Friday, 25 October 2024

UMRAH KE 6 : 2024

 UMRAH : 19 JAN - 30 JAN 2024

Amir, Hafiz & Arasy di KLIA




Alhamdulillah. Syukur sangat2 kerana Allah memberikan rezeki kesihatan dan wang untuk membolehkan saya ke tanah haram untuk kali yang ke7 termasuk ibadah haji.

Kali ini diuruskan oleh Andalusia Travel juga. Ini kali ke tiga kami menggunakan khidmat mereka. Terima kasih Andalusia.

Saya pergi bersama suami dan anak bongsu. Kali terakhir saya ke Mekah  pada Dis 2021. Pada 4 Dis 2021 saya tiba di rumah, 18 Nov 2021 berlaku banjir besar seluruh negara.

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, rumah dinaiki air separas dada. Ada barang yang sempat saya naikkan ke tingkat atas. Ada yang tidak. 4 hari, baru surut.

18 JAN ... KHAMIS

Jam 6 petang, kami ke KLIA sebab pesawat akan berlepas pada jam 2.15 pagi (jumaat). Solat magrib dan makan malam di KLIA.

Sewaktu ingin melalui pelepasan antarabangsa, saya disapa seorang wanita muda. Sebelumnya saya perhatikan dia bersalaman dengan suami dan anak (mungkin 6 tahun). 

Anaknya menangis kerana terpaksa berpisah dan ditenangkan si ayah. Dia lantas meminta izin untuk mengikut saya

ke balai berlepas. 

Di tempat duduk, kami berbual panjang. Dia yang tidak pernah ke luar negara mencuba nasib bekerja di perantauan.

Jururawat di Madinah. Ada dua orang lagi teman tetapi penerbangan mereka tak sama. Dia sendiri. Katanya gaji bulanan adalah lebih 10k. Demi keluarga, dia berkorban.

Kontraknya setahun. Begitulah. Saya menjadi sebak. Saya tidak tahu apa yang membuatkan dia bertekad untuk berpisah sementara dengan suami dan anak2. 


Jabal Rahmah
Seorang lagi anaknya 3 tahun. Ada bersama ibunya di rumah. Tak perlu hantar dia pergi. Tak sanggup katanya.

Kami memasuki pesawat dan saya pesan pada dia, jika ada masalah di airport segeralah bertanya staff airport. Jangan mudah percaya orang awam.

Sebab bila tiba di Jeddah, dia kena naik pesawat lain ke Madinah. Saya pula akan terus ke Mekah. 

19 JAN 2024 ...JUMAAT

Selesai urusan di airport sekitar jam 8.00 am. Terus menaiki bas ke hotel Olayan (hotel ini kabarnya dipajak oleh pihak Andalusia setahun).

Kami diberi bilik  untuk berehat sementara menunggu bilik di Mekah Tower untuk check in, selepas Asar. 

Hilang penat, suami saya berjalan ke Masjidil Haram untuk solat Jumaat. Saya sempat berjalan ke gerai berhampiran untuk membeli prepaid.

Makan tengah hari juga  di hotel tersebut. Selepas Asar, mutawif (ustaz Musa) membawa kami ke Masjidil Haram untuk selesaikan umrah pertama.

Kami minta izin dari mutawif untuk bergerak sendiri. Sebenarnya kami hanya tawaf sahaja di dataran. Kemudian kami menyewa skuter untuk melakukan sa'i. Dah terlalu penat sebenarnya.

Selesai solat Isya, urusan umrah kami juga selesai. Alhamdulillah.


sa'e
Kami ke Mekah Hotel untuk mendapatlan kunci bilik. Bagasi juga telah ada di lobi hotel. Kami dibawa oleh petugas Andalusia untuk ke bilik. Dia kata, mungkin masih ada 'dinner' lagi walau pun hari dah lewat.

Nasib kami baik. Masih ada lagi makanan walau pun sebahagian besar dah disimpan. Jadilah untuk lapik perut. 

20 JAN ... SABTU

Saya ikut lawatan ke Jabar Tsur. Ustaz bercerita tentang kisah seorang perempuan yang bela kambing tetapi kurus serta susah nak keluarkan susu. Satu hari nabi saw singgah dan minta izin untuk minum susu kambing tersebut.


Di rooftop semasa solat subuh
Perempuan tu kata...'cubalah kalau ada susunya'. Dengan izin Allah, kambing

tersebut mengeluarkan susu yang banyak sehingga semua orang boleh meminumnya.

Apabila suami perempuan itu pulang, dia merasa terkejut. Selepas mendengar cerita isterinya, tahulah dia bahawa orang yang singgah itu adalah kekasih Allah.

Semasa singgah di Ji'ronah, kami berniat ihram. Memasuki masjidil haram sekitar jam 4.30 pm dan  umrah selesai pada jam 8.30 pm.



Bersama mutawif, ustaz Musa di Taif

21 JAN ... AHAD

Tiada aktiviti khusus pada hari ini melainkan menunaikan solat fardhu 5 waktu di masjid. Subuh kami di 'rooftop' kerana orang terlalu ramai. Seronok rupanya bersolat di situ selain dapat melihat indahnya matahari terbit.



22 JAN ... ISNIN

Sedap. Must try #Taif

Jam 8.00 kami dah bersedia dilobi menunggu bas untuk ke Thaif. Semasa umrah tahun 2021, kami tak ikut mana2 ziarah luar. Kali ini, kami ambil keputusan untuk ikut ziarah luar sebab nak melihat kalau2 ada perubahan pada tempat2 dilawati.

Berbeza sungguh Thaif kali ini. Dah ada hotel, shopping area dan buggy untuk mengelilingi bandar Thaif. Ustaz belanja naik buggy.. terima kasih ustaz.

Singgah juga di ladang rose Thaif. Produk utama mereka adalah minyak wangi. Dah dinaiktaraf tempat tersebut. Kami cuba kopi serta kek yang ada di kafe di situ. Sedap. Ada juga tempat untuk OOTD.


Buggy berkeliling Taif

Kemudian kami solat di masjid Abdullah Abbas. Mengikut riwayat, Abdullah Abbas adalah seorang anak kecil yang sangat bijak. Seawal usia 3 tahun, beliau gemar mendampingi alim ulama. Suka berada di dalam majlis2 ilmu. Tidak suka bermain seperti anak2 kecil yang lainnya.

Beliau yang juga sepupu nabi saw merupakan pakar hadis dan tafsir meninggal dunia pada usianya 71 tahun.

kunafak.. tak pernah tak sedap #Taif

Makan tengah hari pula di restoran yang sama sejak dari dulu. Nasi arab dan kunafaknya juga masih sedap, sama seperti dulu.

Kemudiannya kami ke Masjid Qonul Manazil untuk miqat umrah. Dari 3.30 pm sehingga jam 9.00 pm, kami berada di masjid untuk melakukan ibadah umrah.

Pada malam tersebut, kami tidak makan di hotel kerana ingin mencuba nasi lemak dan nasi goreng kampung dikedai Malaysia iaitu Dsaji.


23 JAN ... SELASA

Tiada ziarah luar. Kami hanya solat 5 waktu di masjid.

24 JAN ... RABU

Lepas asar, kami bergerak ke Jabal Nur. Banyak perbezaannya kali ini. Ada laluan cantik walau pun tidak bertar. Kami cuba untuk ke Gua Hira' namun tiada kekuatan untuk meneruskannya.

Separuh jalan, kami berpatah balik. Solat di surau yang ada di kaki Jabal Nur. Ada kiosk2 makanan yang cantik dan bersih. Bersusun cantik. Ada diantara budak2 muda (grup kami) yang berjaya sampai di Gua Hira'.


Jabar Nur menuju ke Gua Hira'

Dengan sedikit bayaran, pengunjung boleh juga menonton filem yang disediakan di situ. Boleh bergambar seolah2 kita berada di dalam Gua Hira' dengan menggunakan 'special effects'

Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan nasi bryiani lauk unta. Satu talam kecil berharga 57 rial kami kongsi bertiga. Jangan terkejut kerana talam kecil tersebut dimakan oleh seorang sahaja orang arab.

Rasa daging unta ni macam daging lembu juga. Lembut. Nasib suami saya kurang baik kerana dia mengalami selesema yang teruk pada esok harinya. Alahan barangkali.


hajat  tak kesampaian..huhu
25 JAN ... KHAMIS

Selepas solat subuh, kami ke dataran untuk tawaf wada'. 

Sekitar 2.30 petang kami bertolak ke Madinah menaiki bas. Hanya ada beberapa orang ahli kumpulan kami yang menaiki keretapi laju ke Madinah.

Kami sampai pada jam 10.00 malam di Hotel Al Ritz. Terus masuk ke bilik kerana keletihan.



nasi lauk unta


26 JAN ... JUMAAT

Saya ke masjid Nabawi bersama anak kerana suami demam. Keadaan persekitaran sudah jauh berbeza. Walau pun kali terakhir saya ke situ adalah pada december 2021, perubahan sangat ketara.

Paling ketara adalah payung2 gergasi di perkarangan masjid tidak lagi ditutup. Ianya terbuka sepanjang masa.

Selain itu ada banyak kiosk serta kedai makan yang cantik bersusun untuk jemaah makan, minum, bergambar atau sekadar mengambil angin.

Suhu ketika itu memang sangat nyaman dengan suhu sekitar 12 darjah celcius.  

27 - 28 JAN

Alhamdulillah  suami saya beransur sihat dan tidak demam lagi. Dia pun dapat menunaikan solat Jumaat di masjid.

lepak lepas isya

Cumanya dia tidak dapat masuk ke 'raudhah' kerana giliran kumpulan kami adalah pada hari sebelumnya. Beberapa kali dia cuba merayu untuk masuk namun gagal. Petugas2 di situ sangat tegas nampaknya.

Sebelah petangnya suami berjaya solat dibahagian paling hampir dengan 'raudhah'. 

Kami lebih banyak habiskan masa di masjid dan tidak ikut ziarah luar. 

29 JAN 2024 ... ISNIN

Hari terakhir di Madinah. Kami kemaskan semua bagasi dan letakkan di luar bilik seawal jam 9.00 pagi.

Sebelum solat zohor, kami berangkat ke lapangan terbang Madinah dan dibekalkan dengan 'pack lunch'.

Pesawat bergerak pada jam 3.30 petang dan kami selamat mendarat pada keesokan harinya (Selasa)  pada jam 5.00 pagi.

Setiap kali saya bersujud di bumi Makkah dan Madinah, hanya satu yang saya minta ... moga Allah berikan rezeki dan jemput saya lagi ke tanah haram ini.

Aamiin ... Ya Rabbal Alamin






Wednesday, 9 October 2024

ACHEH & PULAU SABANG 2018

 ACHEH & PULAU SABANG  : 27 - 31 MAC 2018

Trip ini dah lama sangat dan saya tak sempat nak update.  Saya bersama suami dan anak bongsu, Anis menaiki Air Asia dari Kuala Lumpur ke Acheh. 

Faiz, anak kepada adik suami saya menyambung pengajian peringkat ijazah di universiti di situ. Ibu bapa dan adik2 Faiz juga ikut serta tetapi mereka menaiki penerbangan dari Pulau Pinang.

Dia telah berkahwin dan ada seorang anak laki2. Isterinya juga menuntut di universiti yang sama.

Kami menumpang dirumah Faiz selama 5 hari 4 malam. Kami sempat melawat di kawasan berlakunya 'tsunami Dec 2004' untuk melihat kapal yang tersangkut diatas bangunan yang masih kekal di situ. 

Sempat juga bertemu dengan seorang wanita yang terselamat dalam kejadian tsunami dan mendengar sendiri pengalaman beliau.

Di muzium tsunami terdapat satu laluan dengan 'sound effect' seolah2 berada dalam keadaan sebenar berlakunya tsunami. Sangat menggerunkan. Banyak



gambar2 yang dipaparkan disitu. 
Keadaan di dalam muzium tersebut benar2
kapal di atas rumah
meruntun jiwa.

kami juga melawat satu2nya masjid yang tidak terjejas dalam kejadian tsunami. Masih berdiri disitu.

Selain itu kami juga menginap satu malam di pekan kecil (lupa nama) kerana perlu menaiki feri ke Pulau Sabang pada sebelah pagi keesokan harinya.

Berada di Pulau Sabang adalah satu pengalaman yang paling menarik bagi saya. Kami mengambil pakej untuk snokerling. kami pernah snokerling di

Pulau Perhentian dan Pulau Kapas tetapi di Pulau Sabang, keadaan sangat berbeza.

Ada seorang yang akan membantu kumpulan kami yang seramai sembilan orang. Dia bawa makanan untuk menarik perhatian ikan2. 

Tak perlu pergi jauh2. Hanya  snokerling di sekitar pantai sahaja. Gambar2 kami di dalam air juga dirakam. Saya tak ingat berapa tetapi rasanya berbaloi dengan apa yang kami bayar.

saya sendiri


Anis

saya dan suami

bersama mangsa yang terselamat

saya sendiri





Monday, 29 January 2024

GERMANY, DENMARK, NORWAY, SWEEDEN

 4 - 14 OKTOBER 2022

Pakej kali ini hanya saya dan suami. Kami dah selesaikan full payment pada march 2020 .Tarikh berangkatnya 6 April 2020. Tertangguh kerana lockdown covid19.

Terima kasih pada Selamatbercuti.com yang menguruskannya. Asalnya adalah untuk ke Russia dan scandinavians. Disebabkan perang, maka digantikan dengan Germany. Pakej ini tidak menyediakan makan tengah hari.

Agent called  semasa saya sekeluarga sedang bercuti di Sabah. Seronok sangat sebab saya akan diterbangkan pada 4 Okt 2022.

Kiranya tahun 2022, setiap bulan saya holiday. Ogos ke Sabah, September ke Turkey dan Oktober ke Scandinavians. Sabah dan Turkey saya bawa dua anak remaja.

Credit to Dee

4 OKT  - SELASA ( Hari pertama )

Sekitar jam 6.20 petang kami mula berkumpul di KLIA kerana penerbangan pada jam 9.20 malam dengan Qatar airways. Transit beberapa jam di Doha. 

 

5 OKT  - RABU ( Hari kedua )

Kami tiba di airport Berlin Brandenburg pada jam 8.20 pagi. 

Tour leader kami adalah encik Azlan. Kali ini tour guide hanya ada pada tempat2 tertentu sahaja katanya.

Brandenburg Gate

Walau pun keletihan kerana berjam2 di dalam flight, kami terus ke destinasi yang telah ditetapkan.

1...Brandenburg Gate yang dibina pada abad ke 18.

2...Victory Column yang dibina pada 1864 sebagai tanda kemenangan Prussian dalam peperangan pada masa tersebut.

3..The Reichstag merupakan bangunan bersejarah dan  tempat pemilihan presiden..

4...Checkpoint Charlie yang dibina pada tahun 1961 adalah untuk mengelakkan penduduk German Timur (komunis) menyeberangi German Barat (demokrasi)


Victory Column
5...Museum Island terletak di pulau Spree yang dihubungkan oleh sebuah jambatan yang dibina pada tahun 1830.

6...Berlin wall adalah memorial yang dibina pada tahun 1961 memisahkan German barat dengan German Timur. Pada 1990, kedua2 German bersatu dan tembok Berlin diruntuhkan sebahagiannya. Sebahagian lagi dikekalkan sebagai sejarah. Tercapailah hajat saya untuk melihatnya kerana pernah membaca kisah tersebut di akhbar.

Gambar kedua2 ketua setiausaha negara Barat & Timur iaitu Leonid Breshnev  bercium dengan Erich Honecker yang melambangkan penyatuan Timur yang pro komunis dan Barat yang demokrasi. Pelik betul cara mereka yer...

7...Designer Outlet Berlin adalah tempat membeli belah
buat sesiapa yang berminat menawarkan pelbagai jenama antarabangsa. Seperti biasa, saya hanya window shopping sehinggalah saya menemui kedai kasut yang buat 'clearance stock'. Bila dicongak2, baru RM 150. Saya pun cuba dan muat pulak. Terus beli. Haha... 
Ada kawan saya yang beli handbag berjenama. Katanya lebih murah berbanding kat KL. Tapi masih ribu riban jugak tau...
 
 
laluan gas


simbolik yang sangat pelik


Tembok Berlin
Designer Outlet Berlin,
ni jer yang murah ... Haha


Sungai Spree yang bersih di Berlin
Selepas makan malam di restoran, kami bermalam di hotel Berlin City East

6 OKT - KHAMIS ( Hari ketiga )
BERLIN - HAMBURG

Kami bersarapan di hotel dan keluar menuju ke Hamburg. Anggaran masa perjalanan adalah 3 jam 30 minit.

1...Port of Hamburg yang terkenal dengan nama "Germany's gateway to the world". Pelabuhannya merupakan yang ke 3 tersibuk di seluruh Eropah.
 
2...Hamburger Rathaus (Townhall) yang merupakan pejabat bagi 16 ahli parlimen  di German.
Hamburg Rathaus (Townhall)

3...Jungfensteig merupakan satu kawasan pesiaran bandar yang dibangunkan seawal tahun 1235 juga merupakan boulevad terkenal di German.

Ditengah2nya terdapat sebuah empangan besar yang membekalkan air bagi penduduk sekitarnya.

Penambahbaikan sentiasa dilakukan sehingga abad ke 19, kawasan ini terkenal sebagai boulevad utama German.

Jungfernsteig

4...Hamburger Kunsthalle adalah muzium seni yang terbesar di German dibuka pada 1869. Saya tak pandai nak komen sebab benda2 seni ni sangat 'subjektif'. Mengandungi 140 ribu koleksi lukisan serta foto yang diabadikan sejak abad ke 8 sehingga abad ke 19. Sejujurnya saya mungkin hanya melihat ratusan sahaja lukisan sebab tak larat nak teroka semua tempat.
macam Hero Remaja... haha

Abaikan orang belakang
Macam Dewi Remaja
 

 

5...Lewat petang kami check in  Hotel Holiday Inn, Hamburg. 

7 OKT  - JUMAAT ( Hari keempat )
HAMBURG -LUBECK-ROSKILDE

1...Rathaus juga dikenali sebagai Hamburg Townhall. Kami tidak dibenarkan masuk, hanya bergambar di bahagian hadapan sahaja.
 
2...Di Lubeck kami singgah makan tengah hari sebelum menuju ke Puttgarden untuk menaiki feri menuju ke Rodby, Denmark.
 
Feri Puttsgarden (Germany) ke Radby (Denmark)
3...Viking Ship Museum di Roskilde, kira2 satu jam 30 minit menaiki bas sebaik turun feri di Rodby.
 
Siapakah Viking? Mereka adalah pedagang di perairan sekitar Scandinavians. Ada yang jahat atau perompak, seringkali viking dikaitkan dengan lanun.
Secara peribadi, museum ini antara yang menarik untuk dilawati. Harga tiket hanya RM 85. Seorang jurucakap menceritakan secara detail tentang muzium tersebut. 
 
Pada tahun 1070, terdapat 5 kapal Viking yang tenggelam di Skuldelev di Roskilde. Ditemui semula pada tahun 1962. Ada kapal kargo dan kapal peperangan.
 
Katanya,semasa kapal tersebut dikeluarkan ianya banyak yang rosak dan hancur. Mereka perlu membuatnya semula supaya sama seperti asal. Saya pun tertanya2 juga, betul ke?
 
Muzium tersebut disiapkan pada tahun 1969 untuk mempamerkan segala2 yang berkaitan  dengan Viking. Orang Viking ini berkulit  gelap dan bertubuh sasa, sering menarik minat perempuan tempatan sekiranya mereka berlabuh.


 
 
 

Lubeck
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Christianborg palaces.. fokus
8 OKT -SABTU ( Hari kelima )
Copenhagen
 
1...City Hall and square adalah kawasan lapang di mana terdapat banyak deretan kedai dengan harga berpatutan.
2...Christianborg Palace yang dianggarkan berusia 800 tahun ini melambangkan kekuasaan Denmark. Kini ianya digunakan untuk majlis2 rasmi diraja sahaja
  

3...Rosenborg castle yang dibina pada tahun 1606 pada asalnya merupakan 'summerhouse'. Dibina oleh 'Danish King' yang terkenal pada zaman itu iaitu Christian IV. Di sinilah tersimpannya khazanah2 berharga diraja sejak 400 tahun yang lalu.
City Hall and square
 










4...Little mermaid statue yang terletak di tebing sungai diperbuat daripada tembaga setinggi 1.25m seberat 175 kg. 
 
Kononnya menggambarkan tentang 'mermaid' yang bertukar menjadi manusia... dongeng.
 
little mermaid
 
5...Grand mosque copenhagen yang dibina pada tahun 2014 merupakan antara
menuju ke kabin
yang terbesar di Eropah.
 
6...Bertolak ke Oslo menaiki kapal pesiaran DFDS . Dinner dan bermalam atas kapal.




ini bukan kapal DFDS


Kapal tersebut mempunyai 7 tingkat dan hanya tiga tingkat sahaja yang menempatkan kabin2 untuk bermalam.
 
Berada di atas DFDS seolahnya berada di satu pekan kecil yang lengkap segalanya. Ada kolam renang. Ada pelbagai jenis kedai menjual cenderahati, pakaian dan  minuman / makanan. 
 
Kami juga tersesat sehingga sampai di satu disko (barangkali) kerana bising dengan bunyi muzik serta lagu.
Kabin kecilnya lengkap dengan bilik air, dua katil bujang, televisyen serta meja kecil. 
 
Makan malam disediakan. Terlalu banyak pilihan namun tak semuanya halal. Perlu berhati-hati ketika memilih.
 
Selepas makan malam, saya ke bilik untuk solat. Kemudian keluar semula sambil menikmati pemandangan ke arah lautan yang luas terbentang.

Malam itu kami tidur lena walau pun sesekali terasa juga pergerakan kapal.
 
Ketika saya bangun tidur, terasa juga goyangnya dan mengambil masa beberapa saat untuk stabil. Mujurlah tak pening sampai muntah.
 
Sarapan juga  disediakan. Mewah betul seperti berada di hotel 5 bintang.



Vigeland sculpture park
9 OKT  - AHAD ( Hari keenam )

Selesai makan, kami naik ke bahagian deck kapal paling atas untuk bergambar sambil melayan udara sejuk ketika itu.
Daratan dan deretan bangunan sudah mula kelihatan menandakan masa untuk berlabuh semakin hampir.
Itulah kali pertama saya menaiki cruise dan mungkin juga kali terakhir.


Kami meneruskan perjalanan dengan bas ke Vigeland sculpture park. Sebuah taman
Lukisan terbesar
awam penuh dengan arca manusia selain pokok2 bunga yang berwarna warni.
Arca laki2, perempuan dan kanak2 tanpa seurat benang pun. Ada yang jelas kelihatan kemaluan2 mereka. Ada yang tersorok. Arca2 perempuan pula dengan buah dada yang pelbagai bentuk dan rupa... semuanya atas nama seni.
Taman yang sangat luas itu dipenuhi arca2 tersebut di sepanjang laluan kiri dan kanan. Sehingga kini saya masih tidak memahami seni mereka yang seperti itu.
Teringat pula suasana begini semasa saya mengunjungi Paris satu ketika dulu.
Seterusnya ke City Hall, Oslo dimana di situ terdapat sebuah lukisan terbesar di Eropah yang tergantung di dinding.



Vigeland Sculpture park

city Hall Oslo
Kami menunaikan solat jama' dan Qasar di Islamic cultural center, Norway seterusnya bermalam di Hotel Quality entry , Oslo.

10 OKT - ISNIN ( Hari ke tujuh )
Perjalanan diteruskan di bandar Vasteras, Sweeden selepas bersarapan di hotel.
Singgah di Karlstad untuk berehat. 

Valby Friluftsmuseum adalah muzium terbuka dan merupakan antara tempat menarik di Vasteras. Dibuka sekitar tahun 1921 dengan lebih 50 bangunan2 lama terdapat di situ. Bangunan2 tersebut sama ada dibaikpulih atau dibuat semula untuk tatapan
generasi masa kini.
Juga dikenali sebagai 'open air museum'

Seharian berjalan akhirnya bermalam di Hotel Comfort, Vasteras






11 OKT - SELASA ( Hari kelapan )
Selepas bersarapan di Comfort Hotel Vasteras, kami menuju ke Stolkholm, ibu kota Sweeden.

Tempat pertama adalah Stockholm city hall. Kami di temani seorang pemandu pelancong lelaki.


Penerangan oleh tour guide khas







City Hall, Stolkholm
Vasterlanggatan adalah kawasan 'shopping' yang menjadi tumpuan pelancong di Stockholm.
Banyak kedai2 cenderahati di situ dengan harga yang berpatutan selain  kedai2 minuman/makanan.


Tandas automatik



Vasterlanggatan





Disebabkan semasa di Copenhagen tiada Hard Rock Cafe (tutup mungkin disebabkan PKP) makanya kami singgah di Hard Rock Cafe Stockholm.

Saya hanya beli dua helai t shirt untuk dua anak remaja.

Sebelum ke Hotel Good Morning, kami singgah makan malam dulu.

Menariknya di dalam hotel tersebut, tertulis "drink more water. Our tap water is free, clean and drinkable".

Maknanya boleh minum terus dari paip di bilik air...haha



Stockholm
12 OKT - RABU ( Hari kesembilan )

Selepas bersarapan di hotel, kami keluar tanpa membawa bagasi. Sesuatu yang menggembirakan sebenarnya.
Drottningholm Palace
Stadhuset
Royal palace
Riksdagshuset
Stockholm central mosque
Penat seharian, kami kembali ke hotel yang sama.
 
Central Mosque, Stockholm


Drottningholm Palace
13 OKT - KHAMIS ( Hari kesepuluh )

Bertolak ke airport Stockholm selepas sarapan pagi. Penerbangan ke Kuala Lumpur adalah pada jam 9.35 pagi melalui Doha.
 

14 OKT - JUMAAT ( Hari ke sebelas )
Mendarat dengan selamatnya di KLIA bersama sebuah lagi kenangan yang kekal dalam ingatan.