UMRAH : 19 JAN - 30 JAN 2024
Alhamdulillah. Syukur sangat2 kerana Allah memberikan rezeki kesihatan dan wang untuk membolehkan saya ke tanah haram untuk kali yang ke7 termasuk ibadah haji.
Kali ini diuruskan oleh Andalusia Travel juga. Ini kali ke tiga kami menggunakan khidmat mereka. Terima kasih Andalusia.
Saya pergi bersama suami dan anak bongsu. Kali terakhir saya ke Mekah pada Dis 2021. Pada 4 Dis 2021 saya tiba di rumah, 18 Nov 2021 berlaku banjir besar seluruh negara.
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, rumah dinaiki air separas dada. Ada barang yang sempat saya naikkan ke tingkat atas. Ada yang tidak. 4 hari, baru surut.
18 JAN ... KHAMIS
Jam 6 petang, kami ke KLIA sebab pesawat akan berlepas pada jam 2.15 pagi (jumaat). Solat magrib dan makan malam di KLIA.
Sewaktu ingin melalui pelepasan antarabangsa, saya disapa seorang wanita muda. Sebelumnya saya perhatikan dia bersalaman dengan suami dan anak (mungkin 6 tahun).
Anaknya menangis kerana terpaksa berpisah dan ditenangkan si ayah. Dia lantas meminta izin untuk mengikut saya
ke balai berlepas.Di tempat duduk, kami berbual panjang. Dia yang tidak pernah ke luar negara mencuba nasib bekerja di perantauan.
Jururawat di Madinah. Ada dua orang lagi teman tetapi penerbangan mereka tak sama. Dia sendiri. Katanya gaji bulanan adalah lebih 10k. Demi keluarga, dia berkorban.
Kontraknya setahun. Begitulah. Saya menjadi sebak. Saya tidak tahu apa yang membuatkan dia bertekad untuk berpisah sementara dengan suami dan anak2.
Jabal Rahmah |
Kami memasuki pesawat dan saya pesan pada dia, jika ada masalah di airport segeralah bertanya staff airport. Jangan mudah percaya orang awam.
Sebab bila tiba di Jeddah, dia kena naik pesawat lain ke Madinah. Saya pula akan terus ke Mekah.
19 JAN 2024 ...JUMAAT
Selesai urusan di airport sekitar jam 8.00 am. Terus menaiki bas ke hotel Olayan (hotel ini kabarnya dipajak oleh pihak Andalusia setahun).
Kami diberi bilik untuk berehat sementara menunggu bilik di Mekah Tower untuk check in, selepas Asar.
Hilang penat, suami saya berjalan ke Masjidil Haram untuk solat Jumaat. Saya sempat berjalan ke gerai berhampiran untuk membeli prepaid.
Makan tengah hari juga di hotel tersebut. Selepas Asar, mutawif (ustaz Musa) membawa kami ke Masjidil Haram untuk selesaikan umrah pertama.
Kami minta izin dari mutawif untuk bergerak sendiri. Sebenarnya kami hanya tawaf sahaja di dataran. Kemudian kami menyewa skuter untuk melakukan sa'i. Dah terlalu penat sebenarnya.
Selesai solat Isya, urusan umrah kami juga selesai. Alhamdulillah.
sa'e |
Nasib kami baik. Masih ada lagi makanan walau pun sebahagian besar dah disimpan. Jadilah untuk lapik perut.
20 JAN ... SABTU
Saya ikut lawatan ke Jabar Tsur. Ustaz bercerita tentang kisah seorang perempuan yang bela kambing tetapi kurus serta susah nak keluarkan susu. Satu hari nabi saw singgah dan minta izin untuk minum susu kambing tersebut.
Di rooftop semasa solat subuh |
tersebut mengeluarkan susu yang banyak sehingga semua orang boleh meminumnya.
Apabila suami perempuan itu pulang, dia merasa terkejut. Selepas mendengar cerita isterinya, tahulah dia bahawa orang yang singgah itu adalah kekasih Allah.
Semasa singgah di Ji'ronah, kami berniat ihram. Memasuki masjidil haram sekitar jam 4.30 pm dan umrah selesai pada jam 8.30 pm.
Bersama mutawif, ustaz Musa di Taif |
21 JAN ... AHAD
Tiada aktiviti khusus pada hari ini melainkan menunaikan solat fardhu 5 waktu di masjid. Subuh kami di 'rooftop' kerana orang terlalu ramai. Seronok rupanya bersolat di situ selain dapat melihat indahnya matahari terbit.
22 JAN ... ISNINSedap. Must try #Taif
Jam 8.00 kami dah bersedia dilobi menunggu bas untuk ke Thaif. Semasa umrah tahun 2021, kami tak ikut mana2 ziarah luar. Kali ini, kami ambil keputusan untuk ikut ziarah luar sebab nak melihat kalau2 ada perubahan pada tempat2 dilawati.
Berbeza sungguh Thaif kali ini. Dah ada hotel, shopping area dan buggy untuk mengelilingi bandar Thaif. Ustaz belanja naik buggy.. terima kasih ustaz.
Singgah juga di ladang rose Thaif. Produk utama mereka adalah minyak wangi. Dah dinaiktaraf tempat tersebut. Kami cuba kopi serta kek yang ada di kafe di situ. Sedap. Ada juga tempat untuk OOTD.
Kemudian kami solat di masjid Abdullah Abbas. Mengikut riwayat, Abdullah Abbas adalah seorang anak kecil yang sangat bijak. Seawal usia 3 tahun, beliau gemar mendampingi alim ulama. Suka berada di dalam majlis2 ilmu. Tidak suka bermain seperti anak2 kecil yang lainnya.
Beliau yang juga sepupu nabi saw merupakan pakar hadis dan tafsir meninggal dunia pada usianya 71 tahun.kunafak.. tak pernah tak sedap #Taif
Makan tengah hari pula di restoran yang sama sejak dari dulu. Nasi arab dan kunafaknya juga masih sedap, sama seperti dulu.
Kemudiannya kami ke Masjid Qonul Manazil untuk miqat umrah. Dari 3.30 pm sehingga jam 9.00 pm, kami berada di masjid untuk melakukan ibadah umrah.
Pada malam tersebut, kami tidak makan di hotel kerana ingin mencuba nasi lemak dan nasi goreng kampung dikedai Malaysia iaitu Dsaji.
23 JAN ... SELASA
Tiada ziarah luar. Kami hanya solat 5 waktu di masjid.
24 JAN ... RABU
Lepas asar, kami bergerak ke Jabal Nur. Banyak perbezaannya kali ini. Ada laluan cantik walau pun tidak bertar. Kami cuba untuk ke Gua Hira' namun tiada kekuatan untuk meneruskannya.
Separuh jalan, kami berpatah balik. Solat di surau yang ada di kaki Jabal Nur. Ada kiosk2 makanan yang cantik dan bersih. Bersusun cantik. Ada diantara budak2 muda (grup kami) yang berjaya sampai di Gua Hira'.
Jabar Nur menuju ke Gua Hira' |
Dengan sedikit bayaran, pengunjung boleh juga menonton filem yang disediakan di situ. Boleh bergambar seolah2 kita berada di dalam Gua Hira' dengan menggunakan 'special effects'
Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan nasi bryiani lauk unta. Satu talam kecil berharga 57 rial kami kongsi bertiga. Jangan terkejut kerana talam kecil tersebut dimakan oleh seorang sahaja orang arab.
Rasa daging unta ni macam daging lembu juga. Lembut. Nasib suami saya kurang baik kerana dia mengalami selesema yang teruk pada esok harinya. Alahan barangkali.
25 JAN ... KHAMIShajat tak kesampaian..huhu
Selepas solat subuh, kami ke dataran untuk tawaf wada'.
Sekitar 2.30 petang kami bertolak ke Madinah menaiki bas. Hanya ada beberapa orang ahli kumpulan kami yang menaiki keretapi laju ke Madinah.
Kami sampai pada jam 10.00 malam di Hotel Al Ritz. Terus masuk ke bilik kerana keletihan.
nasi lauk unta |
26 JAN ... JUMAAT
Saya ke masjid Nabawi bersama anak kerana suami demam. Keadaan persekitaran sudah jauh berbeza. Walau pun kali terakhir saya ke situ adalah pada december 2021, perubahan sangat ketara.
Paling ketara adalah payung2 gergasi di perkarangan masjid tidak lagi ditutup. Ianya terbuka sepanjang masa.
Selain itu ada banyak kiosk serta kedai makan yang cantik bersusun untuk jemaah makan, minum, bergambar atau sekadar mengambil angin.
Suhu ketika itu memang sangat nyaman dengan suhu sekitar 12 darjah celcius.
27 - 28 JAN
Alhamdulillah suami saya beransur sihat dan tidak demam lagi. Dia pun dapat menunaikan solat Jumaat di masjid.
lepak lepas isya |
Cumanya dia tidak dapat masuk ke 'raudhah' kerana giliran kumpulan kami adalah pada hari sebelumnya. Beberapa kali dia cuba merayu untuk masuk namun gagal. Petugas2 di situ sangat tegas nampaknya.
Sebelah petangnya suami berjaya solat dibahagian paling hampir dengan 'raudhah'.
Kami lebih banyak habiskan masa di masjid dan tidak ikut ziarah luar.
29 JAN 2024 ... ISNIN
Hari terakhir di Madinah. Kami kemaskan semua bagasi dan letakkan di luar bilik seawal jam 9.00 pagi.
Sebelum solat zohor, kami berangkat ke lapangan terbang Madinah dan dibekalkan dengan 'pack lunch'.
Pesawat bergerak pada jam 3.30 petang dan kami selamat mendarat pada keesokan harinya (Selasa) pada jam 5.00 pagi.
Setiap kali saya bersujud di bumi Makkah dan Madinah, hanya satu yang saya minta ... moga Allah berikan rezeki dan jemput saya lagi ke tanah haram ini.
Aamiin ... Ya Rabbal Alamin