7 Feb - 18 Feb 2020...UMRAH KE 4 DENGAN HALFDAY MUSCAT
Dah terlalu lama saya meninggalkan blog ini disebabkan kekangan masa. Sukar untuk saya menulis secara detail mengenai trip kali ini .. dah hampir dua tahun berlalu. Usia semakin menambah dan ingatan semakin pudar.
Ini adalah kali ke 5 saya menjejaki bumi bertuah ini termasuk ibadah haji.
Sebenarnya keinginan untuk ke tanah suci ini datang tiba2. Tiada perancangan dari awal. Sebaik pulang dari masjid, suami tiba2 berkata " jom pergi umrah nak".
Allahu... siapalah yang boleh menolak ajakan ini. Lalu saya bersetuju. Suami meminta saya untuk mencari pakej.
Memandangkan anak2 masih diuniversiti, saya terpaksa mencari agent yang dapat menerbangkan kami dalam tempoh mereka masih bercuti. Pilih punya pilih, maka Andalusialah yang sesuai.
hotel di Madinah.. lupa laaa... |
Pada masa itu, Covid19 telah mula berada di Malaysia. Pemakaian pelitup muka belum diwajibkan namun sangat digalakkan.
Kami menaiki Oman Air dan berlepas dari KLIA pada jam 9.40 pagi untuk ke Madinah. Sekitar jam 1.00 petang waktu tempatan, kami tiba di Muscat. Bas membawa kami melawat Sultan Qaboos Grand Mosque. Sangat besar dan cantik, boleh memuatkan sehingga 25 ribu jemaah.
Sultan Qaboos grand mosque |
Tepat jam 10.00 malam waktu tempatan kami meneruskan perjalanan dan selamat tiba di hotel sekitar jam 1.30 pagi.
Kumpulan kami tidak ramai... hanya 3 buah keluarga yang masing2 membawa dua anak remaja. Bermakna jumlah kami hanyalah 12 orang bersama seorang metawif iaitu ustaz Hafiz.
Kumpulan kecil kami...Muscat |
Terdapat juga ceramah yang diaturkan oleh pihak Andalusia. Seperti biasa, kami menunaikan solat fardhu lima waktu di masjid Nabawi. Ada masanya kami ikut berziarah.
Pada sebelah malamnya ustaz membawa kami melawat masjid kecil yang berada diluar
Masjid Awan |
Menurut kisah yang pernah diceritakan, asalnya di situ adalah kawasan lapang di mana nabi saw mendirikan solat raya. Ketika itu cuaca sangat panas namun tidak lama datanglah awan menutupi sebahagian langit terbuka tersebut.
Disebabkan pada hari tersebut adalah hari lahir saya ( 10 feb ), suami memohon ustaz untuk membacakan doa. Alhamdulillah... buat pertama kali dan mungkin yang terakhir saya meraikan hari lahir di Madinah. Tiada sambutan istimewa namun rasanya sangat bahagia.
Seperti lazimnya, kami dibawa ke tempat2 yang mesti dilawati ketika di Madinah antaranya Bukit Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan masjid Jumuah.
Selain itu saya juga berkesempatan menziarahi raudhah sebanyak 3 kali. Pertama bersama mutawif, kedua bersama anak perempuan dan ketiga saya pergi sendiri.
Setelah 4 malam di Madinah, kami bertolak ke Mekah.
Kepenatan tetapi gembira |
Walau pun agak lewat, makanan masih ada. Seperti di Madinah, makanan di hotel tersebut juga menepati citarasa saya. Sedap.
Selesai makan, kami mengikut mutawif untuk selesaikan umrah pertama. Malam semakin larut. Saya dan suami keletihan lalu kami meminta untuk bergerak sendiri. Bimbang kalau2 kami terlalu lambat. Ustaz memahami dan hanya anak2 saya bergerak dalam kumpulan.
Sebaik habis bertahalul, kami keluar dan mendapati ustaz bersama ahli yang lain sedang bergambar di pintu masuk masjid.
Mereka sedang bergambar beramai2. Sempatlah saya dan suami turut serta.Sepanjang berada di Mekah, kami sempat melakukan tiga kali umrah. Semuanya kami bermiqat bersama ustaz. Namun seperti sebelumnya saya dan suami melakukan tawaf dan sa'i sendiri. Kami mengambil masa yang lebih lama berbanding ahli2 lain sebab banyak berehat.
Kami juga dibawa melawat ke Jabal Nur. Selain itu semasa ke Thaif, kami bermiqat di sana. Sempat juga singgah di pasar buah2an di situ.
Telaga Ain Tiflah |
Kisahnya, suatu ketika nabi saw dan para sahabat menuju ke Mekah lalu singgah di telaga ini kerana haiwan tunggangan mereka kehausan. Malangnya air telaga tersebut rasanya masin dan tidak boleh diminum.
aiskrim ni viral katanya |
Ketika bersolat dimasjid, saya temui banyak orang...mendengar cerita mereka. Ada cerita yang boleh dijadikan iktibar. Ada cerita yang menyentuh hati.
Seorang perempuan seusia saya meluahkan rasa syukurnya kerana dapat datang buat pertama kalinya. Lebih manis lagi kerana dia ditemani anak lelakinya yang masih bujang. Semua perbelanjaan ditanggung oleh anak muda tersebut... syurgalah buat anak ini yang membahagiakan ibunya.
kunafak di Thaif |
Gilirannya dua tahun lagi tetapi sebab ada yang tolak kerana masalah peribadi, dia diminta ganti. Seronok bukan kepalang katanya. Rezeki Allah tak siapa tahu. Berpahalah siabang kerana mewujudkan sistem kutu tersebut.
18 Feb 2020 hari selasa, kami selamat tiba di KLIA sekitar jam 8.10 pagi. Transit beberapa jam di Muscat tetapi hanya berada di airport sahaja.
Beberapa minggu selepas kami pulang kerajaan mengumumkan 'lock down'. Banyak penerbangan dihentikan. Banyak orang yang tertangguh impian mereka untuk ke tanah suci.
Tiba2 saya terfikir.. mujurlah saya sempat. Allahuakbar... "nikmat Allah yang mana lagi ingin kamu dustakan".
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment