31 Mei, Selasa - Hari Pertama
Bertolak dengan KLIA Transit di Salak Tinggi seawal jam 6.00 pagi menuju ke KLIA 2. Saya bersama suami dan dua orang anak remaja. Kami solat subuh sebelum bersarapan roti canai di restoran berhampiran pintu masuk antarabangsa. Destinasi kali ini adalah Perth, Australia dengan pesawat Airasia. Walau pun telah kerap ke luar negara, saya sentiasa berdoa kepada Allah agar urusan kali ini dipermudahkan. Visa Australia telah saya uruskan lebih awal melalui on-
line dengan bayaran AUD 9.90 sahaja seorang (teringat pengalaman ke Brisbane tahun 2011 di mana permohonan visa dibuat di KLIA iaitu dua jam sebelum berlepas). Alhamdulillah... segala urusan kali ini dipermudahkan Allah.
Pesawat berlepas kira-kira jam 9.40 pagi dan selamat mendarat di Perth International Airport sekitar jam 3.10 petang. Untuk makluman, tiada perbezaan waktu antara Malaysia dengan Perth.
Selesai segala urusan imigresin, kami terus keluar mencari teksi. Dengan bayaran AUD 45, kami dihantar ke hotel City Stay Apartment yang ditempah awal melalui on-line. Apartment dua bilik, lengkap dengan dapur, kelengkapan memasak, mesin basuh, mesin pengering, set sofa dan meja makan. Walau pun harganya adalah RM2274 untuk 5 malam, bagi saya memang berbaloi.
Sebenarnya banyak orang Malaysia yang menginap di apartment tersebut apabila saya bertanyakan staff di kaunter. Muka macam melayu, saya pun tanyalah orang mana. Penat saya 'speaking', akhirnya baru tahu yang dia orang melayu Malaysia. Hai la... kenapa dia tak cakap melayu jer.
Sampai di bilik, kami membersihkan diri dan keluar semula kerana ada 'bas percuma' yang melalui apartment tersebut untuk ke bandar.
'Transperth's CAT' menyediakan bas percuma yang
bergerak di persekitaran kota Perth. Ada empat jenis yang dinamakan mengikut warna iaitu Yellow CAT, Red CAT, Blue CAT dan Green CAT. Setiap bas melalui jalan-jalan tertentu dan berakhir pada waktu-waktu tertentu. Jadi, kenalah 'study' dulu sebelum menaikinya....
Magrib awal iaitu jam 5.21 dan Isya' pula sekitar 6.41 malam. Kami ke hentian bas dan bertemu dengan dua
pasang remaja melayu Indonesia. Mereka belajar dan pada hujung minggu bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan. Kata mereka hanya tinggal 'yellow CAT' sahaja yang melalui jalan tersebut. Tidak lama menunggu bas pun tiba dan menuju ke 'Perth station'. Kami hanya berjalan-jalan sambil menghirup udara malam yang agak dingin, 13 darjah celcius. Wifi percuma pula ada di mana-mana. Saya terpandangkan sebuah kedai burger 'Lord of the fries' dan
bertanda 'halal'. Staffnya, seorang gadis berasal dari India. Bekerja sambil belajar katanya. Ibu bapa masih di India.
Akan terus bekerja dan menetap di Perth katanya. Kami pun belilah burger untuk dimakan di apartment nanti. Agak besar, jika dibandingkan dengan burger di tempat kita. Sejam kemudian, kami semua keletihan dan mencari hentian bas. Hajat hati nak naik bas percuma. Rupa-rupanya tiada bas lagi pada waktu itu. Terpaksalah
1 Jun, Rabu - Hari Kedua
sekiranya berlaku apa-apa. Tak apa, kata suami. In Syaa Allah kita semua dilindungi....ameen. Sama seperti Brisbane dan Auckland yang pernah kami sewa kereta dahulu, pastikan tangki minyak dipenuhkan ketika pemulangan kereta. Sepatutnya begitu, fikir saya.... kerana kami terima kereta pun, 'full tank'.... Mulalah pengembaraan kami dengan kereta Hyundai.
Sampai di bilik, kami membersihkan diri dan keluar semula kerana ada 'bas percuma' yang melalui apartment tersebut untuk ke bandar.
Bekalan dari Malaysia |
Magrib awal iaitu jam 5.21 dan Isya' pula sekitar 6.41 malam. Kami ke hentian bas dan bertemu dengan dua
bertanda 'halal'. Staffnya, seorang gadis berasal dari India. Bekerja sambil belajar katanya. Ibu bapa masih di India.
berjalan kaki tetapi tak jauh sebenarnya. Tiga puluh minit kemudian, kami pun
tiba di apartment.
dalam tren |
1 Jun, Rabu - Hari Kedua
Selepas bersarapan di bilik dengan roti, telur dan butter, kami menaiki CAT bus ke stesen keretapi. Dengan bayaran tambang AUD 3 seorang, kami naik tren dan turun di Burswood. Dari situ kami berjalan kaki mencari hentian bas yang membawa kami ke Terminal 1, airport. Sebenarnya kami ingin mendapatkan kereta sewa dari Ace Rental car yang telah di tempah melalui on-line. Lima belas minit menunggu, bayang kereta pun tak nampak. Mujur seorang staff di situ menawarkan telefonnya, dapatlah kami menghubungi Ace Rental car. Tidak lama kemudian, seseorang menjemput kami lalu dibawa ke pejabatnya. Bayaran untuk 5 hari adalah AUD 141.65 dan tambahan AUD 50 untuk GPS navigation. Disebabkan suami saya enggan membeli insuran dengan bayaran AUD 92.00 maka mereka terpaksa 'block' visa kad sebanyak AUD 3000
sesuai untuk kami berempat |
Anak lelaki saya bertindak sebagai 'penunjuk jalan' kerana dia memang pandai menggunakan GPS navigation
ini. Suami hanya memandu ikut arahan yang anak saya berikan. Pemanduan tidaklah sesusah di negara kita. Tiada 'jem' dan jalan rayanya luas. Sambil menikmati keindahan pemandangan dengan cuaca terang dan udara nyaman, kami tidak perlu menghidupkan penyaman udara. Cukup dengan membuka sedikit tingkap membenarkan udara nyaman pagi menerpa masuk.
Kami terus ke Fremantle yang terletak
kira-kira 19 km dari pusat bandar. Merupakan bandar pelabuhan utama bagi Australia Barat yang terletak di Swan River. Mula dibangunkan pada 2 May 1829 oleh seorang pegawai navi Inggeris bernama kapten Charles Fremantle. Pada tahun 1929 , ianya di istiharkan sebagai sebuah 'bandar' kerana penduduknya mencecah 27,000 orang.
Beberapa restoran 'fish n chip' yang
ada di situ penuh dengan pengunjung sedang menjamu selera. Kami memilih restoran Cicerello's untuk makan tengah hari. Banyak orang Malaysia. Terpaksa beratur panjang nak 'order' makanan. Selesai membuat pembayaran, saya diberi 'alat kelui' yang akan berbunyi apabila makanan dah ready. Jadi, kami boleh duduk berbual di meja sambil memerhati beberapa ekor burung laut berterbangan berhampiran. Awas, kalau tidak berhati-hati.... makanan akan disambar burung. Satu set 'fish n
chip' adalah AUD 23 dan set udang pula AUD 24. 'Side dishes' nya ialah kentang goreng, salad dan 'coleslaw'. Jangan terkejut kerana tiada cili sos di atas meja. Semuanya kena beli. Satu bekas paling kecil sos berharga AUD 2. Dah tentu tak cukup satu.... terpaksa beli tiga. Hadoiii... Namun apa yang saya boleh katakan adalah, memang sangat sedap. Ikan dan udangnya sangat segar, terus dari laut barangkali...

Selesai makan, kami melawat pula 'The Jetty' untuk melihat 'Fremantle
Fishermen's Memorial Trust'. Mereka mengabadikan nama nelayan yang pernah membantu membangunkan pelabuhan itu dan telah dirasmikan pada 29 Oktober 2004. Begitu sekali penghargaan yang diberikan kepada para nelayan. Tujuannya adalah supaya anak cucu merasa bangga dengan apa yang ayah atau datuk mereka pernah lakukan satu masa dahulu... kerana pada hari ini bukan sahaja Fremantle malah seluruh Australia Barat berbangga dengan apa yang telah mereka mulakan. Pulangan di dalam industri ini (hasil laut) adalah berbilion dollar.... jasa mereka dikenang. Bila perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Scarborough Beach. Banyak pengunjung yang yang datang ke situ dengan 'surf board' masing-masing. Terdapat kedai-kedai di situ, lalu kami mencari tandas. Ternampak pula papan tanda yang menyuruh kami
mendapatkan kunci tandas dari kedai berhampiran dengan bayaran 'deposit' AUD 10. Sedang masing-masing sibuk mengambil wuduk, kami di tegur seorang laki-laki meminta supaya jangan membasahkan lantai. Berhati-hati betul kami.... takut pulak hilang wang deposit nanti. Sebenarnya lelaki itu hairan melihat kami membasuh itu dan ini. Saya terangkan dan dia memahami. Katanya lagi 'dont worry, I will understand if you explain to me' dia pun senyum dan berlalu
pergi. Di tepi pantai ada wifi. Kami solat dan berbual-bual kosong sambil melayari internet. Hari semakin petang. Magrib pula adalah sekitar 5.19 petang. Langkah kami agak perlahan untuk meninggalkan pantai tersebut kerana seronok rasanya melepak di situ dengan tiupan angin dingin 14 darjah Celcius. Pada sebelah malamnya, kami tidak kemana-mana. Saya sediakan makanan nasi briani segera sahaja yang dibawa dari Malaysia.
2 Jun, Khamis - Hari Ketiga
Kami bersarapan roti, jem dan telur rebus di dalam bilik sebelum ke parkir pada jam 8.30 pagi. Destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu 'Pinnacles Desert' yang jaraknya 245 km dari Perth. Merupakan satu 'subjek' yang sangat diminati oleh jurufoto dari seluruh dunia. Terletak di dalam kawasan 'Nambung National Park', kira-kira 17 km dari sebuah bandar kecil tepi laut iaitu Cervantes.
Dianggarkan terdapat ribuan batu yang terhasil daripada batu kapur dalam pelbagai bentuk dan saiz. Penemuan awalnya adalah sekitar tahun 1960an. Sekiranya pengunjung ke situ pada bulan Ogos hingga Oktober, pastinya dapat menikmati keindahan bunga-bunga liar yang sedang mekar.
Kami tiba pada pukul 11.00 pagi. Sepanjang jalan terdapat papan tanda yang tertulis 'beware of kangaroo'. Tidak hairanlah terdapat beberapa
ekor kangaroo mati terbiar di tepi jalan kerana dilanggar. Saya sempat juga melihat sebuah kereta polis yang tiba-tiba membuat pusingan U jauh di hadapan. Rupa-rupanya polis tersebut menahan sebuah kereta yang berada agak jauh di belakang kami. Mungkin melebihi had laju atau memotong garisan berkembar, fikir saya.
Tiket masuk ke Pinnacles Desert adalah AUD 12 seorang. Terdapat dua jenis laluan, satu untuk kereta dan satu lagi untuk pejalan kaki. Sebaik
keluar dari kereta, saya terpegun.... Subhanallah. Indahnya bumi ciptaan Allah hingga tidak tahu apa yang harus diucapkan. Banyaknya batu, ada yang sekecil tikus, ada yang setinggi 3 m. Manusia mana yang mampu membentuknya, fikir saya. Warna kuning keemasan dan berdebu menjadikan pemandangan di situ sangat mempersonakan. Kami menghabiskan masa dua jam tanpa rasa jemu. Berlari, berjalan sambil
merakam gambar. Tak puas rasanya berada di situ. Pengunjung memang ramai, tak putus-putus. Saya temui banyak orang Malaysia di situ.
Perut pun terasa lapar. Kami ke satu kawasan yang disediakan, ada bangku serta berbumbung. Memang saya ada bawa bekalan. Selesai makan, teringat pula papan tanda yang tertulis 'bring home all the rubbish'. Lalu, kami kemas tempat tersebut supaya tiada sampah. Sebenarnya di situ ada tong sampah. Di kawasan batu-batu (pinnacles) sahaja tiada tong sampah.
Setelah penat dan puas bergambar, kami ke Caventas. Terdapat satu kawasan di mana banyak 'caravan' sedang pakir di situ. Turun sebentar sekadar melihat-lihat pemandangan sebelum bertolak pulang. Kami tiba di bilik sekitar 3.30 petang. Berehat sebentar dan keluar semula menaiki kereta. Puas jugalah suami berlegar-legar mencari parkir tetapi tiada. Akhirnya saya dan anak-anak sahaja yang keluar ke kedai 'Lord Of The Fries' sebab teringatkan burgernya
yang sedap serta kentang goreng yang pelbagai.
3 Jun, Jumaat - Hari Keempat

Ombak kuat - sesuai untuk surfing |

Selesai bersarapan di bilik, kami terus ke 'Carvesham Wildlife Park' dan
tiba pada jam 9.30 pagi. Tiket masuk untuk seorang adalah AUD 27. Yang paling utama adalah kangaroo yang dibiarkan berkeliaran di kawasan tertentu. Disediakan juga makanan kangaroo dan pengunjung boleh ambilnya untuk diberi kepada haiwan-haiwan tersebut. Saya dapat juga melihat beberapa ekor kangaroo yang ada anak di dalam kantung mereka, memandangkan keadaan perutnya yang hampir mencecah tanah. Sukar untuk melihat anak yang ada di dalam kantung mereka.
Lain-lain haiwan yang ada adalah kambing, llama, ayam, itik, wombat, tasmania devil, koala dan lain-lain. Tetapi koala di situ hanya ada beberapa ekor sahaja dan pengunjung terpaksa beratur untuk bergambar. Berbeza dengan 'Lone Pine Sanctuary' di Brisbane yang pernah kami kunjungi dahulu, di sana keadaannya jauh lebih baik berbanding yang ada di Carvesham.
Kami memasuki satu kawasan bertutup untuk melihat 'wombat and
friends'. Semua haiwan di situ diletakkan bersama seorang penjaga dan pengunjung juga dibenarkan bergambar. Antara yang ada adalah wombat berusia 17 tahun, possum (mempunyai kantung), ular, joey (anak kangaroo) berusia 7 bulan yang comel dan lain-lain. Setelah puas, kami pun keluar dan mencari tempat yang sesuai untuk 'picnic lunch' yang dibawa. Dalam perjalanan pulang, kami melalui 'swan valley' tetapi tidak singgah kerana pada waktu itu pokok-pokok semuanya kering dan tiada buah. Tepat jam 2.00 petang, kami tiba di Perth Mosque untuk bersolat.
Banyak kedai-kedai orang cina di persekitaran berhampiran walau pun ada dua tiga buah restoran muslim. Selesai solat, kami pulang ke bilik dan tiba pada jam 3.30 petang. Berehat sebentar, kami keluar semula . Kali ini dengan menaiki 'yellow CAT bus' kerana pengalaman mencari pakir membuatkan suami serik. Kami berjalan kaki ke Elizabeth Quay yang sedang dalam pembinaan untuk
penambahbaikan, barangkali. Di situ
terdapat 'Swan Bell Tower' atau 'The Bell Tower' dengan ketinggian mencapai 82.5 m merupakan mercu tanda bagi Perth. Dengan tiket berharga AUD 18, seseorang boleh menaikinya untuk melihat pemandangan kota Perth.
Dengan angin malam yang dingin, kami berjalan menuju ke bandar untuk makan malam. Singgah di Central Cafe dan makan doner kebab serta fish n chip dengan harga AUD 42. Saya juga
sempat membeli sedikit cenderahati untuk di bawa pulang ke tanah air kerana terdapat banyak kedai di situ. Kami pulang dengan berjalan kaki kerana tiada lagi khidmat CAT bus selepas 8.30 malam.
masih menyusu rupanya.... |
katanya ada baby di dalam kantung tu... |
Kami memasuki satu kawasan bertutup untuk melihat 'wombat and
wombat, 17 tahun |
Banyak kedai-kedai orang cina di persekitaran berhampiran walau pun ada dua tiga buah restoran muslim. Selesai solat, kami pulang ke bilik dan tiba pada jam 3.30 petang. Berehat sebentar, kami keluar semula . Kali ini dengan menaiki 'yellow CAT bus' kerana pengalaman mencari pakir membuatkan suami serik. Kami berjalan kaki ke Elizabeth Quay yang sedang dalam pembinaan untuk
possum - juga ada kantung |
penambahbaikan, barangkali. Di situ
terdapat 'Swan Bell Tower' atau 'The Bell Tower' dengan ketinggian mencapai 82.5 m merupakan mercu tanda bagi Perth. Dengan tiket berharga AUD 18, seseorang boleh menaikinya untuk melihat pemandangan kota Perth.
Dengan angin malam yang dingin, kami berjalan menuju ke bandar untuk makan malam. Singgah di Central Cafe dan makan doner kebab serta fish n chip dengan harga AUD 42. Saya juga
Perth mosque |
di dalam masjid |
jalan-jalan cari cenderahati |
Elizabeth Quay |
Kota Perth dari Kings Park |
Kami keluar pada jam 9.00 pagi. Destinasi kali ini adalah 'King's Park and Botanical Garden'. Tiada tiket. Masya Allah, besarnya taman tersebut dan pelbagai jenis pokok ada di situ. Macam pokok balak pun ada.
Mempunyai keluasan 4.06 km persegi dan terletak di atas kawasan tinggi di mana kita boleh melihat panorama keindahan kota Perth serta 'swan River'. Dianggarkan mempunyai 324 jenis tumbuhan dan 80 jenis spesis
tolong sentuh..... |
Telah dibuka dengan rasminya pada 10 Ogos 1895 dengan nama 'Perth Park' yang kemudiannya ditukar kepada 'Kings Park'. Sejak tahun 1999, Kings Park mulai ditadbir oleh 'Botanic Garden and Parks Authority' (BGPA). Pada tahun 2006, 'reality TV show Amerika' membuat rakamannya di situ sempena rancangan 'The
pokok baobab |
Secara peibadi, saya sangat gembira berada di Kings Park kerana dapat melihat sendiri pokok 'baobab' atau lebih dikenali 'the upside down tree' yang di datangkan khas dari Cape Town, Afrika. Ini adalah kerana saya tidak dapat melihat pokok tersebut semasa berkunjung ke Cape Town pada tahun 2009 dahulu. Tanpa disedari, kami telah menghabiskan masa tiga jam di situ sebelum beredar ke Fremantle untuk makan tengah hari di Cicerello's.
Selepas makan, kami ke Fremantle market kerana di situ terdapat satu kawasan orang ramai sedang berkumpul. Saya menghampiri dan sempat
jambatan kaca di Kings Park |
buah-buahan di Fremantle market |
melihat persembahan jalanan |
5 Jun, Ahad - Hari Keenam
Hari ini kami keluar agak lewat kerana hajat di hati untuk ke 'Blue House Boat' di Matilda Bay. Suhu seperti biasa, dalam 13 darjah. Rumah kecil tepi air ini kabarnya menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar. Kerap juga menjadi tempat 'shooting' bagi pre wedding pasangan pengantin. Kami parkir kereta dan berjalan kaki ke rumah tersebut. Saya terpegun. Comel. Rumah kecil biru itu kelihatan sangat cantik kerana ditambah pula dengan warna air lautnya membiru. Mempersonakan. Patutlah banyak orang suka bergambar di situ.
Kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Mandurah Beach, sejam pemanduan dari Perth. Saya terpandangkan sebuah kereta mpv dengan platenya 'MAK KAU' . Orang melayu barangkali, fikir saya tetapi saya tidak nampak sesiapa pun
Perth Arena |
Selepas makan, kami ke parkir kereta sebab ingin mengambil sesuatu. Saya terpandang seorang wanita melayu di sisi kereta 'MAK KAU' dan terus mendapatkannya. Betul tekaan saya. Dia berasal dari Melaka dan baru menetap di Perth kerana berkahwin dengan lelaki
melayu yang telah lama menetap di Christmas Island. Ceritanya lagi, keluarga mentuanya yang juga orang Melaka telah berhijrah ke Christmas Island sejak muda lagi.
Penduduk Chrisrmast Island hanya sekitar 2 ribu orang sahaja. Bahasa utamanya pula adalah bahasa cina, bahasa melayu dan inggeris. Dianggarkan terdapat 65% orang cina, 20 % orang melayu, 10 % orang Eropah dan 5% orang India.
Kebetulan di Mandurah Beach terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai barang seperti kraftangan, makanan, aiskrim, sotong kurita, kek dan macam-macam lagi.
Puas berjalan-jalan dan merakam gambar, kami pulang ke bilik. Berehat sebentar sebelum keluar semula dengan berjalan kaki sahaja kerana CAT bus dah tiada pada waktu malam.
Saya singgah membeli burger kegemaran untuk dibawa pulang. Kelihatan banyak orang keluar dari 'Perth Arena', terutama keluarga dengan anak-anak kecil. Rupa-rupanya mereka baru selesai menonton 'Disney On Ice'.
Sebenarnya setiap kali berjalan kaki ke kota Perth dari apartment, kami akan melaui 'Perth Arena'. Bangunannya sangat besar dan tersergam indah dengan rekabentuknya yang unik.
Mandurah Beach |
Sampai di bilik, kami mendapat tahu bahawa esoknya adalah 1 ramadhan. Bersahurlah kami di bumi Australia.
sepasang suami isteri, orang tempatan |
6 Jun, Isnin - Hari Ketujuh
Hari terakhir di bumi Perth dan Ramadhan pertama. Sedeh pulak rasanya. Kami kena pulangkan kereta dengan tangki minyak penuh. Berhenti isi minyak dahulu dan entah di mana silapnya, beberapa kali kami sesat. Perjalanan yang hanya mengambil masa tak
sampai setengah jam telah menjadi hampir dua jam walau pun menggunakan GPS navigation. Sebaik tiba, seorang staf memeriksa kereta kalau-kalau ada rosak atau kemek. Alhamdulillah semuanya ok kecuali meter minyak yang jelas nampak berkurangan, maklum sesatlah katakan. Lalu staf tersebut minta kami isikan lagi minyak yang dianggarkan AUD 5 sahaja. Disebabkan kami keletihan ditambah dengan berpuasa, staf tersebut tawarkan diri untuk isikan tetapi kami perlu bayar AUD 10.
Wah, sekali ganda jadinya. Malas nak
cakap banyak, suami saya hulurkan AUD 10. Kami pun dihantar ke airport dengan menaiki shuttle pejabat.
Pesawat akan berlepas pada jam 4.40 petang. Ada banyak masa lagi dan sempat solat zohor di airport. Kami pun mencari 'prayer room' yang ada di situ. Agak besar juga tetapi tidak diasingkan antara laki-laki dan perempuan. Siap dengan tempat wudhu sekali. Alhamdulillah....
Kami menuju ke gate dan terpandang kelibat seseorang yang sangat
dikenali. Suami dan anak-anak pun ajak bergambar. Terima kasih Angah Raja Lawak yang peramah. Dia dan isteri serta keluarga pun nak pulang ke tanah air, tetapi dengan menaiki Malindoair sementara kami dengan Airasia. Kami selamat tiba di KLIA 2 sekitar jam 10.20 malam. Secantik mana pun bumi orang, tetap kami merindui bumi sendiri....
cakap banyak, suami saya hulurkan AUD 10. Kami pun dihantar ke airport dengan menaiki shuttle pejabat.
Pesawat akan berlepas pada jam 4.40 petang. Ada banyak masa lagi dan sempat solat zohor di airport. Kami pun mencari 'prayer room' yang ada di situ. Agak besar juga tetapi tidak diasingkan antara laki-laki dan perempuan. Siap dengan tempat wudhu sekali. Alhamdulillah....
Kami menuju ke gate dan terpandang kelibat seseorang yang sangat
Mandurah beach |