Monday, 19 September 2022

TURKEY

 23 AUGUST - 2 SEPT 2022


macam biasa... photo dulu
23 AUG - SELASA

Kali ini saya bersama suami dan dua anak  berkembara di bumi Turki dengan menggunakan khidmat IBC tours & travel. Tour leader kami adalah En Zulfekar.

Penerbangan dengan Oman Air bertolak dari KLIA tepat jam 9.40 malam. Tiba di Muscat kira2 jam 12.20 pagi. Terus mendaftar masuk di hotel Aerotel yang terletak di dalam kawasan airport juga.

Keesokan harinya kami bersarapan dan makan tengah hari sebelum menaiki pesawat pada jam 2.30 petang . Tiba di Istanbul pada jam 7.00 malam (24 Aug) disambut oleh tour guide Mr John dan  kami terus  ke restoran untuk makan malam. Seterusnya  ke hotel Goldenway untuk menginap.


25 AUG - KHAMIS

Seperti lain2 tour yang biasa kami ikuti, wake up call pada jam 5.30 pagi. Kami

private cruise
keluar bersama bagasi.Cuaca panas sekitar 24 ke 29 degree. Ada kemungkinan hujan juga.

Pertama sekali kami dibawa menaiki private cruise tour menyelusuri Selat Bosphorus. Hujan rintik2. Dari atas kapal, dapat disaksikan Istanbul yang terbahagi kepada benua Asia dan benua Eropah. Sebab itulah  Turki digelar sebagai negara dua benua.

Kemudian memasuki Blue mosque yang popular tetapi kerja2 penambahbaikan sedang dilakukan. Hanya ada sebahagian ruang solat utama sahaja yang kelihatan. Selebihnya bertutup. Mujurlah saya pernah datang ke situ sebelum ini (2008 dan 2017).

Hujan semakin lebat memaksa saya untuk membeli payung dengan harga TL 50 atau RM 15. Turki Lira jatuh teruk  berbanding kunjungan saya pada tahun 2017.

hujan rintik2

Saya sekeluarga batalkan niat untuk memasuki Hagia Sophia kerana terpaksa beratur panjang di dalam hujan lebat. Lagi pun saya dah pernah masuk dulu.

Akhir sekali kami melawat Hippodrome yang merupakan pusat sukan dan sosial bagi empayar Byzantine. Hari ini kawasan tersebut dinamakan Sultanahmed Square.

Kami dibawa makan tengah hari di Istanbul. Makanan mereka mesti ada sup dan salad sayuran. 

Perjalanan diteruskan ke Bursa yang jaraknya lebih kurang 92 km.

ronda2 kat Bursa
Kami tiba sebelum waktu magrib. Selepas meletakkan bagasi di dalam bilik hotel Burcman, saya keluar bersama suami ke kedai berhampiran untuk membeli charger telefon. Kami makan malam di hotel dan naik ke bilik untuk berehat.


26 AUG - JUMAAT 

Awal pagi selepas bersarapan di hotel, kami keluar. Kedai pertama adalah Turkish Delight. Banyak manisan yang dijual disitu selain pakaian, cenderahati dan shawl. Nama pun manisan... memang manis sangatlah jawabnya. Katanya diperbuat daripada madu dan bukannya gula.

Singgah pula digrand mosque of Bursa yang dibina sekitar tahun1396

Grand mosque of Bursa
hingga 1399. Mempunyai 20 kubah dan dua menara. Di dalam masjid tersebut juga tersimpannya kelambu kaabah yang pertama sebagai tanda hubungan baik kerajaan Turki dengan kerajaan Arab Saudi.


27 AUG - SABTU

Tempat lawatan pertama pada hari ini adalah Leather show. Siapa sangka anak perempuan saya ditarik naik ke pentas untuk menggayakan jaket kulit mereka. Malu benar dia hingga tour guide memanggilnya 'the shy model'... hahaha

kelambu kaabah yang pertama

Catwalk... gitteeeww

Ephesus
Ephesus pula merupakan sebuah bandar Yunani kuno yang dibina pada abad ke 10 sebelum masihi. Antara monumen yang masih kekal adalah Perpustakaan Celcus dan teater yang boleh menampung sehingga 25 ribu penonton. 

Walau pun banyak kerosakan tetapi bentuk asalnya masih jelas kelihatan.

Singgah lagi untuk membeli belah manisan serta Olive Oil di sebuah kedai yang kami lalu. Banyak juga ahli kumpulan kami yang membeli olive oil disitu kerana keasliannya. Termasuklah suami saya... enam botol terus.


Ephesus


Hierapolis
Semasa di dalam bas, kelihatan Pamukale
atau Istana Kapas yang putih bersih. Kawasan tersebut merujuk kepada permukaan batu kapur yang berkilau dibentuk ribuan tahun oleh mata air yang kaya kalsium.

Di situlah terletaknya Hierapolis iaitu sebuah bandar purba yang  kini diistiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Mata air panasnya telah digunakan sebagai spa sejak abad ke 2 sebelum masihi.

Banyak lopak air disitu. Sempat kami rendam kaki dan airnya terasa suam.

Kami dibawa ke hotel Herakles, Pamukale.


Cotton castle dari atas balloon

28 AUG - AHAD

Inilah yang paling saya tunggu2 iaitu menaiki Hot air Balloon yang telah termasuk di dalam pakej.

Kami keluar  sebaik selesai solat subuh kira2 jam 5.30 pagi. Kami menyaksikan prosesnya dari awal. Balloon diturunkan dari lori, dibaringkan, dimasukkan udara biasa untu kembangkannya, kemudian udara panas sedikit, didirikan... semuanya mengambil masa sehingga satu jam. 

Seterusnya bila bersedia untuk terbang, kami terpaksa memanjat bakul tersebut. Setiap bakul boleh memuatkan 20 orang, ada partitian juga untuk seimbangkan bakul.



Sambil balloon tersebut terbang, udara panas sentiasa di pam masuk. Hari semakin cerah dengan cahaya matahari mulai memancar. Dari atas, kelihatan cotton castle yang putih bersih. 

Balloon tersebut boleh mencapai ketinggian 1.2 m dan dikawal oleh dua orang yang sangat mahir.  

Hampir 45 minit berada di udara, saya merasa sangat teruja. Sukar untuk digambarkan apa yang saya rasa. Jika selama ini saya selalu terfikir yang saya akan gayat, rupanya tidak. Rasanya saya lebih gayat bila berada di atas bangunan tinggi. 

Caravansarai, Sultanhani

Yang paling saya kagum adalah kemahiran mereka sewaktu menurunkan bakul balloon tersebut... turun betul2 di atas lori kecil yang tersedia.  

Kami pulang ke hotel untuk bersarapan pagi.

Selesai sarapan, kami membawa semua bagasi menaiki bas. Destinasi seterusnya adalah premis textile. Seperti biasa, banyak hasil2 textile yang dipamerkan dan dijual. 

Perjalanan di teruskan dan kami singgah di Caravansarai yang terletak di bandar Sultanhani, merupakan tempat persinggahan para pedagang pada abad ke 13. Macam r & r lah kiranya. Ianya adalah contoh terbaik seni bina Anatolian Seljuk yang masih wujud sehingga kini.

 

Kami tiba di Dedeli Cave hotel, Capadocia ketika hari telah gelap. Hotel gua ini kabarnya tiada satu pun biliknya yang serupa. Mujur kami dapat bilik di tingkat satu.

Walau bagaimana pun terpaksa jugalah menapak ke tingkat lima kerana tempat makan terletak di situ. 

Bilik hotel ini sangat uniq. Tiada aircond tetapi tidak panas. Sangat luas, terdapat satu katil queen dan satu katil single. Pada hal saya  dengan anak perempuan sahaja di situ. 

Makanan yang disediakan juga agak sedap. Kadang2 ada nasi goreng tetapi cara Turkey lah yer...

Paling seronok kerana kami di situ untuk dua malam.

Dedeli cave hotel


29 AUG - ISNIN

Saya sekeluarga bersama tiga orang yang lain menaiki jeep safari. Ini tidak termasuk dalam pakej. Seorang perlu membayar RM 380.

Pukul 5.15 pagi kami dijemput dua buah jeep. Perjalanan agak mencabar melalui bukit2 dan tanah gersang. Pemandu jeep pula memasang lagu serta lampu berkelip2. 

Kami dibawa ke tempat menaiki hot air balloon di Capadocia. Keadan di situ lebih cantik dengan puluhan balloon berwarna warni diterbangkan. Kami hanya dibawa untuk bergambar.


Pukul 7.30 pagi kami telah pulang ke hotel untuk bersarapan.Banyak
Uchisar castle dari kejauhan

tempat untuk dilawati pada hari ini kerana dekat2 sahaja.

Pigeon Valley adalah satu kawasan di mana orang ramai membuat 'pigeon houses' pada tiang2 batu atau rumah gua. Selain digunakan sebagai makanan dan baja, burung ini juga menjadi penghantar surat utama pada zaman dahulu. Rumah2 merpati ini masih boleh dilihat sehingga hari ini.

Uchisar Castle merupakan satu petempatan kecil pada abad ke 14 untuk melindungi diri daripada musuh. Sesiapa yang berani bolehlah mendaki ke bahagian2 tinggi untuk melihat seluruh pemandangan pekan kecil bernama Uchisar ini. 

sabar.. sabar.. sabar
Seperti biasa kami ke tempat menenun karpet. Banyak orang yang menggilai karpet buatan Turkey ini kerana kelembutan dan keasliannya. Ada yang diperbuat daripada benang bulu biri2, kapas atau sutera. 

Harga pula bergantung kepada jenisnya. Sangat mahal bagi saya... ribu2 ringgit malaysia.. maklumlah
buatan tangan. Tukang tenun memerlukan sehingga enam bulan untuk menyiapkan sehelai karpet berukuran biasa. 

Underground City pula sebuah petempatan bawah tanah untuk

melindungi diri dari musuh pada era empayar byzantine. Mencapai kedalaman 60 m bawah tanah dan boleh memuatkan sehingga 20 ribu orang termasuk ternakan dan makanan mereka. Memang sangat menakjubkan. 

Tiba2 saya teringat Cu Chi tunnel di Ho Chi Minh yang tidak kurang juga hebatnya.

Segingga tahun 1968, semua penduduk underground city telah dipindahkan dan diberikan petempatan baharu. Bandar itu kini menjadi tinggalan sejarah untuk dilawati pelancong.

Orang tempatan menggelar mereka 'mountain people' dan penampilan mereka berbeza dengan penduduk biasa. Mereka kelihatan lebih tegap dan warna kulit sedikit gelap.


manual jer...
Kami singgah makan tengah hari sebelum meneruskan lawatan ke 'Seramic Fabric'. Di situ, tanah liat dicampurkan dengan benda asing untuk menjadikannya berkilat. Berbeza dengan labu sayung di Perak, mereka menghasilkan pelbagai benda. Namakan sahaja... hiasan dinding, mug, jug, pinggan, key chain dan bermacam lagi. Harga pun boleh tahun. Dari ratusan ringgit hinggalah ke ribuan...

sejauh mata
memandang
Kami tiba di Cave hotel sebelum magrib. Ada masa untuk berehat dan mengemas pakaian. Perjalanan esok paling jauh.. menuju ke Istanbul. Katanya hampir 600 km.


30 AUG - SELASA

Selesai sarapan, bas bergerak pada jam 7.30 pagi. John ingatkan supaya bersedia dengan sedikit kudapan kerana makan tengah mungkin sedikit lewat. Walau bagaimana pun, bas akan singgah di dua tempat untuk 'refreshing'.

Salt Lake atau Tuz Golu dalam bahasa Turki merupakan destinasi pertama kami.. Merupakan tasik hypersaline terbesar di dunia dengan keluasannya adalah 1,665 km per. Semasa musim sejuk, garam larut di

permukaan garam

dalam air tawar. 

Untuk mendapatkan garam yang benar2 bersih, mereka akan pergi sehingga sejauh 30 km ke tengah Salt Lake.

Pada musim panas iaitu Ogos, tasik itu akan mendedahkan sehingga 30 cm tebal garam dipermukaannya. Ia menghasilkan 63% garam untuk rakyat Turki.

Kami tiba di Camlica Mosque saat azan magrib berkumandang. Masjid yang dirasmikan pada 4 Mei 2019 itu boleh memuatkan seramai 63 ribu jemaah  serta mempunyai 3500 tempat letak kereta bawah tanah. 

Malam itu kami menginap di hotel yang sama iaitu Goldenway.



Camlica mosque

Abu Ayub Al ansari mosque

31 AUG - RABU

Selesai bersarapan di hotel, kami ke masjid Ayub Al ansari. Beliau dilahirkan di Madinah. Semasa nabi saw tiba bersama Abu Bakar di Madinah, banyak orang menawarkan rumah mereka tetapi dengan pertolongan Allah, unta nabi memilih rumah Abu Ayub Al ansari untuk menumpang.

Pada ketika itu, Abu Ayub hanya menyediakan makanan untuk nabi saw dan Abu Bakar namun akhirnya makanan tersebut dapat dikongsikandengan 180 orang yang ada disekitarnya. 


Kami singgah untuk lunch di restoran sebelum meneruskan destinasi

Grand bazaar
akhir ke spice bazaar dan grand bazaar. Saya sekeluarga sempat makan kebab di restoran yang ada di grand bazaar.

Tidak banyak yang kami beli sekadar sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Sambil berbual dan melihat gelagat pengunjung yang ada,  jam menunjukkan 5.30 petang. Kami dibawa ke restoran untuk makan malam sebelum terus ke airport untuk penerbangan pulang.


1 SEPT - KHAMIS

Pesawat bertolak pukul 12.55 pagi ke airport Muscat. Kami tiba pukul 6.30 pagi, ada bas menunggu dan membawa kami ke hotel. Sarapan pagi di hotel, berehat dan makan malam awal iaitu pukul 5.00 petang.

Kami terus dibawa ke airport Muscat dan pesawat bergerak pada jam 8.40 malam.

Kami selamat tiba di KLIA keesokan harinya, 2 SEPT (JUMAAT) sekitar jam 8.30 pagi.