Wednesday, 3 April 2019

HONG KONG

24 hingga 29 November 2018

24 NOV, SABTU - Hari Pertama
Kami menaiki KLIA Transit menuju ke KLIA 2 sekitar jam 10.00 pagi. Destinasi
kali ini adalah  Hong Kong memandangkan kedua-dua anak saya sedang menghabiskan cuti hujung tahun mereka. Sebenarnya ini adalah kali kedua kami ke Hong Kong. Kali pertama  pada  Jun 2008 kerana meraikan anak perempuan saya yang baru  berkahwin. Pada masa itu, empat anak bersama seorang menantu ikut serta. Sebelas tahun berlalu, mungkin banyak perubahan, fikir saya.
Pesawat mendarat pada pukul 5.10 petang di Hong Kong International Airport. Tiada perubahan waktu antara
Hong Kong dengan Malaysia. Walau bagaimana pun, hari semakin gelap kerana magrib ketika itu adalah sekitar 5.43 petang. Selesai mendapatkan bagasi, kami menaiki tren Xpress dan turun di Kowloon Station. Naik shuttle ke Holiday Inn Golden Mile Hotel sebelum berjalan kaki menuju ke UK hostel. Segalanya saya tempah atas talian. Begitu juga dengan tiket tren, saya hanya perlu mencetak sahaja. Orang sangat ramai. Udara dengan suhu 19 darjah Celcius menyebabkan kami selesa berjalan kaki. Terdapat deretan bangunan yang menempatkan banyak kedai serta bilik-bilik hotel untuk pelancong. Kami mencari Blok A, tingkat 3 untuk mengesahkan tempahan bilik. Terpaksa berbaris di hadapan lift tetapi tak perlu menunggu lama kerana pergerakan kedua-dua lift sangat pantas. Di bahagian luar lift pula terdapat monitor yang menunujukkan keadaan  di dalam lift-lift tersebut. Di tingkat 3, kami menerima kunci bilik, remote control aircond, tuala dan
sabun. Rupa-rupanya hotel kami adalah di blok E, tingkat 11. Turun semula kebawah dan pergi ke bahagian lain tetapi di dalam bangunan yang sama. Semasa di airport tadi, kami telah pun membeli kad 'octopus' bernilai HKD 150 untuk kegunaan semasa di Hong Kong. Kad tersebut boleh di top up dan boleh di jual semula sebelum kembali ke tanah air nanti. Selain itu, pembelian di kebanyakan kedai juga boleh menggunakan kad octopus. 
Bilik yang berharga HKD 2227 (RM 1176) untuk 5 malam sangat kecil. Terdapat satu katil queen, satu katil single dan satu katil lipat disusun dengan begitu padat. Yang penting, bilik air di dalam... itu yang saya akan pastikan setiap kali menempah hotel. Ada televisyen dan sebuah meja kecil. Ada sedikit ruang, cukup untuk solat. Begitulah Hong Kong, fikir saya. Disebabkan  keletihan, kami tidak keluar ke mana-mana pada malam itu. Esok pasti ada dan kami bersedia untuk menjelajah kota metropolitan yang sibuk dan dikatakan antara yang terpadat di dunia...

25 NOV, AHAD - Hari Kedua
Selesai solat subuh, saya sediakan sarapan pagi. Seperti biasa, saya bawa dari Malaysia beberapa jenis makanan dalam tin dan beras. Kami keluar pada jam 9.30 pagi, berjalan kaki ke Kowloon Mosque. Tak jauh dari hotel.  Bangunan asalnya disiapkan pada tahun 1896. Namun apa yang kami lihat hari ini adalah bangunan yang baru disiapkan pada 11 May 1984 dengan belanja HKD 25 juta. Masjid ini boleh memuatkan sehingga 3500 orang pada satu-satu masa.
Kami kemudiannya menaiki tren menuju ke Ladies Market dan Sneaker's Street. Ladies Market merupakan kawasan untuk membeli belah di mana terdapat ratusan gerai kecil dengan pelbagai jenis barangan. Bukan sahaja untuk kaum wanita tetapi untuk laki-laki juga. Harus pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Sneakers Street merupakan kawasan deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kasut...sama ada untuk ke
pejabat, bersukan atau harian. Semua
Order air McD...makan bekal
jenis ada. Cuma saya tidak pasti apakah semuanya 'original' atau 'tiruan'.
Perut mulai terasa lapar. Ternampak McD tidak jauh dari situ. Kami mencari meja kosong...pesan minuman panas dan makan bekalan yang dibawa. Perjalanan diteruskan lagi dengan menaiki tren dan turun di Sham Sui Po market. Di sini terdapat deretan kedai serta gerai menjual pelbagai jenis barang elektrik. Kesemua pasar tersebut mula beroperasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Namun pada hari bekerja, gerai-gerai hanya mula dibuka pada jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Puas menjelajah dan melihat pelbagai gelagat ragam manusia di situ, kami pulang ke hostel. Berehat sebentar dan saya menyediakan makan malam. Hari semakin gelap dan kami 
keluar semula
pada jam 6.30 petang. Hanya berjalan kaki, kami ke Victoria Habour untuk melihat 'symphony of lights'. Merupakan pertunjukan lampu selama 14 minit setiap hari bermula dari jam 8.00 malam. Pertama kali diadakan pada 17 Januari 2004 sehinggalah sekarang. Disebabkan hujan yang turun rintik-rintik, pengunjung tidaklah begitu ramai. Sampai di hostel, kami singgah makan dikedai cina muslim. Saya membayar HKD 124 untuk tiga hidangan iaitu fish and chip, chicken chop dan roti naan. Roti naan kosong sahaja tanpa kuah berharga HKD 28 atau RM 14....memang mahal.




symphony of lights...Victoria Harbour


26 NOV, ISNIN - Hari Ketiga
Kami keluar awal sebab akan ke Ocean Park. Keluar dari lift terdapat beberapa orang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Kawasan tersebut lengang dan ada pekerja sedang menyapu dan mop lantai di situ. Walau pun pada sebelah petang dan malam kawasan tersebut sangat padat dan sesak dengan pengunjung tetapi susah untuk melihat sampah sarap di mana-mana.
Tiket Ocean Park saya beli secara online dapatlah murah iaitu RM 534
untuk 4 orang - jika beli 'walk in' adalah RM 214 seorang. Hujan rintik-rintik dan kami terpaksa membeli payung serta baju hujan pakai buang. Kemudian naik tren dan turun di Admiralty stesen. Perjalanan diteruskan hingga ke Ocean Park. Ada dua bahagian iaitu 'The Summit' dan 'The Waterfront'. 
The Summit menawarkan roller coster serta pelbagai jenis 'ride' terletak di atas kawasan berbukit. Untuk ke sana, kami memilih menaiki tren khas tanpa tiket. Boleh juga menggunakan kereta
rumah penguin
kabel jika berminat. Sampai di atas, anak-anak menaiki Pacific Pier, Flying Swing, Ferris Wheel dan Crazy Galleon. Ada beberapa roller coster pula 'under mantainance' ... tak beroperasi lah. Anak-anak merasa kecewa... Perut terasa lapar.  Di tambah dengan angin sejuk atas bukit, kami mencari kerusi untuk makan bekalan yang dibawa. 
Kami ke kawasan yang lantainya semua berwarna biru. Sangat cantik. Kemudiannya memasuki sebuah bangunan di situ untuk melihat hidupan air yang ada di dalamnya. Sekumpulan anjing laut
sedang mengerumuni pekerja yang memberikan mereka makanan. Kemudian melihat pula koloni penguin yang comel melata di atas tanah. Ada juga yang berenang laju di dalam air. Namun ada penghadang di antara kami dengan haiwan-haiwan comel tersebut. Ada pula Walrus yang sangat gemuk sedang berenang sendirian tanpa memperdulikan pengunjung yang sedang merakam gambar. 
Selesai di situ, kami ke Ocean Theatre melihat pertunjukan beberapa ekor anjing laut serta penguin. Seperti di
tempat-tempat lain yang pernah saya kunjungi, permainan mereka hampir sama. Lompat sana sini, bawa 'trainer' atas badan atau bertepuk tangan. Walau bagai mana pun, aksi mereka memang menghiburkan. 
Selesai pertunjukan, anak-anak menaiki 'mine train'...coaster pertama menggunakan 'VR headsets' yang memberikan kesan lebih mengujakan ketika menaiki coaster. Hujan rintik-rintik semakin lebat. Ketika tiba giliran anak-anak, VR tidak boleh digunakan sebab akan basah... tak merasalah jugak. Seorang staf di situ memberikan 'hoodie jacket' kepada anak perempuan
Pertunjukan anjing laut
saya...'to protect your scarf' katanya. Terharu pulak saya melihat keperihatinan mereka...

Walau pun kami belum menjelajah sepenuhnya 'The Summit', kami kena pergi ke 'Waterfront'. Takut tak sempat. Untuk melihat pemandangan dari atas, kami memilih menaiki kereta kabel. Comel dan cantik...macam duduk di dalam sangkar burung. 
'Old Hongkong' membawa kami menyelami budaya dan sejarah negara ini antara tahun 1950an ke 1970an. Satu dinding
kereta kabel yang comel
dipenuhi dengan keratan akhbar-akhbar lama menarik perhatian kami untuk merakam gambar di situ. Kemudian kami ke 'Grand Aquarium'. Terdapat lebih 5000 ekor ikan dari 400 spesies ikan yang ada di seluruh dunia. Sempat kami melihat ikan-ikan diberi makan oleh seorang penyelam memakai oksigen. Selain itu pengunjung boleh melalui satu kawasan terowong di mana ikan-ikan berenang di dalamnya. Saya teringatkan akuarium di Singapura yang hampir sama bentuknya. 

Ocean Park mula beroperasi pada tahun 1977. Namun pengunjung ke situ mulai berkurang apabila Hong Kong memulakan Disneyland mereka pada tahun 2005. Pihak yang bertanggungjawab terhadap Ocean Park  terpaksa melaburkan HKD 5.5 bilion untuk menambah 80 lagi 'rides' dan 'attractions'. Mereka berjaya menarik semula pengunjung dimana sebanyak 7.6 juta orang telah datang ke situ pada tahun 2014. Ini
Old Hong Kong
menjadikan Ocean Park sebuah taman tema terbesar di Asia. Kebanyakan pengunjung adalah dari tanah besar China.

 
27 NOV, SELASA - Hari Keempat
Hari ini kami menaiki 'cruise' ke Central Station. Kemudian menaiki tram ke Hennesany. Tram hanya ada di pulau dan beroperasi dengan satu line sahaja. Tiket tram adalah HKD 2.60 sekali naik tanpa mengira jarak. Bayaran tiket hanya dimasukkan ke dalam mesin yang ada tepi pemandu. Tiada pulangan baki. Beberapa kali
Tram
kami terpaksa membayar lebih kerana tiada wang syiling mencukupi. Tram tersebut telah mula beroperasi sejak tahun 1904. Walau bagaimana pun bilangan tram semakin berkurangan kerana masa kini ada banyak tren dan bas yang beroperasi di seluruh Hong Kong. 
Kami mencari 'The Ammar mosque and Osman Ramju Sadick Islamic Centre'. Tujuannya hanyalah untuk makan dimsum dan dumpling halal di situ. Hari ini kami memang tak bawa bekal. Ketika merayau-rayau sambil membaca peta, suami menyapa sepasang suami isteri yang tersenyum ke arah kami. 'Isterinya bertudung, pasti tahu restoran yang kami cari' bisik suami perlahan. Dia lantas meminta kami mengikutinya kerana arah tujunya sama. Katanya nak ambil anak-anak yang mengikuti kelas agama di situ. Alhamdulillah...
Sepanjang jalan, dia ramah menceritakan yang dia pernah mewakili Pahang
Bekas player Pahang
untuk bola sepak di bawah kendalian Dollah Salleh. Dia juga menyebut beberapa pemain Pahang yang masih diingatan. Suami teruja. Katanya dia orang Pakistan yang menetap di UK tetapi kini bermain untuk Hong Kong. Isterinya pula berasal dari Thailand....patutlah macam muka melayu, fikir saya sendirian. Kami solat dahulu sebelum naik ke tingkat lima masjid tersebut untuk ke 'Islamic Center canteen'. Pelbagai jenis menu ada. Kami hanya memesan dim sum serta dumpling. Memang sedap. Berbaloi dengan harga yang dibayar iaitu HKD 200. 

Sedapnya...dumpling
Masjid tersebut merupakan yang ketiga di bina di Hong Kong . Juga di kenali sebagai Wan Chai mosque. Mula dibuka pada tahun 1967 dengan belanja HKD 2.5 juta.
Semasa dalam perjalanan pulang, kami terserempak pula dengan seorang lelaki Singapura yang telah  menetap 20 tahun di Hong Kong. Katanya bekerja dengan syarikat penerbangan di situ...Cathay Pacific airlines. Dia cadangkan kami ke restoran Wai Kee yang tidak jauh dari situ. 'Dah datang Hong Kong, rugi kalau tak merasa nasi itik panggang yang popular. Halal...' Kami teruskan berjalan kaki dengan petunjuk yang dia berikan. Kawasan pasar dua tingkat sebenarnya. Bowrington Road Market... Macam-macam dijual disitu. Daging halal dan tak halal semuanya ada... no comment, saya terus mencari restoran yang dikatakan. Terletak di tingkat atas. Walau pun bersebelahan dengan restoran tidak halal, kami
terpaksa abaikan apa yang dilihat. Ini bukan negara kita.... Banyak orang sedang makan di Restoran Wai Kee. Tertera tanda halal...besar dan jelas. Tak berani nak pesan banyak... lagi pun masih terasa kenyang makan dumpling tadi. Jadi kami hanya pesan dua set sahaja berserta semangkuk gulai kambing. Macam nasi ayam. Bezanya cuma itik panggang tetapi tiada sup. Sedap. Agak berminyak nasinya. Gulai kambingnya sedap walau pun orang cina yang masak. Bukan orang India seperti di negara kita. Betul-betul kenyang kali ini...Nak balik hostel, hari masih cerah. Kami cari tren menuju ke Aberdeen, the Fishing Village. Sebaik tiba, hujan mulai turun. Semakin lama semakin lebat. Kami sempat merakam beberapa keping gambar. Di fahamkan di kawasan itu terdapat sekitar 6000 orang menduduki rumah-rumah perahu atau 'Chinese Junk' atau 'floating homes'. Kebanyakan mereka adalah 
Aberdeen...the fishing village

nelayan. Pada masa kini, bilangan mereka semakin berkurangan disebabkan pembangunan pesat yang berlaku di persekitarannya.

Kami menaiki tren pulang ke hotel. Sebelum pulang ke bilik, sempat pula singgah makan murtabak di restoran berhampiran. Walau pun agak mahal iaitu HKD 60 ( RM 32 ) sekeping, tetapi sangatlah berbaloi. Sedap dan besar. Cukup untuk kami berempat makan.








cruise dari Victoria Harbour ke central station
28 NOV, RABU - Hari Kelima
Peak tram


Hari ini kami ingin ke Peak Tower yang terletak di pulau dan menaiki peak tram . Untuk memudahkan lawatan, kami membeli pakej sehari secara online dengan harga RM 184 untuk 4 orang. Kami berkumpul di Central Station untuk mendengar sedikit taklimat. Kemudian berjalan kaki ke stesen 'Peak Tram'. Keretapi bergerak menaiki bukit sama seperti keretapi Bukit bendera di Pulau Pinang. Mula beroperasi pada 30 Mei, 1888. Purata penumpang sehari adalah 11,000 orang dengan jumlah tahunannya pula adalah 4 juta orang. Turun di Peak Tower atau Victoria Peak, kami terpaksa menaiki tangga bergerak untuk sampai ke bahagian paling atas ( 396 m ). Pemandangan dari atas memang menakjubkan. Seluruh kota Hong Kong dapat di lihat. Dengan tiupan angin
Pemandangan dari Peak Tower
sejuk dan nyaman, banyak pengunjung yang hanya duduk-duduk di situ. Bersantai sambil berbual kosong. Pembinaan Peak Tower bermula pada tahun 1993 dan siap pada tahun 1997 dengan menelan belanja HKD 500 juta. Pada tahun 2006, satu pengubahsuaian telah dilakukan dengan belanja HKD 100 juta. Banyak kedai dan restoran-restoran yang kelihatannya sangat 'ekslusive' memenuhi kesemua ruang di Peak Tower ini. Pengunjung juga ramai... kebanyakannya datang untuk makan-makan bersama keluarga atau orang tersayang. Selain itu terdapat juga 'Madame Tussaud' di situ. Hari masih awal, kami terus menaiki Peak Tram untuk turun. Seterusnya menaiki tram biasa menuju ke Islamic Centre Canteen....solat dan makan dumpling lagi. Maklumlah esok dah nak balik Malaysia...Semasa dalam perjalanan pulang ke bilik kam 
singgah di Victoria Harbour. Banyak orang di situ sebab cuaca baik
Love is in the air... Peak Tower
Sempat pula melihat sepasang pengantin baru yang sedang bergambar. Pakaian pengantinnya sangat ringkas tetapi manis dipandang. Sebelum malam menjelang, kami telah berada di bilik. Berkemas. Esok kami akan pulang.


29 NOV, KHAMIS - Hari Keenam
Kami bersarapan di bilik, kemudian berjalan kaki ke Holiday Inn Golden Mile Hotel sekitar jam 8.00 pagi kerana di situ ada bas yang akan membawa kami ke stesen tren Xpress. Sewaktu menaiki bas, saya melihat pemandu tersebut kelihatan sangat stress. Bimbang pun ada. Dia memandu dengan agak laju. Berhenti di beberapa buah hotel untuk mengambil penumpang yang menuju ke stesen tren seperti saya. Setengah jam kemudian, kami tiba. Lega rasanya. Pesawat kami dijangka bertolak sekitar jam 12 tengah hari. Alhamdulillah, kami selamat
HKD 60 sekeping...besar
mendarat di KLIA 2 pada jam 4.05 petang. Banyak yang saya pelajari selama berada di bumi Hong Kong. Kesibukan dan kepadatan penduduknya menjadikan kehidupan di sana amat meletihkan. Mungkin mereka dah biasa dengan keadaan begitu....  fikir saya. Walau apa pun saya  merasa lebih damai berada di tanah air sendiri, tanpa perlu terkejar-kejar ke sana ke mari. Benarlah kata pepatah, hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, saya masih memilih negara sendiri. Begitulah kehidupan.... 

Sekian...














Victoria Harbour