Thursday 7 June 2018

SHANGHAI

16 hingga   23   Mac  2018

17 Mac  2018, Sabtu  - Hari Pertama
Penerbangan Airasia yang sepatutnya berlepas pada jam 11.30 malam telah tertunda selama satu jam. Tepat jam 12.30  tengah malam, barulah pesawat bergerak. Alhamdulillah.... sekitar jam 5.00 pagi pesawat telah mendarat dengan selamatnya.
Hari semakin cerah kerana matahari mula memancarkan sinarnya. Jam menunjukkan 6.30 pagi apabila selesai semua urusan imigresin serta mendapatkan bagasi. Tiada yang menunggu kami di situ. Saya melihat
airport bus dengan harga RMB 68 atau RM 42 untuk seorang. Mahalnya... Jadi, kami ambil keputusan untuk menaiki tren sahaja. Bukan maglev atau tren laju yer ...sebab mahal jugak. Kami naik mrt sahaja, harganya RM 7 seorang. Murah kan...
Dengan google map yang kami cetak, hotel yang ditempah tidaklah jauh. Seorang laki-laki bersedia untuk membawa kami ke sana. Alhamdulillah, sekitar 15 minit berjalan kaki kami tiba di International Serviced Apartment, Shanghai. Suami ingin menghulurkan sedikit wang sebagai
tanda terima kasih namun ditolak dengan baik dan dia terus berlalu pergi.
Keadaan sangat sunyi. Hanya ada seorang wanita di kaunter. Lobi yang ringkas, tiada sebarang perhiasan. Mungkin bangunan tersebut adalah rumah yang sebahagiannya di jadikan unit untk di sewa. Komunikasi sangat sukar kerana tiada yang pandai berbahasa Inggeris. Wanita tersebut mendial nombor seseorang dan saya bercakap dengannya melalui telefon.
Dihujung sana, suara laki-laki yang fasih berbahasa Inggeris. Tuan punya unit yang kami ingin sewa. Katanya waktu check in adalah pkul 2.00 petang. Namun saya meminta kebenaran untuk masuk awal kerana keletihan. Tak kisahlah kalau saya kena tambah bayaran....katanya bilik belum siap. Saya kata saya tak kisah asalkan boleh masuk bilik. Akhirnya dia mengalah. Dia akan hantar cleaner dan saya boleh masuk terus bila dah siap. Fong nama cleaner tersebut.
Setengah jam kemudian Fong pun tiba, seorang wanita awal 40an. Juga tidak
tahu berbahasa Inggeris. Dia minta kami tunggu di lobi namun kami bertegas untuk ke bilik juga. Jam menunjukkan 9.00 pagi. Fong menukar cadar serta bantal, membersihkan cawan serta gelas dan bilik air. Membuang sedikit sampah yang ditinggalkan. Kemudian dia menghubungi owner tadi lagi dan minta saya bercakap dengannya. Saya diberikan password wifi dan password pintu bilik. Tiada kunci...hanya nombor sahaja. Mudah. Dia juga minta saya
serahkan bayaran bilik kepada Fong yang berjumlah RMB 2239 atau RM 1382. Saya tanya resit. Dia kata tak perlu sebab Fong memang orang yang dia percaya. Bagi pihak kami, ambil gambarlah. Apa lagi nak buktikan pembayaran...
Bilik tersebut cukup ringkas tetapi dilengkapi dengan microwave, dapur, periuk nasi elektrik serta pinggan mangkuk. Untuk kami berempat, disediakan dua buah katil queen. Pemandangan pula menghadap jalan raya yang sibuk.

Seperti biasa, saya sediakan makanan untuk tengah hari sebelum kami keluar menghirup udara dingin kota metropolitan ini. Dengan penduduk mencecah 24 juta orang, kota ini sentiasa sibuk...seolah-olah tidak tidur. Terdapat 17 line metro yang menghubungkan 393 buah stesen. Dianggarkan setiap hari pengguna MRT ini boleh mencecah sehingga 9 juta orang. 
Kami keluar menaiki MRT untuk ke Disney Circus World sekitar jam 4.00
petang. Cuaca agak dingin sekitar 10 darjah celcius. Sementara menunggu kami mencari tempat yang sesuai untuk bersolat. Mulanya seorang pengawal cuba menghalang, namun kami teruskan sahaja bersolat dan pengawal tersebut terus berlalu sambil menyatakan sesuatu kepada temannya. Pintu masuk dibuka tepat jam 7.00 malam.  Harga  tiket pula bergantung pada kedudukan kerusi bermula dari RMB 150 sehingga RMB 700. Ini adalah kerana pentas berada di tengah-tengah. 

Aksi lagak ngeri mereka sangat mengagumkan. Segalanya memerlukan
Line paling baru
kemahiran yang dilatih bertahun-tahun lamanya. Sama ada berbasikal, berkaki kayu yang tinggi, berjalan atas tali atau menyusun mangkuk di atas kepala semuanya cukup mengagumkan. Secara peribadi, saya rasa cukup berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. 

Aksi penutup adalah penunggang motosikal di dalam sangkar sphere. Mula-mula seorang, kemudian berdua, bertiga sehinggalah lapan orang semuanya. Pegerakan mereka dikawal oleh seorang ketua yang akan membunyikan wisel apabila perlu perubahan pergerakan. Mendebarkan. Takut berlaku sesuautu yang tidak diingin. Pertunjukan berakhir sekitar jam 9.00 malam. Kami segera keluar untuk menaiki tren pulang ke hotel.

18 Mac  2018, Ahad - Hari Kedua
Destinasi hari ini adalah Zhujiajiao ancient Town yang terletak di dalam daerah Qingpu. Stesen MRT yang paling baru adalah 17 dan sempat kami merakam gambar di situ kerana baharu sahaja dirasmikan pembukaannya. Operasi pertamanya adalah pada 30 disember 2017 dan merupakan satu-satunya tren yang sampai ke daerah pedalaman.
Zhujiajiao juga dipanggil 'water town' kerana di sini terdapat banyak sungai dengan 36 jambatan batu yang merentasinya. Antaranya adalah 'Fangsheng
Fansheng Bridge
Bridge' yang merupakan jembatan paling panjang, paling besar dan paling tinggi. Dibina pada tahun 1571 dan dihiasi dengan beberapa patung naga. Selain itu terdapat juga banyak rumah-rumah lama yang masih dikekalkan di tebing-tebing sungai. Difahamkan bandar lama ini telah wujud sejak 1700 tahun dahulu.
Kami melalui ratusan gerai-gerai kecil yang dibina berderetan menjual pelbagai jenis barang. Cenderahati, makanan, baju dan macam-macam lagi. Terdapat juga bot-bot untuk di naiki pengunjung yang berminat
memudiki sungai-sungai di situ. Antara yang menarik perhatian saya adalah manisan daripada madu yang dibuat dalam pelbagai bentuk menjadi tarikan utama buat kanak-kanak. Sangat kreatif....untuk menghilangkan lelah seketika kami singgah makan aiskrim Hagandaaz memandangkan kebanyakan makanan lain adalah tidak halal. 
Kemudian kami pulang semula dan kali ini memang terasa amat letih untuk berjalan kaki ke stesen 17 MRT. Jarak 1.2 km terasa sangat jauh lalu kami memanggil dua buah beca. Satu beca
gula-gula daripada madu
dikenakan harga RMB 30. Melihat penarik beca yang terpaksa turun untuk menolak beca ketika melalui jalan berbukit,  saya hadiahkan dia RMB 10. Rasa simpati tiba-tiba....entah berapalah pendapatan mereka agaknya.
Kami bertukar beberapa tren untuk sampai di apartment. Seperti biasa, lewat petang saya menyediakan makan malam yang ringkas. Di bawa dari rumah. Masak nasi dan panaskan lauk-lauk segera yang ada.






Disneyland, kota keriangan
19 Mac  2018, Isnin - Hari Ketiga
Siap bersarapan di bilik, kami berjalan kaki ke stesen MRT. Saya juga siapkan bekalan nasi dan lauk sebagai bekalan. Hari ini kami akan ke Disneyland. Suami singgah di kedai buah berhampiran untuk membeli pisang. Satu jam perjalanan dan kami tiba sekitar jam 9.30 pagi. Sewaktu di pintu masuk, pemeriksaan sangat ketat. Makanan dalam tin kami dibuang...cuma tinggal telur rebus dan nasi sahaja. Pisang pun hampir dirampas namun suami saya minta semula, nak makan katanya. Saya teringat sewaktu kami di pintu masuk Disneyland Tokyo..
Roaring rapid
makanan kami diserahkan semula apabila saya bagi tahu itu adalah 'muslim food'. Di Shanghai ini, komunikasi sangat susah. Mereka tak tahu bahasa Inggeris. 
Kami terus sahaja ke pintu masuk yang kedua. Tiket telah dibeli online, jadi saya tunjukkan salinan tiket tersebut pada penjaga di situ. Agak lama dia memeriksa di dalam skrin yang ada bila akhirnya dia kata nama saya tiada di dalam sistem. Saya sangat terkejut. Pasport kami disemak berkali-kali. Masih tiada.
Alice in wonderland
Maklumlah dah bayar RM 900 kot / RMB 1480.... akhirnya seseorang dipanggil dan kami diminta pergi ke 'service kauter' untuk selesaikan masalah tersebut. Di situ, komunikasi menjadi mudah kerana ada staf yang fasih berbahasa Inggeris.

Saya dimaklumkan tarikh tiket adalah pada 20 hb...silap saya. Masalahnya pada tiket yang saya cetak, tidak dinyatakan tarikh. Staf tersebut hanya tukarkan tarikh ke 19 hb memandangkan kami dah sampai. Takkan nak suruh kami balik, katanya sambil tersenyum. Selesai  masalah... saya beredar sambil memohon
adventure Isle
maaf berkali-kali disebabkan kecuaian diri sendiri. Kami kembali ke pintu masuk....alhamdulillah. Tiada masalah lagi

Ini merupakan Disneyland ke empat bagi kami selepas Hong Kong, Los Angeles dan Tokyo. Merupakan tarikan terbaru di Shanghai dan dibuka pada 16 Jun 2016. Kami melalui 'Mickey Avenue' dan menyaksikan tarian oleh beberapa watak kartun  di atas jalanraya. Sangat ceria dan yang. Paling teruja pastinya kanak-kanak. 
'Garden Imagination' pula merupakan kawasan yang di bina sangat cantik untuk merakam gambar. 'Adventure Isle' membawa kami ke daerah alam semulajadi sambil berjalan melalui gua-gua yang di bina. Ada juga air terjun  serta sungai buatan yang mengalir. Anak-anak saya mencuba 'Roaring Rapids ' ...kenderaan dinaiki lapan orang memudiki anak sungai yang turun dari bukit tinggi. Saya belikan baju hujan nipis yang berharga RMB 10 untuk mengelakkan kebasahan.

persembahan pentas

'Fantasyland' pula menyediakan satu kawasan lapang untuk pengunjung meneroka alam ' Alice in Wonderland' untuk bergambar. 'Tomorrowland'  memberi peluang buat pengunjung merasai seolah-olah sedang menunggang motor besar di Tron. Pengunjung akan merasai satu pengalaman menaiki kenderaan masa depan dengan kelajuan tinggi yang sangat mendebarkan serta berada di atas langit tinggi Tomorrowland. Memandangkan tempat tersebut berdekatan kantin, saya dan suami singgah untuk
Alice in wonderland
makan tengah hari sementara menunggu anak-anak menaiki Tron. Tiada yang halal di kantin. Kami hanya membeli kopi panas dan makan nasi serta telur rebus yang dibawa. Sambal kerang yang kami bawa dirampas dan dibuang semasa di pintu masuk pertama....huhu

'Treasure cove' membawa kami menemui watak-watak kegemaran ramai. 'Captain Jack Sparow' dipersembahkan di atas pentas yang sangat menarik. Sangat menghiburkan walau pun kami tidak faham apa-apa kerana berbahasa cina. Paling menarik adalah apabila kami merasai pengalaman 'Pirates of the
caribbean Battle for the Sunken Treasure'. Menaiki kenderaan sambil memakai '3D glases' membuatkan kami seoalah-olah berada di dalam  laut untuk mencari harta karun bawah laut . Mendebarkan, menakutkan dan dalam masa yang sama sangat teruja kerana akhirnya kami dibawa keluar dari dasar laut. Inilah pengalaman paling hebat yang tiada di Disneyland lain yang pernah kami kunjungi.
Jam menunjukkan 6.00 petang apabila kami terpaksa meninggalkan 'kota keriangan' ini walau pun banyak juga tempat-tempat yang belum sempat dikunjungi.








20 Mac 2018, Selasa - Hari Keempat
Kami makan nasi dulu di bilik. Macam biasa. Saya masak nasi sahaja. Lauk-lauk segera memang dibawa dari Malaysia. Macam-macam. Kari ayam, kari daging, sup ayam, sup daging, sambal kerang dan lain-lain lagi. Tambahan pula, kami belum ada masa untuk mencari restoran halal di Shanghai.
Lepas solat zohor di bilik, barulah kami keluar. Destinasi hari ini adalah 'The Bund' yang menjadi 'trade mark' bagi kota Shanghai ini. Mujurlah hotel kami sangat dekat dengan stesen MRT. Dalam sepuluh minit sahaja berjalan kaki. The Bund juga di kenali
Etude
dengan nama 'Waitan' atau 'Zhongshan D
ong Yi Lu' yang terletak di sepanjang Sungai Huangpu.
Daya tarikan utama di sini adalah  26 jenis bangunan dengan pelbagai  jenis rekabentuk yang terletak di seberang sungai....menjadikan latar belakang setiap momen dirakam dengan cantik sekali. Terdapat banyak pokok bunga yang ditanam untuk menjadikan kawasan sepanjang sungai tersebut sangat cantik dan menarik. 
Kami memasuki sebuah kedai untuk membelikan seutas am tangan buat anak laki-laki. Sekadar buat
kenangan. Untuk anak perempuan pula, saya belikan beberapa alat 'make-up' di kedai jenama 'Etude'. Katanya jauh lebih murah berbanding di tempat sendiri....
Beberapa jam berlalu tanpa sedar. Cuaca dingin menyebabkan kami tidak merasa letih. Berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Selain itu kami merakam banyak gambar kenangan di persekitaran. Lewat petang, perut terasa lapar. Kami mencari restoran halal yang terletak di East Nanjing Road. Harga agak berpatutan...RMB 40 untuk 3 jenis nasi dan satu mee tarik sup.  Di sini tidak ada nasi campur atau yang dah siap masak... yang ada
mee tarik
hanyalah nasi putih yang diletakkan lauk di atasnya. Macam nasi paprik... Alhamdulillah, kena dengan selera kami tetapi jumlahnya banyak. Tersangatlah kenyang rasanya...sekitar 6.00 petang, kami menaiki MRT dan pulang ke apartment. Mungkin waktu orang ramai pulang dari kerja menyebabkan penumpang tren sangat padat. Malam itu, saya tidak perlu sediakan 'dinner' di bilik kerana masih kekenyangan.













21 Mac 2018, Rabu - Hari Kelima
Hujan agak lebat di luar. Saya memerhati sambil mengharapkan agar hujan segera berhenti. Anak-anak hanya ingin memerap di bilik sahaja. Mujurlah internet boleh digunakan walau pun pada awalnya banyak aplikasi yang tidak dibenarkan di negara cina ini. Antaranya adalah google, instagram, facebook dan banyak lagi. Dengan muat turun VPN, semuanya boleh di gunakan. 
Saya dan anak perempuan, turun ke bawah untuk membeli sedikit makanan. Kebetulan ada sebuah cafe berdekatan hotel menjual pelbagai jenis
roti. Kemudian, saya dan suami keluar apabila hujan mulai reda. Destinasi kami adalah masjid Xiao Taoyuan yang telah dibina pada tahun 1917. Kami menaiki MRT dan apabila turun, seseorang telah menunjukkan arah jalan ke masjid tersebut. Lima belas minit berjalan kaki dari stesen MRT yang kami turun. Masjidnya agak kecil dan kelihatannya seperti banyak penambahbaikan yang telah dilakukan. Sempat kami tunaikan solat sunat di masjid tersebut. Seorang lelaki yang kami temui sempat menunjukkan sebuah restoran
halal yang terletak di seberang jalan. Jalan raya yang sibuk menyebabkan kami terpaksa menggunakan jejantas yang ada. Bersimpang siur jejantas tersebut kerana dibina betul-betul di persimpangan empat. Seperti biasa kami makan mee tarik. Melalui cermin kaca, jelas kelihatan seorang anak muda sedang menyiapkan mee tarik. Memang mengagumkan....macam mana mee tersebut dibuat tanpa mesin. 
Dalam perjalanan pulang, kami melalui jalan yang sama. Sepanjang berada di kota Shanghai ini, saya tidak pernah terserempak dengan orang Malaysia. Mungkin di sebabkan kota
restoran halal
ini terlalu luas dan penduduknya sahaja hampir menyamai seluruh penduduk Malaysia....












 
sedang menyediakan mee tarik
Saya nak beli lauk untuk anak-anak di bilik...puas jugak nak explain sebab mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Tiba-tiba dia sebut 'tapau' lalu saya terus mengangguk. Macam mana lah saya boleh lupa perkataan tersebut yang sering digunakan oleh teman-teman....
Pada sebelah malamnya, kami keluar ke shopping mall yang tidak jauh dari hotel. Tidaklah besar sangat tetapi lengkap. Saya beli sedikit udang besar dan telur untuk dimasak di dalam bilik. Sepanjang berada di Shanghai ini, saya dapati motor kegunaan mereka tiada yang bising enjinnya. Kata suami,  motor tersebut
menggunakan kuasa elektrik bukannya petrol. Sebaik tiba di bilik, saya melihat keluar tingkap dan mendapati seorang lelaki mabuk terbaring di atas jalan raya. Seorang kawannya cuba memujuk, barangkali. Namun dimakinya.... mana-mana pemandu kereta yang cuba menghampiri, dimaki hamunnya. Akhirnya terpaksalah dipanggil anggota polis. Lalu lelaki mabuk itu dibawa pergi...
 

22 Mac 2018, Khamis - Hari keenam
Hari terakhir kami di bumi Shanghai. Kami naik tren menuju ke The Bund. Tujuan kami hanyalah untuk makan tengah hari di restoran yang telah kami singgah tempoh hari. Selain itu saya nak beli sedikit lauk untuk dijadikan bekalan sewaktu menunggu penerbangan pulang pada malam nanti. Selesai makan tengah hari, kami terus pulang ke hotel. Pihak pengurusan tak kisah pun pukul berapa kami nak daftar keluar. Lagi pun tiada apa-apa kunci yang perlu dipulangkan. 
Kami berehat seketika sebelum  menaiki tren pada jam 7.00 malam . Tren ke
airport agak kerap tetapi gerabaknya tidak banyak. Kami terpaksa menunggu untuk mendapat tempat di dalam tren tersebut. Memang padat. Akhirnya sekitar jam 9.00 malam, barulah kami tiba di Pudong International Airport. Mujurlah saya bawa bekalan untuk makan malam kerana tiada kedai halal di lapangan terbang itu. Lama kami melepak di situ kerana pesawat akan berlepas pada jam 6.00 pagi keesokannya. Rupanya kami tidak bersendirian...barulah kami dapat melihat beberapa orang Malaysia
yang juga akan menaiki pesawat yang sama. Hampir seminggu bermusafir di kota Shanghai ini, banyak yang saya pelajari. Orang-orang di sini sentiasa sibuk dan bergerak pantas dari satu tempat ke tempat yang lain. Kadang-kadang terasa sangat susah untuk bertanyakan soalan kerana semua nya nak cepat. Tetapi agak terkejut apabila saya temui seorang 'cleaner' yang fasih berbahasa Inggeris. Ada yang mudah membantu, ada yang sekadar menggelengkan kepala tanda tidak faham...atau sengaja buat-buat tak faham. Walau apa pun, saya tetap merindui tanah air sendiri terutamanya makanan yang memang telah
sebati dengan jiwa ini.



















Sekian.....Hjh Aziah