Wednesday, 10 December 2025

HANOI, FANSIPA, SAPA, HALONG BAY

 18 - 23 FEB 2025

Beza waktu : KL 5.45 am = HANOI 4.45 am

Trip kali ini saya pergi bersama suami dan anak bongsu kami.  Diuruskan oleh

Hotel Sapa Cham
JENDELA ASIA TRAVEL & TOURS untuk 6h 5m dengan bayaran RM3590 per pax, full board.

18 FEB : SELASA, hari pertama

Kumpulan kami hanya 10 orang, jadi tiada TOUR LEADER yang ikut. Kami dibantu oleh en Wazan wakil JENDELA ASIA TRAVEL untuk check in.

flight AIR ASIA berlepas pada jam 5.45 am dan tiba di Noi Bai International airport, Hanoi pada jam 9.45 am. Ketibaan kami disambut TOUR GUIDE yang dipanggil TOMOK. Seorang anak muda yang sangat ceria orangnya serta fasih berbahasa melayu.

Kami terus dibawa ke SAPA menaiki bas ... jaraknya  kira2 200 km. Dipertengahan jalan, kami singgah R n R untuk makan NASI GORENG yang dibawa oleh Tomok.

Cat Cat village
Sekitar jam 2.45 pm kami check in HOTEL SAPA CHAM. Masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan berkumpul di lobby pada jam 4.00 pm. Destinasi pertama kami adalah CAT CAT VILAGE. Sebuah kawasan laluan yang dipenuhi dengan gerai2 di kiri kanan jalan. Macam2 barang yang dijual di kawasan tersebut. Ada juga pelancong yang berminat untuk menyewa pakaian tradisional Vietnam untuk bergambar. Ahli grup kami tiada yang berminat.

Yang tak tahan adalah kerana laluannya menuruni bukit bertangga. Sangat memenatkan. Untuk pulang ke tempat permulaan tadi, kami menaiki motor sewa. Tak sanggup dah berjalan kaki.

Kami di bawa ke HAJAH HAWA RESTORAN untuk makan malam dan sampai ke bilik pada jam 6.30 pm

19 FEB : RABU, hari ke 2

Tren ke puncak

Selepas bersarapan pagi di hotel, kami ke FANSIPAN iaitu sebuah kawasan pergunungan yang popular. Kami kena naik tren yang seperti ke BUKIT BENDERA serta kereta kabel sejauh 6.3 km . Ketinggian Fansipan adakah sekitar 3143 m.

Disebabkan cuaca yang agak sejuk dan berkabus, maka penglihatan sangat terhad. Tiada pemandangan cantik seperti yang diharapkan melainkan putih berkabus sahaja.

Sebelum sampai ke puncak, terdapat dua peringkat untuk berhenti atau berehat. Ada restoran yang menyediakan pelbagai makanan ringan dan berat. Saya dan suami tidak sampai ke puncak memandangkan ada banyak anak tangga yang perlu didaki. Cuaca sangat sejuk dan saya serta suami hanya minum kopi sementara yang lain2nya menaiki tangga hingga ke puncak.

belum puncak dah sejuk
Turun dari fansipan, kami bergambar di sekitar SUNWORLD sebab ada taman bunga yang cantik. Kemudian kami ke rsestoran Hawa lagi utnuk lunch. Kira2 jam 5.00 pm kami keluar shopping dan seterusnya ke restoran Hawa lagi untuk STEAMBOT dinner. Di Sapa ni memang susah nak cari restoran halal. 


20 FEB : KHAMIS, hari ke 3

Seawal jam 4.00 am kami dah keluar sebab perjalanan ke HALONG BAY sangat jauh kira2 400 km. Singgah sebentar solat subuh di kaki lima sebuah bangunan kosong.

Sepanjang jalan kelihatan petak2 sawah yang kecil2 dipunyai oleh orang perseorangan. Berbeza dengan di tempat kita yang keluasan

ni jer halal
sawahnya lebih besar dan teratur. Selain itu terdapat juga kubur di atas sawah. Kata Tomok, kalau kebumi di kawasan perkuburan khas, ada harga yang perlu dibayar. Walau bagaiman pun banyak mayat2 yang dibakar pada masa kini kerana bayaran pengurusannya jauh lebih murah.

Kami singgah makan NASI LEMAK yang dibawa Tomok di kawasan rehat & rawat. Katanya dari restoran Hawa juga. Apa yang menarik minat saya adalah TEBU KUKUS yang banyak dijual. Di potong kecil2, dikukus dan dibungkus. Tapi maaflah tak berani beli kerana penjual disitu kelihatannya kurang bersih atau mereka menjual bersama makanan2 lain yang tak halal.

Singgah pula di tempat pembiakan mutiara iaitu PEARL HALONG BAY. Kami diterangkan tentang bagaimana tiram diternak untuk menghasilkan mutiara. 

Teliti : masukkan benih
Benih mutiara dimasukkan kedalam tiram. Dibiarkan selama 1 tahun atau 3 tahun atau 5 tahun bergantung pada bagaimana jenis mutiara yang ingin terhasil. Tiram2 tersebut diletakkan pada sarang khas yang mereka buat supaya tiram2 tersebut tidak bergerak merata2.

Kami meneruskan perjalanan ke HOUSE BOAT di HALONG BAY  untuk bermalam di situ. Sebaik tiba kira2 jam 11.00 am, makan tengah hari dah tersedia. Kebanyakannya makanan laut, seperti udang, ketam kecil2 dan ikan. Semuanya sedap2 belaka.

House boat tersebut kecil sahaja dan kami tidak campur dengan siapa2. Tingkat bawah adalah ruang makan. Tingkat dua ada lapan buah bilik berdua sama ada dua katil single atau satu katil queen. 


House boat
Tingkat paling atas adalah ruang santai dan terbuka untuk menikmati keindahan LAUT CHINA SELATAN di Halong Bay. Dipersekitaran kami terdapat beberapa buah kapal mewah yang harga penginapannya mencecah ribuan ringgit Malaysia. Terdapat juga kapal yang membawa pelancong yang tidak bermalam, mereka hanya bersiar2 sambil menikmati makan tengah hari.

Kemudian Tomok sediakan bahan2 untuk kami cuba sendiri membuat VIETNAM ROLL. Sedap dan mudah.

Pukul 5.00 pm kami dibawa menaiki bot kecil menyelusuri laut di Halong bay melalui gua2 kecil yang ada disekitar. Bot tersebut hanya memuatkan grup kami, tiada enjin tetapi menggunakan pendayung. Kadang2 pemandu bot sengaja membolak balikkan bot seolah2 ingin terbalik. Mungkin seronok kot bila mendengar jeritan kami yang ketakutan.

Kami pulang semula ke house boat untuk makan malam sekitar jam 6.30 pm. Macam biasa menunya adalah udang, ketam dan tiram. Sedap sangat.

Bila malam menjelang, kami naik ke atas dek untuk melihat matahari terbenam. Cantik. Tomok juga sediakan set KARAOKE dan tentulah dia yang merasmikan. Boleh tahan jugalah suara Tomok tu. Kamudian anak saya dan teman2 dia sambung berkaraoke hingga lewat malam. Sementara saya dan yang lain2 cuba MENCANDAT sotong tetapi hampa. Sekor pun tak kena.


21 FEB : JUMAAT, hari ke 4

Malamnya tidor lena. Boat pun tidak bergerak cuma sesekali terasa dipukul ombak

menyelusuri Halong Bay
perlahan. Sarapan awal pagi kerana kami perlu ke SUNG SOT CAVE pada jam 7.30 am kerana takut ramai orang.

Pertama kali saya memasuki gua yang sangat besar, cantik dan tidak menakutkan kerana dipenuhi dengan cahaya. Sama ada cahaya matahari atau cahaya lampu. Juga tidak begitu memenatkan kerana anak tangganya tidaklah terlalu curam. Barangkali mereka telah buat penambaikan, fikir saya. Ada ruang 1 yang paling kecil, ruang 2 dan ruang 3 yang paling besar.

Sampai semula di house boat kira2 jam 10.00 am, makan tengah hari telah tersedia. Kami bersiap2 untuk check out pada jam 11.00 am menuju ke HANOI.

dek
Singgah di BAMBOO FABRIC FACTORY untuk melihat pelbagai jenis item yang dihasilkan daripada buluh. Antaranya baju, seluar dalam, kain pengelap, tuala dan macam2 lagi.

Sampai di hotel, terus check in. Kami makan malam pada jam 5.00 pm dan terus ke HANOI NIGHT MARKET.


22 FEB : SABTU, hari ke 5

Kami ke DONG XUAN MARKET dari jam 1.00 pm hingga 3.00 pm. Seperti biasa saya hanya membeli sedikit cendera hati untuk dibawa pulang.

Kemudiannya kami ke AL NOOR MOSQUE untuk solat. Seterusnya ke TRAIN TRACK CAFE untuk melihat  keretapi dari jarak dekat. Ada rasa yang menakutkan sebenarnya.

Kalau di tempat kita, laluan keretapi adalah kawasan larangan. Tapi di sini kiri kanan ada kedai2 menjual pelbagai makanan atau cendera hati. Untuk duduk dikerusi yang mereka letakkan, perlulah membeli minuman atau makanan di kedai tersebut.

Bila keretapi lalu, sangat menggerunkan bunyinya. Cuma saya tertanya2... tak ada kah berlaku kemalangan di situ???


23 FEB : AHAD, hari ke 6

Hari terakhir kami di bumi Vietnam. Kami dihantar ke airport sekitar jam 10.00 am kerana penerbangan pulang adalah paada jam 2.50 pm. Solatlah kami di ruang kosong yang agak terlindung kerana tiada reuang solat di situ. Selepas tiga jam berada di udara, kami selamat mendarat pada jam7.00 pm di KLIA 2 dengan kenangan manis yang kekal diingatan.

    

nasi lemak orang vietnam


sekitar Sunworld
    


Sung Sot Cave

dalam gua
     
Pemandangan dari atas gua


Bersama Tomok

tunggu tren lalu

house boat

Penyediaan vietnam roll

Cat Cat Village


Berjaya jugak dia