Saturday, 30 July 2016

SURABAYA - STOP OVER

27 - 29 Oktober 2015
Selasa, Rabu dan Khamis



27 Okt 2016 , Hari Pertama
Saya bersama suami dan seorang anak perempuan berlepas dengan pesawat
Breakfast di hotel
Airasia dari KLIA 2 pada jam 8.50 malam. 
Kali ini kami menggunakan pakej 'airasiago' untuk ke Surabaya. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit dan kami selamat mendarat di Juanda Airport, Surabaya pada jam 10.20 malam waktu tempatan ( 11.20 waktu Malaysia ).
Kami terus mengambil teksi ke Walan Syariah Hotel. Check in sekitar jam 12.00 tengah malam. Hotel yang bersih dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan, kabarnya milik orang Islam.

Kota Surabaya adalah ibu kota daerah Jawa TimurIndonesia sekaligus menjadi kota metropolitan terbesar di daerah tersebut. Surabaya merupakan kota terbesar kedua di Indonesia setelah Jakarta. Kota Surabaya juga merupakan pusat bisnes, perdagangan, industri, dan pendidikan di Jawa Timur serta wilayah Indonesia
bahagian timur. Kota ini terletak 796 km sebelah timur Jakarta, atau 415 km sebelah barat laut DenpasarBali. Surabaya terletak di tepi pantai utara Pulau Jawa dan berhadapan dengan Selat Madura serta Laut Jawa.
Surabaya terkenal dengan sebutan Kota Pahlawan kerana sejarahnya yang sangat terkenal dalam perjuangan Arek-Arek Suroboyo (Pemuda-Pemuda Surabaya) untuk mempertahankan kemerdekaan bangsa Indonesia dari penjajah.

28 Okt 2016, Hari Kedua
Kami bersarapan di hotel. Ada bihun, kuih pau, soto, puding, roti, nasi putih
Masjid Nasional Al Akbar
berserta ikan celup tepung, nasi goreng dan buah-buahan. Kesemuanya sedap.

Sebenarnya kami dah booked daily tour, staf kat kaunter yang cadangkan. Bayarannya 200,000 rupiah untuk satu hari.
Tepat pukul 8.30 pagi, seorang pemuda menghampiri. Pak Echo panggilannya. Tour guide kami rupanya. Dia memandu kereta avanza, memang selesalah buat kami bertiga.
Katanya, baru habis belajar dan memperoleh ijazah. Dia beli kereta tersebut dan membawa sendiri pelancong. Selepas di tolak hutang kereta, cukuplah katanya ...daripada tak buat apa-apa. Sebelum ini, keretanya pernah dilarikan oleh orang yang menyewa. Sebulan kemudian dijumpai di pulau Madura. Banyak jugalah wang dia habis kerana nak dapatkan balik kereta tersebut. Macam-macam, fikir saya....
Masjid Nasional Al Akbar adalah destinasi pertama kami. Kelihatan terlalu ramai
Masjid Cheng Ho
orang dan terdapat sebuah replika kaabah di situ. Rupa-rupanya kursus haji sedang diadakan untuk penduduk setempat.

Kami melalui 'jambatan Merah' atau 'The Red Bridge Surabaya' yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Di situlah berlakunya satu pertempuran penduduk tempatan dengan orang Belanda yang menyaksihan terbunuhnya 'Brigadier General Mallaby dari England' pada
10 November 1945 beberapa bulan selepas tarikh kemerdekaan Indonesia (Tarikh kemerdekaan adalah 17 Ogos 1945).
Seterusnya kami ke Masjid Cheng Ho juga dikenali sebagai Masjid Muhammad Cheng Ho di mana beberapa orang pemuda cina sedang bermain bola tampar. Kabarnya gelanggang tersebut boleh disewa oleh sesiapa sahaja tidak terkecuali kepada non muslim. Perasmiannya dilakukan pada 13 Oktober 2002. Namanya
Pak Echo, guide kami
bersempena dengan  Cheng Ho, seorang laksamana cina yang beragama Islam.

Kami merakam beberapa gambar kenangan sebelum beredar ke Pasar Surabaya. Terdapat sebuah surau di situ, penuh dengan pengunjung yang ingin menunaikan solat zohor. Tiada telekung bergantungan seperti surau di negara kita sebaliknya terdapat sebuah kaunter yang menyimpan telekung. Pengunjung diminta
window shopping jer...
tinggalkan apa-apa identiti untuk meminjamnya. 

Perjalanan di teruskan ke Pulau Madura dengan melalui Jambatan Suramadu atau Jambatan Surabaya-Madura yang sepanjang 5.4 km. Di buka kepada umum pada 10 Jun 2009 merupakan jambatan terpanjang di Indonesia dan yang pertama merentasi Selat Madura. Tol juga dikenakan iaitu 30,000 rupee pergi dan 30,000 rupee balik. Sebenarnya terdapat ladang tembakau yang sangat luas di Pulau Madura.
House of Sampoerna

Kata Echo, penduduk Madura mempunyai kulit yang agak gelap. Kebanyakan mereka ke Surabaya melakukan kerja-kerja kasar dan menjadi buruh demi mencari sesuap nasi....
House Of Sampoerna - merupakan sebuah bangunan lama dibina oleh kerajaan Belanda pada tahun 1858 sebagai rumah anak yatim. Pada 1932, Liem Seeng Tee yang merupakan pengasas Sampoerna
telah membelinya. Menjadikannya sebagai sebuah muzium untuk tarikan pelancong. Di situ , pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana rokok dihasilkan tanpa mesin...mereka hanya menggunakan tangan. Terdapat kira-kira 3900 pekerja dan seorang boleh menghasilkan sehingga 325 batang rokok dalam masa satu jam.Hari menjelang petang dan kami singgah di Restoran Cak Har untuk menjamu selera. Katanya popular dengan soto. 
Semangkuk soto harganya adalah 15,000 rupee. Saya sangka ada nasi impit
House of Sampoerna
seperti di negara kita.....rupa-rupanya lebih kepada bubur nasi.Namun tidak menghampakan... Memang sangat sedap. Kalau anda ke Surabaya, singgahlah....

Walau pun kami boleh lagi bersiar-siar kerana masih berbaki masa dua jam (ikut perjanjian), namun keletihan yang amat sangat memaksa kami untuk pulang. 
Selesai solat magrib di bilik, saya dan suami berjalan kaki menuju ke satu
kawasan lapang yang mengambil masa dua puluh minit berjalan kaki. Banyak orang berjualan di situ, kelihatannya seperti pasar malam. Gerai-gerai mereka, tempat makan minum termasuk kerusi meja, kelihatan daif sekali. Jauh bezanya pasar-pasar malam di negara kita terutama sekitar putrajaya. Kebersihan juga sangat tidak dijaga. Mereka makan dan buang di merata-rata. Walau pun bermacam makanan, pakaian, kasut, beg tangan dan lain-lain ada di jual, namun tiada
yang menarik hati saya... cukuplah sekadar menjamu mata.









Sekitar Pasar Malam 



murtabak bola namanya



28 Oktober, hari ketiga
Kami hanya berjalan-jalan di persekitaran hotel sahaja. Sekitar jam 1 petang,
menghampiri airport Surabaya
kami dihantar van hotel terus ke airport kerana penerbangan adalah pada jam 4.50 petang. 

Pada jam 8.15 malam kami selamat mendarat di KLIA2. Masih terbayang di ruang mata bagaimana seorang lelaki biasa berdiri di simpang empat mengawal lalu lintas. Dia bukan polis atau askar. Dia hanya menjalankan tugas yang tiada sesiapa amanahkan kepadanya hanya untuk mendapat upah daripada pemandu-pemandu
kenderaan yang lalu lintas di situ. Itulah gaji dia. Sedeh. Saya tanya Pak Echo, bagaimana kalau dia dilanggar. 'itulah risiko yang dia kena tanggung sendiri' balas nya ringkas....Walau bagaimana pun saya lihat banyak pemandu yang menghulurkan 'tips' . 'Berapa' tanya saya pada pak Echo. 'Tak banyak, dalam 1000 ke 2000 rupee sahaja'....saya mencongak sendirian....tak sampai rm 1. Tiba-tiba hati saya di sapa rasa sayu. Allah hu Akbar..



House of Sampoerna


Restoran Chak Har yang popular di Surabaya






Jambatan Suramadu ..gabungan Surabaya dan Madura
( barangkali )





Wednesday, 20 July 2016

PEKANBARU - STOP OVER

29 - 31 OGOS 2015

Percutian singkat selama 3 hari  2 malam 


Saya bersama suami dan dua anak menaiki Airasia dari KLIA 2.
Baru sampai
Pesawat 
bertolak pada jam 10.50 pagi dan tiba di Sultan Syarif Kasim II airport, Pekanbaru pada jam 10.40 pagi , waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia). Terus ambil teksi menuju ke hotel Winstar yang telah ditempah secara online.

Walau pun kami berada di Pekanbaru selama 3 hari 2 malam, namun banyak pengalaman yang dikutip. Kami sangat menghargai negara sendiri....walau pun tidak dinafikan kebersihan memang ditahap yang
Restoran Sederhana - nasi padang
sangat memuaskan di Pekanbaru. Tong sampah ada di mana-mana, sepanjang jalan. Walau pun sekadar tong dram yang dipotong sahaja. 
Di Masjid Agung, ada pemuda yang akan mengambil dan menjaga kasut pengunjung. Kita mendapat tag number. Bayaran tidak ditetapkan, berilah seikhlas hati.
Di Pasar Bawah, tidak banyak barang yang dibeli melainkan dua pasang telekung yang memang murah dan cantik serta beberapa helai baju sebagai kenangan. Kami menaiki tut-tut yang kabarnya semakin pupus dan keadaannya sangat daif. Pernah juga
pasar bawah
menemui seorang ibu dan anak kecil tanpa kasut, menaiki tut-tut bersama kami. Allahu akbar...Seringkali suami membayar lebih dari yang diminta oleh pemandu tut-tut kerana rasa simpati yang teramat. Sekurang-kurangnya mereka berusaha, bukan meminta sedekah. Bayangkan, kami dibawa mengelilingi kota Pekanbaru selama satu jam dan bayarannya hanyalah 50,000 rupiah....atau rm 16 
Kepada anak-anak, ada pengajaran yang mereka perolehi di Pekanbaru kerana sebelum ini mereka di bawa ke serata dunia yang serba maju dan canggih. Mereka membanding-bandingkan taman tema yang pernah mereka kunjungi sebelum ini....Los Angeles, Hong Kong, Tokyo, USS Singapore, Gold Coast dan banyak lagi. 
Bersyukurlah dengan apa yang ada....
Kami selamat mendarat di KLIA 2 pada 31 Ogos 2015 , tengah malam.



Masjid Agung

Umang-umang yang dijual untuk peliharaan

Colourful umang-umang hidup

Tut-tut yang sering membawa kami

Taman Tema - beberapa orang sahaja pengunjung

layan anak-anak bawak kereta

Roller coster - boleh la.....

Bilik cantik dan bersih, RM 60 semalam
untuk bilik berdua. Included breakfast lagi

Chicken grill RM 4 sahaja - sedap....
kena dua pinggan baru cukup

Breakfast di hotel, nasi goreng, lontong, kuih2

Dapat anugerah katanya....