13 - 19 JUN 2011
13 JUN ( Isnin ) : Hari Pertama
Disebabkan pesawat akan berlepas pada jam 9.40 pagi, maka kami telah pun berada di KLIA tepat jam 7.15 pagi. Terus sahaja ke kaunter untuk mendapatkan boarding pass.
'Encik tak mohon visa ke? ' tanya pegawai dikaunter sambil membelek-belek
pasport kami. Soalan itu menyebabkan kami tersentak dan terkedu seketika.
Macam mana saya dan suami terlupa langsung tentang visa . Biasanya kami akan pastikan tentang urusan visa beberapa bulan sebelum berangkat, tetapi kali ini boleh terlepas pandang. Saya mula terbayang 'percutian yang tidak menjadi kenyataan' - alangkah kecewanya saya sekeluarga, macam mana dengan pelbagai jenis tempahan on line yang telah dibuat, begitu juga tiket penerbangan !
'Tak apa, encik boleh pergi ke aras 4 atau 5. Buat visa kat situ. Sekejap sahaja boleh siap. Pukul lapan, pejabat buka' balas pegawai tersebut kerana memahami apa yang bermain di fikiran kami barangkali....
Segera kami ke tempat yang dinyatakan. Orang ramai dah beratur. Saya terpaksa potong queu dan tunjukkan tiket. Mujur mereka sangat memahami dan melayan kami dengan baik. Terima kasih kepada semua petugas di situ. Alhamdulillah, setengah jam menunggu semuanya selesai. Saya mengucap
syukur kepada tuhan kerana mempermudahkan segala urusan.
Penerbangan mengambil masa lapan jam dan kami telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada jam 7.45 malam waktu tempatan
Semasa melewati kaunter imigresen, saya ditanya tentang bekalan makanan yang dibawa. Bagasi dibuka untuk menunjukkan jenis-jenis makanan yang ada. Maggi, nasi impit dan minuman 3 in 1 semuanya okey. Tiba kat serunding,
tak ada apa nak dibaca. Maklum saya bungkus sendiri sahaja. Dia ambil serunding ayam dan pulangkan serunding ikan ! 'Sorry' katanya berkali-kali sambil menerangkan peraturan negaranya .Dia masukkan serunding ayam dalam tong sampah. Sedih.... Pesannya lagi, lain kali bawa makanan yang berlabel supaya senang dia baca.
Di luar, kami mendapatkan sebuah van untuk dihantar ke City Palm Motel. Saya lupa nak maklumkan pada pihak motel yang kami tiba lewat sebab kaunternya tutup jam lapan malam. Bila telefon suruh datang,
kami diminta bayaran tambahan. Sedangkan urusan tempahan semuanya saya buat online !
Sebelum tidur, saya dan suami melihat peta bandaraya Brisbane kerana esoknya kami akan menyewa kereta. Pandu sendiri kerana kami tidak menggunakan agen pelancongan.
14 JUN ( Selasa ) : Hari Kedua
Jam baru pukul 8.30 pagi apabila
kami meredah kota asing itu berjalan kaki menuju ke pejabat 'Alpha Car Hire' untuk mengambil
kereta yang dijanjikan. Hampir setengah jam berjalan, kami tiba. Cuaca pagi dengan suhu sekitar 16 darjah celcius membuatkan kami gembira berjalan kaki sambil berbual-bual kosong. Cuma beberapa kali terpaksa bertanya penduduk tempatan untuk tiba di tempat yang dituju.
Lama juga menunggu sementara kereta dibersihkan. Kami diberi kereta jenis Hyundai Tucson dengan harga AUD 232 bersamaan RM742. Kereta akan dipulangkan di cawangannya di Gold Coast pada hari ketiga (15 Jun ). Minyak kereta penuh dan pastikan begitu
ketika pemulangan. Mereka mencatat dan memaklumkan pada kami mana-mana bahagian yang rosak pada kereta. Ada surat untuk ditanda tangani. Nasihat staf di situ 'elakkan melalui jalan bertol kerana tiada pondok bayaran. Semua urusan bayaran hanya menggunakan kad kredit dan perlu dijelaskan dalam tempoh tiga hari. Jika tidak bayar, pengguna akan ditahan ketika di airport. Lebih baik melalui jalan alternatif, supaya tiada masalah timbul.' Begitu panjang lebar beliau menerangkan.
Kami pun mulalah menjelajah kota Brisbane dengan berkereta. Tempat pertama yang dirancang adalah 'Lone Pine Koala Santuary'. Puas jugalah bertanya untuk ke sana. Satu ketika saya terlihat seorang gadis melayu bertudung sedang berjalan ke universiti berhampiran. 'Maaf aunty, saya baru kat sini. Tak sempat lagi nak jalan-jalan' katanya lembut bila saya bertanya. Tak apalah, yang penting minyak penuh. Kata suami. Akhirnya sampai juga. Saya dah beli tiket online, jadi tak perlulah beratur panjang.
Dibuka pada tahun 1927 merupakan tempat perlindungan koala yang terbesar dan tertua di dunia. Dimulakan dengan dua ekor koala bernama Jack dan Jill. Tempat tersebut yang berkeluasan 11 ekar menjadi lebih popular selepas perang dunia kedua.
Haiwan pertama yang menarik minat kami semua sudah pasti kangaroo. Banyak berkeliaran dan senang didekati. Ada pula demonstrasi mencukur bulu biri-biri yang sempat kami lihat. Bulu seekor biri-biri boleh memenuhi sebuah meja makan jika dibentang.
Biri-biri yang siap dicukur dimasukkan ke dalam kandangnya semula. Kasihan biri-biri tersebut. Pasti sejuk, fikir saya.
Selesai sahaja, kami ke tempat kangaroo semula. Bergambar dengan lebih dekat. Bulu kangaroo agak kasar, macam bulu kambing.
Puas juga nak cari yang betina sebab nak tengok kantung tetapi tak jumpa!
Teringin nak tengok anak yang di dalam kantung...
Kemudian kami menghampiri bahagian beruang koala pula. Haiwan ini dijaga dengan baik kerana dah semakin pupus. Mereka hanya makan daun pokok 'eucalyptus' sahaja. Dahan-dahan pokok tersebut diletakkan didalam kandang koala. Saya melihat seorang pekerja yang membasuh semula dahan-dahan tersebut kerana terjatuh sewaktu sedang dibawa. Begitu sekali mereka mempastikan kebersihannya.
Bagi koala yang dah tua, kandangnya di label 'retirement'. Ada beberapa ekor koala yang terjatuh ke bawah dan malas nak panjat semula. Pergerakan mereka juga pasif. Saya dimaklumkan
koala tertua yang pernah mereka jaga ialah berusia 25 tahun. Koala memang suka tidur, kadang-kadang sehingga 18 jam sehari. Ada koala yang matanya pejam tetapi mulutnya mengunyah daun, memang kelakar....
Ada pula kandang yang dilabel 'kindergarten' untuk koala di bawah umur dua tahun. Agak aktif dan suka bergerak. Mereka seolah-olah melekat pada batang pokok dan boleh tidur walau pun berada di hujung kayu.
Selain dua jenis haiwan utama, ada banyak lagi haiwan-haiwan lain di situ. Antaranya Tasmanian devils, wombat,
berjenis-jenis ular, platipus dan lain-lain.
Baru tiba di airport Brisbane |
Penerbangan mengambil masa lapan jam dan kami telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada jam 7.45 malam waktu tempatan
Semasa melewati kaunter imigresen, saya ditanya tentang bekalan makanan yang dibawa. Bagasi dibuka untuk menunjukkan jenis-jenis makanan yang ada. Maggi, nasi impit dan minuman 3 in 1 semuanya okey. Tiba kat serunding,
Menunggu untuk check in di City Palm motel |
Di luar, kami mendapatkan sebuah van untuk dihantar ke City Palm Motel. Saya lupa nak maklumkan pada pihak motel yang kami tiba lewat sebab kaunternya tutup jam lapan malam. Bila telefon suruh datang,
Baca peta dulu - di dalam bilik |
Sebelum tidur, saya dan suami melihat peta bandaraya Brisbane kerana esoknya kami akan menyewa kereta. Pandu sendiri kerana kami tidak menggunakan agen pelancongan.
14 JUN ( Selasa ) : Hari Kedua
Jam baru pukul 8.30 pagi apabila
Hyundai Tucson yang disewa |
Lama juga menunggu sementara kereta dibersihkan. Kami diberi kereta jenis Hyundai Tucson dengan harga AUD 232 bersamaan RM742. Kereta akan dipulangkan di cawangannya di Gold Coast pada hari ketiga (15 Jun ). Minyak kereta penuh dan pastikan begitu
Anak bujang berposing, saya uruskan kereta |
Beli souvenir sikit |
Kami pun mulalah menjelajah kota Brisbane dengan berkereta. Tempat pertama yang dirancang adalah 'Lone Pine Koala Santuary'. Puas jugalah bertanya untuk ke sana. Satu ketika saya terlihat seorang gadis melayu bertudung sedang berjalan ke universiti berhampiran. 'Maaf aunty, saya baru kat sini. Tak sempat lagi nak jalan-jalan' katanya lembut bila saya bertanya. Tak apalah, yang penting minyak penuh. Kata suami. Akhirnya sampai juga. Saya dah beli tiket online, jadi tak perlulah beratur panjang.
pertunjukan mencukur bulu biri-biri |
Haiwan pertama yang menarik minat kami semua sudah pasti kangaroo. Banyak berkeliaran dan senang didekati. Ada pula demonstrasi mencukur bulu biri-biri yang sempat kami lihat. Bulu seekor biri-biri boleh memenuhi sebuah meja makan jika dibentang.
Biri-biri yang siap dicukur dimasukkan ke dalam kandangnya semula. Kasihan biri-biri tersebut. Pasti sejuk, fikir saya.
Selesai sahaja, kami ke tempat kangaroo semula. Bergambar dengan lebih dekat. Bulu kangaroo agak kasar, macam bulu kambing.
Puas juga nak cari yang betina sebab nak tengok kantung tetapi tak jumpa!
Teringin nak tengok anak yang di dalam kantung...
Kemudian kami menghampiri bahagian beruang koala pula. Haiwan ini dijaga dengan baik kerana dah semakin pupus. Mereka hanya makan daun pokok 'eucalyptus' sahaja. Dahan-dahan pokok tersebut diletakkan didalam kandang koala. Saya melihat seorang pekerja yang membasuh semula dahan-dahan tersebut kerana terjatuh sewaktu sedang dibawa. Begitu sekali mereka mempastikan kebersihannya.
Bagi koala yang dah tua, kandangnya di label 'retirement'. Ada beberapa ekor koala yang terjatuh ke bawah dan malas nak panjat semula. Pergerakan mereka juga pasif. Saya dimaklumkan
koala tertua yang pernah mereka jaga ialah berusia 25 tahun. Koala memang suka tidur, kadang-kadang sehingga 18 jam sehari. Ada koala yang matanya pejam tetapi mulutnya mengunyah daun, memang kelakar....
Ada pula kandang yang dilabel 'kindergarten' untuk koala di bawah umur dua tahun. Agak aktif dan suka bergerak. Mereka seolah-olah melekat pada batang pokok dan boleh tidur walau pun berada di hujung kayu.
Selain dua jenis haiwan utama, ada banyak lagi haiwan-haiwan lain di situ. Antaranya Tasmanian devils, wombat,
berjenis-jenis ular, platipus dan lain-lain.
Kami bergerak pulang pada jam 4.30 petang. Nak sambung meronda Brisbane lagi kerana esoknya kami akan bertolak ke Gold Coast. Jalan bertol mudah di kenal pasti kerana ada papan tanda 'toll road' dan kami elakkan. Sesekali sesat dan perjalanan diteruskan juga sehingga menemui U turn. Kami sampai di bandar apabila hari hampir gelap. Mencari parkir dan kedai halal untuk makan malam. Biasanya kebab orang Turki. Mereka ada di mana-mana.
15 JUN ( Rabu ) : Hari Ketiga
15 JUN ( Rabu ) : Hari Ketiga
Awal pagi perjalanan diteruskan menuju ke Gold Coast yang jauhnya 78 km. Kami singgah di beberapa tempat untuk berehat atau merakam gambar. Waktu tengah hari kami tiba di Surfurs Paradise, Gold Coast. Banyak terdapat hotel, motel serta apartment di situ kerana berdekatan pantai. Tak susah mencari Budds Beach Apartment yang telah ditempah online. Parking pun dekat. Apartment satu bilik itu agak luas. Dilengkapi set sofa, meja makan, dapur elektrik, pinggan mangkuk , mesin basuh , mesin pengering dan
sebagainya. Saya pun mulalah basuh baju sebelum ke tepi pantai untuk melihat persekitaran. Pantainya cantik dan bersih tetapi tak ada orang mandi. Kebanyakan pengunjung hanya lepak-lepak. Ada banyak pokok kelapa dan burung kat situ ( tak pasti pulak nama burung tersebut ). Meja kerusi pun banyak - kami pun keluarkan bekalan... Lepas tu kami ke Wax Museum. Merupakan Wax Museum yang tertua dan terbesar di Hemisfera Selatan. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu 'The world in wax ' dan 'The chamber of horror'.Sempat pulak petugas kaunter tu berjenaka 'saya akan denda kalau
kamu tak bawa kamera'. Sambil tersenyum saya menganggukkan kepala. Tak banyak patung berbanding tempat lain yang telah saya kunjungi. Semua patung di dalam cermin kaca sahaja. Antaranya ialah Count Dracula, Frankestein, Presiden Obama dan banyak lagi.

Kami ke tempat yang dinamakan 'Chamber of Horrors'. Patung-patung di situ menggambarkan bagaimana manusia zaman dahulu disiksa atas beberapa sebab. Kebanyakan adalah kerana melakukan pengkhianatan pada negara. Ada orang yang diikat kaki tangan kemudian ditarik oleh kuda sehingga putus. Ada yang diletakkan tikus di dalam sangkar di atas dada. Tikus dipanaskan menyebabkannya mengorek dada untuk melarikan diri. Memang dasyat ! Ada yang diheret oleh kuda di atas padang pasir. Ada yang dipotong lidah. Tak sanggup rasanya nak bayangkan....
Sebelah petangnya kami ke bandar Surfers Paradise dan singgah di Restoran India muslim. Beli nasi briyani untuk di makan di tepi pantai. Sampai di pantai ada pasar malam, katanya pada setiap hari Rabu. Macam-macam dijual antaranya t shirt, cenderahati dan bunga hiasan . Merakam gambar dilarang sama sekali. Yang bagusnya di pantai tersebut ada banyak tandas awam yang bersih, boleh dikatakan selang 200 m. Angin pantai pula terasa nyaman sekali membuatkan kami seronok berada di situ. Bukan mudah untuk kami berenam duduk-duduk sambil berbual kosong begitu. Maklum kalau di tempat sendiri, kedua-dua anak bujang saya sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Peluang bercuti bersama memang saya nanti-nantikan kerana dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
Hari lewat malam dan kaunter apartment dah tutup. Mereka tidak bertugas 24 jam. Kami masuk ikut pintu belakang sahaja. Ada agenda lebih menarik yang menanti pada esoknya.
Kami keluar pada jam 9.00 pagi untuk memulangkan kereta sewa di pejabat
Alpha berhampiran Gold Coast airport. Puas mencari dan bertanya, akhirnya jumpa juga. Pihak Alpha menghantar kami di airport kerana di sana ada bas untuk ke Warner Bros Movie World. Kami kena menaiki dua bas.
bersama watak popular |
Seperti taman -taman tema lain yang pernah dikunjungi, ada roller coster, watak kartun , spaceshot, main street entertainment dan filem 4D . Namun yang paling hebat adalah Hollywood Stunt Driver dimana mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak oleh pelakon lagak ngeri. Beberapa buah kereta dan motosikal melakukan aksi drift yang sangat mendebarkan. Pertunjukan tersebut memang menghiburkan. Sempat juga bergambar dengan beberapa watak popular seperti Looney Tune, Scooby- Doo,Austin Power, Batman, Marilyn Monroe , cat woman
dan banyak lagi.
Menyaksikan perarakan |
Menonton filem 4D bertajuk 'Journey To The Centre of The Earth' membawa kami mengembara ke dunia lain yang jauh. Sesekali kami dikejutkan
dengan percikan air atau sesuatu menjalar di bawah kerusi yang menyentuh kaki. Penonton seolah-olah dibawa bersama menyertai pengembaraan tersebut. Tepat jam 3.30 petang diadakan pula perarakan semua watak-watak kartun yang ada. Mereka juga mengedarkan ais krim percuma kepada kanak-kanak yang dipilih secara rawak.
Lukisan 3D |
Kami pulang pada pukul 4.30 petang walau pun taman itu ditutup pada jam 5.00 untuk mengelakkan kesesakan
Terus sahaja ke pusat bandar , Surfurs Paradise mencari restoran muslim
untuk makan malam. Sewaktu berjalan, saya singgah di tandas awam yang ada. Luas dan sangat bersih. Siap ada lagu apabila pintu tandas ditutup..
untuk makan malam. Sewaktu berjalan, saya singgah di tandas awam yang ada. Luas dan sangat bersih. Siap ada lagu apabila pintu tandas ditutup..
Kemudian saya terpandang dua orang gadis cantik yang hanya memakai pakaian dalam - sangat seksi . Anak kecil saya kehairanan.... beberapa orang lelaki menghampiri untuk diajak bergambar. Tetapi awas, mesti bayar! Baru saya faham. Kedua-dua gadis tersebut sedang bekerja peminta sedekah paling seksi abad ini!! Nak merakam gambar pun tak tergamak rasanya.....
Selesai makan, kami sekali lagi ke pantai untuk menikmati angin malam di sana sambil berbual-bual kosong.
Menyaksikan perarakan |
Dipintu masuk Movie World |
pertunjukan Hollywood Stunt Driver |
Kereta dalam filem Batman |
Saya bangun seawal jam 4.00 pagi menyediakan bekalan. Kami perlu menaiki bas di Surfurs Paradise pada jam 6.35 pagi untuk ke pekan kecil Casino. Dari sana akan naik keretapi menuju ke Sydney, satu lagi kota yang menggamit kedatangan kami. Semua tiket telah dibeli online semasa di Malaysia .
Dalam kegelapan subuh yang dingin itu, kami mengheret bagasi kerana sukar untuk mendapatkan teksi. Bas tiba tepat pada waktunya.
Hampir dua setengah jam perjalanan dengan bas, kami tiba di stesen keretapi Casino. Sebuah
Ruang di dalam keretapi yang luas dan selesa |
Tempat duduk sangat selesa kerana boleh meluruskan kaki. Keretapi berhenti di beberapa tempat. Banyak penumpang turun naik bersilih ganti menyebabkan tempat duduk di dalamnya tidaklah penuh. Perut mulai lapar , lalu saya mengeluarkan bekalan yang di bawa. Ada nasi impit, serunding, telur rebus dan maggi goreng.
restoran India muslim |
Sepanjang jalan kami melalui beberapa kawasan banjir yang agak dalam sehingga menenggelamkan kereta. Namun landasan keretapi
Sydney pada waktu malam |
Sebaik turun di Sydney Central, kami menahan teksi. Kena ambil dua, kata seorang pemandu memandangkan kami berenam. Tiba-tiba sebuah teksi berhenti. Pemandu memberi salam. Orang Pakistan katanya. 'Tundukkan kepala' pesan pemandu kepada dua anak kecil saya. Takut ditahan polis. Alhamdulillah... mujurlah ada orang yang sanggup menolong. Rupa-rupanya dia pernah ke Langkawi sebanyak dua kali, bawa keluarga makan angin. Dia suka Langkawi berbanding Gold Coast. Bekerja sebagai jurutera dan membawa teksi adalah kerja sampingan menambah pendapatan.
Kami diturunkan betul-betul di hadapan Hotel Maisonette. Pemandu tersebut juga menunjukkan sebuah restoran India muslim yang paling hampir sekiranya nak makan. Saya mencari kotak yang dimaklumkan melalui telefon untuk mendapatkan kunci bilik, kerana tiada petugas di kaunter pada waktu malam.
'Tepi dinding sebelah kiri, masukkan password yang diberi. Kunci ada di dalam'. Saya terdengar seseorang berbahasa melayu. Terkejut, saya menoleh ke belakang. Seorang lelaki Inggeris yang pandai berbahasa melayu-menginap di hotel yang sama rupanya. Sewaktu sedang menaiki anak tangga, kami sempat berbual. Dia pernah menetap di Butterworth, ketika dengan RAAF katanya.
Kami keluar pada pukul 9.00 pagi mencari City Sightseeing Sydney & Bondi
Hop On Hop Of bus, bagai suatu kemestian ketika melancong di luar negara.
Tidak jauh dari hotel. Kami menunggu walau pun belum beli tiket. Bas datang dan kami terus menaikinya. Terdapat dua bahagian yang dilalui iaitu bandaraya Sydney dan pinggiran pantai Bondi. Pastinya masa tidak mencukupi untuk kami ke Bondi. Cukuplah sekadar mengelilingi Kota Sydney sahaja.
Tempat pertama yang kami singgah adalah Sydney Opera House. Hati sangat teruja kerana saya memang meminati senibinanya yang unik
walau pun saya bukan arkitek. Pengunjung sudah mulai ramai tatkala matahari mulai bersinar.
Terletak di Sydney Harbour dan binaannya seakan-akan sedang belayar. Banyak konsert dan even bertaraf dunia di adakan disitu. Juga merupakan satu warisan dunia yang telah di iktiraf oleh UNESCO kerana menganggap binaannya merupakan kerja senibina paling hebat pada abad ke 20.
Pembinaannya dimulakan pada tahun 1959 oleh Jorn Utzon, Danish arkitek (Denmark)kerana telah memenangi satu pertandingan antarabangsa pada tahun 1957. Pada Februari 1966 beliau
meninggalkan projek tersebut kerana kerajaan Australia gagal melunaskan semua invois. Walau bagaimana pun, sepuluh tahun kemudian projek tersebut berjaya disiapkan dan menelan belanja 14 kali ganda daripada buget asal. Pada tahun 1973 ianya dibuka kepada umum. Pada tahun 2001, Utzon dijemput semula untuk megembalikannya kepada idea asal seperti yang pernah beliau rancangkan. Dia menerima 'Pritzker Prize' iaitu anugerah tertinggi di
dalam senibina antarabangsa pada tahun 2003. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada November 2008 di Copenhagen pada usia 90 tahun.
Apa yang ada di dalam Sydney Opera House ialah :
950 bilik termasuk 5 auditorium utama ,Dewan resepsi, 5 studio reheasal, 4 restoran, 6 panggung wayang, 60 bilik persalinan , Pusat sumber serta pejabat.
Dalam masa yang singkat sahaja Sydney Opera House menjadi simbol bagi rakyat Australia sebagai pusat pementasan artis bertaraf dunia.
Perjalanan kami diteruskan lagi dengan bas hop on hop off. Kali ini kami turun pula di Darling Harbour. Sempat menyaksikan 'one man show' dengan bantuan empat orang penonton yang memegang tali, beliau berdiri di atas sekeping papan kecil. Menunjukkan kecekapan menggunakan tali serta bermain dengan api. Selesai pertunjukkan, penonton kenalah bagi sedikit saguhati.
Kami ke kawasan restoran untuk makan tengah hari. Banyak restoran halal orang Turki di situ. Makan kebab original memang sedap.
Selepas itu kami menghampiri gigi air untuk menyaksikan 'Pyrmont Bridge' terbuka kerana memberi laluan kepada sebuah kapal untuk melaluinya. Merupakan satu daripada 'swing bridge' yang terawal didunia, mula beroperasi pada tahun 1902. Penambahbaikan telah dilakukan pada tahun 1988 di mana satu monorail telah dibina di atas jambatan tersebut. Panjang jambatan adalah 369 m dan pembinaanya telah menelan belanja £ 112,500 .
Darling Harbour mendapat nama daripada Lieutenant-General Ralph Darling yang menjadi governor New Saouth Wales dari tahun 1825 hingga 1831. Selain menjadi pusat kormesial bagi Sydney, ianya juga merupakan kawasan rekreasi dan pejalan kaki yang menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara.
Selepas makan dan bersantai seketika, kami meneruskan perjalanan dengan bas hop on hop off. Mengambil tempat duduk yang tidak berbumbung, kami menikmati nyamannya udara kota Sydney sambil merakam gambar. Kegembiraan saya adalah apabila melihat anak-anak gembira setiap kali melancong ke luar negara.
Hop On Hop Of bus, bagai suatu kemestian ketika melancong di luar negara.
Tidak jauh dari hotel. Kami menunggu walau pun belum beli tiket. Bas datang dan kami terus menaikinya. Terdapat dua bahagian yang dilalui iaitu bandaraya Sydney dan pinggiran pantai Bondi. Pastinya masa tidak mencukupi untuk kami ke Bondi. Cukuplah sekadar mengelilingi Kota Sydney sahaja.
Tempat pertama yang kami singgah adalah Sydney Opera House. Hati sangat teruja kerana saya memang meminati senibinanya yang unik
Sydney Harbour Bridge |
Terletak di Sydney Harbour dan binaannya seakan-akan sedang belayar. Banyak konsert dan even bertaraf dunia di adakan disitu. Juga merupakan satu warisan dunia yang telah di iktiraf oleh UNESCO kerana menganggap binaannya merupakan kerja senibina paling hebat pada abad ke 20.
Pembinaannya dimulakan pada tahun 1959 oleh Jorn Utzon, Danish arkitek (Denmark)kerana telah memenangi satu pertandingan antarabangsa pada tahun 1957. Pada Februari 1966 beliau
Diperkarangan Sydney Opera House |
Foto pengunjung Sydney Opera House |
Apa yang ada di dalam Sydney Opera House ialah :
950 bilik termasuk 5 auditorium utama ,Dewan resepsi, 5 studio reheasal, 4 restoran, 6 panggung wayang, 60 bilik persalinan , Pusat sumber serta pejabat.
Dalam masa yang singkat sahaja Sydney Opera House menjadi simbol bagi rakyat Australia sebagai pusat pementasan artis bertaraf dunia.
Perjalanan kami diteruskan lagi dengan bas hop on hop off. Kali ini kami turun pula di Darling Harbour. Sempat menyaksikan 'one man show' dengan bantuan empat orang penonton yang memegang tali, beliau berdiri di atas sekeping papan kecil. Menunjukkan kecekapan menggunakan tali serta bermain dengan api. Selesai pertunjukkan, penonton kenalah bagi sedikit saguhati.
Kami ke kawasan restoran untuk makan tengah hari. Banyak restoran halal orang Turki di situ. Makan kebab original memang sedap.
Selepas itu kami menghampiri gigi air untuk menyaksikan 'Pyrmont Bridge' terbuka kerana memberi laluan kepada sebuah kapal untuk melaluinya. Merupakan satu daripada 'swing bridge' yang terawal didunia, mula beroperasi pada tahun 1902. Penambahbaikan telah dilakukan pada tahun 1988 di mana satu monorail telah dibina di atas jambatan tersebut. Panjang jambatan adalah 369 m dan pembinaanya telah menelan belanja £ 112,500 .
Darling Harbour |
Selepas makan dan bersantai seketika, kami meneruskan perjalanan dengan bas hop on hop off. Mengambil tempat duduk yang tidak berbumbung, kami menikmati nyamannya udara kota Sydney sambil merakam gambar. Kegembiraan saya adalah apabila melihat anak-anak gembira setiap kali melancong ke luar negara.
Pemandangan dari atas bas |
Kegembiraan yang terpancar |
Kota Sydney dari atas bas |
19 JUN ( Ahad ) : Hari Ketujuh
Central Station |
Kami mendaftar keluar hotel pada pukul 11.00 pagi dan menaiki bas hop on hop off kerana tiket masih sah digunakan . Kali ini tiada destinasi tertentu sekadar menikmati pemandangan kota Sydney buat kali terakhir. Kami turun di Central Station untuk makan dan berehat sementara menunggu masa untuk menaiki keretapi ke airport.
Terdapat banyak kiosk orang Turki di situ. Saya mendapati banyak orang kulit putih yang menggemari kebab Turki ini.
Belmore Park dekat Central Station |
Merupakan stesen keretapi terbesar dan tersibuk , pernah menerima pergerakan penumpang sebanyak 11 juta orang pada tahun 2013
Kami menghabiskan masa di Belmore Park yang terletak berhampiran.
Menjelang pukul 5.00 petang, kami menaiki keretapi menuju ke lapangan Terbang Sydney. Terus mendaftar masuk kerana pesawat akan berlepas pada jam 9.40 malam. Sewaktu mendapatkan boarding pass, saya dapati staff tersebut mengambil masa yang agak lama untuk melakukan tugasnya. Ada seseorang sedang menunjuk ajar beliau. Saya tersenyum apabila dimaklumkan yang staff tersebut baru bertugas dan dalam tempoh pembelajaran. Saya tak kisah, tetapi agak pelik kerana beliau mungkin seusia saya !! Penat pulak rasanya menunggu kerana kami ramai, enam orang. Akhirnya dapat juga boarding pass.....
Alhamdullilah, kami selamat sampai di KLIA pada keesokan harinya pada pukul 4.20 pagi. Apa yang pasti adalah segala kenangan manis akan kekal di dalam ingatan ......
Lone Pine Koala Sanctuary |
posing sikit , on the way ke Gold Coast |
Pasar malam di Surfurs Paradise, Gold Coast |