Wednesday, 13 January 2016

HO CHI MINH

3 hingga 5 Julai 2010


KL 10.00 pagi = HO CHI MINH 9.00 pagi
RM 1   =  Vietnamese Dong ( VND ) 5000 

3 Julai , Sabtu ( hari pertama )
Penerbangan dengan pesawat airasia adalah pada jam 7.25 pagi. Percutian
Tunggu Loke (guide)...alahai
'stop-over' ini hanya untuk merasai hebatnya berada di satu daerah yang sangat popular dengan agenda membeli belah. Banyak item yang murah di situ katanya. Rata-rata pengunjung yang ke sana adalah untuk 'bershopping sakan'.
Seperti biasa, saya bersama suami ditemani empat orang anak akan menjelajah kota kegemaran 'kaki shopping' ini. Walau pun saya tidaklah termasuk di dalam golongan tersebut....
Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi apabila kami semua telah pun berada di LCCT. Solat subuh dan bersarapan di situ sebelum terus menaiki pesawat.
Pesawat mendarat di Tan Son Nhat International Airport pada pukul 8.20 pagi waktu tempatan setelah berada di udara selama dua jam .
Central Post Office
Beberapa orang Malaysia yang ditemui, datang untuk membeli belah. Ada yang tidak bermalam pun....
Keluar dari balai ketibaan, saya mencari agent yang sepatutnya datang menjemput. Sebenarnya Tm Tours yang menguruskan 'ground package' saya kali ini. Hampir setengah jam menunggu, seorang pemuda muncul, memperkenalkan diri sebagai Loke sahaja. Beberapa kali memohon maaf diatas kelewatannya, ternyata Loke seorang yang peramah dan berbudi bahasa. Biasanya begitulah, tidak pernah lagi saya temui 'tour guide' yang sombong...

Berusia lewat dua puluhan, ibu bapanya menetap di Australia. Dia juga akan
Central Post Office
menyusul kesana tidak lama lagi, katanya.
Kami terus di bawa melawat ke Notre Dame Cathedral. Sebuah gereja dengan senibina Peranchis yang dibina pada tahun 1863 dan siap pada tahun 1880. 
Selepas melihat-lihat dan merakam gambar kenangan, kami ke Centre Post Office pula. Bangunan ini dibina pada tahun 1886-1891 ketika Vietnam menjadi sebahagian daripada jajahan Peranchis. Sekarang, ianya merupakan salah satu dari tarikan pelancong ke Ho Chi Minh.
Seterusnya kami terus di bawa ke Duna Hotel untuk daftar masuk. Terus membersihkan diri kerana lewat petangnya , Loke akan datang untuk membawa kami makan malam. Dalam perjalanan Loke menunjukkan Binh Tay market, tetapi tidak singgah kerana lebih berminat untuk ke Ben Thanhmarket. 
Binh Tay market pada asalnya diusahakan oleh ahli perniagaan cina bernama Guoyan (1863-1927)
Pada malamnya kami ke Halal Saigon Muslim Restaurant. Seperti macam masakan cina yang lain, bau minyak bijan menusuk hidung. Kebanyakannya bergoreng. Ada sup sayur tetapi kurang menepati selera . Makan jugalah kerana perut dah berkeroncong.
Kami turun berhampiran sebuah taman . Terdapat pondok-pondok untuk pengunjung berehat. Sempat pula
Rehat di park berhampiran
menyaksikan satu kumpulan orang-orang tua yang memasang radio (kaset barangkali) sambil menari. Romantik sekali. Mereka tidak menghiraukan kehadiran kami sebaliknya terus sahaja dengan aktiviti sendiri.

4 Julai, Ahad (  hari kedua )
Selepas bersarapan di hotel, kami menuju ke Cu Chi Tunnels. Sepanjang jalan, 
dapat disaksikan binaan  dua ekor anjng di kiri kanan pintu pagar
rumah penduduk tempatan. Kononnya sebagai pengawal kediaman.
Selain itu, kebanyakan bangunan di bandar adalah kecil dan tinggi (bertingkat-tingkat). Jarang dapat dilihat bangunan yang terlalu besar. Penunggang motosikal memenuhi sebahagian besar pengguna jalan raya. Mereka memonopoli jalan raya dan bergerak hampir sesuka hati, namun tidak pula dimarahi pemandu kereta. 

Terowong Cu Chi adalah sistem terowongan, 70 km barat laut Saigon (Kota Ho
Terowong untuk pelancong cuba
Chi Minh
), Vietnam. Pembinaannya hanya menggunakan tangan tanpa sebarang jentera.Panjang asli dari terowong ini adalah lebih dari 200 km tetapi hanya 120 km yang diawetkan sekarang. Vietkong membina terowong ini selama perang Vietnam. Ada rumah sakit, dapur, kamar tidur, ruang pertemuan, gudang senjata dalam terowong. Pada setiap ruang, terdapat salur udara yang keluar dari tanah dan mereka membina busut untuk mengelirukan musuh.


Bom zaman perang
Terdapat satu bahagian terowong yang membenarkan pengunjung memasukinya hanya dengan merangkak. Hanya dua anak bujang kami yang berani mencubanya . Memandang keadaan terowong yang gelap dan sempit itu sudah cukup melemaskan saya.
Terdapat juga beberapa senjata buatan sendiri untuk tujuan membunuh musuh. Selain itu kami dijamu pula dengan 'ubi kayu rebus dicicah gula perang'. Sedap pulak rasanya. Ada juga lapang sasar menembak dengan sedikit bayaran. Sudah pasti
Ubi kayu rebus...sedap pulak
dua anak bujang kami tidak mahu ketinggalan mencuba.
Selesai lawatan di Cu Chi tunnel, kami dibawa ke Lion City Restaurant untuk makan tengah hari. Singgah sekejap di former Presidential Palace. Siap dibina pada tahun 1966, pernah menjadi tempat tinggal presiden 'South Vietnam" semasa perang Vietnam. Walau bagaimana pun , pada 30 April 1975 kereta kebal tentera dari 'North Vietnamese' melanggar pintu hadapan istana tersebut menandakan tamatnya perang Vietnam.
Pada November 1975, satu persetujuan dibuat diantara komunis dari 'North Vietnam' dengan rakan dari 'south Vietnam' untuk menamakan tempat tersebut sebagai 'Reunification Hall' dan kekal menjadi tempat tarikan pelancong sehingga kini.


Destinasi seterusnya adalah War Remnants museum. Mula beroperasi pada 4 September 1975 dan sangat terkenal di kalangan pelancong barat. Banyak foto yang  di pamer menggambarkan kekejaman perang dan orang-orang awam yang menjadi mangsa. Gambar-gambar tersebut
Daripada sagu ubi kayu
memberi kesedaran buat sesiapa sahaja yang melihatnya. Bagaimana kanak-

kanak yang berlari ketakutan akibat dibom serta keadaan mereka yang terkena bom. Mengerikan.
Dibahagian luar pula dipamerkan kereta kebal USA serta senjata yang pernah digunakan.
My Lai Massacre merupakan pembunuhan 347 hingga 504 orang awam yang tidak bersenjata dan tidak berdosa pada 16 Mac 1968 oleh askar US dan banyak gambar berkaitannya dipamerkan di situ.
Sebelah petangnya kami sempat ke tempat membeli belah yang paling popular iaitu Ben Thanh market. Jangan terkejut jika anda disapa dalam bahasa melayu dan mereka juga menerima ringgit malaysia. Kita boleh membeli kain dan terus menempahnya disitu, siap pada keesokan harinya yang akan dihantar terus ke hotel. Mula beroperasi pada tahun 1859. Pada tahun 1870 bangunan ini terbakar dan dipindahkan
ke satu tempat yang baru pada tahun 1912. Walau bagaimana pun
Di luar War Remnants Museum
pengubahsuaian telah dilakukan pada tahun 1985 kerana memenuhi permintaan yang kian meningkat.

Loke juga memaklumkan yang Ben Thanh market hanya beroperasi sehingga jam 6 petang. Selepas jam 6 petang, terdapat pula pasar malam berhampiran ben Thanh market itu. Apa yang kita inginkan, semuanya ada.Ternasuklah telekung, baju kurung dan jubah dengan harga yang sangat berpatutan.
Kami pulang ke hotel sebelum magrib dan keluar semula untuk makan malam. Vietnam Halal restaurant menyediakan makanan yang sedap sesuai dengan selera kami. Selesai makan, kami ke masjid Musulman berhampiran hotel Sheraton. Masjid yang dibina pada tahun 1935 oleh Indian Muslims ini biasanya amat padat terutama ketika solat Jumaat.


5 Julai, Isnin (  hari ketiga )
Selesai sarapan pagi, kami bersia-siar tanpa Loke. Ingin merasa pengalaman
Bersiar-siar dengan beca
berbeca, kami menempah tiga buah  untuk satu jam dengan harga RM 10 bagi satu beca. Agak menggerunkan kerana kenderaan sangat banyak namun mereka biasanya memberi laluan kepada penarik-penarik beca serta motosikal. Kemudian kami sempat melihat anak-anak muda bermain  satu permainan tradisional mereka. Hampir menyamai permainan sepak raga bulatan tetapi permainan mereka hanya berdua sahaja. Tiada bola raga sebaliknya bulu-bulu ayam berwarna- warni yang diikat sahaja.

Penjual buah....macam cerita P.Ramlee
Dengan berjalan kaki, kami ke Vietnam Halal restoran sekali lagi (berhampiran ben Thanh market). Ada roti canai di situ namun yang paling saya suka adalah meehoon supnya. Kerangupan meehoon tersebut menghairankan saya sebenarnya. Mungkin meehoon tersebut tidak sama dengan yang ada di tempat kita. Kuah supnya pula agak pekat dan sangat sedap.
Jam menunjukkan pukul 4.00 petang apabila Loke menjemput kami untuk ke airport. Pesawat kami bergerak pada jam 7.00 petang dengan seribu kenangan manis di negara orang untuk dibawa pulang.



Lepas shopping
Tour guide yang comei...Loke
Former Presidential Palace

Former Presidential Palace


Cubalah ke sini, anda pasti menyukainya
bersebelahan Ben Thanh market











No comments:

Post a comment