Seperti biasa, kami bersarapan di hotel. Perjalanan kali ini melalui lorong-lorong kecil yang berdebu. Jalan tar yang tidak rata dan telah rosak.... berlopak di sana sini. Keadaan akan menjadi lebih teruk kalau hujan, fikir saya sendirian. Di kiri kanan pula terdapat bangunan yang agak uzur serta tidak berjaga, seolah-olah ditinggalkan. Sesekali kelihatan penghuninya  keluar dari bangunan di situ sambil mengunci  pintu rumah.... ada orang tinggal rupanya.
Tepat jam 9.00 pagi, kami tiba di 'Masjid Imam Syafii'...mazhab kami dan kebanyakan rakyat di Malaysia. Agak jauh dan terpencil. Kami mencari tempat wuduk, yang  agak terasing dari masjid. Ada dua lelaki sedang membersihkan kawasan tersebut. Selesai berwuduk, kami berikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Nama sebenar imam Syafii adalah Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin al Abbas. Beliau dilahirkan pada tahun 150 H di daerah Gaza. Sejak kecil, Allah memberinya anugerah yang luar biasa....kecerdikan dan keistimewaan yang tidak dimiliki oleh anak-anak lain seusianya. Menghafal al Quran seawal usia tujuh tahun dan seterusnya berguru dengan Imam Malik di Madinah. Kegigihannya dalam mencari ilmu membuatkan guru-gurunya
syiling kayu berukir
kagum dan memberinya 'kebenaran' untuk mengeluarkan fatwa ketika beliau berusia 15 tahun. 
Imam syafii wafat pada tahun 204 H ketika berumur 54 tahun. Beliau meninggalkan banyak karya-karya hebat untuk generasi selepasnya.
Di dalam masjid, kami lakukan solat sunat masjid serta dhuha. Terdapat sebuah pintu yang menghubungkan masjid dengan makam 'Imam Syafii' di bahagian belakang. Sayang sekali.... makam sedang diubahsuai yang dijangka mengambil masa tiga
tahun untuk disiapkan. Muhammad kata, kerja-kerja pengubahsuaian baru sahaja bermula enam bulan yang lalu. 'Mesti cantik kalau dah siap nanti', sambung saya. Bahagian syiling masjid diperbuat daripada kayu berukir. Memang berseni dan cantik sekali. Cuma karpet agak lusuh dan mungkin lama tidak berganti.
Sebelum meninggalkan kawasan masjid, kami berikan sedikit sumbangan kepada beberapa orang yang ada di persekitaran...kanak-kanak dan beberapa orang dewasa. Mereka kelihatan dhaif dan sangat gembira bertemu kami.
Kami melalui jalan yang sama. Di kiri kanan jalan terdapat kawasan perkuburan dengan pagarnya yang tinggi. Terdapat juga tingkap-tingkap kecil yang membolehkan saya mengintai untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Kata Muhammad, satu

sebelah kiri adalah kubur
kawasan mungkin terdapat lebih dari satu kubur. Ada sebuah bilik kecil untuk pengunjungnya berehat. Biasanya pada hari Jumaat, akan ada pengunjung yang datang berziarah. Kubur sebegitu biasanya dipunyai oleh golongan yang berada di Cairo...
Destinasi seterusnya adalah 'Citadel of Saladin' dan 'Mohamed Ali mosque'. Beliau membina tembok untuk melindungi kota Cairo daripada musuh. 
kawasan dalam perkuburan

Saladin atau Salahudin Ayyubi sangat terkenal kerana kepemimpinannya, kekuatan askarnya dan sifat pengampunnya pada saat ia berperang melawan tentera salib. Beliau juga merupakan seorang ulama.  Gelarannya adalah 'lion of the dessert' kerana pernah menakluki 2/3 dunia termasuk Eropah.  
Singgah di Muhammad Ali mosque membuatkan saya terpegun seketika.
Muhammad Ali mosque
hiasan lampu seperti Masjid Biru, Istanbul

Mengambil nama bersempena pemerintah ketika itu, Muhammad Ali Pasha. Juga dikenali sebagai 'Alabaster mosque' atau 'Mehmet Ali Pasa Camii'. Rekabentuknya sangat menyerupai 'Blue Mosque' di Istanbul (yang telah saya kunjungi pada tahun 2008). Kata Muhammad, arkitek yang membinanya adalah Yusuf Bushnak dari Istanbul dan mengambil model Masjid Biru atau Blue Mosque . Di dalam masjid terdapat dua mimbar... yang lama dan yang baru. Kedudukan mimbar lama dikatakan tidak sesuai di situ

lalu di buat mimbar yang baru. Di luar masjid pula terdapat sebuah telaga yang telah wujud sejak dahulu yang airnya mengalir dari Sungai Nil namun bertutup rapat.
Masjid ini siap dibina pada tahun 1848. Merupakan masjid terbesar yang dibina pada abad ke 19 dan sehingga kini menjadi salah satu tarikan pelancong ke cairo. Sebenarnya masjid ini dibina sebagai tanda memperingati kematian Tusun Pasha iaitu anak sulung kepada Muhammad Ali yang meninggal dunia pada tahun 1816. 
Pada tahun 1857, Muhammad Ali Pashah meninggal dunia dan telah di makamkan di situ. Binaan kuburnya telah  menggunakan 'Carrara marble' yang diimpot khas dari Itali.
Muhammad juga memberitahu bahawa banyak bangunan di Mesir mempunyai kubah walau pun
telaga yang ujud sejak dahulu
bukan masjid. Jadi, jangan keliru... 'Masjid mesti mempuyai menara'. Sambungnya lagi.

Kemudian, kami ke restoran Soiree untuk makan tengah hari. Seperti biasa, makanan secara buffet dengan pelbagai pilihan. Seterusnya kami dibawa ke Masjid Al-Azhar. Sekali lagi kami merasa sedikit kecewa kerana masjid sedang diubahsuai walau pun masih dibenarkan untuk masuk.


mimbar baru dan mimbar lama (hijau)


Kota Cairo yang padat


Citadel of Saladin


di dalam masjid Al Azhar

Berdekatan dengan Universiti Al Azahar, saya menemui banyak pelajar Malaysia di situ. Masjid Al-Azhar dibina pada tahun 359 hingga 361 H dan sangat terkenal kerana menjadi masjid kampus terbesar. Namanya adalah sebagai penghormatan kepada puteri baginda rasulullah saw iaitu Fatimah az-Zahra.
Pada tahun 1961, untuk pertama kalinya masjid ini berfungsi sebagai
masjid saidina Hussain
sebuah universiti
 yang memiliki beberapa fakulti. Al-Azhar dianggap sebagai poros pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di Mesir dan dunia Islam. Masjid ini memiliki lima menara  dan tiga mimbar. Di dalamnya terdapat perpustakaan yang sangat besar. 
Banyak pelajar Malaysia yang menuntut di universiti Al-Azhar ini. Ada yang mengambil jurusan kedoktoran tetapi ada juga bidang-bidang lain berkaitan pengajian agama Islam. Saya masih ingat
bazar Khan Al Khalili

betapa gembiranya para ibu bapa sekiranya berjaya mendapat tempat untuk anak mereka belajar di sini. Beberapa orang teman saya juga pernah belajar di sini. 

Berhampiran masjid tersebut ialah Khan Al-Khalili Bazaar yang telah wujud seawal tahun 1382. Walau bagaimana pun seluruh bazaar tersebut telah diubahsuai oleh Sultan al-Ghuri (1501 - 1516) pada tahun 1511 menjadikannya kawasan
kompleks komersial yang teratur. Kebanyakan peniaga adalah  orang Mesir sendiri namun terdapat juga peniaga dari luar. Banyak barang yang terdapat di bazar tersebut. Antaranya karpet, barang kemas, cenderahati, pakaian dan banyak lagi produk Mesir.
Pada 7 April 2005 dan 22 Februari 2009, bazar tersebut telah diserang dan membunuh beberapa orang pengunjung luar. Akibatnya, bazar tersebut sepi dari pelancong untuk seketika. Beberapa tahun telah berlalu
penjual teh
dan kini pengunjung semakin ramai ke situ.

Berdekatan bazar Khan Al khalili, terdapat masjid Saidina Hussain. Dipercayai, hanya kepala Saidina Hussain yang dimakamkan di situ. Wallahualam...
Sementara menunggu kedatangan Muhammad, kami lepak di luar masjid melihat gelagat sebilangan penjual inai. Seorang wanita kulit hitam berniaga di tepi sambil membawa seorang bayi yang
minum jap
diletakkan di dalam 'bakul bayi'. Sesekali dia memberikan susu botol kepada bayinya sambil melukis inai di jari pelanggan. Di hadapan wanita tersebut adalah suaminya yang menjual air teh, dengan membawa bekas air panas, uncang serta cawan pakai buang. Boleh juga ditambah daun pudina bagi pelanggan yang berminat. 

Kemudian saya melihat mereka makan bekal yang dibawa.... roti parata, keju, tomato dan daun bawang yang masih berakar
dihujungnya. Bayangkan kalau anak-anak saya diberi makan begitu....Allahu. Tiba-tiba hati saya tersentuh...banyak manalah pendapatan yang mereka perolehi seharian berniaga di situ. 'Survival...' kata anak perempuan saya.
Kami ke bazaar sekali lagi. Tidak ramai pengunjung ketika itu. Mudah untuk tawar menawar, sehingga 50 peratus... Teringat waktu saya ke bazaar di
Tehran yang kebanyakan pengunjung adalah orang tempatan. Nak tawar, maaflah...mereka tak layan pun. Banyak 'window shopping' daripada membeli sebenarnya...
Sementara menunggu van, kami minum dan makan kacang di restoran berhampiran. Hari semakin lewat petang dan tuan punya kedai menutup payung-payung yang ada. Pemandangan semakin cantik dengan setiap restoran menggunakan kerusi-kerusi kayu berukir...
Semasa di dalam perjalanan pulang, kami melalui satu kawasan yang sangat
citadel of Saladin
sibuk di panggil 'china market'. Kebanyakan barangan yang dijual di situ adalah produk dari negara China. Hanya melihat dari atas van sahaja, tak singgah pun.

Kami tiba di hotel sekitar jam 5.30 petang. Sempatlah berehat sebentar sebelum turun di restoran hotel untuk makan malam secara buffet. 





21 MAC , SELASA - HARI KEEMPAT
Pukul 6.00 pagi, kami telah turun untuk bersarapan. Destinasi hari ini adalah kota Alexandria yang jauhnya lebih kurang 225 km. Sekitar jam 7.00 kami dah mula bergerak. Sepanjang jalan, dapat dilihat ladang buah-buahan. Antaranya pokok epal, limau, strawberi, delima, anggur, pisang, mangga dan macam-macam lagi. Kebanyakan pokok tiada buah kecuali limau. Selain itu terdapat juga
singgah sebentar

pelbagai jenis sayuran. 

Kami singgah di sebuah restoran .... untuk beli minuman dan ke tandas. Nasib saya kurang baik kerana terkunci di dalam tandas. Mujur ada sekumpulan pelancong cina sedang beratur di tandas.... merekalah yang tolong panggil staf restoran. Pintu ditendang hingga terbuka. Takutnya saya. Berkali-kali saya ucakan terima
Alexandria
kasih pada mereka.

Suami dan anak-anak tidak tahu apa yang telah saya alami sehingga diberitahu. Insiden ini mengajar saya supaya mesti berteman ketika ke tandas terutama di luar negara.... 
Di luar restoran, pelancong cina tadi mula membuat bulatan. Pasang lagu dan menari beramai-ramai. Kami pula yang tumpang gembira melihat gelagat mereka. Banyak yang tua dari yang muda. Tanpa menghiraukan orang lain yang memerhati, mereka terus sahaja dengan aktiviti sendiri.
berlatarelakangkan King Farouk's Palace
Ada juga pengunjung yang merakam aksi mereka... 

Perjalanan diteruskan lagi sambil mendengar cerita dari Muhammad. Katanya suatu masa dahulu 100 EGP bersamaan dengan 500 USD. Namun sekarang mata wang mereka sudah jatuh di mana 100 EGP bersamaan dengan 24 MYR.
Alexandria merupakan bandar kedua terbesar selepas Cairo. Pada musim panas, kebanyakan keluarga diraja
Montazah Garden
serta pemerintah tertinggi akan menghabiskan masa mereka di kota ini. Kami kunjungi Montazah Garden dan King Farouk's Palace.

Al-Montaza Park atau Montazah Garden merupakan taman di raja seluas 150 ekar yang menghadap Laut Mediteranean. Di situ terdapat Al-Haramlik Palace juga dikenali sebagai King Farouk's Palace. 
King Farouk kehilangan takhta pada 26 Julai 1952 ketika berusia 32 tahun. Beliau menjadi raja Mesir
selama 16 tahun. Pada tahun 1965, beliau meninggal dunia di Rome selepas beberapa lama menetap di Monaco. 
Montazah Garden dipenuhi banyak tumbuhan yang sangat besar. Pokok kurma juga menghiasi sebahagian besar taman. Terdapat juga pokok-pokok yang telah hidup di situ sejak 75 tahun yang lalu. Bersih, cantik dan
Laut Mediteranean 
terpelihara. Terasa udaranya yang nyaman dan segar, jauh dari debu kota Cairo yang sedikit menyesakkan.

Seterusnya kami ke Fort of Qeit Bay atau Citadel of Qeitbay. Dibina pada tahun 1480 AD oleh Sultan Al Ashraf Qaitbay dan merupakan benteng pertahanan sepanjang pantai di Alexandria untuk menghalang pencerobohan askar Turki. Citadel atau benteng itu terus digunakan sejak tempoh pemerintahan mameluke, Ottoman dan era zaman
moden. Namun selepas pengeboman British pada tahun 1882, 'citadel' ini terus diabaikan sehinggalah abad ke 20 bila mana ianya telah melalui fasa penambahaikan dari masa ke semasa.
Tingginya adalah 17m dan mempunyai 3 tingkat. Bilik untuk askar-askar yang bertugas juga disediakan. Terdapat banyak bahagian yang membolehkan mereka memantau kedatangan
mengelamun....
musuh. Saya meninjau satu lubang kecil di tingkat atas yang boleh nampak kehadiran musuh dari lautan luas sejauh 1 km lagi. Pada satu bahagian yang menghadap laluan pintu masuk utama pula terdapat ruang yang membolehkan minyak panas dituang ke atas kepala musuh yang lalu di bawah...menakutkan....

Seterusnya kami ke Ciciliano restoran untuk makan tengah hari. 'Menu berbeza', kata Muhammad membuatkan saya teruja. Asyik
persekitaran Fort of Qeit Bay
makan buffet... kadang-kadang menjemukan.

Seperti yang dijanjikan, menu ala carte plihan Muhammah barangkali. Ada ikan belanak bakar, ikan tilapia goreng, isi ikan celup tepung dan udang bakar berserta semangkuk sup ketam. Sos putih yang masam dan sos cili juga ada. Memang ringkas tetapi sangat sedap. Berselera anak-anak saya walau pun tiada ayam....nasi pun bertambah. Kami
macam-macam ikan

Di dalam Fort


intai musuh....1 km boleh nampak

depan pintu bilik

Ruang solat

Di hadapan Fort of Qeit Bay
Berlatarbelakangkan Laut Mediteranean
Masjid Abu al Abbas

makan sambil menghadap Laut Mediteranean. Kelihatan beberapa orang sedang mandi walau pun air laut agak dingin ketika ini. Kata Muhammad, pengunjung pantai perlu membayar untuk sewa payung dan kerusi.

Selesai makan, kami ke Masjid Abu al-Abbas al-Mursi yang mempunyai pengaruh senibina bangunan lama Cairo. Abul Abbas al-Mursi merupakan seorang ahli sufi yang
pohon kurma menghiasi persekitaran masjid
terkenal pada masa itu dan di dalam masjid itulah terdapatnya kubur beliau. Semasa hayatnya, beliau yang berasal dari kerajaan Andalusia dikatakan telah meninggalkan hal-hal duniawi untuk  mengembangkan syiar Islam. Beliau tinggal selama 43 tahun di Alexandria sebagai guru agama dan meninggal dunia pada tahun 686 H. Sebagai penghormatan
Tak sempat singgah pun
buat Sheikh Abul Abbas al- Mursi, maka masjid ini didirikan di kuburnya (sekitar tahun 1929 sehingga 1945). Saya sempat menunaikan solat jamak di situ.  Saat melangkah keluar saya titipkan sedikit sumbangan buat orang tua yang menjaga rak kasut di luar masjid.

Kami terus bertolak pulang ke Cairo dan perlu menempuh tiga jam lagi untuk tiba . Hari semakin gelap dan jalan sangat sesak. Sekitar jam 7.00 malam, kami selamat sampai di
rambang mata
hotel. Makan malam seperti biasa di hotel. Buffet lagi....


22 MAC , RABU - HARI KELIMA
Selepas bersarapan pagi di hotel, saya dan suami berjalan-jalan di persekitaran hotel sahaja. Melihat gelagat penduduk tempatan di pagi hari. Anak-anak naik ke bilik sementara menunggu Muhammad datang. Pukul 11.00 pagi kami keluar ke 'downtown' dan shopping mall
nak naik cruise
sekitar Cairo. Sempat saya membeli beberapa helai jubah yang harganya jauh lebih murah berbanding di tanah air sendiri. Kemudian kami singgah di Soiree Restoran untuk makan tengah hari. Selepas itu terus pulang ke hotel kerana kami akan dijemput pada pukul 5.45 petang untuk 'dinner cruise'.
Sampai di pinggir sungai Nile, terdapat banyak pengunjung di situ. Terdapat beberapa buah kapal yang menganjurkannya... cuma saya tidak
cruise....cantik
pasti apakah semua kapal itu dari satu company yang sama atau berbeza. Di tepi air pula terdapat dua orang wanita sedang membuat dan membakar 'roti parata' dan menjualnya kepada sesiapa yang berminat.... seakan-akan capati rupanya.
Diatas kapal, semua kerusi penuh. Terdapat dua kumpulan jemaah Indonesia yang baru selesai ibadah umrah mereka. Lain-lainnya
tepi jeti cruise
pengunjung dari cina dan India. Hanya kami berempat sahaja dari Malaysia.
Makanan yang disediakan adalah secara buffet... macam biasa, ada yang saya suka, ada yang tidak. Nasi, lauk ayam dan kuih muih.... manis-manis . Sambil menjamu selera, kami dihidangkan dengan beberapa jenis tarian. Persembahan pertama adalah tarian gelek oleh seorang wanita yang hampir separuh bogel... agak memalukan bagi saya
tarian gelek...seksi
sebenarnya. Persembahan kedua oleh seorang pemuda dengan kostum istimewa yang membuat pelbagai aksi menarik yang tidak terlintas di fikiran. Cantik dan pantas sekali pergerakannya. Penonton juga diajak untuk bersama-sama menari dengannya. Kemudian satu lagi tarian dengan pakaian sedikit sopan. Persembahan diakhiri dengan lagu-lagu evergreen yang popular sekitar 80an oleh band pengiring...antaranya adalah lagu Feeling, how
happy jer
deep is your love , Hotel Carlifornia dan banyak lagi. Saya dan suami yang membesar dengan lagu-lagu tersebut merasa amat terhibur sekali...begitu juga anak-anak. Bagi kami, itulah acara kemuncak pada malam itu yang menjadi ingatan manis hingga ke saat ini...

23 MAC , KHAMIS - HARI KEENAM
Hari ini tiada agenda khas. Kami hanya bersarapan di hotel dan mengemas bagasi. Pemandu van,
patut di puji...hebat

Shaaban menjemput untuk ke lapangan terbang tepat jam 11.00 pagi memandangkan pesawat kami akan berlepas pada jam 1.40 petang. Seperti penerbangan dari Kuala Lumpur tempoh hari, kami singgah sebentar di Doha untuk menukar pesawat. 
Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA pada keesokan harinya sekitar jam 7.45 pagi waktu tempatan.

kreatif

satu lagi tarian
lagu-lagu evergreen


Banyak pengalaman di Cairo yang menjadi kenangan saya... keramahan Muhammad bercerita, kesibukan bandarayanya dan keindahan senibina yang ada di sana membuatkan saya tak akan lupa. Piramid dan sphinx... satu lagi keajaiban dunia yang berjaya saya jejaki...Alhamdulillah. 
Antara keajaiban dunia lain yang telah saya jejaki adalah Tembok Besar China, Terracota army, Eiffel Tower, Tajmahal dan Borobudur. Moga saya sekeluarga dimurahkan rezeki serta diizinkan Allah untuk menjejaki lebih banyak lagi keajaiban dunia di masa-masa akan datang...aamiiin.

















3 comments:

  1. Menarik...
    Kami sekeluarga akan pergi next month..dgn pakej...hopefully its going to be a memorable trip...

    ReplyDelete
  2. Good day from emad ELHOMARY
    Tour Guide and Tour operator Emad packages Tours
    We ve the pleasure to let you kraw that my silf and my company will assest you and your campany to I mprove whats your Sitesean is and ours the same
    We would like to start co operation befweer each other boath Campanys on names of sileseer Guiding bas es hotels cruses and we send you an simple Example of what we have
    Or Egypt also if you sale Egypt with which campany might we coutaite you these programs with which campany might we coutaile you these programs with a very profesionale Guideing trors potation whichs our sister in work Campany with that year model of bases
    Besaide we ve commitment on the hotels at caoro Alxandria sharm ELSharikh st Cathrine Hurgada Dahab Luxor Aswan and niel Cruses hotels
    Hotels stars 3 stars 4 stars 5 stars
    Also we ve a dreat Deats with most of the Rstaurant at many traditoanal Restaurants on Egypt Might visit our inks to im prove what we re whats aur Experoanc
    Whats our programs who deal with our licens of toursm work the past Experience and we re horest cost we ve licence to wort nat like the resedans students who try to break the Rouls of the moresty of toursm those Resealant students are not a profisional withat license no Experience make the guest un happy and on risk cose ead no
    Permtion Gwiding and had no permtian for the siteseen Also thoserasdance students had not stady our Egyptiolegest history noright information
    Nationality: Egyptian
    Address: Giza -Cairo, Egypt.
    Cell phone: (+2) 01001493807 or (+2) 01212843226
    Email: emadelhomary@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis.. saya nak minta izin sekiranya saya nak menulis novel bercuti ke sana boleh x saya jadikan blog sis sebagai rujukan? Nanti saya creditkan link sis ni sekiranya novel sya menjadi hehe.

    ReplyDelete