29 - 31 OGOS 2015
Percutian singkat selama 3 hari 2 malam
Saya bersama suami dan dua anak menaiki Airasia dari KLIA 2.
|
Baru sampai |
Pesawat bertolak pada jam 10.50 pagi dan tiba di Sultan Syarif Kasim II airport, Pekanbaru pada jam 10.40 pagi , waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia). Terus ambil teksi menuju ke hotel Winstar yang telah ditempah secara online.
Walau pun kami berada di Pekanbaru selama 3 hari 2 malam, namun banyak pengalaman yang dikutip. Kami sangat menghargai negara sendiri....walau pun tidak dinafikan kebersihan memang ditahap yang
|
Restoran Sederhana - nasi padang |
sangat memuaskan di Pekanbaru. Tong sampah ada di mana-mana, sepanjang jalan. Walau pun sekadar tong dram yang dipotong sahaja.
Di Masjid Agung, ada pemuda yang akan mengambil dan menjaga kasut pengunjung. Kita mendapat tag number. Bayaran tidak ditetapkan, berilah seikhlas hati.
Di Pasar Bawah, tidak banyak barang yang dibeli melainkan dua pasang telekung yang memang murah dan cantik serta beberapa helai baju sebagai kenangan. Kami menaiki tut-tut yang kabarnya semakin pupus dan keadaannya sangat daif. Pernah juga
|
pasar bawah |
menemui seorang ibu dan anak kecil tanpa kasut, menaiki tut-tut bersama kami. Allahu akbar...Seringkali suami membayar lebih dari yang diminta oleh pemandu tut-tut kerana rasa simpati yang teramat. Sekurang-kurangnya mereka berusaha, bukan meminta sedekah. Bayangkan, kami dibawa mengelilingi kota Pekanbaru selama satu jam dan bayarannya hanyalah 50,000 rupiah....atau rm 16
Kepada anak-anak, ada pengajaran yang mereka perolehi di Pekanbaru kerana sebelum ini mereka di bawa ke serata dunia yang serba maju dan canggih. Mereka membanding-bandingkan taman tema yang pernah mereka kunjungi sebelum ini....Los Angeles, Hong Kong, Tokyo, USS Singapore, Gold Coast dan banyak lagi.
Bersyukurlah dengan apa yang ada....
Kami selamat mendarat di KLIA 2 pada 31 Ogos 2015 , tengah malam.
|
Masjid Agung |
|
Umang-umang yang dijual untuk peliharaan |
|
Colourful umang-umang hidup |
|
Tut-tut yang sering membawa kami |
|
Taman Tema - beberapa orang sahaja pengunjung |
|
layan anak-anak bawak kereta |
|
Roller coster - boleh la..... |
|
Bilik cantik dan bersih, RM 60 semalam untuk bilik berdua. Included breakfast lagi |
|
Chicken grill RM 4 sahaja - sedap.... kena dua pinggan baru cukup |
|
Breakfast di hotel, nasi goreng, lontong, kuih2 |
|
Dapat anugerah katanya....
|
No comments:
Post a Comment