Wednesday, 9 July 2014

AUSTRALIA - BRISBANE, GOLD COAST & SYDNEY

(# visa Australia semua tak ada ni...apply tak )

13 - 19 JUN 2011


13 JUN ( Isnin  ) : Hari Pertama
Pada kali ini, saya bersama suami dan empat anak berpeluang menjejakkan kaki di bumi kangaroo. Kami telah menempah tiket MAS (Malaysia airlines) menuju ke Brisbane tetapi pulang dari Lapangan Terbang Sydney.
Disebabkan pesawat akan berlepas pada jam 9.40 pagi, maka kami telah pun berada di KLIA tepat jam 7.15 pagi. Terus sahaja ke kaunter untuk mendapatkan boarding pass.
'Encik tak mohon visa ke? ' tanya pegawai dikaunter sambil membelek-belek
pasport kami. Soalan itu menyebabkan kami tersentak dan terkedu seketika.
Macam mana saya dan suami terlupa langsung tentang visa . Biasanya kami akan pastikan tentang urusan visa beberapa bulan sebelum berangkat, tetapi kali ini boleh terlepas pandang. Saya mula terbayang 'percutian yang tidak menjadi kenyataan' - alangkah kecewanya saya sekeluarga, macam mana dengan pelbagai jenis tempahan on line yang telah dibuat, begitu juga tiket penerbangan !
'Tak apa, encik boleh pergi ke aras 4 atau 5. Buat visa kat situ. Sekejap sahaja boleh siap. Pukul lapan, pejabat buka' balas pegawai tersebut kerana memahami apa yang bermain di fikiran kami barangkali.... 
Segera kami ke tempat yang dinyatakan. Orang ramai dah beratur. Saya terpaksa potong queu dan tunjukkan tiket. Mujur mereka sangat memahami dan melayan kami dengan baik. Terima kasih kepada semua petugas di situ. Alhamdulillah, setengah jam menunggu semuanya selesai. Saya mengucap
Baru tiba di airport Brisbane
syukur kepada tuhan kerana mempermudahkan segala urusan. 

Penerbangan mengambil masa lapan jam dan kami telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada jam 7.45 malam waktu tempatan 
Semasa melewati kaunter imigresen, saya ditanya tentang bekalan makanan yang dibawa. Bagasi dibuka untuk menunjukkan jenis-jenis makanan yang ada. Maggi, nasi impit  dan minuman 3 in 1 semuanya okey. Tiba kat serunding,
Menunggu untuk check in di City Palm motel
tak ada apa nak dibaca. Maklum saya bungkus sendiri sahaja. Dia ambil serunding ayam dan pulangkan serunding ikan ! 'Sorry' katanya berkali-kali sambil menerangkan peraturan negaranya .Dia masukkan serunding ayam dalam tong sampah. Sedih.... Pesannya lagi, lain kali bawa makanan yang berlabel supaya senang dia baca. 

Di luar, kami mendapatkan sebuah van untuk dihantar ke City Palm Motel. Saya lupa nak maklumkan pada pihak motel yang kami  tiba lewat sebab kaunternya tutup  jam lapan malam. Bila telefon suruh datang,
Baca peta dulu - di dalam bilik
kami diminta bayaran tambahan. Sedangkan urusan tempahan semuanya saya buat online ! 

Sebelum tidur, saya dan suami melihat peta bandaraya Brisbane kerana esoknya kami akan menyewa kereta. Pandu sendiri kerana kami tidak menggunakan agen pelancongan.

14 JUN ( Selasa ) : Hari Kedua
Jam baru pukul 8.30 pagi apabila
Hyundai Tucson yang disewa
kami meredah kota asing itu berjalan kaki menuju ke pejabat 'Alpha Car Hire' untuk mengambil

kereta yang dijanjikan. Hampir setengah jam berjalan, kami tiba. Cuaca pagi dengan suhu sekitar 16 darjah celcius membuatkan kami gembira berjalan kaki sambil berbual-bual kosong. Cuma beberapa kali terpaksa bertanya penduduk tempatan untuk tiba di tempat yang dituju.
Lama juga menunggu sementara kereta dibersihkan. Kami diberi kereta jenis Hyundai Tucson dengan harga AUD 232 bersamaan RM742. Kereta akan dipulangkan di cawangannya di Gold Coast pada hari ketiga (15 Jun ). Minyak kereta penuh dan pastikan begitu
Anak bujang  berposing, saya uruskan kereta
ketika pemulangan. Mereka mencatat dan memaklumkan pada kami mana-mana bahagian yang rosak pada kereta. Ada surat untuk ditanda tangani. Nasihat staf di situ 'elakkan melalui jalan bertol kerana tiada pondok bayaran. Semua urusan bayaran hanya menggunakan kad kredit dan perlu dijelaskan dalam tempoh tiga hari. Jika tidak bayar, pengguna akan ditahan ketika di airport. Lebih baik melalui jalan alternatif, supaya tiada masalah timbul.' Begitu panjang lebar beliau menerangkan.


Beli souvenir sikit











Kami pun mulalah menjelajah kota Brisbane dengan berkereta. Tempat pertama yang dirancang adalah 'Lone Pine Koala Santuary'. Puas jugalah bertanya untuk ke sana. Satu ketika saya terlihat seorang gadis melayu bertudung sedang berjalan ke universiti berhampiran. 'Maaf aunty, saya baru kat sini. Tak sempat lagi nak jalan-jalan' katanya lembut bila saya bertanya. Tak apalah, yang penting minyak penuh. Kata suami. Akhirnya sampai juga. Saya dah beli tiket online, jadi tak perlulah beratur panjang.

pertunjukan mencukur bulu biri-biri
Dibuka pada tahun 1927 merupakan tempat perlindungan koala yang terbesar dan tertua di dunia. Dimulakan dengan dua ekor koala bernama Jack dan Jill. Tempat tersebut yang berkeluasan 11 ekar menjadi lebih popular selepas perang dunia kedua.
Haiwan pertama yang menarik minat kami semua sudah pasti kangaroo. Banyak berkeliaran dan senang didekati. Ada pula demonstrasi mencukur bulu biri-biri yang sempat kami lihat. Bulu seekor biri-biri boleh memenuhi sebuah meja makan jika dibentang.
Biri-biri yang siap dicukur dimasukkan ke dalam kandangnya semula. Kasihan biri-biri tersebut. Pasti sejuk, fikir saya.
Selesai sahaja, kami ke tempat kangaroo semula. Bergambar dengan lebih dekat. Bulu kangaroo agak kasar, macam bulu kambing.                                                                                                                                                                                                                                                              
Puas juga nak cari yang betina sebab nak tengok kantung tetapi tak jumpa!
Teringin nak tengok anak yang di dalam kantung...
Kemudian kami menghampiri bahagian beruang koala pula. Haiwan ini dijaga dengan baik kerana dah semakin pupus. Mereka hanya makan daun pokok 'eucalyptus' sahaja. Dahan-dahan pokok tersebut diletakkan didalam kandang koala. Saya melihat seorang pekerja yang membasuh semula dahan-dahan tersebut kerana terjatuh sewaktu sedang dibawa. Begitu sekali mereka mempastikan kebersihannya.
Bagi koala yang dah tua, kandangnya di label 'retirement'. Ada beberapa ekor koala yang terjatuh ke bawah dan malas nak panjat semula. Pergerakan mereka juga pasif. Saya dimaklumkan
koala tertua yang pernah mereka jaga ialah berusia 25 tahun. Koala memang suka tidur, kadang-kadang sehingga 18 jam sehari. Ada koala yang matanya pejam tetapi mulutnya mengunyah daun, memang kelakar....
Ada pula kandang yang dilabel 'kindergarten' untuk koala di bawah umur dua tahun. Agak aktif dan suka bergerak. Mereka seolah-olah melekat pada batang pokok dan boleh tidur walau pun berada di hujung kayu.
Selain dua jenis haiwan utama, ada banyak lagi haiwan-haiwan lain di situ. Antaranya Tasmanian devils, wombat,


berjenis-jenis ular, platipus dan lain-lain. 
Kami bergerak pulang pada jam 4.30 petang. Nak sambung meronda Brisbane lagi kerana esoknya kami akan bertolak ke Gold Coast. Jalan bertol mudah di kenal pasti kerana ada papan tanda  'toll road' dan kami  elakkan. Sesekali sesat dan perjalanan diteruskan juga sehingga menemui U turn. Kami sampai di bandar apabila hari hampir gelap. Mencari parkir dan kedai halal untuk makan malam. Biasanya kebab orang Turki. Mereka ada di mana-mana. 






 15 JUN ( Rabu ) : Hari Ketiga
Awal pagi perjalanan diteruskan menuju ke Gold Coast yang jauhnya 78 km. Kami singgah di beberapa tempat untuk berehat atau merakam gambar. Waktu tengah hari kami tiba di Surfurs Paradise, Gold Coast. Banyak terdapat hotel, motel serta apartment di situ kerana berdekatan pantai. Tak susah mencari Budds Beach Apartment yang telah ditempah online. Parking pun dekat. Apartment satu bilik itu agak luas. Dilengkapi set sofa, meja makan, dapur elektrik, pinggan mangkuk , mesin basuh , mesin pengering dan
sebagainya. Saya pun mulalah basuh baju sebelum ke tepi pantai untuk melihat persekitaran. Pantainya cantik dan bersih tetapi tak ada orang mandi. Kebanyakan pengunjung hanya lepak-lepak. Ada banyak pokok kelapa dan burung kat situ ( tak pasti pulak nama burung tersebut ). Meja kerusi pun banyak - kami pun keluarkan bekalan... Lepas tu kami ke Wax Museum. Merupakan Wax Museum yang tertua dan terbesar di Hemisfera Selatan. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu 'The world in wax ' dan 'The chamber of horror'.Sempat pulak petugas kaunter tu berjenaka 'saya akan denda kalau
kamu tak bawa kamera'. Sambil tersenyum saya menganggukkan kepala. Tak banyak patung berbanding tempat lain yang telah saya kunjungi. Semua patung di dalam cermin kaca sahaja. Antaranya ialah Count Dracula, Frankestein, Presiden Obama dan banyak lagi. 
Kami ke tempat yang dinamakan 'Chamber of Horrors'. Patung-patung di situ menggambarkan bagaimana manusia zaman dahulu disiksa atas beberapa sebab. Kebanyakan adalah kerana melakukan pengkhianatan pada negara. Ada orang yang diikat kaki tangan kemudian ditarik oleh kuda sehingga putus. Ada yang diletakkan tikus di dalam sangkar di atas dada. Tikus dipanaskan menyebabkannya mengorek dada untuk melarikan diri. Memang dasyat ! Ada yang diheret oleh kuda di atas padang pasir. Ada yang dipotong lidah. Tak sanggup rasanya nak bayangkan....
Sebelah petangnya kami ke bandar Surfers Paradise dan singgah di Restoran India muslim. Beli nasi briyani untuk di makan di tepi pantai. Sampai di pantai ada pasar malam, katanya pada setiap hari Rabu. Macam-macam dijual antaranya t shirt, cenderahati dan bunga hiasan . Merakam gambar dilarang sama sekali. Yang bagusnya di pantai tersebut ada banyak tandas awam yang bersih, boleh dikatakan selang 200 m. Angin pantai pula terasa nyaman sekali membuatkan kami seronok berada di situ. Bukan mudah untuk kami berenam duduk-duduk sambil berbual kosong begitu. Maklum kalau di tempat sendiri, kedua-dua anak bujang saya sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Peluang bercuti bersama  memang saya nanti-nantikan kerana dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
Hari lewat malam dan kaunter apartment dah tutup. Mereka tidak bertugas 24 jam. Kami masuk ikut pintu belakang sahaja. Ada agenda lebih menarik yang menanti pada esoknya.

16 JUN ( Khamis ) : Hari Keempat
Kami keluar pada jam 9.00 pagi untuk memulangkan kereta sewa di pejabat
bersama watak popular
Alpha berhampiran Gold Coast airport. Puas mencari dan bertanya, akhirnya jumpa juga. Pihak Alpha menghantar kami di airport kerana di sana ada bas untuk ke Warner Bros Movie World. Kami kena menaiki dua bas. 
Seperti taman -taman tema lain yang pernah dikunjungi, ada roller coster, watak kartun , spaceshot, main street entertainment dan filem 4D . Namun yang paling hebat adalah Hollywood Stunt Driver dimana mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak oleh pelakon lagak ngeri. Beberapa buah kereta dan motosikal melakukan aksi drift yang sangat mendebarkan. Pertunjukan tersebut memang menghiburkan. Sempat juga bergambar dengan beberapa watak popular seperti Looney Tune, Scooby- Doo,Austin Power, Batman, Marilyn Monroe , cat woman
Menyaksikan perarakan
dan banyak lagi.
Menonton filem 4D bertajuk 'Journey To The Centre of The Earth' membawa kami mengembara ke dunia lain yang jauh. Sesekali kami dikejutkan

Lukisan 3D
dengan percikan air atau sesuatu menjalar di bawah kerusi yang menyentuh kaki. Penonton seolah-olah dibawa bersama menyertai pengembaraan tersebut. Tepat jam 3.30 petang diadakan pula perarakan semua watak-watak kartun yang ada. Mereka juga mengedarkan ais krim percuma kepada kanak-kanak yang dipilih secara rawak.
Kami pulang pada pukul 4.30 petang walau pun taman itu ditutup pada jam 5.00 untuk mengelakkan kesesakan 
Terus sahaja ke pusat bandar , Surfurs Paradise mencari restoran muslim
untuk makan malam. Sewaktu berjalan, saya singgah di tandas awam yang ada. Luas dan sangat bersih. Siap ada lagu apabila pintu tandas ditutup..
Kemudian saya terpandang dua orang gadis cantik yang hanya memakai pakaian dalam - sangat seksi . Anak kecil saya kehairanan.... beberapa orang lelaki menghampiri untuk diajak bergambar. Tetapi awas, mesti bayar! Baru saya faham. Kedua-dua gadis tersebut sedang bekerja  peminta sedekah paling seksi abad ini!! Nak merakam gambar pun tak tergamak rasanya.....
Selesai makan, kami sekali lagi ke pantai untuk menikmati angin malam di sana sambil berbual-bual kosong.
Menyaksikan perarakan 
Dipintu masuk Movie World


pertunjukan Hollywood Stunt Driver



Kereta dalam filem Batman
17 JUN ( Jumaat ) : Hari Kelima
Saya bangun seawal jam 4.00 pagi menyediakan bekalan. Kami perlu menaiki bas di Surfurs Paradise pada jam 6.35 pagi untuk ke pekan kecil Casino. Dari sana akan naik keretapi menuju ke Sydney, satu lagi kota yang menggamit kedatangan kami. Semua tiket telah dibeli online semasa di Malaysia .
Dalam kegelapan subuh yang dingin itu, kami mengheret bagasi kerana sukar untuk mendapatkan teksi. Bas tiba tepat pada waktunya.
Hampir dua setengah jam perjalanan dengan bas, kami tiba di stesen keretapi Casino. Sebuah
Ruang di dalam keretapi yang luas dan selesa
pekan kecil yang agak sunyi dan cantik. Mungkin masih awal, fikir saya. Tidak lama menunggu di situ, keretapi pun tiba dan kami akan mengharungi perjalanan yang panjang , dua belas jam.Itu yang pasti.

Tempat duduk sangat selesa kerana boleh meluruskan kaki. Keretapi berhenti di beberapa tempat. Banyak penumpang turun naik bersilih ganti menyebabkan tempat duduk di dalamnya tidaklah penuh. Perut mulai lapar , lalu saya mengeluarkan bekalan yang di bawa. Ada nasi impit, serunding, telur rebus dan maggi goreng.
restoran India muslim
Sebelum tiba di sesuatu destinasi, pengumuman di buat sekiranya ada penumpang yang mahu memesan makanan berat mengikut menu yang ditetapkan .Kantin dalam tren hanya menyediakan makanan ringan sahaja seperti sandwich, roti dan minuman .Saya fikir, idea yang bagus untuk di praktikkan di tempat kita. Cara tersebut sangat elok untuk mengelakkan pembaziran.
Sepanjang jalan kami melalui beberapa kawasan banjir yang agak dalam sehingga menenggelamkan kereta. Namun landasan keretapi
Sydney pada waktu malam
memang tak terjejas kerana berada pada kawasan yang tinggi. Dari siang hingga ke malam, akhirnya kami tiba pada jam 9.00. 

Sebaik turun di Sydney Central, kami menahan teksi. Kena ambil dua, kata seorang pemandu memandangkan kami berenam. Tiba-tiba sebuah teksi berhenti. Pemandu memberi salam. Orang Pakistan katanya. 'Tundukkan kepala' pesan pemandu kepada dua anak kecil saya. Takut ditahan polis. Alhamdulillah... mujurlah ada orang yang sanggup menolong. Rupa-rupanya dia pernah ke Langkawi sebanyak dua kali, bawa keluarga makan angin. Dia suka Langkawi berbanding Gold Coast. Bekerja sebagai jurutera dan membawa teksi adalah kerja sampingan menambah pendapatan.
Kami diturunkan betul-betul di hadapan Hotel Maisonette. Pemandu tersebut juga menunjukkan sebuah restoran India muslim yang paling hampir sekiranya nak makan. Saya mencari kotak yang dimaklumkan melalui telefon untuk mendapatkan kunci bilik, kerana tiada petugas di kaunter pada waktu malam.
'Tepi dinding sebelah kiri, masukkan password yang diberi. Kunci ada di dalam'. Saya terdengar seseorang berbahasa melayu. Terkejut, saya menoleh ke belakang. Seorang lelaki Inggeris yang pandai berbahasa melayu-menginap di hotel yang sama rupanya. Sewaktu sedang menaiki anak tangga, kami sempat berbual. Dia pernah menetap di Butterworth, ketika dengan RAAF katanya.

18 JUN ( Sabtu ) : Hari keenam
Kami keluar pada pukul 9.00 pagi mencari City Sightseeing Sydney & Bondi
Hop On Hop Of bus, bagai suatu kemestian ketika melancong di luar negara.
Tidak jauh dari hotel. Kami menunggu walau pun belum beli tiket. Bas datang dan kami terus menaikinya. Terdapat dua bahagian yang dilalui iaitu bandaraya Sydney dan pinggiran pantai Bondi. Pastinya masa tidak mencukupi untuk kami ke Bondi. Cukuplah sekadar mengelilingi Kota Sydney sahaja.
Tempat pertama yang kami singgah adalah Sydney Opera House. Hati sangat teruja kerana saya memang meminati senibinanya yang unik
Sydney Harbour Bridge
walau pun saya bukan arkitek. Pengunjung sudah mulai ramai tatkala matahari mulai bersinar.

Terletak di Sydney Harbour dan binaannya seakan-akan sedang belayar. Banyak konsert dan even bertaraf dunia di adakan disitu. Juga merupakan satu warisan dunia yang telah di iktiraf oleh UNESCO kerana menganggap binaannya merupakan kerja senibina paling hebat pada abad ke 20.
Pembinaannya dimulakan pada tahun 1959 oleh Jorn Utzon,  Danish arkitek (Denmark)kerana telah memenangi satu pertandingan antarabangsa pada tahun 1957. Pada Februari 1966 beliau
Diperkarangan Sydney Opera House
meninggalkan projek tersebut kerana kerajaan Australia gagal melunaskan semua invois. Walau bagaimana pun, sepuluh tahun kemudian projek tersebut berjaya disiapkan  dan menelan belanja 14 kali ganda daripada buget asal. Pada tahun 1973 ianya dibuka kepada umum. Pada tahun 2001, Utzon dijemput semula untuk megembalikannya kepada idea asal seperti yang pernah beliau rancangkan. Dia menerima 'Pritzker Prize' iaitu anugerah tertinggi di
Foto pengunjung Sydney Opera House
dalam senibina antarabangsa pada tahun 2003. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada November 2008 di Copenhagen pada usia 90 tahun.

Apa yang ada di dalam Sydney Opera House ialah :
950 bilik termasuk 5 auditorium utama ,Dewan resepsi, 5 studio reheasal, 4 restoran, 6 panggung wayang, 60 bilik persalinan , Pusat sumber serta pejabat.
Dalam masa yang singkat sahaja Sydney Opera House menjadi simbol bagi rakyat Australia sebagai pusat pementasan artis bertaraf dunia. 

Perjalanan kami diteruskan lagi dengan bas hop on hop off. Kali ini kami turun pula di Darling Harbour. Sempat menyaksikan 'one man show' dengan bantuan empat orang penonton yang memegang tali, beliau berdiri di atas sekeping papan kecil. Menunjukkan kecekapan menggunakan tali serta bermain dengan api. Selesai pertunjukkan, penonton kenalah bagi sedikit saguhati.
Kami ke kawasan restoran untuk makan tengah hari. Banyak restoran halal orang Turki di situ. Makan kebab original memang sedap. 
Selepas itu kami menghampiri gigi air untuk menyaksikan 'Pyrmont Bridge' terbuka kerana memberi laluan kepada sebuah kapal untuk melaluinya. Merupakan satu daripada 'swing bridge' yang terawal didunia, mula beroperasi pada tahun 1902. Penambahbaikan telah dilakukan pada tahun 1988 di mana satu monorail telah dibina di atas jambatan tersebut. Panjang jambatan adalah 369 m dan pembinaanya telah menelan belanja  £ 112,500 .
Darling Harbour
Darling Harbour mendapat nama daripada Lieutenant-General Ralph Darling yang menjadi governor New Saouth Wales dari tahun 1825 hingga 1831. Selain menjadi pusat kormesial bagi Sydney, ianya juga merupakan kawasan rekreasi dan pejalan kaki yang menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara.
Selepas makan dan bersantai seketika, kami meneruskan perjalanan dengan bas hop on hop off. Mengambil tempat duduk yang tidak berbumbung, kami menikmati nyamannya udara kota Sydney sambil merakam gambar. Kegembiraan saya adalah apabila melihat anak-anak gembira setiap kali melancong ke luar negara.


Pemandangan dari atas bas

Kegembiraan yang terpancar
Kota Sydney dari atas bas

19 JUN ( Ahad ) : Hari Ketujuh
Central Station

Kami mendaftar keluar hotel pada pukul 11.00 pagi dan menaiki bas hop on hop off kerana tiket masih sah digunakan . Kali ini tiada destinasi tertentu sekadar menikmati pemandangan kota Sydney buat kali terakhir. Kami turun di Central Station untuk makan dan berehat sementara menunggu masa untuk menaiki keretapi ke airport.
Terdapat banyak kiosk orang Turki di situ. Saya mendapati banyak orang kulit putih yang menggemari kebab Turki ini.
Belmore Park dekat Central Station
Merupakan stesen keretapi terbesar dan tersibuk , pernah menerima pergerakan penumpang sebanyak 11 juta orang pada tahun 2013
Kami menghabiskan masa di Belmore Park yang terletak berhampiran.
Menjelang pukul 5.00 petang, kami menaiki keretapi menuju ke lapangan Terbang Sydney. Terus mendaftar masuk kerana pesawat akan berlepas pada jam 9.40 malam. Sewaktu mendapatkan boarding pass, saya dapati staff tersebut mengambil masa yang agak lama untuk melakukan tugasnya. Ada seseorang sedang menunjuk ajar beliau. Saya tersenyum apabila dimaklumkan yang staff tersebut baru bertugas dan dalam tempoh pembelajaran. Saya tak kisah, tetapi agak pelik kerana beliau mungkin seusia saya !! Penat pulak rasanya menunggu kerana kami ramai, enam orang. Akhirnya dapat juga boarding pass.....
Alhamdullilah, kami selamat sampai di KLIA pada keesokan harinya pada pukul 4.20 pagi. Apa yang pasti adalah segala kenangan manis akan kekal di dalam ingatan ......

Lone Pine Koala Sanctuary


posing sikit , on the way ke Gold Coast

Pasar malam di Surfurs Paradise, Gold Coast



Thursday, 3 July 2014

INDIA - KASHMIR & TAJMAHAL


(#Terperangkap dalam transportation strike di Kashmir....menakutkan)

24 - 30 DISEMBER 2010

Kehebatan cinta Shah Jahan dan keindahan bumi Kashmir benar-benar menggamit kehadiran kami di penghujung tahun itu. Tiket
LCCT
penerbangan Airasia telah saya beli pada bulan Mac 2010 kerana ada 'offer'. Sekitar bulan Oktober, saya uruskan pula 'ground arrangement' bersama TM Tours & Travel. Terima kasih kepada En. Essam kerana menguruskannya.

24 Dis ( Jumaat )
Hari Pertama
Kami berada di LCCT pada pukul 1.00 petang-macam biasa, sembahyang dan makan sebelum menaiki pesawat. Tepat jam 4.00 petang, pesawat meninggalkan LCCT. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Indira Gandhi International Airport
Kami selamat mendarat di Indira Gandhi International Airport pada pukul 7.10 petang waktu tempatan   (9.10 malam waktu Malaysia).Selesai urusan imigresen, kami terus keluar dan disambut oleh wakil Magadh Travel.

'Welcome  to India', kata wakil Magadh Travel sambil memakaikan kami kalungan bunga tahi ayam. Pertama kali disambut begitu, rasa sangat dihargai !
Di dalam coaster ke Bonlon Inn
Banyak negara yang telah dilawati tetapi tiada pulak mendapat kalungan bunga .Saya senyum sendiri, bahagia.

Terus di bawa ke Bonlon Inn yang jauhnya 15 km. Jalan sesak. Di kawasan belukar kelihatan sekeluarga sedang tidur, dengan pakaian bergantungan. Mengerekot mereka kerana menahan kesejukan, selimut yang ada belum cukup untuk memanaskan badan.Kasihan anak-anak kecil. Tiba-tiba rasa sedih bertamu...  Lebih sejam, barulah kami sampai. Masa nak masuk bilik, sampai tiga orang nak tolong bawa beg pada hal ada dua sahaja beg besar. Mereka nak tips! 

Kami keluar  melihat-lihat keadaan persekitaran . Banyak gerai-gerai kecil yang kotor dan tidak terurus. Terasa sangat dingin kerana suhu pada waktu itu adalah 6 darjah celcius. Kami pulang ke bilik kerana keesokannya perlu meneruskan perjalanan ke Kashmir dengan 'domestik flight'. Memang tak sabar ....

25 Dis ( Sabtu )-Hari Kedua
Selesai sarapan, sementara menunggu coaster untuk ke airport, kami jalan-jalan lagi. Banyak orang menjual sayur. Melalui kawasan pembinaan pula, saya menyaksikan buruh-buruh wanita dan kanak-kanak. Dengan memakai sari, wanita-wanita tersebut membawa bata di atas kepala.... Ada pulak orang yang berjualan. Katanya sebiji kuih dan air teh susu harganya 10 rupee. Atas tanah sahaja pun...memang tak lalu.  Bergambar je lah....
Macam-macam sayur, tapi tak tersusun

Posing sikit bang.....
Check in untuk ke Srinagar Airport
Sebenarnya tiket penerbangan juga telah dibeli secara online. Kami menaiki Kingfisher Airlines pada jam 1.00 petang dan tiba pada jam 2.20 petang di Srinagar Airport. Semasa di dalam penerbangan kami telah dapat menyaksikan keindahan bumi Kashmir, putih bersih kerana dilitupi salji.

Sampai di Srinagar airport, banyak pulak borang yang kena isi. Penat jugaklah dibuatnya. Sebaik keluar, kami disambut Muzaffar-wakil dari agen Deluxe House Boat. Diperkenalkan pula dengan pemandu MPV dan terus dibawa menuju ke house boat. Sepanjang perjalanan , terasa seolah-olah berada di zaman 60an. Tiada pembangunan di situ. Tiada bangunan tinggi apatah lagi pencakar langit. Di atas bumbung bangunan
pula kelihatan banyak askar sedang berkawal. Tiba-tiba saya rasa takut - teringat pulak tentang pelbagai jenis kekecohan yang berlaku. Maklum, Kashmir dianggap bumi bergolak. Namun saya bertawakkal, kerana tujuan kami hanyalah untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah di situ!

Sampai di jeti, kami menaiki 'shikara' -sejenis bot panjang tanpa enjin dan dihias indah . Mengharungi tasik Naqin untuk ke Gurkha House boat. Air tasik kelihatan kotor, tak sanggup rasanya kalau disuruh berenang.

Dari jauh kelihatan ratusan houseboat di gigi air. Cantik-cantik belaka. Gurkha
Verandah houseboat
houseboat kepunyaan Mr Ashraf, ada tiga sahaja. Sebuah houseboat berharga hampir RM 200 000, bergantung kepada jenis ukiran. Biasanya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Kita boleh ke sana melalui jalan air atau darat.


Houseboat kami mempunyai tiga bilik, bermakna sebuah bilik lagi kosong kerana tiada pelancong. Saat menjejakkan kaki di situ, saya amat terpegun dengan ukiran yang ada.
Menjamu selera memang sedap ...
Daripada perabot hinggalah dinding- semuanya berukir.


Musim dingin begini kurang pelancong, kata Muhammad the housekeeper. Sebuah lagi houseboat pun ada dua orang Inggeris sahaja , datang untuk mencari ilham menulis. Katanya mereka nak tinggal dua minggu ! 

Makan tengah hari disediakan walau pun agak lewat. Dilayan macam raja... Muhammad berdiri di tepi, tetapi saya minta dia pergi. Janggal pulak rasanya kalau dia tengok kita makan. Orang berjanggut panjang , berusia awal empat puluhan. Dia tinggal di houseboat sementara keluarga di
Hadapan rumah Mr Ashraf
kampung. Dua jam perjalanan katanya. Dia tidak memasak. Tukang masak berada di houseboat lain. Dia hanya perlu mengambil makanan dan menghidangkannya kepada kami. Kami dijamu dengan nasi bryiani original - bersama lauk ayam dan kambing.... sedapnya hingga tak terkata

Suhu di Srinagar jauh lebih rendah. Sebelah malamnya adalah -10 darjah celcius tetapi salji belum turun lagi.


mr Ashraf  bercerita tentang keaslian karpet

Bilik tidur houseboat
Selepas makan, tiada apa-apa agenda. Kami hanya berjalan-jalan di persekitaran melalui jalan darat. Selepas magrib, kami ke rumah Mr Ashraf. Dia menguruskan perniagaan karpet buatan tangan. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit dan di eksport ke merata negara. 

Kami hanya melihat-lihat sahaja, lagi pun kami bukannya nak beli karpet. Tak mampu. Sehelai karpet biasa pun berharga USD 2000. Tak payahlah kata saya. Lupakan! Selain karpet, ada juga pashmina - tapi semuanya mahal.

26 Dis(Ahad)-Hari Ketiga
Di dalam houseboat,  heater elektrik hanya di katil.Yang lainnya menggunakan gas dan kayu. Muhamad pula akan pastikan heater di katil di 'on' lebih awal - supaya kami tidak kesejukan. Bayangkan kami terpaksa memakai baju tebal semasa tidur. Kaki pula sentiasa berstoking kerana lantai kayu houseboat tersangat sejuk. Azan subuh berkumandng sangat jelas, jadi senang nak bangun.

Pilih bat untuk di bawa pulang
Sarapan pagi dengan roti dan capati. Cicah kuah dal, original kari yang sedap ! Saya memerhati air tasik Naqin yang berkaca-kaca.Permukaannya seolah-olah ditutupi satu lapisan cermin yang nipis dan jernih . Cantik dan mengasyikkan. Jam sembilan pagi, Muzaffar datang menjemput. 
Destinasi kami adalah Pahalgam yang jauhnya 86 km.Di sana terdapat sungai Lidder yang jernih airnya. Kalau bernasib baik seseorang boleh melihat pelangi dan beruang berwarna coklat berkeliaran di sekitar hutan berhampiran.
  
Sepanjang perjalanan, kami disajikan pemandangan yang indah
Ammar dan Hafiz di Pahalgam
membuatkan
mata saya segar memerhati sekeliling. Tiada bangunan konkrit , tiada bangunan tinggi dan sebagainya. Hanya rumah-rumah lama yang diperbuat daripada kayu. Ada  juga rumah yang diperbuat daripada tanah liat. Sesuatu yang menarik adalah kerana banyaknya pokok willow di tepi-tepi jalan.

Kata Muzaffar, batang pokok willow itu digunakan untuk membuat 'bat kriket'. Kami singgah di satu kedai membuat bat kriket tersebut. Cantik dan murah. Hanya INR 100  sahaja.
kami sekeluarga di Pahalgam
Anak-anak bujang saya Amir dan Ammar beli sampai lima batang untuk di bawa pulang. Bagi kawan-kawan, kata mereka. 


Sebaik tiba di Pahalgam, kami terus ke sungai Lidder. Lapisan atas permukaan membeku, tetapi kalau tersilap pijak akan tenggelamlah kaki. Kami memang teruja kerana pemandangan begitu tiada di Malaysia.


Tercari-cari juga pelangi atau beruang, tetapi tiada. Apa nak buat. Dah puas berposing, perut pun terasa lapar. Jam hampir pukul dua petang. Muzaffar baru perasan yang pihak houseboat tidak sertakan bekalan. 
Permukaan sungai Lidder yang membeku

Terpaksalah makan di restauran Grand Mumtaz Resort dan bayar sendiri. Nanti boleh 'refund' daripada mr Ashraf. Itu janji Muzaffar. Alhamdulillah, makanan di situ juga sedap.



Dalam perjalanan pulang semua orang tertidur. Maklumlah perut dah kenyang....

Saya sempat bertanyakan sedikit tentang latar kehidupan Muzaffar. Dia ada sijil dari kolej tetapi susah nak cari kerja di situ. Nak pergi jauh, dia tak mampu. Lagi pun ibunya OKU bisu. Tak sampai hati nak tinggalkan, katanya. Tetapi kerja sebagai pemandu pelancong pun dia suka kerana dapat bertemu pelbagai jenis manusia.



Lewat petang kami sampai di
penjual datang pada waktu pagi
houseboat. Dia akan menjemput kami keesokannya seperti biasa. Selepas makan malam, kami di datangi penjual dengan pelbagai barang dagangan. Susah untuk mengelak kerana mereka meredah kedinginan malam untuk sampai kepada kami. Macam-macam cenderahati,  t shirt serta saffron . Harga saffron mahal tetapi sangat popular .Ianya merupakan stigma pada bunga Crocus Sativus dan digunakan pada masakan. 



27 Dis ( Isnin )-Hari keempat
Muzaffar tiba dan bertanya kalau-kalau kami boleh tukar destinasi , daripada Gulmarg ke Sonamarg. Saya tak setuju. Jadi dia terpaksa akur. 
Yang paling kanan -memakai fagan

Jarak ke Gulmarg hanya 50 km. Kali ini pihak houseboat menyediakan bekalan, nak piknik kata Muzaffar. Baru 15 minit perjalanan saya dapati ada kekecohan. Banyak bas berhenti di tepi jalan dan semua penumpang turun berjalan kaki. Entah ke mana, saya tak tahu. Muzaffar minta pemandu ikut jalan kampung. Separuh jalan, kereta kami di tahan oleh seorang lelaki. Di tangannya ada bata. Dia suruh semua kereta berpatah balik. Akhirnya kami berhenti di tepi jalan. Di belakang kami ada tiga buah kereta penuh pelancong. Rupa-rupanya mereka juga dari syarikat mr Ashraf. 
Kemuncak paling atas


Semasa di dalam kereta, Satish (pemandu pelancong ) menelefon saya dari Delhi. Dia cuma nak pastikan keselamatan saya sekeluarga kerana ada berita tentang 'transportation strike' di Srinagar. Baru saya tahu, ada mogok rupanya. Jauh di sudut hati saya panjatkan doa agar tuhan pelihara keselamatan kami semua dan makbulkan hajat untuk ke Gulmarg.
Muzaffar masih memujuk supaya kami ke Sonamarg. Tiba-tiba saya dengar mr Ashraf menghantar dua land rover dipenuhi askar. Mereka akan mengiringi kami semua ( empat buah
Dapatlah main salji, walau pun sedikit !
kereta ) sehingga ke Gulmarg.Wow ! kami dah jadi VIP, kata Muzaffar. Sebab kalau tak disecort, banyak pulak soalan semasa melalui road block.... Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di Gulmarg.Kami memilih untuk menaiki dua gondola dan tiba di kemuncak paling atas. Muzaffara tak ikut  sebab ada guide yang lain akan membawa kami. 'Mama' namanya. Salji tak tebal lagi tetapi sejuknya amat terasa. Ada doktor bertugas sekiranya berlaku sesuatu. Anak perempuan saya mengadu sukar bernafas. Mama suruh jumpa doktor, dia boleh bekalkan oksigen. Tapi biasalah - nak rehat sahaja katanya.
Dah puas berada di puncak, kami pun turun . Nak piknik kat lereng bukit, kata Muzaffar. Anak-anak sangat teruja !
Kami berkereta dan berhenti di satu lereng yang sangat cantik dipenuhi pokok pain. Muzzaffar mengeluarkan bekalan serta membentangkan tikar yang di bawa. Perut pun mulai berkeroncong - apa tah lagi semuanya dah terhidang. Panas lagi.Sambil makan kami menikmati keindahan alam semula jadi di situ.... 
Tiba di pekan kecil Gulmarg, kami berhenti sebab nak shopping sikit. Saya cuma nak beli kain sari untuk di buat baju kurung. Harga pun berpatutan. Tak lama, Muzaffar segera mengajak kami pulang kerana land rover yang mengiringi dah pun berlalu. Terpaksalah kereta kami mengejar.
Lewat petang kami selamat sampai di house boat. Bersyukur saya kepada tuhan kerana apa yang saya impikan selama ini tercapai . Malam itu adalah yang terakhir buat kami. Semasa sedang mengemas barang, perasaan sedih hadir jauh di lubuk hati. Satu-satunya tempat yang masih dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi, jauh daripada pembangunan - apa tah lagi bangunan pencakar langit. Saya rasa bahagia di situ dan berdoa semoga Allah mengizinkan saya untuk ke sana lagi satu masa nanti. Benar, saya sudah jatuh cinta pada keindaham alam di bumi Kaskmir...

28 Dis ( Selasa )-Hari Kelima
Sarapan pagi kali terakhir di houseboat. Muzaffar datang menjemput dan
Taman belum ada bunga
kami  menaiki shikara sekali lagi. Kalau datang musim panas, boleh melawat taman bunga atas air, tapi musim dingin tak adalah nampaknya. Kami dihampiri dua buah shikara yang sarat dengan barang dagangan. Kerana kasihan, kami belilah sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Kamudian kami ke Mughal Garden dan Shalimar Garden . Tiada warna warni bunga kerana pekerja sedang menanam . Dalam masa dua atau tiga bulan lagi, taman tersebut pasti cantik apabila semua pokok mulai berbunga . Datanglah bulan April nanti, usik Muzaffar... 

membeli cenderahati
Kami dibawa pula ke pekan Srinagar. Saya melihat banyak orang di situ memakai 'fagan' - kot labuh yang tebal, tetapi tangan mereka di dalam .Rupa-rupanya mereka memegang satu bakul rotan kecil berisi arang berbara untuk memanaskan badan. 'Tak pernah terbakar ke?',tanya saya. 'Kalau tak hati-hati, terbakar juga' balas Muzaffar sambil ketawa.
Kami dihantar ke Srinagar Airport. Baru masuk pagar airport, Muzaffar terpaksa tunjukkan tiket kami dan pas khas sebagai 'tour guide'. Bukan semua orang boleh masuk. Saya memang telah dimaklumkan tentang pemeriksaan sangat ketat ketika berada di airport Srinagar. Di situ juga, bagasi kami melalui mesin pengimbas.
'No camera please' . Begitu Muzaffar mengingatkan. Sedih pulak rasanya apabila nak berpisah dengan Muzaffar walau pun baru empat hari berkenalan. Kami semua gembira kerana layanan yang mereka berikan sangat istimewa. Kami tinggalkan daerah yang bergolak itu dengan membawa pulang seribu kenangan manis- terpahat kemas di ingatan.
Pesawat Kingfisher dijadualkan berlepas pada jam 2.40 petang. Jam di tangan
Amir dan Muzaffar di belakang houseboat
baru pukul 11.30 pagi apabila saya didatangi seorang pegawai yang menawarkan kami penerbangan lain pada pukul 1.00 petang. Saya bersetuju dengan syarat saya dibenarkan membuat panggilan kepada Satish, tour guide di Delhi untuk memaklumkan kepadanya tentang perubahan waktu tersebut. Pegawai tersebut membawa saya ke pejabat untuk membuat panggilan. Saya tersenyum sendiri apabila terpandangkan telefon hitam itu, namun berterima kasih kerana dapat bercakap dengan Satish.

Bagasi kami diimbas lagi untuk kali ketiga.Untuk sampai ke balai berlepas, diri kami diimbas untuk kali keempat
Heater di houseboat, guan gas
dan pegawai tersebut menahan anak saya Amar kerana terdapat dua bateri di dalam poket. Saya beritahu, itu bateri kamera. Tak dibenarkan bawa sendiri, lalu saya terpaksa isi borang dan bateri tersebut dimasukkan ke dalam sampul surat. di simpan bersama bagasi lain.

Selesai urusan tersebut, anak saya Amir pula diminta masuk ke dalam satu bilik. Tak pasti kenapa sehinggalah dia keluar setengah jam kemudian. Saya dan suami bimbang juga. Rupa-rupanya Amir diminta mengenal pasti bagasi kami. Semua penumpang diminta berbuat begitu. Kata pegawai tersebut kepada Amir, mana-mana bagasi yang tidak disahkan oleh pemiliknya akan di periksa dan ditahan. Begitu ketat sekali pemeriksaan yang berlaku di airport Srinagar.
Semasa sedang beratur di pintu balai berlepas, sepasang suami isteri lanjut usia tiba-tiba bertengkar. Boarding pass mereka hilang. Puas dipunggah dalam beg-beg sandang yang ada. Saya tengok siisteri mengurut dada suaminya, dah sesak nafas orang tua tersebut. Akhirnya
Kanak-kanak sedang minta sedekah
mereka mengadu pada pegawai di situ, lalu dibawa pergi. Mungkin mereka percaya sebab orang tua. Tak lama kemudian saya melihat kedua-duanya dibawa menaiki pesawat dan terus berlepas.

Giliran kami pun tiba. Untuk terakhir kali, kami diimbas lagi. Penat betul dah rasanya ....akhirnya barulah kami dapat menaiki pesawat.
Sekitar jam 3.30 petang kami telah pun berada di luar balai ketibaan. Tidak lama kemudian, Satish tiba bersama sebuah coaster. Kami dibawa terus ke Agra yang mengambil masa lebih lima jam. Sepanjang perjalanan macam-macam yang saya lihat. Kereta kudalah, kereta
lembulah dan unta pun ada yang melintas. Yang paling penting, bunyi bising hon kenderaan sentiasa sahaja ada . Dibelakang lori pula semuanya ada tertulis "honk please". Patutlah banyak bunyi hon ! Hilang rasa mengantuk kerana melihat keadaan persekitaran.
Setiap kali berhenti di lampu isyarat, kelihatan pula kanak-kanak menghampiri untuk meminta sedekah. Ada pemandu yang melayan dan ada juga yang tidak menghiraukan.
Hampir lima jam perjalanan. akhirnya kami tiba di Hotel Kant. Satish meninggalkan kami di situ Perjalanan yang sangat memenatkan. Kami makan dahulu sebelum memasuki bilik untuk tidur.


29 Dis ( Rabu )-Hari Keenam
Satish telah pun berada di lobi apabila kami selesai bersarapan. Saya teruja
sekali kerana kami akan ke Tajmahal - satu lambang cinta sejati.Coach diberhentikan satu km daripada Tajmahal. kemudian pengunjung akan dibawa menaiki bas yang menggunakan tenaga elektrik. Untuk memelihara alam sekitar. Tidak mahu Tajmahal tercemar oleh asap kenderaan, kata Satish.
Pembinaan Tajmahal dimulakan pada tahun 1632 , selesai pada tahun 1653 iaitu 22 tahun dan melibatkan 20,000 tenaga kerja. Di tengah-tengah terletak pusara isteri tersayang. Apabila Shah Jehan meninggal, dia juga disemadikan bersebelahan isteri kesayangannya itu. Senibinanya menggabungkan elemen daripada Islam, Parsi, Turki dan India.
Memasuki Tajmahal, kita kena buka kasut atau memakai plastik warna merah.
Kisah disebaliknya memang tragis. Pada tahun 1631, isteri Shah Jehan iaitu Mumtaz , berketurunan Parsi meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang ke 14.
Tidak juga menggunakan sebarang cat untuk mewarnakan Tajmahal sebaliknya arkitek menggunakan teknik'inlay' iaitu
Di dataran Tajmahal

menanam marmar berwarna untuk menghasilkan kesan yang lebih cantik dan unik. Sekeliling Tajmahal juga dihiasi dengan 30 juzuk ayat-ayat suci Al Quran, menjadikan Tajmahal sebagai satu binaan paling unik di dalam dunia. Tatkala matahari terbenam, sinaran cahayanya akan melimpahi pada setiap menara yang ada menambahkan lagi keindahan Tajmahal.
Apa yang menyedihkan adalah kerana Shah Jahan mati di dalam bilik yang dikhaskan oleh anaknya. Dia ingin membina Tajmahal hitam menggambarkan kesedihan hati dan itu yang membuatkan anaknya marah!
Aurangzeb, anaknya tidak mahu membazirkan wang negara lagi....Dari dalam bilik kurungan tersebutlah, Shah Jahan dapat melihat Tajmahal.
Betulkah arkitek nya di cungkil mata seperti mana yang saya dengar? tanya saya."Saya ada dengar tentang itu, tetapi tak ada sesiapa yang mengesahkan. Akhirnya ia
Amir bersama satish
menjadi cerita  dari mulut ke mulut sahaja" terang Satish lagi.

Kami dibawa ke Agra Fort yang terletak 2.5 km dari Tajmahal. Merupakan kediaman keluarga Shah Jehan di mana bapa beliau iaitu Akbar Khan mempunyai beratus-ratus orang gundik. Pada masa dahulu , buaya dipelihara didalam sungai yang mengelilingi Agra Fort untuk menghalang penceroboh. 
Sedang mendengar cerita di dalam Agra Fort
Terdapat juga bilik di mana Shah Jehan dikurung oleh anak sendiri sehingga menghembuskan nafas terakhir. Terdapat juga kolam (telah kering ) yang satu masa dahulu dipenuhi pohon anggur untuk kegunaan Akbar Khan mandi bersama-sama gundik beliau. Selain itu ada juga pasu yang sangat besar untuk Akbar Khan berendam mandi air panas bila tiba musim sejuk.
Agra Fort juga diistiharkan sebagai 'world heritage oleh UNESCO' dan bangunan tersebut hendaklah dikekalkan senibinanya.
Kami pulang ke hotel untuk makan tengah hari. Pada sebelah petangnya kami
tut-tut yang kami naiki
menyewa 'tut-tut' untuk ke bandar Agra.Menaiki tut-tut memang mengujakan. Ada tut-tut yang membawa lebih penumpang. Menakutkan. Sepanjang jalan macam-macam bau sampai terpaksa tutup hidung. 

Kami meminta pemandu menunggu sehingga selesai. Bayaran pun tak mahal cuma INR 100 atau RM 7. Ok lah tu. Tidak lama kedengaran azan asar berkumandang. Di Agra ada banyak orang Islam.
Anak-anak bujang saya, Amir dan Amar membeli jam tangan sebagai kenang-kenangan. Murah katanya.
Dengan jam tangan yang baru dibeli
Setelah puas berjalan-jalan, kami pulang ke hotel. Pada sebelah malamnya, saya tidak sihat. Mungkin perubahan cuaca. Terpaksalah berkurung di bilik bersama anak-anak yang kecil. Suami dan dua anak lagi keluar meronda di sekitar kawasan hotel. Sempat pulak suami saya bergunting rambut, nak cuba katanya. Siap dengan pulas kepala, cuma INR 15. 
Terdapat juga gerai yang menjual mee goreng-tetapi meloyakan. Tengok sahaja, jangan cuba. Mana tidaknya, mee goreng tersebut dimasukkan ke dalam kotak tebal sahaja. Tak ditutup. Tetapi ada juga pelanggan !

30 Dis ( Khamis )-Hari Ketujuh
Hari terakhir kami di India. Selepas sarapan, terus menaiki coach ke Delhi. Kami dibawa untuk makan tengah hari di restoran muslim menyediakan pelbagai hidangan cina dan India. Baru dapat merasa sup sayur ! Memang sedap, ditambah pula dengan ais krim sebagai pencuci mulut.
Lawatan terakhir kami adalah sekitar bandar Delhi iaitu Parlimen dan
India Gate
President House tetapi tidak turun pun. Kami berhenti di India Gate iaitu pintu gerbang yang mencatatkan nama-nama askar yang gugur semasa Perang dunia Pertama dan Perang Afghan.

Sekitar pukul 5.00 petang, kami terus ke Indira Ghandi airport. Saya berjalan bersama dua anak kecil sambil 'window shopping' selepas mendapatkan boarding pass. Sebaik keluar ,sebuah kereta elektrik airport menghampiri dan mempelawa kami naik. Boleh hantar terus ke pintu masuk, katanya. Penat jugak kalau nak jalan kaki. Di pertengahan jalan, terserempak dengan anak-anak bujang saya, tak boleh tumpang kata  pemandu tersebut sambil tersenyum...
Bila dah turun, baru saya perasan. Ada gambar orang tua dan anak kecil pada kereta tersebut ! Saya senyum sendiri....
Indira Ghandi International Airport

Sambil menunggu pesawat, saya melihat berita di kaca televisyen. Ribut salji melanda Kashmir! Mujurlah kami dah nak balik. Banyak kereta yang menuju ke Gulmarg terkandas dan tidak boleh meneruskan perjalanan. Syukur kepada Allah - itu sahaja yang dapat saya luahkan kerana memberi kesempatan pada kami sekeluarga untuk berada di bumi Kashmir tanpa mengalami sebarang perkara yang tidak diingini....
Pesawat berlepas pada jam 9.00 malam waktu Delhi ( 11.00 malam ) dan kami tiba di KLIA pada pukul 5.15 minit pagi ( Jumaat ). Keindahan Kashmir, kehidupan yang susah ,keramahan penduduk Agra dan kehebatan Tajmahal - semuanya menjadi kenangan paling manis bagi kami semua....


WASSALAM