Saturday, 12 November 2016

BALI, INDONESIA

26 DIS - 9 DIS 2015
Percutian yang sangat mengujakan terutama bagi anak-anak remaja saya kerana sepupu-sepupu mereka turut serta. Saya berempat sementara adik ipar berlima. Terima kasih kepada TM tours & travels kerana menguruskan ground package ini.
Sebenarnya pada tahun 1993, saya dan suami telah pun melancong ke Bali dengan membawa tiga orang anak (ketiga-tiga mereka kini telah pun berkahwin). Pada masa itu, kedua-dua anak remaja saya belum pun dilahirkan.... it's a long ,long ago.....


Hari Pertama - Sabtu, 26 Dis
Kami bersarapan pagi di KLIA 2 sebelum berlepas dengan pesawat air asia pada
wangi ..nasi dalam daun pisang
jam 10.30 pagi dan tiba di Denpasar Ngurah Rai International airport sekitar 1.25 petang. Kami disambut tour guide, Pak Nyoman namanya.
Disebabkan makan tengah hari tidak termasuk di dalam pakej, lalu guide tersebut membawa kami ke Pawon restoran untuk makan. Alhamdulillah, kena dengan selera kami. Sedap dengan harga yang berpatutan.
Terus sahaja ke J Boutique Hotel untuk membersihkan diri, solat dan merehatkan diri. Pak Nyoman meminta kami untuk berada di ruang lobi tepat jam 6.00 petang.
Bilik J Boutique Hotel
Destinasi pertama kami adalah Jimbaran restoran. Makan malam sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Sebaik tiba di tepi pantai, kami terus dibawa ke meja makan, betul-betul di atas pasir pantai. Hari menginjak senja. Kami berbual-bual sambil menunggu hidangan. Kebanyakannya 'seafood'... sudah pastilah kan. Nak kata sedap sangat tu , tidaklah tetapi sekadar biasa-biasa sahaja. Sedap lagi makanan seafood di Bagan Lalang, Selangor.
Jimbaran Restoran

Sebenarnya yang menarik adalah pemandangannya terutama saat matahari terbenam. Sangat indah...... Buat seketika, kami semua berhenti dari berbual dan masing-masing memandang ke arah langit sambil mengucap syukur kehadrat Allah swt. Cuaca terang dan laut pula tenang dengan sesekali ombak memukul pantai. Kalau lah tiba-tiba hujan turun, pasti bertempiaran lari....


Tiga dara ..... sibuk dengan gadget
anak-anak bujang
Menu.....hmm, boleh la... 
Matahari terbenam
tengok-tengok sahaja
Selesai makan malam, kami dihantar pulang ke hotel penginapan. Tidak mahu membuang masa, kami keluar berjalan-jalan menikmati angin malam di persekitaran. Akhirnya membawa kami ke Lippo Mall. Shopping kompleks yang agak besar itu membuatkan anak-anak semakin teruja. Ada diantara kami yang membeli tali pinggang, baju dan seluar serta beberapa cenderahati. 



Hari Kedua - Ahad, 27 Dis
Tarian Barong

Pak Nyoman minta kami bersarapan dahulu di hotel sebelum membawa semua bagasi menaiki van sekitar jam 7.30 pagi. Seperti biasa, banyak juga makanan yang disediakan. Kuih muih, nasi goreng, roti, bubur dan buah-buahan. 
Kami terus dibawa untuk menyaksikan 'Barong Dance'  yang menjadi agenda wajib bagi pengunjung yang pertama kali ke Bali. Menceritakan tentang pertarungan diantara kebajikan melawan kebatilan.
Setelah mengambil tempat duduk masing-masing, setiap orang diberikan sehelai kertas menceritakan tentang tarian tersebut. Berpandukan kertas tersebut , dapatlah kami memahami apa yang ingin disampaikan. Dengan kostum dan suara yang kuat serta gerak geri mereka membuatkan penonton terus menonton hingga ke akhir walau pun agak membosankan. Secara peribadi, tarian tersebut mempunyai nilainya yang tersendiri sebab itu saya harus menontonnya.
Kostum Tarian Barong

Persembahan di bahagikan kepada lima babak di mana setiap satunya mempunyai cerita tertentu. Biasalah cerita yang mengisahkan tentang pertembungan diantara kuasa baik dengan kuasa jahat. Pastilah kemenangan berpihak kepada kuasa baik....











Babak akhir
Selesai Tarian Barong, kami terus ke Celuk Village dan Mas village yang menjual pelbagai cenderahati untuk pelancong. 
Kami singgah di Oka Agrotourism yang terletak di Seribatu untuk melihat sendiri tentang 'kopi luwak'. Merupakan sejenis kopi yang terhasil daripada 'najis' haiwan yang di panggil luwak. Haiwan ini di pelihara dan hanya memilih biji-biji kopi yang terbaik sahaja untuk dimakan. Biji kopi yang keluar melalui najisnya mempunyai tiga lapisan, melalui pelbagai proses untuk menghasilkan 'kopi luwak'. Dianggap sebagai kopi
termahal dan paling sedap. Pengeluarannya dihadkan kepada 500 ke 700 kg sahaja setahun untuk mengawal harganya. Harganya boleh mencecah antara USD 100 ke USD 600 bagi satu setengah kilogram di Jepun atau USA.
Pengunjung juga boleh merasai kopi biasa yang dicampur dengan pelbagai perisa secara percuma di situ. Kopi luwak pula hanya boleh dinikmati dengan bayaran 50,000 rupee Indonesia secawan.
Namun, jauh di sudut hati kami merasa sangsi tentang status halal kopi luwak kerana menganggapnya sebagai najis....wallahuallam
Makan tengah hari pula di Kintamani atau Batur Volcano. Sambil makan kami dapat menyaksikan gunung berapi Batur yang akhir sekali mengeluarkan lavanya sekitar tahun 1963. Makan  di luar restoran, kami disapa angin sejuk yang akhirnya memaksa kami untuk makan di dalam.


Inilah luwak

Sebahagian cara kopi luwak diproses


kopi biasa dengan pelbagai perasa....free


sempat posing sebelum minum kopi percuma...

antara makanan yang menarik
Selesai tentang cerita kopi luwak, perjalanan diteruskan ke beberapa kedai yang menjual cenderahati serta batik Bali. 
Seterusnya kami ke Kintamani, satu daerah yang indah dikelilingi gunung ganang termasuk gunung Batur yang dikatakan masih aktif. Dikabarkan bahawa kali terakhir gunung Batur memuntahkan laharnya adalah pada tahun 2000. Kami singgah untuk makan tengah hari di restoran yang menyediakan pemandangan indah serta disapa angin sejuk dari pergunungan. Sebentar sahaja kami di bahagian luar restoran, akhirnya membawa semua makanan masuk ke dalam . Sejuk... Makanan pula  
berlatarbelakangkan Gunung Batur
dihidangkan secara 'buffet'. Sedap walau pun ada sesetengahnya yang tidak sesuai dengan tekak saya...Selesai makan, barulah saya dan suami keluar untuk menikmati pemandangan serta merakam gambar kenangan.
Kami ke Lovina dan menginap di hotel Aditya.  Sementara Pak Nyoman mendapatkan kunci bilik, kami mendapatkan welcome drink yang cantik dihias. Cukuplah sekadar menghilang dahaga. 
'welcome drink' di hotel Aditya


Kami terus ke bilik, membersihkan diri kerana  Pak Nyoman ingin membawa kami keluar untuk makan malam. 'Sukar mendapatkan restoran halal   didaerah Lovina ini'....jelas Pak Nyoman. 
Setelah puas berpusing-pusing, akhirnya kami singgah di satu kedai yang kecil sahaja. Yang penting, status halalnya ada....



Dihiasi bunga-bunga kemboja

Hari Ketiga - Isnin, 28 Dis
Selesai solat subuh, sekitar jam 5.30 pagi kami dikehendaki menunggu di tepi pantai untuk menaiki bot. Pak Nyoman tidak turut serta, dia hanya menguruskan bot-bot kami. Saya berempat bersama adik ipar dan suaminya. Sementara lima orang anak-anak remaja kami menaiki bot yang lain. Bayangkan kesemua kami menaiki bot tanpa 'life jacket'....Allahu akbar. Saya berdoa agar semuanya selamat dan berjalan seperti yang dirancang.


Dari jam 5.45 pagi sehingga 8.30 pagi, kami meredah lautan tetapi hampa. Nasib tidak menyebelahi kami barangkali. Seekor dolphin pun tidak kelihatan. 
Kami terus bersarapan di cafe hotel yang berhampiran sambil menunggu kepulangan anak-anak remaja. Hati semakin risau kerana banyak bot yang telah kembali namun mereka tidak kelihatan.  Mana-mana bot yang pulang bersama kami, semuanya hampa. 
Bot yang membawa kami mencari dolphin
Sekitar jam 9.30 pagi, barulah kelihatan bot anak-anak kami dari jauh. Mereka turun dengan wajah yang ceria dan sangat gembira. Bercerita itu ini tanpa henti....
Pemandangan indah..... orang pun cantik
Alhamdulillah, mereka berjaya memerhati sekumpulan dolphin yang sedang berenang sambil melompat di permukaan air dengan pelbagai aksi serta gaya. Saya dimaklumkan bahawa, dolphin-dolphin tersebut adalah liar dan mereka memang selalu berada di persekitaran lautan tersebut. Saya dan suami hanya dapat melihat gambar dan video sahaja yang dirakam oleh anak-anak. Selepas itu kami check out untuk ke destinasi seterusnya.Terus ke Badugul untuk merakam gambar sekitar tasik yang ada di situ. Kemudian kami singgah untuk makan tengah hari sebelum akhir sekali ke Tanah Lot.
Tanah Lot terletak kira-kira 20 km dari Denpasar. Dipercayai telah wujud seawal kurun ke 16 oleh Dang Hyang Nirartha. Semasa dalam perjalanannya, dia ternampak 'rock island' yang kelihatan sangat cantik dan aman. Dia mencadangkan kepada para nelayan supaya membina tempat ibadat untuk menyembah 'Dewa Laut' yang mempunyai pengaruh Hindu. Apa yang menariknya adalah pemandangan yang indah terutama kala matahari terbenam.

Di dalam satu gua di situ, terdapat seorang lelaki bersama seekor ular yang dibiarkan melingkari di atas batu. Walau bagaimana pun, ular tersebut akan disimpan pada waktu malam kerana bimbang dicuri. Sesiapa yang ingin melihat ular tersebut, perlu menghulurkan sedikir derma . 
Pada tahun 1980 berlaku sedikit kerosakan pada persekitaran dan di dalam kuil tersebut. Kerajaan Jepun telah meminjamkan Rp 800 bilion (USD 130 milion) kepada Indonesia dalam usaha untuk membaikpulih kuil yang dianggap bersejarah itu. 



Puas bersiar-siar di Tanah Lot, kami singgah pula untuk membeli belah di shopping mall. Seterusnya ke restoran Budesa grill & seafood untuk makan malam. Sampai di hotel, saya menemani anak-anak untuk mandi di kolam renang hotel. Sehingga semuanya keletihan dan akhirnya pulang ke bilik dan tidur kerana esoknya kami akan pulang ke tanah air....

Hari Keempat - Selasa, 29 Dis
Memandangkan penerbangan kami adalah pada jam 5.00 petang, lalu kami semua berjalan ,menuju ke pantai Kuta dengan berjalan kaki selepas bersarapan di hotel. 
Tiada agenda tertentu, sekadar menikmati keindahan pantai Kuta. Pak Nyoman menjemput kami pada jam 1.00 petang untuk menghantar kami ke lapangan terbang Denpasar Ngurah Rai. Kami menikmati makan tengah hari di Bangi Kopitiam yang terletak di aras bawah airport.  Katanya restoran tersebut adalah kepunyaan orang Malaysia. Sedap....itu yang dapat saya katakan. Alhamdulillah....


di Pantai Kuta.... bye bye Bali









Airport......Sentiasa padat dengan pelancong


















No comments:

Post a comment