Monday 12 September 2022

UMRAH KE 4 (HALFDAY MUSCAT)


7 Feb - 18 Feb 2020...UMRAH KE 4 DENGAN HALFDAY MUSCAT

Dah terlalu lama saya meninggalkan blog ini disebabkan kekangan masa. Sukar untuk saya menulis secara detail mengenai trip kali ini .. dah hampir dua tahun berlalu. Usia semakin menambah dan ingatan semakin pudar.

Seperti sebelumnya, saya bersama suami dan dua anak remaja dijemput
Allah ke tanah haram ini untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah.

Ini adalah kali ke 5 saya menjejaki bumi bertuah ini termasuk ibadah haji.

Sebenarnya keinginan untuk ke tanah suci ini datang tiba2. Tiada perancangan dari awal. Sebaik pulang dari masjid, suami tiba2 berkata " jom pergi umrah nak".

Allahu... siapalah yang boleh menolak ajakan ini. Lalu saya bersetuju. Suami meminta saya untuk mencari pakej.

Memandangkan anak2 masih diuniversiti, saya terpaksa mencari agent yang dapat menerbangkan kami dalam tempoh mereka masih bercuti. Pilih punya pilih, maka Andalusialah yang sesuai.

hotel di Madinah.. lupa laaa...

Hanya ada masa sebulan untuk buat persiapan. Saya telefon agent dan bayaran dibuat sepenuhnya seminggu kemudian. Allah telah permudahkan segala urusan kami.

Pada masa itu, Covid19 telah mula berada di Malaysia. Pemakaian pelitup muka belum diwajibkan namun sangat digalakkan.

Kami menaiki Oman Air dan berlepas dari KLIA pada jam 9.40 pagi untuk ke Madinah. Sekitar jam 1.00 petang waktu tempatan, kami tiba di Muscat. Bas membawa kami melawat Sultan Qaboos Grand Mosque. Sangat besar dan cantik, boleh memuatkan sehingga 25 ribu jemaah.

Kemudiannya singgah di Mutrah Souq berhampiran pantai untuk
Sultan Qaboos grand mosque
membeli sedikit cenderahati. Pada masa itu barulah saya tahu bahawa RM 12  bersamaan dengan Oman Riyal 1. Terkejut saya... tetapi kebanyakan  t shirt pun tidaklah mahal sangat. Hanya dalam Oman Riyal 2 atau 3 sahaja.

Tepat jam 10.00 malam waktu tempatan kami meneruskan perjalanan dan  selamat tiba di hotel sekitar jam 1.30 pagi.

Kumpulan kami tidak ramai... hanya 3 buah keluarga yang masing2 membawa dua anak remaja. Bermakna jumlah kami hanyalah 12 orang bersama seorang metawif iaitu ustaz Hafiz.

Kumpulan kecil kami...Muscat
Maaflah... saya lupa nama hotel penginapan kami. Yang saya ingat, makanannya sangat sedap. Menepati selera orang Malaysia. Kabarnya, tukang masak di situ adalah orang Indonesia. Sup tulang pun mereka ada sediakan untuk makan malam.

Terdapat juga ceramah  yang diaturkan oleh pihak Andalusia. Seperti biasa, kami menunaikan solat fardhu lima waktu di masjid Nabawi. Ada masanya kami ikut berziarah.

Pada sebelah malamnya ustaz membawa kami melawat  masjid kecil yang berada diluar

Masjid Awan
perkarangan masjid Nabawi. Namanyna adalah Masjid Ghamamah atau Masjid Awan. 

Menurut kisah yang pernah diceritakan, asalnya di situ adalah kawasan lapang di mana nabi saw mendirikan solat raya. Ketika itu cuaca sangat panas namun tidak lama datanglah awan menutupi sebahagian langit terbuka tersebut.

Disebabkan pada hari tersebut adalah hari lahir saya ( 10 feb ), suami memohon ustaz untuk membacakan doa. Alhamdulillah... buat pertama kali dan mungkin yang terakhir saya meraikan hari lahir di Madinah. Tiada sambutan istimewa namun rasanya sangat bahagia.

Seperti lazimnya, kami dibawa ke tempat2 yang mesti dilawati ketika di Madinah antaranya Bukit Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan masjid Jumuah.

Selain itu saya juga berkesempatan menziarahi raudhah sebanyak 3 kali. Pertama bersama mutawif, kedua bersama anak perempuan dan ketiga saya pergi sendiri. 

Setelah 4 malam di Madinah, kami bertolak ke Mekah.

Kepenatan tetapi gembira
Dalam perjalanan, kami singgah di Bir Ali untuk bermiqat. Maaf, saya lupa juga nama hotel tetapi berada sekitar 250 m dari Masjidil Haram. Kami menghantar semua bagasi ke bilik. Kemudian ke dewan makan. 

Walau pun agak lewat, makanan masih ada. Seperti di Madinah, makanan di hotel tersebut juga menepati citarasa saya. Sedap.

Selesai makan, kami mengikut mutawif untuk selesaikan umrah pertama. Malam semakin larut. Saya dan suami keletihan lalu kami meminta untuk bergerak sendiri. Bimbang kalau2 kami terlalu lambat. Ustaz memahami dan hanya anak2 saya bergerak dalam kumpulan. 

Sebaik habis bertahalul, kami keluar dan mendapati ustaz bersama ahli yang lain sedang bergambar di pintu masuk masjid.

Mereka sedang bergambar beramai2. Sempatlah saya dan suami turut serta.

Sepanjang berada di Mekah, kami sempat melakukan tiga kali umrah. Semuanya kami bermiqat bersama ustaz. Namun seperti sebelumnya saya dan suami melakukan tawaf dan sa'i sendiri. Kami mengambil masa yang lebih lama berbanding ahli2 lain sebab banyak berehat. 

Kami juga dibawa melawat ke  Jabal Nur. Selain itu semasa ke Thaif, kami bermiqat di sana. Sempat juga singgah di pasar buah2an di situ.

Telaga Ain Tiflah

Kali ini kami dibawa melawat Telaga Ain Tiflah di Asafan kira2 75 km dari kota Mekah. Pertama kali saya melawat ke situ. Airnya sejuk.

Kisahnya, suatu ketika nabi saw dan para sahabat menuju ke Mekah lalu singgah di telaga ini kerana haiwan tunggangan mereka kehausan. Malangnya air telaga tersebut rasanya masin dan tidak boleh diminum.

aiskrim ni viral katanya


Baginda meminta satu baldi air lalu meludah kedalamnya. Sebaik dituangkan ke dalam telaga, airnya menjadi tawar dan sedap diminum. 

Ketika bersolat dimasjid, saya temui banyak orang...mendengar cerita mereka. Ada cerita yang boleh dijadikan iktibar. Ada cerita yang menyentuh hati. 

Seorang perempuan seusia saya meluahkan rasa syukurnya kerana dapat datang buat pertama kalinya. Lebih manis lagi kerana dia ditemani anak lelakinya yang masih bujang. Semua perbelanjaan ditanggung oleh anak muda tersebut... syurgalah buat anak ini yang membahagiakan ibunya.

Jumpa pula seorang wanita muda lewat usia tiga puluhan. Dia cerita
kunafak di Thaif
bagaimana seorang abangnya buat kutu keluarga untuk beri peluang pada setiap adik beradiknya mengerjakan umrah. Mereka enam beradik dan setiap tahun akan ada seorang yang dipilih untuk pergi umrah.

Gilirannya dua tahun lagi tetapi sebab ada yang tolak kerana masalah peribadi, dia diminta ganti. Seronok bukan kepalang katanya. Rezeki Allah tak siapa tahu. Berpahalah siabang kerana mewujudkan sistem kutu tersebut. 

18 Feb 2020 hari selasa, kami selamat tiba di KLIA sekitar jam 8.10 pagi. Transit beberapa jam di Muscat tetapi hanya berada di airport sahaja. 

Beberapa minggu selepas kami pulang kerajaan mengumumkan 'lock down'. Banyak penerbangan dihentikan. Banyak orang yang tertangguh impian mereka untuk ke tanah suci. 

Tiba2 saya terfikir.. mujurlah saya sempat. Allahuakbar... "nikmat Allah yang mana lagi ingin kamu dustakan".

Alhamdulillah...