1 Ogos - Selasa, hari Pertama
Jam menunjukkan 4.00 pagi. Saya dan suami telah bersedia untuk memulakan
percutian yang telah dirancang. Anak-anak tak ikut, mereka di asrama. Disebabkan terlalu awal dan tren KLIA transit belum memulakan perjalanan, saya meminta anak untuk menghantar kami ke KLIA 2.
City moat yang jernih airnya |
Tiada bagasi untuk check in... segalanya lancar sehinggalah kami tiba 'di check point' untuk ke gate. 'Belum buka lagi'... kata staf yang bertugas. Menunggu lah kami di situ. Bukan kami sahaja. Banyak
penumpang lain di situ. Saya tak kisah menunggu kerana takut terlepas pesawat. Belum pernah mengalaminya dan mintak dijauhkan Allah....
Three King monument |
Berhampiran dengan 'Gate' terdapat surau kecil. Di situlah subuh kami. Alhamdulillah.
Menunggu lagi untuk menaiki pesawat Airasia. Destinasi kami tak jauh...Chiangmai, Thailand. Kali ini kami menggunakan khidmat 'ground arragement' oleh Sedunia Travel dengan harga RM 1400 seorang.
Complete, senang,fikir saya. Terima kasih Sedunia. Terbaik lah....
Buah sentol yang sangat besar |
Pesawat berlepas pada jam 7.30 pagi dan selamat mendarat di Chiangmai International Airport sekitar jam 9.15 pagi waktu tempatan.
Semasa sedang mengisi 'arrival card', kami disapa seseorang. Remaja lelaki yang juga dari Malaysia. Sendirian katanya. Meminta kepastian tentang beberapa butiran di dalam arrival card yang perlu diisi. Seorang anak muda yang
baik dan sopan. Katanya menuntut di UPM dan akan tinggal di universiti Chiangmai selama sebulan, akan bertemu dengan beberapa orang lagi penuntut dari negara lain. Pengalaman yang menarik, fikir saya. Zaman saya dahulu, tak pernah dengar pun tentang program sebegini. Kami juga adalah produk UPM . Di balai ketibaan, guide kami telah sedia menunggu. Mr Qhee namanya. Peramah dan telah beberapa kali ke Kuala Lumpur.
Atas sekai Lanai dialek,
di tengah Bangkok dialek,
Paling bawah Thai dialek
|
Kreatif...pulut warna warni |
Kami di bawa menaiki van dan terus ke bandar Chiangmai. Sepanjang perjalanan, kami melalui sebuah terusan yang bersih dan jernih di tengah-tengah bandar yang dipanggil 'City Moat'. Di sebelah sana terusan merupakan daerah yang di kekalkan tanpa bangunan tinggi atau pembangunan moden. Sementara air
simple but nice |
Satu masa dahulu, Chiangmai merupakan sebuah wilayah tersendiri. Punyai pemerintah dan dialek sendiri yang kemudiannya diambil menjadi sebahagian daripada
Suriwongse hotel... luas dan cantik |
Hati-hati dengan perkataan 'tud-tud' yang bermaksud pondan dengan 'tuk-tuk' yang bermaksud kereta sewa. Harus jelas apabila
Kum Khantoke dinner & show |
'You're younger here by an hour, compared to your homeland'. Faham lah kami yang jam di tangan harus diperbetulkan. Takut timbul salah faham nanti.
Terdapat kira-kira 1200 buah kuil di
Tiga gadis manis menyambut pengunjung |
Kami singgah melihat sebuah tugu batu 'Three King Monument' yang popular. Patung tiga orang pemerintah zaman dahulu yang dikatakan telah merancang dan membangunkan kota Chiangmai.
Macam-macam menu... tak habis makan |
Selepas itu kami ke pasar yang menjual pelbagai jenis makanan serta buah-buahan. Maaflah tiada yang menarik kerana sangat diragui tentang status halalnya. Setakat menjamu mata, bolehlah. Ada juga beberapa jenis serangga goreng di jual di situ.
Jam menunjukan 11.30 pagi apabila
Persembahan |
Mr Qhee menjemput kami di lobi hotel tepat jam 6.30 petang untuk menyaksikan 'Kum Khantoke Dinner & show'. Satu acara yang kena
Persembahan lagi |
Pertunjukan malam itu menyaksikan budaya lama penduduk utara Thailand sambil pengunjung dijamukan makan malam. Menu untuk
Tarian buluh....Macam kat Malaysia |
Semua yang hadir benar-benar menikmatinya sambil duduk bersantai mengelilingi meja masing-masing. Semua tarian adalah jenis tradisional yang menggabungkan budaya dari negara-negara Laos, Chiangmai serta Myammar. Dengan pakaian berwarna warni serta lenggok tari yang lemah
Penuh...duduk bersila sahaja |
Hujan mulai turun rintik-rintik. di saat pertunjukan hampir selesai. Kami meninggalkan kawasan tersebut dan dijemput Mr Qhee untuk pulang ke hotel sekitar jam 10.00 malam.
2 Ogos - Rabu, hari Kedua
Selesai bersarapan di hotel, kami
terus menemui Mr Qhee seawal jam 8.00 pagi di lobi. Kami akan ke Chiang Rai yang jauhnya 183 km dari Chiangmai dan singgah di beberapa tempat menarik sebelum bermalam di sana.
Destinasi pertama adalah 'Mae Sa Elephant camp'. Di situ terdapat banyak gajah yang setiap satunya bersama seorang penjaga. Kami berpeluang menaiki gajah tersebut. Gayat juga sebenarnya kerana terlalu tinggi walau pun ada tempat duduk khas. Perjalanan melalui kawasan berbukit memang mencabar bagi saya. Setengah jam rasanya sudah memadai. Jalan sempit dan laluan tanah yang tidak rata memang mencemaskan. Kadang-kadang rasa macam nak jatuh pun ada. Melucukan.
Pengunjung semakin ramai. Semuanya menuju ke satu
kawasan lapang. Pertunjukan gajah akan bermula pada jam 10.00 pagi selama satu jam. Kami mencari sudut yang paling selesa memandangkan tempat duduk pun masih belum penuh. Saya membayangkan macam-macam aksi yang gajah akan lakukan. Menarik.
Dilukis gajah...mengagumkan |
Ada gajah yang membiarkan tuannya naik melalui kaki hadapan terus ke atas badan dan turun melalui kaki belakang. Ada yang mengangkat tuannya menggunakan belalai, memang kuatlah, fikir saya.
Ada yang meletakkan kaki di atas tuannya yang berbaring di atas
tanah. Menggerunkan. Saya berdoa agar segalanya berjalan lancar. Takut jika membayangkan hal-hal yang tidak diingini berlaku. Saya pernah terbaca kisah seekor gajah yang naik minyak lalu memijak dan membunuh tuannya yang telah bersamanya berbelas tahun. Entah di mana silapnya, tiada yang tahu.
Ada yang meletakkan kaki di atas tuannya yang berbaring di atas
Sedang melukis |
naik bukit curam |
Seterusnya kami singgah di 'Orchid & butterfly farm'. Banyak pokok orkid serta rama-rama di situ. Lebih kurang sama dengan ladang rama-rama di Cameron Highland.
Kemudian kami terus ke perkampungan 'Long Neck Karen'. Tiket masuk adalah 500 THB. Mereka adalah kaum yang berasal dari Burma (Myanmar) dengan memakai
gelang tembaga di leher. Gelang tersebut boleh dibuka tetapi mereka tidak selesa. Leher yang panjang dan telah biasa bergelang seakan susah dikawal jika dibuka. Anggaran beratnya pula adalah sekitar 1.5 kg atau lebih. Gelang itu juga berlainan saiz kerana akan ditambah selaras dengan pertambahan usia.
Dah habis show |
Mereka mula memakai gelang leher tersebut seawal usia lima tahun. Setakat ini, wanita paling tua adalah berusia 60 tahun. Bayangkan lamanya dia memakai gelang di
leher. Sebelum bergambar bersama mereka, saya ucapkan 'ngam tetek' bermaksud sangat cantik dalam dialek yang difahami mereka iaitu 'dialek Thai tua'
Di pintu masuk perkampungan |
Mereka sebenarnya dihalau keluar dari negara sendiri lalu memohon perlindungan dari Thailand. Disebabkan tiada sebarang pengenalan diri, kaum ini ditempatkan di dalam perkampungan khas. Kaum lelaki mengerjakan sawah sementara kaum wanita
menjual pelbagai jenis kraftangan. Doktor akan datang ke situ sekali dalam sebulan untuk memantau kesihatan mereka. Terdapat juga kelas untuk kanak-kanak yang dikendalikan oleh guru-guru yang datang sekali dalam seminggu.
Posing sikit... |
Walau pun mereka dipantau oleh pihak kerajaan Thailand namun kehidupan di situ amat menyedihkan. Rumah-rumah hanya diperbuat daripada buluh dan mereka kekal di situ entah sampai bila. Banyak juga suara-suara
yang tidak bersetuju yang diluahkan di dada-dada akhbar dan menganggap keadaan tersebut umpama 'zoo manusia' namun kerajaan Thailand tiada pilihan. Mungkin mereka ingin mengekalkan budaya 'long neck' ini supaya tidak pupus.
Rumah-rumah mereka ...dhaif |
Kami kemudiannya makan tengah hari di restoran Khun Arh. Disambut oleh tuan punya restoran yang berasal dari Kunming. Seperti biasa, tomyam pasti ada. Sedap.
Tempat belajar, sekali dalam seminggu |
Hampir satu setengah jam perjalanan, kami singgah di 'White Temple' yang popular. Kata orang,
kalau ke Chiang Rai mesti singgah di situ. Keseluruhannya berwarna putih sesuai dengan namanya. 'Temple' ini mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan. Walau pun dinamakan 'temple' tetapi tiada 'monk' di dalamnya. Bangunan ini dengan senibinanya yang sangat cantik dan halus merupakan tempat tumpuan pelancong. Tiada upacara keagamaan yang dijalankan didalamnya.

Berhampiran dengan temple tersebut
adalah tandas yang dibuat menyerupai temple. 'The most beautiful toilet in the world' kata Mr Qhee. Sangat benar... untuk seketika saya berhenti sejenak melihat senibina yang indah itu. Berwarna emas kekuningan dengan deretan tandas di bahagian bawah sementara ruang pejabat di tingkat atas. Hiasan di dalam tandas juga sangat cantik, penuh dengan kaca serta berwarna kuning keemasan.... Perjalanan diteruskan.

Kami singgah pula di kawasan air panas iaitu 'Thaweesin Hotspring'
sekadar untuk melepaskan lelah sambil merendam kaki di air panas yang mengalir. Sempat pula membeli sebungkus telur puyuh untuk direndam didalam takungan kecil air panas yang dikhaskan. Sambung semula perjalanan.
White Temple |
Kami tiba di Hotel Grand Room pada jam 4.00 petang. Daftar masuk dan membersihkan diri sebelum keluar semula untuk makan malam bersama Mr Qhee.
Pukul 5.45 petang, hari semakin gelap kerana menghampiri magrib.
Kami terus menuju ke Restoran Ruammit 1 untuk makan malam. Sedap. Kena dengan selera.
Tandas paling cantik di dunia...barangkali |
Kemudian kami ke 'Chiang Rai night bazaar' atau 'walking street'. Seperti mana-mana pasar malam, tawar menawar hendaklah dilakukan supaya mendapat harga yang berpatutan. Pakaian, makanan serta cenderahati adalah item yang paling banyak dijual. Tiada yang unik, kami hanya melihat-lihat gelagat penjual-pembeli.
rebus telur |
rendam kaki di air panas |
3 Ogos - Khamis, hari Ketiga
Dah dekat jeti di Laos |
Kami bersarapan di hotel dan daftar keluar tepat jam 8.00 pagi. Destinasi seterusnya adalah 'Golden Triangle' atau 'Segitiga Emas'. Merupakan bahagian utara Asia Tenggara yang meliputi tiga sempadan negara iaitu Burma, Laos dan Thailand. Kawasan ini merupakan pengeluar utama opium atau di gelar juga 'emas hitam'. Daripada opium, lahirlah candu serta heroin. Kami memudiki sungai untuk memasuki negara Laos. Dari pinggir sungai jelas kelihatan hotel bertaraf
Jumpa kereta ni di Laos |
Sempada Thailand dengan Myanmar (Burma) |
Di bumi Laos selama satu jam |
Ular kot...Laos |
Masih di Laos |
Golden Triangle |
Singgah sebentar di sebatang sungai yang memisahkan Thailand dengan Myanmar (Burma). Namun tidak memasuki negara tersebut. Makan tengah hari, kami singgah di restoran Nada. Terpampang pula gambar chef Wan bersama tuan punya kedai di dinding.
Tertera di situ 2009. Istimewa di restoran itu adalah sup kaki lembu. Memang sedap. Selesai makan, kami terus ke Chiangmai.
Sekitar jam 4.30 petang kami tiba di Cetral Festival, sebuah pusat beli belah yang sangat besar dan cantik. Kelihatannya masih baru. Di kawasan lapang paling bawah terdapat jualan seperti di 'Amphawa Floating Market'. Barang jualan di letakkan di tempat yang menyerupai sampan. Cantik, bersih dan teratur. Kebanyakannya adalah makanan dan pastinya tidak halal. Setakat menjamu mata sahaja bolehla...

Diluar pula ada acara yang sedang berlangsung iaitu memperkenalkan produk dari daerah lain. Terdapat pelbagai jenis makanan sama ada yang basah atau kering dijual di situ. Selain itu ada juga kraftangan seperti ukiran sabun yang popular di Chiangmai dan ukiran daripada tempurung kelapa.
Sebelum pulang ke hotel yang sama, kami makan malam di Restoran Ruammit 1. Sampai di hotel, kami berehat sebentar dan membersihkan diri. Kemudian keluar semula ke pasar malam berhampiran. Sekadar untuk melihat-lihat apa yang boleh di beli sebagai cenderahati untuk di bawa pulang.
4 Ogos - Jumaat, hari KeempatFloating market di bawa ke mall... |
Sebelum pulang ke hotel yang sama, kami makan malam di Restoran Ruammit 1. Sampai di hotel, kami berehat sebentar dan membersihkan diri. Kemudian keluar semula ke pasar malam berhampiran. Sekadar untuk melihat-lihat apa yang boleh di beli sebagai cenderahati untuk di bawa pulang.
Proses awal payung kertas |
Bersarapan di hotel, kami keluar agak lewat iaitu jam 9.30 pagi. Destinasi hari ini adalah ke beberapa tempat 'industri kampung' sekitar Chiangmai sahaja. Singgahan pertama adalah tempat pembuatan payung kertas. Diperbuat daripada kayu pokok mulberi. Kayu tersebut direndam, diketuk, direndam lagi, di tapis dan akhirnya di jemur .
Ada banyak pekerja di dalam kedai. Payung yang berwarna warni itu boleh dilukis mengikut kehendak pembeli. Di situ, sistem kupon digunakan. Macam 'hari kantin' kat sekolah. Pengunjung beli kupon di kaunter dan serahkan kepada pelukis sebelum menggunakan khidmat mereka.
Selain payung, ada juga pelbagai jenis hiasan dinding' lukisan, mug serta cenderahati lain
yang dijual di situ. Kemudian kami ke tempat yang menghasilkan perabot kayu berukir, macam perabot jati kat Malaysia. Kata Mr Qhee, sejak kebelakangan ini sambutan tidak menggalakkan. Sebab itu tiada lagi ukiran baru yang dihasilkan. Mereka hanya cuba untuk menghabiskan perabot-perabot yang ada sahaja. Patutlah tiada pengunjung kecuali kami. Sempat saya bertanya tentang harga satu set meja makan dengan lapan kerusi yang penuh ukiran hanya USD 7000 termasuk harga penghantaran ke Malaysia. Maaflah saya tak minat. Kat tempat sendiri pun banyak lagi perabot yag saya tak sempat beli...
Sedia untuk dilukis dan dijual |
Akhir sekali kami ke daerah Samkhapaeng untuk melihat peroses pembuatan batu permata pula. Ada macam-macam jenis batu permata yang diikat pada emas atau perak. Sekadar 'cuci mata' sahaja lah...
Selesai semua lawatan, kami makan tengah hari di restoran Bismilah.
Kemudian, Mr Qhee menurunkan kami di masjid Hidayatul Islam Banhaw kerana suami ingin menunaikan solat Jumaat. Dia menunjukkan jalan untuk pulang ke hotel, hanya kira-kira lima belas minit sahaja berjalan kaki.

Sementara suami menunaikan solat Jumaat, saya hanya menunggu di ruang bawah masjid. Ada makan percuma yang di sediakan oleh tuan punya restoran berhampiran. Sesiapa pun boleh datang tanpa mengira agama. Katanya setiap jumaat begitu.
Masjid tersebut ada tiga tingkat semuanya. Tingkat paling atas menempatkan kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk belajar. Pada setiap hari Sabtu dan Ahad pula diadakan kelas agama untuk remaja muslim bermula dari jam 8.00 pagi sehingga menjelang waktu zohor.
Sejarah pembinaannya bermula seawal kurun ke 9 oleh sekumpulan cina muslim dari Yunnan. Bagaimana pun, bangunan yang ada kini telah melalui proses pengubahsuaian. Masjid ini juga merupakan yang terbesar di antara tujuh buah masjid cina muslim yang ada sekitar Chiangmai.

Sebenarnya masjid tersebut terletak di dalam 'Hilal Town', satu petempatan muslim yang memanjang sejauh 200 m sahaja.
Selesai solat Jumaat, kami berjalan kaki ke gerai berhampiran untuk makan tengah hari. Walau pun menu yang ringkas, tetap sedap dan mengenyangkan. Kemudian kami terus melangkah pulang ke hotel.
Selepas solat Isya, kami keluar semula ke Hilal
Town melihat setiap gerai yang ada. Seawal jam lima petang, peniaga-peniaga gerai memulakan perniagaan mereka sehingga menjelang tengah malam setiap hari. Yang menarik perhatian saya adalah nanas-nanas comel yang siap dikupas. Memang manis. Semua gerai di situ menjual makanan halal. Buah longan antara yang menjadi kegemaran suami kerana harganya yang sangat murah berbanding di negara sendiri. 200 THB per kg. Selain itu kami juga membeli beberapa jenis cenderahati yang wajib iaitu magnet, t shirt dan ukiran sabun untuk di bawa pulang.
Gerai menjual roti canai juga banyak
tetapi sangat mahal berbanding tempat kita. Contohnya roti canai telur 60 THB atau RM 7.20, roti canai durian 100 THB atau RM 12 dan roti canai cheese 80 THB atau RM 9.60. Mahal pun saya beli juga untuk di makan di bilik hotel, sama sahaja rasanya seperti roti canai di negara sendiri.
Selesai solat Jumaat, kami berjalan kaki ke gerai berhampiran untuk makan tengah hari. Walau pun menu yang ringkas, tetap sedap dan mengenyangkan. Kemudian kami terus melangkah pulang ke hotel.
Selepas solat Isya, kami keluar semula ke Hilal
Masjid Hidayatul Islam Banhaw |
Gerai menjual roti canai juga banyak
Perempuan yang tebar roti canai |
5 Ogos - Sabtu, hari Kelima
'Free day' untuk kami. Keluar sedikit lewat sekitar Hilal Town. Teringat pesan Mr Qhee, ada gerai menjual mee kuah berhampiran masjid. Sangat sedap dan popular di kalangan penduduk tempatan.
Kami menghampiri kawasan masjid Hidayatul Islam mencari gerai yang dimaksudkan. Banyak orang berkumpul. Sedang makan. Hanya ada dua meja. Kami memesan dua
mangkuk mee. Dengan kuah yang pekat berwarna kuning, memang sangat sedap. Benarlah kata Mr Qhee, fikir saya. Kuahnya mungkin ada campuran jagung bukannya ubi keledek seperti mee kuah di tempat kita. Ada rasa udang kering juga. Taugeh serta daun pasley. Nak tanya banyak pun susah kerana penjualnya tidak pandai berbahasa Inggeris.
Kami berjalan-jalan di persekitaran. Sebahagian kedai dibuka sekitar jam 10.00 pagi. Kedai cenderahati ada yang telah dibuka. Selain itu terdapat banyak juga kedai-kedai urut.
Saya membeli sehelai blouse biasa. Tatkala menerima bayaran dari saya, duit itu disapukan pada kesemua baju yang tergantung. 'Harap duit ni akan bawa untung lagi' jelas wanita separuh umur itu dalam
bahasa Inggeris yang tersekat-sekat' apabila melihat saya kehairanan. Kami berlalu pergi. Masing-masing dengan kepercayaan yang tersendiri, kata saya kepada suami.
'Free day' untuk kami. Keluar sedikit lewat sekitar Hilal Town. Teringat pesan Mr Qhee, ada gerai menjual mee kuah berhampiran masjid. Sangat sedap dan popular di kalangan penduduk tempatan.
Kami menghampiri kawasan masjid Hidayatul Islam mencari gerai yang dimaksudkan. Banyak orang berkumpul. Sedang makan. Hanya ada dua meja. Kami memesan dua
Petempatan muslim |
Kami berjalan-jalan di persekitaran. Sebahagian kedai dibuka sekitar jam 10.00 pagi. Kedai cenderahati ada yang telah dibuka. Selain itu terdapat banyak juga kedai-kedai urut.
Saya membeli sehelai blouse biasa. Tatkala menerima bayaran dari saya, duit itu disapukan pada kesemua baju yang tergantung. 'Harap duit ni akan bawa untung lagi' jelas wanita separuh umur itu dalam
Kat malaysia pun ada katanya tapi tak pernah jumpa |
bahasa Inggeris yang tersekat-sekat' apabila melihat saya kehairanan. Kami berlalu pergi. Masing-masing dengan kepercayaan yang tersendiri, kata saya kepada suami.
Menjelang tengah hari, kami ke masjid semula sebaik azan berkumandang. Saya ke tingkat satu untuk solat sementara suami di ruang solat utama. Kelihatan banyak orang menuju ke situ untuk solat berjemaah.
Alhamdulillah. Kami pulang ke hotel untuk berehat sebelum keluar semula pada sebelah malam.
untuk hiasan |
Seperti malam-malam sebelumnya, kami hanya mencari-cari makanan halal. Singgah di restoran muslim untuk makan tomyam lagi. Sebelum pulang, sempat juga membeli buah longan untuk dimakan di bilik. Dah menjadi benda wajib setiap kali keluar...
Ukiran sabun |
Tengok-tengok jer...malam ada show katanya |
Seni mempertahankan diri utama Thailand |
Hari terakhir di Chiangmai. Pagi-pagi lagi kami ke masjid mencari mee kuah. Makan di situ untuk kali kedua. Sewaktu makan, seorang wanita kerdil datang bersama anak perempuannya, yang juga kerdil duduk di sebelah saya. Sewaktu hendak beredar, saya bayarkan sekali mee yang mereka makan. Gembira benar dia, berkali-kali ucapkan 'thank you'....
Berjalan-jalan sambil menghirup udara kota Chiangmai buat kali terakhir. Bersolat jemaah di masjid Hidayatul Islam dan makan tengah hari di gerai berhampiran meninggalkan kenangan manis buat kami. Bumi Siam ini akan kami tinggalkan. Segala kenangan akan kekal di ingatan.
Tepat jam 1.30 petang, kami daftar keluar dari hotel. Mr Qhee menghantar kami ke lapangan terbang antarabangsa Chiangmai.
Pesawat Airasia menerbangkan kami sekitar jam 5.00 petang (waktu Thailand ) dan selamat mendarat di KLIA 2 pada jam 9.00 malam.
No comments:
Post a Comment