Tuesday, 19 January 2016

HATYAI DAN KRABI

18 hingga 21 Disember 2014

Perjalanan kali ini dengan berkereta. Saya berempat, sementara adik ipar saya
Riski Reena restoran
membawa 3 anak remaja. Anak-anak kami memang rapat sejak kecil walau pun tinggal berjauhan. Pastinya percutian kali ini menggembirakan hati anak-anak kerana ada teman sebaya bersama.
Lewat petang 17 Dis, kami sekeluarga telah tiba di rumah adik ipar yang jauh di utara. Perancangan yang dibuat adalah untuk bergerak seawal 7.30 pagi dari rumahnya menuju ke sempadan di Bukit Kayu Hitam.

18 Dis, Khamis (Hari Pertama)
Tomyam original
Semua anak-anak bangun awal. Mereka teruja. Ada yang bersarapan dahulu, ada yang enggan kerana terlalu awal katanya. Kami bergerak seperti yang dirancang.
Perjalanan sangat lancar dan kami tiba di sempadan Thailand. Sebelum itu, sempat juga kami singgah di stesen minyak. Pastikan tangki penuh, kata encik suami sebab kita nak memasuki negara orang.
Sampai di sempadan Bukit Kayu Hitam, orang sangat banyak. Walau pun ada empat kaunter imigresin yang dibuka, barisan tetap panjang. Terpaksa upah seseorang untuk mengisi
Berbual dengan Hj.Jaafar, taukeh restoran
borang dengan bayaran RM 2 untuk satu borang. Kerja menjadi lebih cepat kerana 'orang itu' dah mahir. Letakkan paspot dan kita tunggu sahaja.
Semasa beratur, kami dihampiri seseorang. Katanya kami boleh melepasi sempadan tanpa beratur panjang tetapi dikenakan sedikit bayaran. Dengan baik, kami terpaksa menolak. Bimbang jika terjadi sesuatu yang tidak diingini nanti, pasti keadaan jadi lebih sukar. 
Hanya suami dan ipar nya sahaja
Rambang mata - Hatyai
yang memandu melepasi kaunter imigresin sementara kami yang lain berjalan kaki sahaja. Hampir dua jam barulah selesai semua urusan yang memenatkan itu dan bermulalah perjalanan kami.
Jalan rayanya tidak sesak dan agak senang kerana papan tanda memang jelas. Tanpa bantuan GPS atau waze, suami hanya berhenti sekiranya kurang pasti tentang arah dituju. Akhirnya kami tiba di Hatyai Meridian hotel pada jam 12.30 tengah hari (1.30 petang jam Malaysia). Mujurlah semua tempahan hotel telah dibuat secara online.
Selesai meletakkan bagasi dan membersihkan diri, kami keluar mencari
Magic Eye - 3D museum
restoran untuk makan tengah hari. Terpandanglah Riski Reena Restoran yang terletak betul-betul di seberang jalan. Siap ada 'bismillah' lagi. Senanglah nak makan....
Apa lagi yang diorder, tentulah tomyam dan makanan yang 'sewaktu' dengannya. Harga pun berpatutan dan sangat original rasanya.
Sempat pula berbual dengan tuan punya restoran yang kami panggil 'pak haji' sahaja. Katanya dia pernah tinggal di Shah Alam dan membuka










sebuah restoran dengan kadar sewanya  RM 4000 sebulan. Perniagaannya
sangat maju tetapi terpaksa pulang ke Hatyai kerana faktor usia. Riski Reena restoran pula dibeli dan merupakan perniagaan keluarga. Di situ jugalah dia tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuannya yang telah berkeluarga. Menantunya juga turut sama membantu menguruskan restoran tersebut. Seorang  anak laki-lakinya  tinggal jauh kerana bekerja
Pak Haji juga menguruskan sebuah kereta untuk kami membeli belah di pekan Hatyai. Kemudian kami
teruskan pula ke Magic Eye, 3D museum. Banyak gambar yang dipamerkan untuk kita merakam pelbagai kenangan. Tidak lama di situ, kami dijemput ke satu bilik khas untuk menyaksikan pertunjukan  silap mata. Mengagumkan. Antaranya adalah bagaimana ratusan kad keluar dari tapak tangannya.....
Hari telah pun gelap  apabila kami selesai di situ dan terus pulang ke hotel. Sebelum itu kami sempat 'bershopping' di kedai-kedai berhampiran. Hajat hati untuk ke pasar terapung tidak kesampaian kerana
penduduk tempatan memaklumkan bahawa pasar  terapung hanya ada pada hujung minggu.

19 Dis, Jumaat (Hari Kedua)
Kami bersarapan di restoran Pak Haji. Ada roti canai, meehoon goreng dan nasi goreng. Tepat jam 9.30 pagi, kami bertolak ke Krabi. Terpaksalah bertanya penduduk tempatan, arah yang perlu dituju. Sampai di satu persimpangan, kami kehilangan arah. Mujur ada seorang
Posing sikit, lobi hotel White Pearl
penunggang motosikal yang sudi membantu , dia menyuruh kami mengikuti motosikalnya. Suami saya hulurkan sedikit wang kepadanya sebagai tanda terima kasih. Singgah di pekan Trang untuk mengisi minyak. Kami tiba di Krabi pada jam 2.30 petang lalu terus mencari restoran untuk makan tengah hari. Restoran Abdullah seolah-olah menanti kehadiran kami. Pilihan yang tepat kerana menepati citarasa kami semua. Tomyam lagi.....

Bila perut dah kenyang, barulah
Sarapan pagi 
selesa nak bergerak. Kami ke White Pearl hotel yang terletak di pinggir bandar, tak jauh pun. Urusan tempahan telah dibuat secara online. Di lobi terdapat kemudahan membuat minuman (teh dan kopi). Juga terdapat beberapa jenis biskut di dalam balang. Kata petugas di kaunter, minuman di situ ada 24 jam. Sesuatu yang menarik, fikir saya. Ada kelainan...

Kami ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat seketika. Selepas magrib, kami ke pasar malam di
RM 1 sahaja
pekan Krabi. Bermacam jualan yang ada. Bermacam kraftangan serta makanan, juga ada penyanyi cilik yang menghiburkan orang ramai. Tiada bayaran ditetapkan sekadar sumbangan seikhlas hati.

Yang paling menarik perhatian adalah anyaman daun pandan membentuk sekuntum bunga ros. Beberapa kuntum bunga ros yang diikat dijual dengan harga RM 1 sahaja. Kena tempah dan bayar dahulu, bagi yang berminat. Tiada resit, main percaya sahaja....kami pun tempahlah 2 jambak - nak dijadikan pewangi kereta. Tiga puluh minit
Kreatif....pasar malam kat Krabi
kemudian, kami kembali ke situ dan dapatkan 'bunga ros' tersebut.



20 Dis, Sabtu (Hari Ketiga)
Ini lah hari yang ditunggu-tunggu. Saya tempah online - Krabi 4 Islands Tour dengan harga 1,300 baht seorang.
selesai bersarapan di lobi hotel sebuah van menjemput kami sekitar jam 9.30 pagi. Kami akan dibawa menaiki 'speed boat' dari jeti di Ao Nang.  
menaiki speed boat di Ao Nang
Hentian pertama adalah Phra Nang Beach, di mana terdapat aktiviti 'rock climbing' yang dilakukan oleh beberapa orang anak muda yang berani. Seronok apabila kami berpeluang memasuki Phra Nang Cave di situ sambil 'merandoh' air laut separas pinggang. Airnya yang jerneh membolehkan kami melihat sekumpulan ikan sedang berenang-renang di dalamnya. Terlindung dari cahaya matahari menyebabkan air laut di dalam gua tersebut sangat dingin serta menyegarkan. Sesekali saya menyelam supaya kesegaran terasa di kepala...
Menaiki boat semula dan kami singgah berhampiran Chicken Island. Pulau itu

didalam speed boat

berlatarbelakangkan Phra Nang Cave

ceria di Phra Nang Beach

berani....
teruja...tengok aktiviti rock climbing
mendapat namanya kerana terdapat batu besar menyerupai kepala dan leher
rombongan che kiah.....
ayam jantan. Kami dibawa ke kawasan tertentu untuk 'snokerling'. Banyak batu karang dan ikan disitu. Dengan kelengkapan untuk snokerling, saya terus sahaja terjun ke dalam air. Walau pun kami diberi masa setengah jam, masa seakan cepat berlalu. Naik ke atas boat, kami dihidangkan potongan buah nanas dan tembikai yang manis. Puas rasanya kerana kali terakhir saya melakukan aktiviti snorkeling adalah pada tahun 2009 di Pulau Redang. Sejujurnya, ikan-ikan di Pulau Redang adalah jauh lebih banyak dan lebih cantik.



lunch di Tub Island
Tub Island, destinasi kami seterusnya. Makan tengah hari secara 'buffet'  disediakan untuk kami . Amat menyelerakan walau pun hanya ayam goreng, sayur campur dan sup sayur. Terdapat sebuah restoran sekiranya ada yang berminat untuk membeli makanan sendiri. Dari Tub Island, kami hanya berjalan kaki melalui beteng pasir kerana air laut surut untuk menuju ke Poda Island. Air laut sangat jerneh sehingga anak remaja saya berjaya menangkap seekor anak udang sedang berenang. Pelancong sangat banyak mengunjungi pulau-pulau tersebut. Pelbagai jenis
Tub Island
boat juga terdapat disitu yang masing-masing membawa pelancong. Saya temui banyak orang Malaysia yang rata-ratanya memuji keindahan pulau-pulau di Krabi. Tour guide memaklumkan bahawa kerajaan Thailand sangat menjaga pulau-pulau tersebut, tiada yang dibenarkan untuk membina chalet atau rumah dengan sesuka hati .

Selesai kunjungan kami ke pulau-pulau indah sekitar Krabi, kami menaiki boat untuk pulang. Tiba di hotel sekitar jam 5.00 petang. Singgah di lobi untuk membuat minuman panas dan dimakan bersama biskut-biskut yang ada si situ.Di bilik ,kami berehat seketika selain membersihkan diri . 
Ni bukan awek siam yer...

berjalan kaki ke Poda Island




Boat yang membawa pelancong

Selepas magrib, kami keluar lagi . Kali ini ke Restoran Abdullah untuk makan sebelum ke pasar malam sekali lagi. Selain 'window shopping', kami juga membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

22 Dis, Ahad (Hari Keempat)
Kami check out awal dari hotel. Pukul 9.00 pagi, terus bergerak untuk pulang ke tanah air. Cuaca mendung mengiringi sepanjang perjalanan. Hanya singgah untuk mengisi minyak kereta, akhirnya kami selamat sampai di sempadan 'Padang Besar' sekitar jam 2.00 petang. Sekali lagi makan tomyam di situ sebelum terus pulang. Keindahan pulau-pulau di Krabi, keramahan penduduknya serta keenakan tomyamnya terpahat diingatan selagi hayat di kandung badan. Kalau di beri pilihan, saya pasti akan ke Krabi lagi suatu hari nanti....dengan izin Allah.

  













Wednesday, 13 January 2016

HO CHI MINH

3 hingga 5 Julai 2010


KL 10.00 pagi = HO CHI MINH 9.00 pagi
RM 1   =  Vietnamese Dong ( VND ) 5000 

3 Julai , Sabtu ( hari pertama )
Penerbangan dengan pesawat airasia adalah pada jam 7.25 pagi. Percutian
Tunggu Loke (guide)...alahai
'stop-over' ini hanya untuk merasai hebatnya berada di satu daerah yang sangat popular dengan agenda membeli belah. Banyak item yang murah di situ katanya. Rata-rata pengunjung yang ke sana adalah untuk 'bershopping sakan'.
Seperti biasa, saya bersama suami ditemani empat orang anak akan menjelajah kota kegemaran 'kaki shopping' ini. Walau pun saya tidaklah termasuk di dalam golongan tersebut....
Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi apabila kami semua telah pun berada di LCCT. Solat subuh dan bersarapan di situ sebelum terus menaiki pesawat.
Pesawat mendarat di Tan Son Nhat International Airport pada pukul 8.20 pagi waktu tempatan setelah berada di udara selama dua jam .
Central Post Office
Beberapa orang Malaysia yang ditemui, datang untuk membeli belah. Ada yang tidak bermalam pun....
Keluar dari balai ketibaan, saya mencari agent yang sepatutnya datang menjemput. Sebenarnya Tm Tours yang menguruskan 'ground package' saya kali ini. Hampir setengah jam menunggu, seorang pemuda muncul, memperkenalkan diri sebagai Loke sahaja. Beberapa kali memohon maaf diatas kelewatannya, ternyata Loke seorang yang peramah dan berbudi bahasa. Biasanya begitulah, tidak pernah lagi saya temui 'tour guide' yang sombong...

Berusia lewat dua puluhan, ibu bapanya menetap di Australia. Dia juga akan
Central Post Office
menyusul kesana tidak lama lagi, katanya.
Kami terus di bawa melawat ke Notre Dame Cathedral. Sebuah gereja dengan senibina Peranchis yang dibina pada tahun 1863 dan siap pada tahun 1880. 
Selepas melihat-lihat dan merakam gambar kenangan, kami ke Centre Post Office pula. Bangunan ini dibina pada tahun 1886-1891 ketika Vietnam menjadi sebahagian daripada jajahan Peranchis. Sekarang, ianya merupakan salah satu dari tarikan pelancong ke Ho Chi Minh.
Seterusnya kami terus di bawa ke Duna Hotel untuk daftar masuk. Terus membersihkan diri kerana lewat petangnya , Loke akan datang untuk membawa kami makan malam. Dalam perjalanan Loke menunjukkan Binh Tay market, tetapi tidak singgah kerana lebih berminat untuk ke Ben Thanhmarket. 
Binh Tay market pada asalnya diusahakan oleh ahli perniagaan cina bernama Guoyan (1863-1927)
Pada malamnya kami ke Halal Saigon Muslim Restaurant. Seperti macam masakan cina yang lain, bau minyak bijan menusuk hidung. Kebanyakannya bergoreng. Ada sup sayur tetapi kurang menepati selera . Makan jugalah kerana perut dah berkeroncong.
Kami turun berhampiran sebuah taman . Terdapat pondok-pondok untuk pengunjung berehat. Sempat pula
Rehat di park berhampiran
menyaksikan satu kumpulan orang-orang tua yang memasang radio (kaset barangkali) sambil menari. Romantik sekali. Mereka tidak menghiraukan kehadiran kami sebaliknya terus sahaja dengan aktiviti sendiri.

4 Julai, Ahad (  hari kedua )
Selepas bersarapan di hotel, kami menuju ke Cu Chi Tunnels. Sepanjang jalan, 
dapat disaksikan binaan  dua ekor anjng di kiri kanan pintu pagar
rumah penduduk tempatan. Kononnya sebagai pengawal kediaman.
Selain itu, kebanyakan bangunan di bandar adalah kecil dan tinggi (bertingkat-tingkat). Jarang dapat dilihat bangunan yang terlalu besar. Penunggang motosikal memenuhi sebahagian besar pengguna jalan raya. Mereka memonopoli jalan raya dan bergerak hampir sesuka hati, namun tidak pula dimarahi pemandu kereta. 

Terowong Cu Chi adalah sistem terowongan, 70 km barat laut Saigon (Kota Ho
Terowong untuk pelancong cuba
Chi Minh
), Vietnam. Pembinaannya hanya menggunakan tangan tanpa sebarang jentera.Panjang asli dari terowong ini adalah lebih dari 200 km tetapi hanya 120 km yang diawetkan sekarang. Vietkong membina terowong ini selama perang Vietnam. Ada rumah sakit, dapur, kamar tidur, ruang pertemuan, gudang senjata dalam terowong. Pada setiap ruang, terdapat salur udara yang keluar dari tanah dan mereka membina busut untuk mengelirukan musuh.


Bom zaman perang
Terdapat satu bahagian terowong yang membenarkan pengunjung memasukinya hanya dengan merangkak. Hanya dua anak bujang kami yang berani mencubanya . Memandang keadaan terowong yang gelap dan sempit itu sudah cukup melemaskan saya.
Terdapat juga beberapa senjata buatan sendiri untuk tujuan membunuh musuh. Selain itu kami dijamu pula dengan 'ubi kayu rebus dicicah gula perang'. Sedap pulak rasanya. Ada juga lapang sasar menembak dengan sedikit bayaran. Sudah pasti
Ubi kayu rebus...sedap pulak
dua anak bujang kami tidak mahu ketinggalan mencuba.
Selesai lawatan di Cu Chi tunnel, kami dibawa ke Lion City Restaurant untuk makan tengah hari. Singgah sekejap di former Presidential Palace. Siap dibina pada tahun 1966, pernah menjadi tempat tinggal presiden 'South Vietnam" semasa perang Vietnam. Walau bagaimana pun , pada 30 April 1975 kereta kebal tentera dari 'North Vietnamese' melanggar pintu hadapan istana tersebut menandakan tamatnya perang Vietnam.
Pada November 1975, satu persetujuan dibuat diantara komunis dari 'North Vietnam' dengan rakan dari 'south Vietnam' untuk menamakan tempat tersebut sebagai 'Reunification Hall' dan kekal menjadi tempat tarikan pelancong sehingga kini.


Destinasi seterusnya adalah War Remnants museum. Mula beroperasi pada 4 September 1975 dan sangat terkenal di kalangan pelancong barat. Banyak foto yang  di pamer menggambarkan kekejaman perang dan orang-orang awam yang menjadi mangsa. Gambar-gambar tersebut
Daripada sagu ubi kayu
memberi kesedaran buat sesiapa sahaja yang melihatnya. Bagaimana kanak-

kanak yang berlari ketakutan akibat dibom serta keadaan mereka yang terkena bom. Mengerikan.
Dibahagian luar pula dipamerkan kereta kebal USA serta senjata yang pernah digunakan.
My Lai Massacre merupakan pembunuhan 347 hingga 504 orang awam yang tidak bersenjata dan tidak berdosa pada 16 Mac 1968 oleh askar US dan banyak gambar berkaitannya dipamerkan di situ.
Sebelah petangnya kami sempat ke tempat membeli belah yang paling popular iaitu Ben Thanh market. Jangan terkejut jika anda disapa dalam bahasa melayu dan mereka juga menerima ringgit malaysia. Kita boleh membeli kain dan terus menempahnya disitu, siap pada keesokan harinya yang akan dihantar terus ke hotel. Mula beroperasi pada tahun 1859. Pada tahun 1870 bangunan ini terbakar dan dipindahkan
ke satu tempat yang baru pada tahun 1912. Walau bagaimana pun
Di luar War Remnants Museum
pengubahsuaian telah dilakukan pada tahun 1985 kerana memenuhi permintaan yang kian meningkat.

Loke juga memaklumkan yang Ben Thanh market hanya beroperasi sehingga jam 6 petang. Selepas jam 6 petang, terdapat pula pasar malam berhampiran ben Thanh market itu. Apa yang kita inginkan, semuanya ada.Ternasuklah telekung, baju kurung dan jubah dengan harga yang sangat berpatutan.
Kami pulang ke hotel sebelum magrib dan keluar semula untuk makan malam. Vietnam Halal restaurant menyediakan makanan yang sedap sesuai dengan selera kami. Selesai makan, kami ke masjid Musulman berhampiran hotel Sheraton. Masjid yang dibina pada tahun 1935 oleh Indian Muslims ini biasanya amat padat terutama ketika solat Jumaat.


5 Julai, Isnin (  hari ketiga )
Selesai sarapan pagi, kami bersia-siar tanpa Loke. Ingin merasa pengalaman
Bersiar-siar dengan beca
berbeca, kami menempah tiga buah  untuk satu jam dengan harga RM 10 bagi satu beca. Agak menggerunkan kerana kenderaan sangat banyak namun mereka biasanya memberi laluan kepada penarik-penarik beca serta motosikal. Kemudian kami sempat melihat anak-anak muda bermain  satu permainan tradisional mereka. Hampir menyamai permainan sepak raga bulatan tetapi permainan mereka hanya berdua sahaja. Tiada bola raga sebaliknya bulu-bulu ayam berwarna- warni yang diikat sahaja.

Penjual buah....macam cerita P.Ramlee
Dengan berjalan kaki, kami ke Vietnam Halal restoran sekali lagi (berhampiran ben Thanh market). Ada roti canai di situ namun yang paling saya suka adalah meehoon supnya. Kerangupan meehoon tersebut menghairankan saya sebenarnya. Mungkin meehoon tersebut tidak sama dengan yang ada di tempat kita. Kuah supnya pula agak pekat dan sangat sedap.
Jam menunjukkan pukul 4.00 petang apabila Loke menjemput kami untuk ke airport. Pesawat kami bergerak pada jam 7.00 petang dengan seribu kenangan manis di negara orang untuk dibawa pulang.



Lepas shopping
Tour guide yang comei...Loke
Former Presidential Palace

Former Presidential Palace


Cubalah ke sini, anda pasti menyukainya
bersebelahan Ben Thanh market