Wednesday 4 January 2017

EROPAH 2016 ..AMSTERDAM, BELGIUM, PARIS, UK

29 NOV - 8 DIS 2016

29 November, Selasa - Hari Pertama
Trip kali ini telah kami rancang berbulan-bulan lamanya. Seperti biasa, saya bersama suami dan dua anak remaja  menjelajah kota-kota di Eropah Barat. Tiket flight sebenarnya telah dibeli seawal bulan Januari 2016 lagi. Masa itu Qatar Airways buat offer, dapatlah RM 1988 seorang untuk return tiket dari Kuala Lumpur ke Amsterdam. Kami naik KLIA transit di Salak Tinggi terus ke KLIA. Pesawat Qatar yang
sepatutnya bertolak pada jam 2.05 pagi tertangguh sehingga jam 3.30 pagi. Lapan jam penerbangan, pesawat mendarat di Hamad International airport, Doha pada jam 5.10 pagi (waktu Doha). Saya mendengar tepukan daripada penumpang yang kebanyaknnya orang arab. Mungkin sebagai tanda terima kasih mereka kepada semua kabin krew serta pilot. 
Kami turun dan ada masa 2 jam di situ. Pesawat berikutnya berlepas pada jam 7.10 pagi. Alhamdulillah, kami telah selamat mendarat di  Schiphol airport, Amsterdam pada jam 12.00 tengah hari (waktu Amsterdam) setelah berada tujuh jam di dalam pesawat. Disebabkan pesawat tiba 15 minit lebih awal daripada yang dijangka, terpaksalah berlegar dahulu di udara. Kata pilot yang bertugas, tunggu parkirnya kosong. Macam tu  rupenya, fikir saya
tram sedang bergerak
sendirian. Keletihan mula terasa tetapi rasa teruja menjejaki benua Eropah buat kali kedua ini mengatasi segalanya.
Kami menaiki train dari airport ke Amsterdam Centraal yang tiketnya telah di beli online. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Keluar dari stesen, kami terus menuju ke Travel Hotel. Sambil berjalan, sempat pula kami merakam gambar terutama apabila melihat dua buah tram yang sedang
bergerak. Tram ni macam keretapi yang ada tiga gerabak dan bergerak pada rel khas di atas jalan raya. Suhu ketika itu sekitar 5 darjah Celcius, sangat sejuk. Kami semua memakai kot tebal, lengkap dengan sarung tangan.
Sekitar jam 2.00 petang, kami pun tiba dihotel. Selepas meletakkan barang-barang dan menunaikan solat jamak, kami keluar semula. Berjalan-jalan sambil melihat keadaan kota Amsterdam dengan bangunan-
bangunan lamanya yang indah di pinggir air. Saya mendapati sangat banyak penunggang basikal di situ disebabkan ada laluan khas mereka. Setiap kali berjalan, seringkali juga terdengar bunyi loceng basikal. Hampir di mana-mana sahaja terdapat pakir untuk basikal dan jumlahnya memang terlalu banyak, mungkin mencecah ratusan atau ribuan buah basikal. 
Kami ke Dam Square pula, satu kawasan lapang tempat orang ramai
melepak. Hari semakin gelap kerana waktu magrib adalah pada jam 4.30 petang. Penat berjalan dan bergambar, kami singgah di sebuah kedai orang Pakistan. Makan kebab dan burger. Inilah menu biasa kami di luar negara. Selesai makan, kami balik bilik ... kepenatan yang teramat.






30 November, Rabu - Hari Kedua
laluan ke stesen keretapi bawah tanah
Di Amsterdam lambat siang kerana syuruknya pada jam 8.30 pagi. Kami check out awal. Naik tren dan tiba di Amsterdam Sloterdijk sekitar jam 9.30 pagi. Dari situ, kami naik 'Flix bus' menuju ke Brussels. Tiket pun telah dibeli online. (11 euro seorang). Sementara menunggu bas tiba, kami sempat minum kopi panas. Ke tandas pun kena bayar 0.70 euro. Tepat jam 11.30 pagi, bas pun bergerak. Di dalam bas, ada wifi
Brussels
percuma. Boleh lah update apa-apa yang patut. Sepanjang jalan, saya tidak tidur kerana asyik dengan keindahan pemandangan sehinggalah bas tiba di Brussels  North Train Station pada pukul 2.00 petang. Kami pun turun dan bersiar-siar di kota Brussels dengan semua bagasi masih di tangan. Singgah pula di sebuah restoran India muslim untuk menikmati makanan tengah hari. Kali ini kami cuba nasi bryiani ayam, burger dan kebab . Wah, sangat sedap dan harga juga berpatutan iaitu 29 euro sahaja
manneken pis
semuanya. Sambil makan, dapat pula menonton dan mendengar lagu-lagu hindustan... 

Saya dapati ada perubahan pada stesen keretapi bawah tanah yang terletak di hadapan Hotel Sheraton (saya dan suami menginap di situ pada tahun 2008). Sebenarnya banyak bangunan-bangunan lama yang cantik dan tersergam indah di kota ini. Kami terus sahaja berjalan, sesekali tersesat.... untuk melihat Manneken Pis buat kali kedua. Terkejut dengan perubahan pada patung kanak-kanak
shopping mall di Brussels
comel itu kerana telah dipakaikan baju. Semasa saya ke situ pada tahun 2008, patung tersebut 'telanjang'. Sejak akhir-akhir ini patung tersebut dipakaikan dengan kostum tertentu seperti 'mayor of Brussels, Judo attire, sailor' dan macam-macam lagi.
Sebenarnya ada beberapa versi cerita berkaitan patung comel tersebut. Yang pertama adalah tentang kanak-kanak lelaki yang kencing di atas bom, menyebabkannya tidak meletup.
Zuid station
Yang kedua, adalah tentang seorang hartawan yang kehilangan anak lelakinya tetapi ditemui semula dengan pertolongan penduduk setempat.
Setelah penat berjalan dan bergambar, kami  menaiki tren lagi dan turun di Brussels Midi / Zuid Station. Hari semakin malam dan pastinya suhu semakin rendah. Saya dapatkan 'information centre' untuk kepastian tentang 'Ouibus' yang akan kami naiki pada jam  7.10 malam.
Brussels
Rupa-rupanya bas tersebut berada di luar Zuid Station. Seperti biasa, tiket telah kami beli online dengan harga 12 euro seorang. Saya tidur lena sepanjang empat jam perjalanan. Kami tiba pada pukul 11 malam di Paris Bercy City Centre. Dengan bantuan 'year map' anak lelaki saya, kami meredah dingin malam ke hotel Prince Albert Concordia setelah 30 minit berjalan kami. Lewat dinihari, barulah kami dapat merebahkan diri.
Gerai-gerai comel di Brussels
manneken pis, Brussels
Jalan-jalan di Brussels
1 Disember, Khamis - Hari Ketiga
Saya terjaga sekitar jam 6.30 pagi. Dari tingkap hotel, saya melihat banyak
laluan bawah tanah, musee du louvre
orang mula bergerak ke sana sini walau pun hari masih gelap. Maklumlah 7.10 pagi baru masuk subuh. Kami bersiap-siap dan terus menuju ke stesen Gare de Lyon yang hanya 10 minit berjalan kaki dari hotel penginapan. Kami naik tren dan turun di Musee du Louvre sekitar jam 10.00 pagi. Merupakan muzium kedua yang menarik paling banyak

pengunjung selepas Palace Museum, China. Pada tahun 2014 sahaja, sebanyak 9.26 juta orang telah
berlatarbelakangkan musee du louvre
berkunjung ke situ. Terdapat 35,000 objek dari zaman pra sejarah sehinggalah ke abad 21 dipemerkan di situ. Mula dibuka pada 10 Ogos 1793 dengan 537 lukisan sahaja. Di muzium inilah juga tersimpannya lukisan yang masyhur sehingga kini iaitu Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci. Walau bagaimana pun, kami tidak masuk. Cukup sekadar bergambar  di bahagian luar sahaja.


Arc de Triomphe

Selesai bergambar, kami terpandangkan Big Bus Tour iaitu sebuah bas Hop On Hop Off yang sering kami naiki di luar negara. Maka kami pun segeralah mencari pejabatnya yang tidak jauh dari situ kerana tiket telah pun dibeli online (37.80 euro seorang termasuk cruise). Tidak lama menunggu, dapatlah kami naik. Berada di tingkat atas yang tiada berbumbung memang seronok kerana dapat
menikmati keindahan keseluruhan kota Paris. Tetapi angin dingin sekitar 5 darjah Celcius mula mengganggu dan kami kesejukan yang amat sangat. Jam menunjukkan pukul 1.00 petang apabila perut terasa lapar. Kami pun turun dan singgah di satu restoran orang Pakistan. Saya dan suami makan nasi bryiani sementara anak-anak mencari kebab dan burger dari kedai orang arab yang berhampiran. 
Naik semula bas dan kami turun di Arc de Triomphe. Merupakan salah satu monumen yang paling popular di Paris. Dibina sebagai penghargaan kepada askar yang mati semasa pertempuran 'French Revolutionary' dan 'Napoleonic Wars'. Disiapkan pada 29 Julai 1836 dengan ketinggian 50m.
Kami sambung menaiki Big Bus tour lagi. Singgahan kali ini adalah Eiffel Tower. Untuk mendekati Eiffel

Tower, setiap pengunjung kena melalui pintu pemeriksaan yang agak ketat,
periksa beg serta scan badan. Mungkin kerana beberapa insiden yang berlaku sebelum ini agaknya. Semasa kunjungan saya pada tahun 2008 dahulu, tiada apa-apa pemeriksaan pun dilakukan. Semua orang bebas berada di persekitaran Eiffel Tower. Hajat hati teringin untuk menaikinya  tetapi angin dingin yang bertiup menghalang keinginan kami. Sekadar merakam gambar sepuas-puasnya di persekitaran.
Sedikit tentang Eiffel Tower. Dibina sekitar tahun 1887 sehingga 1889. Namanya diambil bersempena jurutera yang bertanggung jawab iaitu Gustave Eiffel. Merupakan monumen yang paling banyak dikunjungi di dunia dan telah mencatat sebanyak 6.91 juta pengunjung pada tahun 2015. Ketinggiannya adalah 324 m bersamaan
dengan  81 tingkat bangunan. Kata orang kalau tak tengok Eiffel Tower, macam tak tengok Paris. Kemudiannya kami ke Palais de Tokyo (10 minit dari Eiffel Tower) yang  dibina pada tahun 1937. Merupakan bangunan yang dikhususkan untuk aktiviti seni di peringkat antarabangsa. Persekitarannya dipenuhi dengan banyak patung-patung yang langsung tidak berbaju. Seni barangkali. Sebenarnya kami ke situ adalah untuk merakam gambar Eiffel Tower yang lebih cantik dari kejauhan. Eiffel Tower lagi...
Kami seterusnya kembali ke jeti berhampiran Eiffel Tower untuk menaiki cruise pada jam 6.00 petang. Hari telah gelap dan Eiffel Tower dipenuhi lampu-lampu yang bercahaya menambahkan lagi keindahannya. Perjalanan menyelusuri Sungai Seine mengambil masa satu jam. Cruise dua tingkat itu mempunyai ruang yang terbuka di bahagian atas. Kami duduk di bahagian bawah yang berdinding kaca untuk mengelakkan kesejukan. Pemandangan agak terhad dek kegelapan malam. 
Kami menaiki tren. Penumpang sangat ramai di dalam tren. Beberapa kali lampu terpadam dan tren berhenti entah kenapa. Saya mulai bimbang. Rata-rata penumpang lain tidak menunjukkan sebarang rasa takut pun.... mungkin perkara biasa, fikir saya untuk menyedapkan hati sendiri. Kami turun di stesen Gare de Lyon dan berjalan kaki ke hotel.




Arc de Triomphe

2 Disember, Jumaat - Hari  keempat 
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi apabila saya dan suami hanya keluar berdua. Kami hanya bersiar-siar di persekitaran berhampiran hotel penginapan untuk merakam gambar. Pelan asalnya untuk mencari Paris Mosque terpaksa dibatalkan kerana anak perempuan saya agak kurang sihat. Saya biarkan dia berehat di bilik sahaja takut melarat. Mujur saya ada bawa ubat demam dari rumah. Sejam kemudian, saya pulang ke bilik dan mula berkemas. Tepat jam dua belas tengah hari, kami check out. Semua bagasi ditinggalkan di lobi hotel dan kami terus ke Gare de Lyon. Di situ ada ruang untuk berehat sementara saya dan suami keluar mencari restoran  halal untuk membeli makanan. Banyak restoran di luar stesen Gare de Lyon. Pilih sahaja yang mana berkenan. Restoran orang Arab,
berhampiran Gare de Lyon
orang Pakistan, orang India muslim, Lebanese atau orang Turki. 

Lewat petang, kami kembali semula ke hotel untuk mengambil bagasi. Suami meminta tolong staf hotel untuk memanggil teksi dan membawa kami ke Paris Galilieni Porte Bagnolet, stesen bas antarabangsa. Kami terpegun apabila mendapati teksi yang menjemput adalah sebuah mercedes hitam, siap beruniform pemandunya. Setengah jam perjalanan, kami pun tiba. Tambang yang dikenakan juga agak  
teksi dari hotel ke stesen bas
berpatutan iaitu 28 euro sahaja. 

Kami mencari ruang yang agak tersorok untuk menunaikan solat  di stesen bas tersebut. Tepat jam 10.30 malam, kami menaiki bas Euroline (24 euro seorang) menuju ke London. Bas melalui Channel Tunnel iaitu terowong bawah laut yang memakan masa terlalu lama untuk disiapkan. Kertas cadangan pembinaannya dimulakan sekitar tahun 1802. Namun begitu hanya pada tahun 1988 ianya bermula dan dibuka kepada awam pada tahun 1994. Terowong tersebut merentasi selat Inggeris (English Channel). 
kereta letrik di Paris, sedang dicas


Gare de Lyon



3 Disember, Sabtu - Hari Kelima
lukisan kapur....trafalgar square

Pukul 4.00 pagi, saya terjaga. Semua penumpang perlu turun dengan membawa semua bagasi. Ada pemeriksaan kastam dan imigresin sebelum memasuki United Kingdom. Alhamdulillah, semua urusan selesai tanpa sebarang masalah. Saya menyambung semula tidur. Sehinggalah tiba di destinasi iaitu Victoria Coach Station, London pada jam 6.30 pagi. Berpandukan 'year map', kami berjalan kaki ke Belgrave
trafalgar square
House hotel (218 uk pound). Tak jauh pun, kira-kira dua puluh minit sahaja. 

Jam menunjukkan 7.30 pagi sedangkan check in hotel adalah 2.00 petang. Tiada pilihan, kami tinggalkan semua bagasi di lobi hotel. Staf hotel meletakkan nombor pada bagasi lalu diberikan satu salinan kepada suami. Sistematik, fikir saya. Kami berjalan kaki dengan suhu sekitar 4 darjah Celcius menuju ke Victoria Station. Saya terpandangkan sebuah restoran kecil di situ dengan stafnya yang
bertudung. 'Halal ... muslim food?' soal saya dan dia angguk sambil tersenyum. Orang Algeria katanya. Anak-anak minum coklat panas bersama sandwich telur. Saya dan suami meminta kopi panas. Barulah terasa segar dan selesa untuk meneruskan perjalanan.
Di luar Victoria Station, ada hentian untuk Hop On Hop Off, Bis Bus Tour yang telah ditempah online (26 uk pound seorang). Tidak lama
menunggu, bas pun tiba. Singgahan pertama adalah Trafalgar Square. Walau pun masih awal, pengunjung mulai ramai. Terdapat dua orang sedang melukis menggunakan kapur. Yang pertama melukis bendera-bendera dunia. Yang satu lagi sedang melukis wajah Marilyn Monroe menggunakan kapur warna putih dan hitam. Cantik sangat. Kami kemudiannya mengikuti 'walking tour' pada jam 10.20 pagi. Ada pemandu pelancong yang membawa kami berjalan-jalan sambil bercerita tentang kisah-kisah menarik di London. Kami sampai ke satu kawasan untuk melihat sekumpulan askar berkuda yang memakai uniform merah hitam berjalan. Mereka sedang menuju ke Buckingham Palace sebenarnya. Disebabkan masih letih, kami mencari Big Bus untuk pulang ke hotel. Sempat saya mendengar satu pepatah
menuju ke Buckingham palace
Inggeris semasa di dalam bas yang berbunyi...



if you can conquer the river (Thames), you can conquer London.
if you can conquer London, you can conquer England.
if you can conquer England, you can conquer most part of the world

Begitu sekali mereka menghargai sungai.
Semasa melalui bangunan Parlimen pula, kami diberitahu bahawa kerajaan memilih arkitek berdasarkan kemampuannya untuk menghasilkan bangunan yang boleh bertahan paling kurang 200 tahun. Istana Westminster atau juga dikenali sebagai Dewan Parlimen terletak di tebing Sungai Thames di tengah-tengah kota London. Ia menempatkan kedua-dua dewan Perlimen United Kingdom. Bahagian tertua, Dewan Westminster, bertarikh pada 1097,

tetapi kebanyakkan struktur sekarang dibina pada kurun ke-19, apabila istana
Admiralty Arch, London
ini dibina semula selepas hampir keseluruhannya musnah oleh satu kebakaran pada tahun 1834. Istana ini disenaraikan sebagai
 Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kami tidak mengikuti 'walking tour' sehingga tamat kerana letih. Kami kemudiannya menaiki semula Big Bus untuk pulang. Tepat jam 2.30 petang, kami pun sampai di bilik. Berehat sebentar sebelum saya dan suami keluar berdua sahaja bersiar-siar di kawasan berhampiran Victoria Station.










Green Park..... damai

 4 Disember, Ahad - Hari Keenam
Kami bersarapan di bilik. Kali ini nasi lemak segera yang saya bawa dari tanah air dan panaskan sahaja di dalam microwave.  Kami naik Big Bus sekitar jam 9.30 pagi. Singgahan pertama adalah  Green Park. Taman Green atau Green Park adalah salah satu taman-taman di raja di London. Meliputi sebuah kawasan 53 ekar, ia terdahulunya adalah tempat pengembumian berpaya untuk pesakit
Buckingham Palace
kusta dari hospital berhampiran di Saint James's. 
Dibandingkan dengan jiran-jirannya, Taman Green tidak mempunyai tasik atau sebarang patung atau air pancut tetapi terdiri keseluruhannya dari padang rumput berhutan. 
Kami teruskan berjalan sehingga tiba di Buckingham Palace. Merupakan tempat kediaman rasmi raja British. Mula digunakan pada tahun 1703 oleh Duke of Buckingham dan pada tahun 1761 oleh George III. Istana Buckingham akhirnya menjadi istana rasmi raja British dengan kenaikan
tahta Ratu Victoria pada 1837.  Kami teruskan lagi perjalanan dengan Big Bus dan turun di London Pier. Terdapat Ferris Wheel yang kedua tertinggi di dunia selepas Singapura. Anak laki-laki saya sangat berminat untuk menyaksikan London Dungeon namun kami semua tidak berminat. Saya biarkan dia masuk sendiri dengan tiket berharga 28 uk pound. Sementara menunggu, kami bertiga menyaksikan persembahan individu di kawasan tepi air 'London Pier' itu. Seorang lelaki kulit hitam menunjukkan kehebatannya membengkokkan badan
Seram....persembahan di London Pier


dalam pelbagai cara. Dia juga boleh masuk ke dalam sebuah kotak kecil. Selain itu ada juga persembahan nyanyian dan tarian. Selesai satu-satu persembahan, penonton akan meletakkan sedikit wang di dalam bekas atau topi yang dihulurkan. Di situ juga terdapat sebuah restoran dengan tanda halal. Hari semakin lewat petang apabila kami pulang dengan Big Bus.



Hebat

London Pier - sumbangan ikhlas jika nak bergambar
London Pier - Letak sumbangan
London Pier

5 Disember, Isnin - Hari Ketujuh
Cruise dan Bangunan Parlimen

Saya bangun awal dan panaskan nasi bryiani serta nasi lemak untuk sarapan. Sekitar jam 10.00 pagi, kami  check out. Kalau hotel di Malaysia, biasanya pukul 12.00 tengah hari adalah waktu check out. Kami tinggalkan semua bagasi di lobi dan terus ke Victoria Station. Hari terakhir menaiki Big Bus. Turun di London Pier kerana kami nak naik 'cruise' yang tiketnya diberikan percuma apabila kita menaiki Big Bus.
Tower Bridge
S
epanjang menaiki 'cruise' menyelusuri Sungai Thames, kami melalui beberapa jambatan iaitu 'Waterloo Bridge, London Bridge, Westminister Bridge dan Tower Bridge'. Setiap jambatan ini mempunyai rekabentuknya yang tersendiri dan menghubungkan beberapa tempat utama di sekitar kota London.






Westminister Bridge : Dibuka 24 Mei 1862, 250 m
Tower Bridge : Dibuka Jun 1894, 244m
Waterloo Bridge : Dibuka 1945, 370m
London Bridge : Dibuka 17 Mac 1973, 262 m

Kami naik semula Big Bus buat kali terakhir pada jam 5.00 petang dan turun di Victoria Station. Terus ke hotel untuk mengambil semua bagasi. Malam itu kami bertolak ke Amsterdam dari Victoria Coach Station
Waterloo Bridge 


Westminister Bridge

London Bridge
Ferris Wheel di London Pier
pada jam 7.00 malam. Tiket yang telah dibeli online (18 uk pound seorang) perlu disahkan dikaunter Euroline. Banyak penumpang orang kulit hitam pada malam tersebut. Biasalah mereka agak bising apabila berbual dan ada juga berlaku sedikit perbalahan kecil sesama mereka. 
Sedang lena tidur, saya dikejutkan apabila kena turun untuk cop pasport. Tidak lama kemudian, saya
London Pier dari jauh
juga melihat beberapa orang polis atau imigresin (saya kurang pasti) menahan dan menaiki bas kami. Entah apa yang mereka cari tetapi kami perlu tunjukkan paspot. Seorang laki-laki kulit hitam dibawa turun, diminta menunjukkan beg dompet serta handphone. Akhirnya dia juga mengambil beg dari tempat simpanan bagasi bawah bas dan dibawa pergi. Mungkin tiada paspot, fikir saya. Bas pun bergerak tanpa lelaki tadi. Apabila tiba di Rotterdam, banyak penumpang yang turun, jadi bas agak kosong ketika meneruskan 

perjalanan ke Amsterdam.


Teksi di London, comel dan seragam


Cruise menyelusuri Sungai Thames

Restoran  kegemaran di Amsterdam
6 Disember,Selasa - Hari Kelapan
Setelah sepuluh jam berada di dalam bas, kami tiba di Duivendrencht rail station pada jam 6.00 pagi. Kami naik tren ke Amsterdam Centraal. Nak Check in hotel Travel, masih awal pagi dan bilik pun tidak kosong. Nasib baik staf tersebut menawarkan bilik kecil supaya kami boleh berehat sementara menunggu untuk check in. Walau pun dia minta bayaran tambahan 20 euro untuk bilik kecil tersebut, saya terus berikan kerana kami semua dah letih. Dapatlah juga
Windmill de Gooyer
berehat dan mandi-mandi. Sekitar jam 11.00 pagi, barulah kami dibenarkan check in apabila bilik yang ditempah online telah tersedia dan kemas.
Kami turun makan di restoran Doner Kebab. Saya sukakan kopi panas yang bijinya diblend. Harga pun berpatutan iaitu 3 euro sahaja secawan selain dari kebab dan roti berintinya yang sangat sedap. Berasal dari Pakistan dan telah menetap di situ selama tujuh belas tahun katanya.
Anak-anak pulang ke bilik sementara saya dan suami pergi menaiki Hop On Hop Off, City Sighseeing bus yang telah ditempah online (28 euro seorang). Tempat pertama yang kami singgah adalah 'Windmill de Gooyer'. Merupakan kincir kayu yang tertinggi di Netherlands dan sekarang di anggap sebagai monumen negara. Dibina pada tahun 1609 tetapi tidak lagi dibuka
Bangga...Ibunya orang Langkawi




kepada pelancong kerana tidak lagi berfungsi. 
Singgahan kedua adalah Gasan Diamonds. Mula diperkenalkan pada Oktober 1945. Sejak tahun 1955, Gassan Diamonds menerima kunjungan orang awam ke premis mereka. Pernah mencatatkan pengunjung paling ramai pada tahun 2013 sebanyak 400,000 orang. Perniagaan ini berkembang ke merata dunia dan diterjemahkan ke dalam 26 bahasa yang berbeza. Di
tekun menggilap berlian
Amsterdam, kami dilayan oleh lelaki cina yang ibunya berasal dari Langkawi, Malaysia. 'Lihat sedikit-sedikit' katanya kepada saya bila tahu kami orang Malaysia. Dia menerangkan segala-galanya berkaitan dengan pemprosesan berlian dan produk yang Gassan Diamonds hasilkan. Selain dari barang kemas, tali pinggang dan beg duit bertatahkan berlian juga dihasilkan. Tiada seorang pun dari ahli kumpulan kami yang berminat untuk membelinya, maklumlah harga pun mahal. Cukuplah sekadar mencuci mata.

Bergambar sahaja, tak masuk pun
Kami menaiki semula City Sighseeing bus dan turun di 'Heineken Ecperience'. Tersergam besar kilang Heineken di tepi jalan dan boleh dilawati bagi yang berminat. Saya dan suami terus berjalan kaki mencari 'The Albert Cuyp Market'. Hampir setengah jam berjalan kaki dan bertanya penduduk setempat, kami pun tiba di destinasi. Mula diperkenalkan pada tahun 1904 dan terdapat sehingga 300 gerai masa kini. Pelbagai jenis barang di jual termasuklah makanan dan pakaian. Beg-beg tangan, baju sejuk, puluhan jenis keju, kraftangan, hasil tangkapan laut dan buah-buahan semuanya ada. Dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.00 petang kecuali hari Ahad. Menurut seorang penjual, pasar tersebut sesak dengan pengunjung pada musim panas. Bulan Disember ini agak kurang pengunjung kerana musim dingin dan ada penjual yang menutup
Albert Cuyp Market
kedai mereka lebih awal. Saya beli sedikit cenderahati serta beg-beg galas kecil untuk anak-anak. Kami berjalan kaki semula ke kilang Heineken untuk menaiki City Sightseeing bus dan pulang ke hotel. 

Pada sebelah malamnya saya keluar dengan anak laki-laki sahaja untuk membeli makanan di restoran Doner Kebab kegemaran kami. Suami dan anak perempuan nak berehat di bilik sahaja, kepenatan. 





Albert Cuyp Market ....Macam-macam keju
Roti berinti daging, kegemaran saya
7 November, Rabu - Hari Kesembilan
Masa untuk check out adalah pukul 10.00 pagi. Buat kali terakhir, kami singgah di restoran yang sama untuk bersarapan. Kemudian berjalan kaki ke Amsterdam Centraal. Tiket train untuk ke Schiphol airport telah dibeli online (5.20 euro seorang). Sebelum menaiki tren, saya sedekahkan sebotol jem strawbery dan sebungkus biskut kepada seorang pekerja yang sedang menolak troli sampah di situ. Makanan tersebut
kasut gergasi
saya bawa dari Malaysia tetapi belum berusik. Walau pun menolak troli sampah tetapi langsung tiada bau. Mungkin tiada makanan basah yang basi, fikir saya.
Pesawat bergerak tepat jam 5.00 petang. Seperti waktu datang tempoh hari pesawat Qatar yang kami naiki  singgah di Hamad International Airport , Doha selama satu jam sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami selamat

Doner kebab, kegemaran anak laki-laki
mendarat di KLIA tepat jam 3.00 petang keesokan harinya. Tiba-tiba hati terasa rindu pada makanan Malaysia.... sebaik turun dari tren KLIA transit, kami terus mencari restoran di pekan kecil Salak Tinggi. Macam mana sedapnya makanan di Eropah, tetap tak sama dengan makanan orang melayu. Walau pun berada di negara orang putih  tak sampai sepuluh hari tetap meninggalkan seribu satu kenangan manis dan indah.

Amsterdam mengingatkan saya tentang jernihnya air sungai yang
Albert Cuyp Market
mengalir sehingga batu-batu di pinggirnya yang cetek dapat dilihat dengan jelas. Keramahan penduduk tempatan yang sentiasa membantu apabila kami memerlukan pertolongan. Selain itu banyak bangunan-bangunan lama yang masih kekal cantik di Amsterdam, Brussells, Paris dan London menjadikan setiap kota yang dikunjungi mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. In syaa Allah, jika diizinkan olehNya saya akan ke sana lagi.....