Wednesday, 12 November 2025

VIETNAM (MUI NE / NA TRANG / DALAT / HO XCHI MINH)

18 - 23 APRIL 2024

HARI PERTAMA : 18 APRIL ( KHAMIS )

Trip kali ini istimewa kerana syawal ke 8.

Saya pergi bertiga, suami dan anak bongsu. Macam biasa kami ambil grab dari rumah untuk ke KLIA. Pukul11.00 pm kami dah berada di KLIA 2, makan2 sebelum ke tempat berkumpul. 

Tour Leader kami adalah En Sham dari Kembarasufi travel. Grup kami hanyalah 18 orang. Kami berkenalan sesama sendiri. Alhamdulillah TL pula sangat peramah.

Selesai urusan check in kami terus ke pintu masuk. Pesawat berlepas sekitar 6.55 am. Kami solat subuh didalam pesawat .  

Penerbangan mengambil masa 2 jam.Kami tiba di lapangan Terbang Tan Son Nhat pada jam 7.55 am ( 8.55 am waktu malaysia ).

TG adalah orang Vietnam yang fasih berbahasa melayu. Katanya dah 10 tahun belajar menggunakan bahasa melayu.

The  Post Office adalah destinasi pertama. Bangunannya cantik dengan rekaan abad ke 19. Dibuka pada tahun 1891.

Xuan Loc Muslim Village adalah perkampungan yang diterokai oleh orang muslim.


Kami singgah makan tengah hari di Aly Restoran kepunyaan orang muslim. Menu pertama kami adalah sup gear box. Memang sedaplah cerita dia.

Kami singgah solat di masjid Noorul Ehsan, yang ke 2 terbesar di Vietnam. Islam adalah agaman minoriti. Hanya ada kira2 8 ribu orang islam di Vietnam daripada 100 juta penduduk.

Perjalanan di teruskan ke Mui Ne. Kami daftar masuk hotel Qli. Jarak perjalanan dari Ho Chi Minh ke Mui Ne adalah 200 km.

Pantai di Mui Ne adalah 25 km panjangnya dan menjadi tarikan utama di situ. Kami dibawa ke restoran T halal sebelum pulang ke hotel.

TG selalu ingatkan kami tentang solat. Dia tahu solat jama. Katanya kalau bermusafir, janga tinggal solat nanti tak berkat.

HARI KEDUA : 19 APRIL ( JUMAAT )

Pukul 7.00 am kami terus gerak ke White Sand Dunes di Bau Trang. Merupakan landskap padang pasir yang luas. Kami menaiki jeep di Gurun Pelana sehinggalah bertemu dengan 2 tasik besar yang biru airnya. Sambil merakam gambar serta melepaskan lelah.

Selesai menaiki jeep, kami melihat pula beberapa ekor burung unta di situ. Kami minum air kelapa untuk menyegarkan badan.

seterusnya kami makan tengah hari di restoran Karim. Saya berkenalan pulak dengan 'kopi Vietnam jenama King'. Terus terpikat dan beli untuk bawa balik ke Malaysia. Di situ juga ada masjid Al Fathi untuk kami bersolat.

Perjalanan diteruskan ke Na Trang yang jauhnya 217 km. Sepanjang jalan kelihatan kolam2 yang putih bersih di kiri kanan. Rupanya kawasan tersebut terkenal dengan penghasilan garam.

Kami kemudiannya singgah di ladang anggur yang sedang lebat berbuah. Yang

menariknya pokok2 anggur tersebut tinggi dan mudahlah kita melalui dibawahnya. Boleh petik sendiri dan bayar .

Lewat petang kami ke gua Hang Rhai yang dipinggir pantai ,  dulunya banyak memerang. Kini tiada lagi. Tempatnya cantik kerana ada binaan laluan pejalan kaki kha atau untuk bergambar.

Dinner pula kami ke Restoran Karim dan kali ini ada lobster (bayar sendiri). Saya

pesan 2 ekor lobster yang jumlah harganya adalah RM 150.

Kami daftar masuk di Agnes hotel. Selepas menyimpan bagasi, saya dan suami keluar ke pasar malam yang berhampiran. Ada macam2 jualan yang ada tapi saya tak beli apa2 pun.


HARI KETIGA : 20 APRIL ( SABTU )

Kami daftar keluar dan dibekalkan dengan sarapan pagi. Destinasi kami adalah taman tema Vinwander dan kami perlu menaiki kereta kabel. TG kata kena masuk awal untuk elak kesesakan. 

Yang menarik di situ adalah 'tobogan ride'  Saya berkongsi dengan suami sementara anak bongsu ambil 'single rider'. Agak menakutkan namun perlahan2 saya belajar mengawalnya supaya tidak terlalu laju.

Di situ juga terdapat 'garden of five continents'. Bermacam2 jenis pokok bunga yang ditanam dalam rumah kaca berbentuk hemisfera.

Kami keluar pada jam 1.30 pm dan terus makan tengah hari di restoran Karim. Restoran tersebut juga menyediakan ruang solat dan ini memudahkan kami.

Perjalanan diteruskan ke Dalat yang jaraknya adalah 134 km. Sebelum ke hotel Xuan Hong, kami makan malam di Restoran Hajah Hawa

HARI KEEMPAT : 21 APRIL ( AHAD )

Sebelum ke destinasi seterusnya kami singgah bersarapan di restoran Hawa. Terus ke Puppy Farm merupakan kawasan yang penuh dengan bunga serta haiwan peliharaan.

Bermacam2 jenis baka anjing yang ada. Semuanya cantik2 dan gebu. Selain itu ada juga arnab, unta, llama dan kambing. semuanya jinak. Pengunjung dibenarkan untuk membeli dan memberi makan  haiwan2 tersebut.

Selepas itu kami ke Love Valley untuk bergambar dan makan tengah hari di restoran Hawa. 

Balik ke bilik untuk solat dan keluar semula pada jam 4.00 pm. Kami ke Clay Tunnel atau Terowong tanah liat. Berbeza dari namanya, tiada satu pun terowong di situ.

Dicpta oleh En Trinh Ba Dung yang belajar di Universiti di German. Pulang ke Vietnam, dia belajar tentang senibina Eropah kuno untuk merealisasikan impiannya membina Clay Tunnel sebagai tarikan pelancong.

Mula dibina pada tahun 2010 dan disiapkan pada tahun 2016. Kesemua arca dan patung diperbaut dengan tangan menggunakan tanah liat merah gelap.

Makan malam kami ke restoran Sarah. Sebelum pulang ke bilik, saya dan suami ke pasar malam berhampiran hotel. Saja cuci2 mata.


HARI KELIMA : 22 APRIL ( ISNIN )

Selepas sarapan, kami check out untuk ke Ho Chi Minh yang mengambil masa enam jam. Singgah di


'Datanla waterfall' yang bermaksud 'air di bawah daun'.

Sekali lagi kami berpeluang menaiki tobogan untuk sampai ke air terjun yang cantik dan nyaman itu. Sekitar jam 11.00 am, kami singgah di R & R. TG menyediakan makanan bungkus yang di bawa dari Dalat kerana tiada restoran muslim di kawasan tersebut. Kami juga solat di satu ruang lapang di situ.

Kami tiba lewat petang dan singgah untuk makan malam di Ho Chi Minh sebelum terus check in hotel Nicecy Boutique.

Selesai urusan bagasi dan solat di bilik, kami berjalan kaki ke Ben Thanh market. Banyak pembaharuan berbanding dengan kunjungan kami pada tahun 2008 dahulu. Deretan restoran halal juga banyak selain kedai2 menjual telekung dan tudung.

HARI KEENAM : 23 APRIL ( SELASA )

kolam menghasilkan garam







Kami ke kedai halal untuk sarapan pagi. Untuk makan tengah hari, saya membeli nasi lemak, roti dan popia untuk di makan di airport nanti.

Solat zohor/asar di ruang hotel sebelum kami terus di bawa ke lapangan terbang untuk pulang.

Pesawat berlepas pada jam 4.20 pm (waktu Vietnam) dan selamat mendarat di KLIA 2 pada jam 7.20 malam (waktu malaysia)


nasi lemak direstoran muslim di Hanoi


bawah pokok anggur


kopi halal di Ho Chi Minh... sedap


Rafi & Syamel yg menceriakan keadaan

restoran muslim