1000 won = RM 3.30
26 NOV 2014 Rabu ( Hari Pertama )
Saya bersama suami dan dua orang anak remaja memulakan perjalanan untuk percutian yang dinanti-nantikan iaitu Seoul. Kami memulakan perjalanan diawal pagi dengan menaiki KLIA Transit di Putrajaya pada jam 4.51 pagi. Penumpang agak ramai dan beberapa orang yang ditemui rupa-rupanya menuju ke destinasi yang sama. Menaiki tren lebih mudah kerana kereta boleh ditinggalkan diparkir dengan harga RM 2 sehari (tiada berbumbung ) atau RM 4 ( berbumbung )
Di KLIA2 kami solat subuh dan bersarapan di Burger King sebelum ke kaunter untuk urusan bagasi. Nampaknya kali ini tiada lagi McDonald seperti lazimnya kerana ingin menukar citarasa.
Sekitar jam tujuh pagi kami memasuki balai berlepas di pintu P8. Sejujurnya, lapangan terbang baru ini memang sangat selesa dan luas. Saya telah beberapa kali ke situ sejak pembukaannya pada bulan Mei yang lalu sekadar untuk makan-makan atau window shopping. Cuma kali ini saya berpeluang menaiki pesawat dari situ. Bilik air juga sangat bersih dan cantik siap dengan kerusi baby yang boleh dilipat untuk ibu-ibu yang membawa anak kecil. Telah banyak negara di dunia yang saya lawati, bilik air begitu saya temui di Tokyo Disneyland. Maaf, mungkin ada di tempat lain yang saya belum temui. Tahniah Malaysia ! Benarlah kata orang, KLIA2 adalah 'Low Coast Terminal yang paling hebat dan canggih'. Kemudahan yang ada di situ bertaraf lima bintang.
makan kebab di restoran orang Turki, Itaewon |
Jam 3.20 petang waktu tempatan atau 2.20 petang waktu Malaysia kami tiba
di Incheon International Airport setelah tujuh jam penerbangan. Selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi kami mencari pengangkutan awam kerana tidak menggunakan mana-mana agen. Seorang pemuda melayu yang sering ke Seoul membantu kami membeli tiket 'all train'. Kami menaiki subway pada pukul 5.30 petang .Cuaca sejuk dengan suhu sekitar 4 darjah Celcius menyebab kami segera membuka bagasi untuk memakai baju tebal.
Dengan dua kali subway, kami tiba di Itaewon, satu daerah yang popular dengan pelancong. Jumlah tambang untuk kami berempat adalah KRW. 18,200 ( lebih kurang RM 60 ). Perjalanan memang jauh. Kami tiba sekitar jam 6.45 petang dan gelap kerana waktu Isya adalah pada jam 6.43 petang.
di Incheon International Airport setelah tujuh jam penerbangan. Selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi kami mencari pengangkutan awam kerana tidak menggunakan mana-mana agen. Seorang pemuda melayu yang sering ke Seoul membantu kami membeli tiket 'all train'. Kami menaiki subway pada pukul 5.30 petang .Cuaca sejuk dengan suhu sekitar 4 darjah Celcius menyebab kami segera membuka bagasi untuk memakai baju tebal.
Dengan dua kali subway, kami tiba di Itaewon, satu daerah yang popular dengan pelancong. Jumlah tambang untuk kami berempat adalah KRW. 18,200 ( lebih kurang RM 60 ). Perjalanan memang jauh. Kami tiba sekitar jam 6.45 petang dan gelap kerana waktu Isya adalah pada jam 6.43 petang.
Dengan hanya berjalan kaki dari stesen subway Itaewon, kami tiba di Itaewon Inn. Berehat sebentar dan membersihkan diri, kami keluar semula melihat-lihat persekitaran tempat penginapan. Benar kata orang, Itaewon adalah 'foreigner spot'. Banyak pelancong yang ditemui terutama orang Malaysia. Di Itaewon terdapat beberapa 'halal mart' yang memudahkan kami untuk mendapatkan bekalan makanan seperti biskut dan roti. Sempat juga ke Seoul Central Mosque yang besar dan cantik. Dibuka pada tahun 1976 dan boleh menerima sekitar 800 jemaah ketika solat Jumaat. Juga merupakan satu-satunya masjid di Seoul. Sebelum pulang, kami singgah di kedai orang Turki untuk makan kebab
27 NOV 2014. Khamis ( HARI KEDUA )
Kami keluar pada pukul 9.30 pagi menuju ke stesen subway. Sebelum itu kami
top up kad 'T Money' sebanyak krw 10,000 untuk memudahkan perjalanan. Kami menuju ke President Hotel kerana ingin mengambil diskaun tiket bagi Everland Theme Park yang telah ditempah secara online. Harga sebenar adalah krw 44000, selepas diskaun menjadi krw 33000 sahaja. Sewaktu nak balik saya terpandangkan bas berwarna merah yang sangat 'familiar'. Seoul City Tour adalah bas hop on hop off yang memudahkan kami meneroka kota Seoul dalam masa satu hari.
Menaiki bas, Seoul City Tour |
Kami terus ke Dongdaemun Design Plaza atau ringkasnya DDP. Merupakan satu mercutanda paling baru di Seoul yang mula dibuka kepada umum pada 21 Mac 2014. Pembinaannya bermula pada tahun 2009 oleh arkitek 'Iraqi-British' ,Zaha Hadid architects dan 'Korean' Samoo architects and engineeers. DDP menjadi tarikan utama bagi pelancong dalam dan luar negara. Mempunyai taman dan tempat pejalan kaki di bahagian bumbung , ruang pameran serta perniagaan dan dewan pelbagai guna sesuai untuk peringkat antarabangsa. Pembinaan DDP yang unik dan 'futuristik' telah menjadi salah satu sebab utama penetapan Seoul sebagai 'World Design Capital' pada tahun 2010.
Banyak kedai yang menjual pelbagai barang di situ. Namakan apa sahaja, semua ada. Yang tiada adalah makanan halal....sedih. Saya membeli pelbagai cenderahati untuk di bawa pulang. Yang biasa-biasa sahaja...
Kami ke taman di atas bumbung DDP
yang di hiasi dengan bunga ros plastik berwarna putih. Dari jauh, kelihatan sangat cantik dan menarik. Saya mengabadikan beberapa keping gambar kenangan di situ. Tepat jam 12 30 tengah hari kami menaiki bas Seoul City Tour dengan harga tiket krw 40,000 untuk empat orang. Kami singgah di Namdaemun market. Dongdaemun Design Plaza atau DDP |
Destinasi kedua kami adalah Insa-Dong sebuah istana lama yang tidak lagi digunakan. Banyak orang tua di situ sedang berbual sambil bersantai-santai. Gwangjang market pula adalah syurga makanan bagi orang Korea. Ratusan kedai makan yang ada tetapi awas, tak halal. Jadi , kami melihat-lihat dari jauh sahaja. Dapat juga saya melihat macam-
macam jenis kimchi yand dihasilkan daripada kobis yang berlainan. Sebenarnya ada 16 destinasi yang dilalui oleh bas tersebut tetapi kami terpaksa pulang ke hotel kerana terlalu letih.
Sekitar istana lama Insadong |
Dengan subway, kami tiba di Itaewon sekitar jam 6.00 petang, singgah untuk makan malam di restoran Siti Sarah . Sebuah restoran kecil kepunyaan orang Arab tetapi turut menyediakan makanan melayu kerana stafnya orang Indonesia.
28 NOV 2014 Jumaat (HARI KETIGA)
Baju hujan pemberian pelancong Jepun |
Merupakan taman tema terbesar di Korea Selatan dengan purata pengunjung tahunan adalah 6.6 juta orang. Dibahagikan kepada 5 zon iaitu Global Fair, Zoo Topia, European adventure, Magic land dan American Adventure. Mula dibuka pada tahun 1976 namun roller coaster hanya mula diperkenalkan pada tahun 1987. Sejak itu penambahan roller coaster dilakukan dari masa ke semasa dan yang terbaru adalah pada tahun 2008 yang dinamakan T Express. Merupakan 'wooden coaster' yang pertama di Korea Selatan dan yang paling tinggi, paling laju, paling panjang dan paling curam
Hampir tiga perempat perjalanan , kami terpaksa berdiri. Orang terlalu ramai, sehingga bersesak-sesak. Yang pastinya setiap orang sibuk dengan
semua penumpang tren sibuk dengan gadget |
Dihiasai warna putih, menunggu salji datang |
Kami menonton 'proro show' , kisah pengembaraan watak kartun Proro.
Semuanya dalam bahasa Korea, menyukarkan kami untuk memahami jalan cerita. Tetapi saya dapati anak-anak Korea memang seronok dan mereka benar-benar enjoy. Menonton sambil menari mengikut rentak lagu.
Kemudian sempat menaiki roller coaster sebelem menonton pula 'hollogram show'. Satu bentuk hiburan yang terbaru. Kita seolah sedang menonton sebuah persembahan
sebenar kerana terdapat skrin besar di atas pentas. Sempat menonton persembahan 2NE1 dan Psy. Memang menghiburkan. Apabila perut terasa lapar, kami singgah di restoran untuk membeli minuman kopi dan coklat panas. Itu sahaja yang halal ....saya memang ada membawa maggi goreng dan roti yang dibeli di kedai Turki. Sebelum pulang, kami sempat menonton pertunjukan anjing laut - walau pun pernah menontonnya di zoo negara, namun masih menghiburkan.
pertunjukan anjing laut |
Seterusnya kami ke Lost valley. Di dalam perjalanan, kami singgah untuk
bergambar di lokasi yang diperbuat khusus untuk sambutan perayaan krismas. Bunga, pentas, pokok dan pagar semuanya berwarna putih. Seolah-olah dilitupi salji. Kemudian anak- anak saya teruja untuk menaiki roller coaster T Express, paling tinggi dan lama yang pernah mereka naiki. Lebih hebat daripada Knot's Beery Farm di Los Angeles. Saya yang melihat dari jauh pun merasa ngeri !
Turun dari roller coaster, kami ke mini zoo dengan menaiki 'safari coaster' yang disediakan. Pelancong tidak dibenarkan turun langsung. Hanya memerhati dari dalam bas. Banyak beruang di situ - jinak. Beberapa ekor menghampiri bas sambil pemandu membaling makanan ke arah mereka. Melihat beruang dari dekat, agak menggerunkan kerana badan mereka memang besar.Selain itu terdapat pula harimau putih yang jarang ditemui, gajah, singa dan zirafah.
T Express |
Turun dari roller coaster, kami ke mini zoo dengan menaiki 'safari coaster' yang disediakan. Pelancong tidak dibenarkan turun langsung. Hanya memerhati dari dalam bas. Banyak beruang di situ - jinak. Beberapa ekor menghampiri bas sambil pemandu membaling makanan ke arah mereka. Melihat beruang dari dekat, agak menggerunkan kerana badan mereka memang besar.Selain itu terdapat pula harimau putih yang jarang ditemui, gajah, singa dan zirafah.
Nami Island atau dipanggil Namisun, satu destinasi wajib bagi pelancong . Merupakan sebuah pulau kecil berbentuk separuh bulatan yang terletak di dalam Sungai Han dalam daerah Chuncheon. Pada tahun 2002, Korean Broadcasting System menghasilkan drama bersiri televisyen bertajuk Winter Sonata yang dibintangi oleh Bae yong-joon dan Choi Ji-woo dimana sebahagian penggambarannya dilakukan di Namisun itu sendiri. Drama tersebut menjadi kegilaan penonton di negara ini tidak kira usia. Kesan daripada itu , bilangan pelancong telah meningkat dengan begitu ketara. 650,000 orang pada tahun 2002, 2.3 juta orang pada tahun 2012 dan mencecah 3 juta pada tahun 2013.
Kami menaiki subway pada jam 9.00 pagi dan tiba sekitar jam 11.00 pagi. Kemudian ambil teksi dengan bayaran krw 340 untuk sepuluh minit perjalanan. Tiba di pengkalan jeti, orang ramai telah menunggu untuk ke pulau Nami. Tiket feri untuk pergi balik adalah krw 8000 seorang.
Kami menaiki subway pada jam 9.00 pagi dan tiba sekitar jam 11.00 pagi. Kemudian ambil teksi dengan bayaran krw 340 untuk sepuluh minit perjalanan. Tiba di pengkalan jeti, orang ramai telah menunggu untuk ke pulau Nami. Tiket feri untuk pergi balik adalah krw 8000 seorang.
Pemandangannya memang sangat cantik. Barisan pokok-pokok yang ditanam menjadikan pemandangan sangat indah. Selain itu terdapat pula lukisan oleh pelukis terkenal dipamerkan. Beberapa poster dengan petikan kata-kata motivasi juga terdapat di situ . Tanah masih basah, begitu juga pokok pine yang ada di situ menyebabkab bau yang kurang enak apabila ditiup angin. Selain itu terdapat juga beberapa
aktiviti seperti menaiki bot itik, tren dan basikal kayuh di atas landasan tinggi. Basikal sewa juga disediakan.
aktiviti seperti menaiki bot itik, tren dan basikal kayuh di atas landasan tinggi. Basikal sewa juga disediakan.
Bila perut terasa lapar, kami singgah makan di Asian Food Restoran yang halal. Ada nasi goreng Langkawi di dalam menu. Tetapi saya mencuba set nasi korea sebagai kelainan. Saya makan juga walau pun kurang sedap kerana saya lebih menggemari masakan Malaysia.....
Untuk memanaskan badan, terdapat pula longgokan kayu yang dibakar.
Ramai yang duduk mengelilinginya kerana suhu waktu itu adalah 6 darjah Celcius. Tidak disedari, telah tiga jam masa berlalu dan kami harus pergi meninggalkan pulau Winter Sonata itu. Pulau kecil itu juga menyediakan beberapa buah chalet tetapi tidak ada yang menyewanya mungkin disebabkan cuaca yang terlalu dingin.
Ramai yang duduk mengelilinginya kerana suhu waktu itu adalah 6 darjah Celcius. Tidak disedari, telah tiga jam masa berlalu dan kami harus pergi meninggalkan pulau Winter Sonata itu. Pulau kecil itu juga menyediakan beberapa buah chalet tetapi tidak ada yang menyewanya mungkin disebabkan cuaca yang terlalu dingin.
Sesuatu yang menarik perhatian saya adalah tanaman kubis panjang yang terdapat di situ. Ditanam dalam kawasan yang kecil tetapi banyak tempat. Sangat subur dan segar.
Bungee jump |
Sebelum pulang, sempat pula anak lelaki saya mencuba bungie jump dengan bayaran krw 40,000 . Orang tidaklah terlalu ramai, jadi masa menunggu hanya sekitar empat puluh minit sahaja. Memang menakutkan.
Kami menaiki subway untuk pulang dan tiba di hotel pada jam 6.30 prtang dan hari telah gelap.Sebelum pulang ke hotel , kami membeli kebab untuk makan malam.
Hari yang agak selesa kerana destinasi kali ini adalah istana-istana lama sekitar Seoul. Kami keluar agak lewat iaitu pukul 10.30 pagi. Hujan turun rintik-rintik, jadi terpaksalah bawa payung yang disediakan oleh pihak hotel. Tempat pertama adalah sebuah istana lama yang dinamakan Geongdok Palace. Terdapat beberapa patung menunjukkan aktiviti yang pernah dilakukan oleh raja-raja zaman dahulu. Seterusnya adalah World
Heritage Changdeokgung palace. Seorang dikenakan bayaran krw 8000. Kawasan tersebut sangat luas dengan beberapa buah rumah serta balai-balai untuk mesyuarat yang masih dikekalkan. Tiada apa-apa perhiasan di dalam ssemua rumah kecuali sebuah kawasan seperti balai rong seri bagi istana raja kita. Bentuk bumbung hampir sama dengan mana- mana istana lama cina yang berwarna hijau tua. Pengunjung memang ramai walau
pun hujan masih turun rintik- rintik. Keluar daripada istana, kami singgah membeli buah berangan . Buahnya sama dengan yang ada di negara kita, bezanya cara dimasak. Kalau di tempat kita, buah berangan digoreng di dalam kuali berisi pasir tetapi di situ ada alat khas untuk memasaknya. Penjual tersebut juga membuang kulit buah berangan memudahkan kita untuk makan. Harga sebungkus adalah krw 5000. Atau RM 15. Agak mahal kerana di dalam bungkus hanya ada dua puluh biji sahaja.
Sekitar World Heritage Changdeokgung palace |
Di pintu masuk Changdeokgung palace |
Alat menggoreng buah berangan |
Kami teruskan perjalanan menunju ke Bukchon village yang bermaksud perkampungan lama. Setelah itu kami menaiki subway dan terus pulang . Singgah di Murilee Restoran untuk makan malam. Saya mencuba set makanan korea iaitu nasi, sup daging campur sohun, kepingan rumpai laut, kimci dan potongan fishcake. Boleh makan tetapi tidaklah sesedap yang disangka. Kimci rasanya sangat pedas dan sedikit masam. Cukuplah sekali, tiada duanya bagi saya....
Di dalam Changdeokgung Palace |
Berehat sebentar di bilik, kami keluar semula untuk membeli sedikit cenderahati. Sepanjang jalan di luar bangunan terdapat gerai- gerai tolak yang kecil menjual pelbagai barang sama seperti di negara kita. Bezanya gerai mereka boleh ditolak dan akan di simpan apabila selesai berjualan. Kerana salji akan tiba,saya dapati banyak gerai yang menjualsarung tangan dan baju tebal. Selain itu ada juga t shirt , tali pinggang ,topi dan macam- macam lagi. Tetapi tiada yang menjual makanan.
Gambar-gambar di dalam Changdeokgung palace
1 DIS 2014. Ahad HARI KEENAM
Selesai solat subuh saya melihat keluar tingkap mengharapkan kehadiran salji
kerana ramalan cuaca mengatakan ada 'snow fall'. Matahari mulai memancar dan saya dapat melihat salji halus mulai turun sekitar jam 7.30 pagi. Semakin lama saya tunggu semakin lebat salji yang turun. Saya menadah tangan keluar tingkap untuk merasainya , salji akan segera cair apabila menyentuh tapak tangan.
Melihat dari hotel, salji turun |
Hari terakhir di Itaewon, sebelum ke airport |
Tiba-tiba hati menjadi sayu kerana terkenangkan saat-saat saya sekeluarga bermain ski di Galayuzawa, Jepun pada tahun 2012. Teringat bagaimana gembiranya anak saya Allahyarham Ammar saat itu, namun segalanya tinggal kenangan . Al Fatihah.
Hari terakhir kami di bumi Itaewon, Seoul. Semua barang telah saya kemas pada sebelah malamnya. Pukul 10.30 pagi, kami melangkah keluar meninggalkan Itaewon Inn. Berjalan menuju ke subway sambil salji turun perlahan membasahi bumi seolah- olah mengiringi pemergian kami. Untuk kali terakhir, kami merakam gambar kenangan di bandar kecil Itaewon.
Beberapa hari berada di Itaewon, kami sering bertemu pelancong dari Malaysia khusus orang melayu.Banyak restoran halal, begitu juga kedai-kedai runcit yang katanya menjadi tumpuan bagi pelajar- pelajar Malaysia mendapatkan stok makanan .
Kami tiba di Incheon International Airport pada jam 12.15 tengah hari. Pesawat yang sepatutnya berlepas pada jam 4.25 petang terpaksa ditunda pada jam 5.30 petang. Alhamdulilah, akhirnya pesawat yang dinaiki telah selamat tiba di KLIA 2 pada jam 11.00 malam terlewat satu jam dari yang dijangka.
Kenangan indah di Pulau Nami
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete
ReplyDeleteBlog yang menarik, mengingatkan saya akan Myeongdong di Seoul, kita bisa melihat wajah dari group K-pop Girl’s Generation, Blackpink, atau boy group Exo , Super Junior di baju dan alat tulis menulis, dan kita bisa melihat jejak-jejak dari Winter Sonata, Autumn in My Heart, atau My Sassy Girl dipajangan untuk mengingatkan kita akan filem drama TV Korea yang terkenal.
Saya mencoba menulis blog tentang hal ini, semoga anda juga suka blog di http://stenote-berkata.blogspot.com/2019/11/seoul-di-myeongdong-pagi-hari.html