18 hingga 21 Disember 2014
Perjalanan kali ini dengan berkereta. Saya berempat, sementara adik ipar saya
|
Riski Reena restoran |
membawa 3 anak remaja. Anak-anak kami memang rapat sejak kecil walau pun tinggal berjauhan. Pastinya percutian kali ini menggembirakan hati anak-anak kerana ada teman sebaya bersama.
Lewat petang 17 Dis, kami sekeluarga telah tiba di rumah adik ipar yang jauh di utara. Perancangan yang dibuat adalah untuk bergerak seawal 7.30 pagi dari rumahnya menuju ke sempadan di Bukit Kayu Hitam.
18 Dis, Khamis (Hari Pertama)
|
Tomyam original |
Semua anak-anak bangun awal. Mereka teruja. Ada yang bersarapan dahulu, ada yang enggan kerana terlalu awal katanya. Kami bergerak seperti yang dirancang.
Perjalanan sangat lancar dan kami tiba di sempadan Thailand. Sebelum itu, sempat juga kami singgah di stesen minyak. Pastikan tangki penuh, kata encik suami sebab kita nak memasuki negara orang.
Sampai di sempadan Bukit Kayu Hitam, orang sangat banyak. Walau pun ada empat kaunter imigresin yang dibuka, barisan tetap panjang. Terpaksa upah seseorang untuk mengisi
|
Berbual dengan Hj.Jaafar, taukeh restoran |
borang dengan bayaran RM 2 untuk satu borang. Kerja menjadi lebih cepat kerana 'orang itu' dah mahir. Letakkan paspot dan kita tunggu sahaja.
Semasa beratur, kami dihampiri seseorang. Katanya kami boleh melepasi sempadan tanpa beratur panjang tetapi dikenakan sedikit bayaran. Dengan baik, kami terpaksa menolak. Bimbang jika terjadi sesuatu yang tidak diingini nanti, pasti keadaan jadi lebih sukar.
Hanya suami dan ipar nya sahaja
|
Rambang mata - Hatyai |
yang memandu melepasi kaunter imigresin sementara kami yang lain berjalan kaki sahaja. Hampir dua jam barulah selesai semua urusan yang memenatkan itu dan bermulalah perjalanan kami.
Jalan rayanya tidak sesak dan agak senang kerana papan tanda memang jelas. Tanpa bantuan GPS atau waze, suami hanya berhenti sekiranya kurang pasti tentang arah dituju. Akhirnya kami tiba di Hatyai Meridian hotel pada jam 12.30 tengah hari (1.30 petang jam Malaysia). Mujurlah semua tempahan hotel telah dibuat secara online.
Selesai meletakkan bagasi dan membersihkan diri, kami keluar mencari
|
Magic Eye - 3D museum |
restoran untuk makan tengah hari. Terpandanglah Riski Reena Restoran yang terletak betul-betul di seberang jalan. Siap ada 'bismillah' lagi. Senanglah nak makan....
Apa lagi yang diorder, tentulah tomyam dan makanan yang 'sewaktu' dengannya. Harga pun berpatutan dan sangat original rasanya.
Sempat pula berbual dengan tuan punya restoran yang kami panggil 'pak haji' sahaja. Katanya dia pernah tinggal di Shah Alam dan membuka
sebuah restoran dengan kadar sewanya RM 4000 sebulan. Perniagaannya
sangat maju tetapi terpaksa pulang ke Hatyai kerana faktor usia. Riski Reena restoran pula dibeli dan merupakan perniagaan keluarga. Di situ jugalah dia tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuannya yang telah berkeluarga. Menantunya juga turut sama membantu menguruskan restoran tersebut. Seorang anak laki-lakinya tinggal jauh kerana bekerja
Pak Haji juga menguruskan sebuah kereta untuk kami membeli belah di pekan Hatyai. Kemudian kami
teruskan pula ke Magic Eye, 3D museum. Banyak gambar yang dipamerkan untuk kita merakam pelbagai kenangan. Tidak lama di situ, kami dijemput ke satu bilik khas untuk menyaksikan pertunjukan silap mata. Mengagumkan. Antaranya adalah bagaimana ratusan kad keluar dari tapak tangannya.....
Hari telah pun gelap apabila kami selesai di situ dan terus pulang ke hotel. Sebelum itu kami sempat 'bershopping' di kedai-kedai berhampiran. Hajat hati untuk ke pasar terapung tidak kesampaian kerana
penduduk tempatan memaklumkan bahawa pasar terapung hanya ada pada hujung minggu.
19 Dis, Jumaat (Hari Kedua)
Kami bersarapan di restoran Pak Haji. Ada roti canai, meehoon goreng dan nasi goreng. Tepat jam 9.30 pagi, kami bertolak ke Krabi. Terpaksalah bertanya penduduk tempatan, arah yang perlu dituju. Sampai di satu persimpangan, kami kehilangan arah. Mujur ada seorang
|
Posing sikit, lobi hotel White Pearl |
penunggang motosikal yang sudi membantu , dia menyuruh kami mengikuti motosikalnya. Suami saya hulurkan sedikit wang kepadanya sebagai tanda terima kasih. Singgah di pekan Trang untuk mengisi minyak. Kami tiba di Krabi pada jam 2.30 petang lalu terus mencari restoran untuk makan tengah hari. Restoran Abdullah seolah-olah menanti kehadiran kami. Pilihan yang tepat kerana menepati citarasa kami semua. Tomyam lagi.....
Bila perut dah kenyang, barulah
|
Sarapan pagi |
selesa nak bergerak. Kami ke White Pearl hotel yang terletak di pinggir bandar, tak jauh pun. Urusan tempahan telah dibuat secara online. Di lobi terdapat kemudahan membuat minuman (teh dan kopi). Juga terdapat beberapa jenis biskut di dalam balang. Kata petugas di kaunter, minuman di situ ada 24 jam. Sesuatu yang menarik, fikir saya. Ada kelainan...
Kami ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat seketika. Selepas magrib, kami ke pasar malam di
|
RM 1 sahaja |
pekan Krabi. Bermacam jualan yang ada. Bermacam kraftangan serta makanan, juga ada penyanyi cilik yang menghiburkan orang ramai. Tiada bayaran ditetapkan sekadar sumbangan seikhlas hati.
Yang paling menarik perhatian adalah anyaman daun pandan membentuk sekuntum bunga ros. Beberapa kuntum bunga ros yang diikat dijual dengan harga RM 1 sahaja. Kena tempah dan bayar dahulu, bagi yang berminat. Tiada resit, main percaya sahaja....kami pun tempahlah 2 jambak - nak dijadikan pewangi kereta. Tiga puluh minit
|
Kreatif....pasar malam kat Krabi |
kemudian, kami kembali ke situ dan dapatkan 'bunga ros' tersebut.
20 Dis, Sabtu (Hari Ketiga)
Ini lah hari yang ditunggu-tunggu. Saya tempah online - Krabi 4 Islands Tour dengan harga 1,300 baht seorang.
selesai bersarapan di lobi hotel sebuah van menjemput kami sekitar jam 9.30 pagi. Kami akan dibawa menaiki 'speed boat' dari jeti di Ao Nang.
|
menaiki speed boat di Ao Nang |
Hentian pertama adalah Phra Nang Beach, di mana terdapat aktiviti 'rock climbing' yang dilakukan oleh beberapa orang anak muda yang berani. Seronok apabila kami berpeluang memasuki Phra Nang Cave di situ sambil 'merandoh' air laut separas pinggang. Airnya yang jerneh membolehkan kami melihat sekumpulan ikan sedang berenang-renang di dalamnya. Terlindung dari cahaya matahari menyebabkan air laut di dalam gua tersebut sangat dingin serta menyegarkan. Sesekali saya menyelam supaya kesegaran terasa di kepala...
Menaiki boat semula dan kami singgah berhampiran Chicken Island. Pulau itu
|
didalam speed boat |
|
berlatarbelakangkan Phra Nang Cave |
|
ceria di Phra Nang Beach |
|
berani.... |
|
teruja...tengok aktiviti rock climbing |
mendapat namanya kerana terdapat batu besar menyerupai kepala dan leher
|
rombongan che kiah..... |
ayam jantan. Kami dibawa ke kawasan tertentu untuk 'snokerling'. Banyak batu karang dan ikan disitu. Dengan kelengkapan untuk snokerling, saya terus sahaja terjun ke dalam air. Walau pun kami diberi masa setengah jam, masa seakan cepat berlalu. Naik ke atas boat, kami dihidangkan potongan buah nanas dan tembikai yang manis. Puas rasanya kerana kali terakhir saya melakukan aktiviti snorkeling adalah pada tahun 2009 di Pulau Redang. Sejujurnya, ikan-ikan di Pulau Redang adalah jauh lebih banyak dan lebih cantik.
|
lunch di Tub Island |
Tub Island, destinasi kami seterusnya. Makan tengah hari secara 'buffet' disediakan untuk kami . Amat menyelerakan walau pun hanya ayam goreng, sayur campur dan sup sayur. Terdapat sebuah restoran sekiranya ada yang berminat untuk membeli makanan sendiri. Dari Tub Island, kami hanya berjalan kaki melalui beteng pasir kerana air laut surut untuk menuju ke Poda Island. Air laut sangat jerneh sehingga anak remaja saya berjaya menangkap seekor anak udang sedang berenang. Pelancong sangat banyak mengunjungi pulau-pulau tersebut. Pelbagai jenis
|
Tub Island |
boat juga terdapat disitu yang masing-masing membawa pelancong. Saya temui banyak orang Malaysia yang rata-ratanya memuji keindahan pulau-pulau di Krabi. Tour guide memaklumkan bahawa kerajaan Thailand sangat menjaga pulau-pulau tersebut, tiada yang dibenarkan untuk membina chalet atau rumah dengan sesuka hati .
Selesai kunjungan kami ke pulau-pulau indah sekitar Krabi, kami menaiki boat untuk pulang. Tiba di hotel sekitar jam 5.00 petang. Singgah di lobi untuk membuat minuman panas dan dimakan bersama biskut-biskut yang ada si situ.Di bilik ,kami berehat seketika selain membersihkan diri .
|
Ni bukan awek siam yer... |
|
berjalan kaki ke Poda Island |
|
Boat yang membawa pelancong
|
Selepas magrib, kami keluar lagi . Kali ini ke Restoran Abdullah untuk makan sebelum ke pasar malam sekali lagi. Selain 'window shopping', kami juga membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.
22 Dis, Ahad (Hari Keempat)
Kami check out awal dari hotel. Pukul 9.00 pagi, terus bergerak untuk pulang ke tanah air. Cuaca mendung mengiringi sepanjang perjalanan. Hanya singgah untuk mengisi minyak kereta, akhirnya kami selamat sampai di sempadan 'Padang Besar' sekitar jam 2.00 petang. Sekali lagi makan tomyam di situ sebelum terus pulang. Keindahan pulau-pulau di Krabi, keramahan penduduknya serta keenakan tomyamnya terpahat diingatan selagi hayat di kandung badan. Kalau di beri pilihan, saya pasti akan ke Krabi lagi suatu hari nanti....dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment