(# puan kena admin processing...mungkin sebulan )
23 MAC - 1 APRIL 2014
Baru-baru
ini saya sekeluarga berpeluang melancong ke Los Angeles selama
 |
Baru tiba di LA. Tercari-cari 'Flyaway bus' |
lapan hari.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang.
Ingin saya kongsi di
sini bagaimana perancangan dibuat sejak beberapa bulan sebelumnya kerana
meredah kota metropolitan tanpa bantuan sesiapa. Sebenarnya saya memang suka
begini kerana segala perancangan diatur sendiri mengikut kemahuan.
Perbelanjaannya juga jauh lebih murah berbanding 'full package'. Ingin mencabar
diri sebenarnya kerana Los Angeles adalah negara paling jauh pernah saya
kunjungi. Sebelum ini banyak negara yang telah dikunjungi dengan cara yang sama
tetapi urusan ke USA adalah yang paling rumit.
Pada bulan
September ada tawaran tiket penerbangan oleh MAS. Saya tempah untuk bulan
Disember. Kemudian uruskan 'visa' ke USA. Daripada mengisi borang secara
online, bayaran dan penetapan tarikh temuduga semuanya diurus sendiri. Setiap
kali ada masalah, saya hubungi terus ke kedutaan dan mereka memang membantu.
Semasa temuduga, macam-macam soalan ditanyakan. Tentang pekerjaan, tempat
tinggal dan tujuan ke sana. Kami tunjukkan tiket penerbangan dan voucher
tempahan hotel yang dibuat secara online sebagai bukti tentang
kesungguhan kami ke sana. Keempat-empat kami kena hadir temuduga. Kelima-lima
jari kiri dan kanan di scan. Selesai sahaja, pegawai tersebut memaklumkan yang
visa untuk semua orang diluluskan kecuali saya. Hati mulai bimbang kerana
tarikh berangkat cuma tinggal sebulan sahaja lagi. Dia minta saya uruskan
'admin processing' melalui email . Nanti mereka akan telefon.
Beberapa minggu
berlalu, tiada panggilan telefon. Kalau saya hubungi pun, jawapan tetap sama.
Dalam proses. Akhirnya saya buat keputusan untuk tunda tarikh penerbangan.
Dengan sedikit bayaran, saya minta MAS ubah tarikh kepada bulan Mac 2014.
Selesai masalah. Pada awal Disember, saya mendapat panggilan yang
ditunggu-tunggu. Saya sekeluarga berjaya mendapatkan visa ke USA dan tamat
tempohnya ialah pada tahun 2024. Wow! sepuluh tahun.
Saya pun mulalah
melayari internet, melihat tempat-tempat untuk dikunjungi. Kena fikirkan tempat
yang menarik untuk dua anak remaja saya juga...
Tempahan hotel, tiket
ke Universal Studio, Knots Berry Farm, Madame Tussaud, Disneyland Carlifornia
dan Starline Hop On Hop Off bus semuanya saya beli online dan cetak
sebagai bukti.
Kemudian, saya
melihat pula google map untuk ke semua destinasi tersebut. Saya cetak untuk
dibawa ke sana. Melalui internet juga saya dapati menggunakan bas dan tren
untuk ke hotel dari LAX international airport adalah lebih murah berbanding
teksi .
Tarikh 23 Mac hari
Ahad, saat yang dinanti-nantikan tiba. Penerbangan adalah pada pukul 10.50 pagi
dan kami sekeluarga telah berada di KLIA tiga jam lebih awal.
Lapan jam di udara,
kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Berehat untuk 1 jam 40 minit
. Turun sebentar dan menyambung semula penerbangan dengan pesawat yang sama.
Sebelas jam kemudian pesawat selamat mendarat di LAX International Airport.
Waktu di Los Angeles ketika itu ialah 1.30 petang tarikh 23 Mac. Anak-anak
kehairanan. Lalu saya terangkan. Sebenarnya perbezaan waktu antara Malaysia
dengan Los Angeles ialah 15 jam kebelakang.
Selesai urusan di
kaunter imigresen, anak bongsu yang berusia 14 tahun dan suami dibawa
pergi ke satu bilik. Saya tidak pasti atas tujuan apa. Tetapi beberapa orang
rakyat Malaysia yang saya temui di situ, juga melalui proses yang sama. Hampir
setengah jam, mereka keluar. Kata suami, soalan-soalan yang sama juga
ditanyakan selainnya mereka hanya duduk di kerusi. Menunggu sehingga di
benarkan beredar. Ada ramai orang di situ.
Selepas itu kami
keluar untuk mencari bas 'Flyaway' . Tiba-tiba bas tersebut lalu di hadapan
mata. Walau pun belum beli tiket, kami dibenarkan naik. Beli tiket kemudian
kata pemandu bas. Bas flyaway menuju ke satu destinasi tertentu sahaja dan
tidak berhenti di tempat lain. Setengah jam perjalanan, kami tiba di Union
Station. Sebaik turun, pemandu bas menunjukkan booth untuk beli tiket sementara
bagasi kami dijaganya. Di boothe tersebut, 'cash' tidak diterima hanya kad
kredit sahaja. Tambang untuk seorang ialah USD 8. Jauh lebih murah berbanding
tambang teksi.
Untuk ke Ramada Hotel
di Wilshire Western, perlu naik 'subway' atau tren bawah tanah. Seseorang telah
membantu kami untuk membeli tiket melalui mesin kerana tiada kaunter jualan
tiket. Buat kali pertama, kami kena beli kad TAP ( transit acess pass )
dengan harga USD 1.50 dan boleh ditambah nilai bila perlu. Sekali perjalanan
dengan tren tambangnya ialah USD 1.50 tanpa mengira jarak. Baca peta di dinding
dahulu sebelum naik. Di situ ada dua tren utama iaitu 'metro red line' dan
'metro purple line'. Kami naik 'metro purple line' kerana hentian
akhirnya ialah Wilshire Western. Mudah kan ?
Bila sampai, kenalah
cari lif atau tangga bergerak untuk naik ke atas. Dari situ, kami hanya perlu
berjalan kaki. Sepuluh minit berjalan kelihatan perkatan 'RAMADA HOTEL'. Cuaca
agak sejuk, sekitar 16 darjah celcius. Perkara pertama yang menarik perhatian
saya adalah ‘zebra crossing’.Tidak dibelangkan tetapi semua orang
menggunakannya. Hanya ada dua garisan menunjukkan kawasan itu adalah laluan
pejalan kaki melintas. Tanda isyarat lampu akan kelihatan. Tanda 'orang hijau'
untuk melintas dan 'tapak tangan merah' untuk menunggu. Jalan rayanya sangat
bersih dan lebar. Ada enam lorong semuanya!
Sekitar jam empat
petang, barulah dapat merehatkan badan di bilik. Selepas menempuh perjalanan
yang panjang - dua puluh satu jam di dalam penerbangan, bukan sesuatu
yang mudah ! Dengan harga USD 103 bilik tersebut agak luas. Semua
kemudahan asas tersedia termasuk 'cofee maker' dan seterika.
Selepas magrib, kami
keluar berjalan-jalan menghirup udara segar negara orang. Rasa syukur yang amat
sangat kerana akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Los Angeles, suatu daerah
yang sangat asing - dari segi budaya dan penduduknya.
Sepanjang berada di
Los Angeles juga saya dapati waktu solat tidak jauh bezanya berbanding tempat
sendiri. Panjang waktu siang dan malamnya hampir sama .
Hari kedua, saya
ingin mencari Masjid Al Mumin. Berpandukan google
 |
Kawasan komuniti orang Islam |
map, kami berjalan kaki
mencarinya. Beberapa kali juga bertanya dan akhirnya kami temui selepas
setengah jam berjalan. Jauh daripada apa yang di gambarkan. Terletak di persekitaran
komuniti Islam - kebanyakannya orang kulit hitam, hanya sedikit orang putih.
Sebuah rumah banglo sederhana besar dua tingkat yang diubahsuai dijadikan
masjid untuk kegunaan solat Jumaat. Tiada apa-apa tanda yang menunjukkan ianya
sebuah masjid. 'Papan tanda dah jatuh kerana terlalu lama' jawab seorang wanita
bila ditanya. Ingin merakam gambar tetapi dilarang. Pagi itu terdapat
sekumpulan kanak-kanak sedang belajar agama.
Saya mengingatkan
anak-anak betapa bersyukurnya berada di Malaysia kerana mempunyai masjid-masjid
yang hebat walau pun di daerah yang kecil dan terpencil.
 |
Santa Monica Pier ( pinggir pantai ) |
Perjalanan diteruskan
dengan menaiki bas menuju ke Santa Monica Pier. Bas mereka , sangat mesra OKU.
Saya melihat sendiri bagaimana seorang berkerusi roda menahan bas. Sebaik
berhenti, pemandu
 |
Jalan-jalan sekitar Korea Town |
turun dan satu satah condong muncul di pintu. Dia pun menolak
naik kerusi roda lelaki tersebut . Di dalam bas pula, empat kerusi dilipat ke
dinding. Kerusi roda itu di’cangkuk’ pada tempat khas menyebabkannya tidak
bergerak langsung.
Tambang seorang hanya
USD 1.50. Kawasan tepi pantai itu di pagari dan dikenakan tiket . Terdapat
Ferris wheel , roller coaster dan beberapa lagi permainan untuk menarik
pengunjung. Dengan cuaca sederhana panas, ramai pengunjung tempatan yang datang
untuk mandi laut. Tambahan pula musim dingin baharu berlalu...
Saya ke situ untuk
menukar tiket 'Starline Hop On Hop Off Bus' kerana penempahan telah dibuat on
line. Seperti juga tepi-tepi pantai di negara kita, terdapat ramai insan-insan
seni yang berjualan . Antaranya ialah melukis poster dengan warna air dan
melukis pada sebiji beras. Sepanjang pantai, kelihatan ramai orang sedang
berehat - 'sun bathing' barangkali.
Di satu kawasan
berumput, kelihatan seorang laki-laki sedang nyenyak tidur
 |
Sekitar Santa Monica |
,siap ada bantal
tetapi tiada yang peduli. Setelah puas bersiar-siar melihat gelagat manusia di
situ, kami menaiki bas pulang ke hotel.
Sampai di Wilshire
Western, kami ke kedai runcit berdekatan. Agak besar dan dibuka 24 jam. Ingin
membeli roti, telur dan sedikit minuman. Berada di luar negara, saya lebih suka
mengamalkan minuman berasaskan buah-buahan kerana akan lebih mengenyangkan.
Saya tunjukkan kepada anak-anak bagaimana penduduk di situ membayar di kaunter
'self service' . Scan sendiri dan bayar dengan kad tanpa petugas. Hanya ada
satu sahaja kaunter yang ada petugas. Saya juga dapati kebanyakan mereka datang
dengan beg sendiri kerana satu beg kertas harganya ialah 10 cent.
Kami ke 'Papparich ,
Malaysian's delight' sebuah restoran kepunyaan rakyat Malaysia yang menjual
nasi lemak, nasi briyani, roti canai dan roti nan. Di situlah kami selalu
mendapatkan nasi. Sewaktu dalam perjalanan pulang terserempak dengan dua orang
lelaki yang menyorong troli sarat dengan selimut tebal serta pakaian. Mereka
adalah golongan gelandangan yang tiada rumah dan tidur di kaki lima bangunan
yang agak tersorok. Anak-anak kehairanan. Begitulah kehidupan, kata saya. Di
hadapan sebuah kedai pula, kelihatan seorang lelaki bercakap sendirian. Dengan
botol di tangan, dia sebenarnya sedang mabuk. Berjalan terhoyong-hayang,
sekejap marah, sekejap ketawa. Kepada anak-anak saya berpesan, boleh pandang
tetapi jangan terlalu lama. Takut mengundang kemarahan.
Pada suatu hujung
jalan, terdapat tiga orang sedang menjual makanan segera. Menggunakan troli dan
dapur yang ringkas. Barangkali harga yang ditawarkan jauh lebih murah
berbanding restoran . Baunya sangat wangi, tetapi apa boleh buat. Bukannya
halal pun !
Hari ketiga, kami ke
Universal Studio. Mula
di buka pada 14 Mac 1914
 |
Universal Studio |
sebagai 'movie studio’ dan dinaiktaraf menjadi taman
tema pada 15 Julai 1964 .Untuk ke sana kami naik subway 'metro purple line train', turun di Wilshire
Vermon dan menukar 'metro red line train' menuju ke Universal City. Tambang
seorang ialah USD 1.50 sahaja. Keluar daripada subway, kami berjalan kaki ke
stesen bas berhampiran. Di situ ada kenderaan percuma yang membawa
pengunjung terus ke Universal Studio.
Keseluruhannya hampir
sama dengan Universal Studio Singapura . Tiket untuk seorang ialah USD 84. Masih
awal dan pengunjung tidak ramai lagi. Jadi, tak perlu beratur panjang untuk ke
satu-satu tempat. Transformer 3D ride membawa kami mengembara ke dunia
transformer menggunakan kacamata 3D. Revenge of the mummy pula adalah roller
coaster di dalam gua. Gelap tetapi pergerakannya cukup menggerunkan . Satu lagi
ialah filem 4D Shrex , yang pernah di tonton ketika mengunjungi Universal
Studio Singapura. The Simpson ride dan Minion Mayheim adalah pengembaraan
bersama watak-watak katun kesayangan ramai. Memang menghiburkan.
Pengunjung semakin
ramai dan adakalanya terpaksa beratur panjang tetapi
 |
Menyaksikan animal actors |
memang berbaloi. Melihat
pertunjukan pentas 'Animal Actors', saya tertanya-tanya bagaimana dan berapa
lama mereka mendidik haiwan-haiwan tersebut. Walau pun kemunculan setiap haiwan
hanya seketika, namun cukup untuk membuat penonton terhibur. Cuma dua ekor
anjing sahaja yang pandai beraksi agak lama di pentas. Antara haiwan yang
membuat kemunculan istimewa ialah ayam, tkus belanda, kucing, burung kakak tua,
khinzir, dan burung merpati. Melalui 'Studio Tour' pula kami dibawa menaiki
shuttle melihat sendiri rahsia pembikinan filem-filem Hollywood. Juga
menyaksikan King Kong 360-3D iaitu skrin filem 3D terbesar didunia. Kami
 |
Di hadapan Poster 3D, universal studio |
seolah-olah berada di dalam dunia kingkong. Melihat mereka bergaduh dan menarik
shuttle yang kami naiki. Memang hebat dan menakutkan. Juga ditunjukkan
bagaimana mereka menjadikan kawasan laluan kami dipenuhi air dan menjadi banjir
dalam sekelip mata. Hujan pun turun dengan lebatnya.
Shuttle kami melalui terowong
di mana sebuah lori tangki minyak terbalik menghampiri kami, meletup dan
terbakar. Gerabak keretapi pula tiba-tiba patah dua. Menggerunkan. Tetapi semua
itu hanya lakonan semata-mata. Selesai 'studio tour' kami ke tempat 'Special
effects Stage' yang mendedahkan rahsia kesan-kesan khas di buat ke atas
sesebuah filem. Ditunjukkan bagaimana mereka mengelar tangan seorang penonton
menggunakan pisau khas. Juga bagaimana seseorang boleh terbang macam superman. Komputer
memang banyak membantu untuk menghasilkan sesuatu di luar jangkaan.
Di situ juga
ada rumah hantu yang dinamakan 'House of Horror'. Hanya saya dan anak-anak
masuk kerana suami tak berani. Terkejut dengan jeritan pengunjung yang
ketakutan bila terserempak watak-watak menakutkan. Sebaik keluar pintu yang
akhir, kami merasa lega kerana memikirkan sudah tiada hantu. Rupa-rupanya
silap. Di pintu luar pun ada seekor hantu menunggu membuat kejutan terakhir.
Kemudian semua orang ketawa.
Kepenatan akhirnya,
kami mengorak langkah keluar walau pun baru pukul empat petang. Banyak kenangan
untuk dibawa pulang.
Hari keempat, jadual
kami ialah menaiki 'Starline hop on hop of bus'.
 |
Jalan-jalan di Hollywood |
Dari hotel kami naik metro bas
ke LACMA (Los Angeles County Museum of Art). Bas akan lalu di situ pada
pukul 9.30 pagi. Kami keluar awal kerana takut terlepas. Ada dua jenis bas
iaitu 'Rapid bus' yang kurang berhenti dan 'Local bus' yang berhenti di banyak
tempat. Tak sangka pula kami tiba di lokasi pada pukul 8.30 pagi. Jalan di Los
Angeles tidak sesak kerana kenderaan agak kurang . Sambil menunggu 'Starline
HOHO bus' kami merakam gambar dipersekitaran. Cantik dan bersih, kata hati
saya. Seperti yang dijanjikan, bas tiba tepat pada waktunya. Harga tiket
seorang ialah USD 44 untuk 24 jam.
Kami berhenti di
Hollywood, tempat paling popular. Kemudian ambil pula trip 'Movie Stars Home
Tour' iaitu lawatan ke rumah-rumah agam bintang Hollywood dengan menaiki van
yang disediakan. Antara rumah-rumah artis yang dilalui ialah Halle Berry,
Sandra Bullock, Simon Cowell, Katy Perry, Bruno Mars, Tom Cruise, Al Pacina,
Bruce Willis dan David Beckham. Paling hebat adalah rumah kepunyaan Jean Todt,
Presiden F1 yang mempunyai 120 buah bilik. Semua rumah bernilai jutaan ringgit
walau pun pada pandangan mata saya, hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin harga
tanah di sekitar Hollywood dan Beverly Hills terlalu tinggi. Kebanyakan rumah
pula dilengkapi kolam renang serta pengawal peribadi.
 |
Kedai burger halal di Hollywood |
Trip tersebut
mengambil masa dua setengah jam. Sebelum turun, kami menghulurkan sedikit tips
sebagai tanda menghargai tugas pemandu van merangkap pemandu
pelancong. Lagi pun di atas cermin hadapan ada tertulis nilai-nilai tips
yang sesuai iaitu USD 5, USD 10 atau USD 20. Kami terus ke Madame Tussaud yang mempunyai ratusan patung lilin. Antaranya ialah Obama, Selena Gomez, Justin Bibier, Michel Jackson, Jenifer Lopez dan banyak lagi.
Sepanjang laluan kaki
lima di Hollywood, adalah 'Walk of Fame'. Di atas laluan tersebut ditanamkan kepingan
bintang diperbuat daripada logam, tertulis nama artis kesayangan ramai.
Watak-watak superhero
juga banyak berkeliaran di sekitar Hollywood, mengajak pengunjung untuk
bergambar dengan sedikit bayaran mengikut keikhlasan. Ada pula bekas pemain
bola keranjang yang membuat persembahan dengan bolanya, menarik perhatian
ramai. Hanya ada sebuah sahaja kedai menjual burger halal kepunyaan orang
Mesir. Mohd Kamal namanya dan berkahwin dengan wanita Mexico. Dapatlah merasa
burger Los Angeles ! Lewat petang, kami menaiki subway lagi menuju ke hotel
Ramada di Wilshire Western.
Hari kelima ialah
Knott's Berry Farm yang terletak di Bueno Park. Dari
 |
Roller coaster diKnotts Bery Farm |
hotel, menaiki subway
menuju ke Union Station. Ikut perancangan, kami kena naik tren Metrolink tetapi
dah terlepas . Tren berikutnya ialah pada pukul 12.45 tengah hari. Jam di
tangan baru pukul 8.30 pagi. Tak kan nak tunggu, fikir saya. Lalu kami ambil
keputusan naik tren Amtrax yang jauh lebih mahal tetapi akan bertolak pada
pukul 9.30 pagi. Jauh dari apa yang dirancang ! Mana tidaknya, harga tiket
untuk seorang ialah USD 24 sedangkan kalau naik Metrolink hanya USD 16 sahaja.
Satu perkara lagi ialah Tren Amtrax tidak berhenti di Bueno Park sebaliknya
kami kena turun di stesen paling hampir iaitu Fullerton.Dari situ terpaksa pula
bertukar bas sebanyak tiga kali untuk sampai. Mujur kami dibantu oleh orang
tempatan yang baik hati setiap kali bertanya. Semasa di hentian bas, sempat
pula berkenalan dengan seorang nenek berusia 83 tahun yang peramah. Anehnya dia
tidak tahu Malaysia tetapi mengenali Singapura kerana anaknya pernah bercuti ke
sana.
Taman Tema yang pertama USA ini dinamakan begitu bersempena dengan
Ladang berry yang sangat luas terdapat di situ kepunyaan Walter Knott. Beliau menjual pelbagai jenis makanan berasaskan buah berry. Pada tahun 1940 beliau telah membuka 'ghost town' sebagai daya tarikan ke ladangnya diikuti 'camps snoopy' dan 'peanuts character'. Pada tahun 1990, apabila beliau meninggal dunia , anaknya menjual ladang tersebut kepada Cedar Fair yang membangunkannya dengan menambahkan pelbagai jenis roller
coaster untuk tarikan pelancong.Walau bagaimana pun, kini
tiada lagi ladang yang dapat dilihat.
Terpegun apabila
memasuki taman tema tersebut - semua roller coasternya berpusing 360 darjah !
menggerunkan. Saya dan suami langsung tak berani mencuba . Tiada apa-apa 'stage
show' , melainkan 'rides' sahaja. Anak-anak merasa sangat gembira dan puas
kerana tiada roller coaster begitu di negara kita....
Pukul empat, selesai
semua permainan. Kami pun pulang dengan tren amtrax juga. Sampai di hotel,
semua keletihan. Pada sebelah malamnya, kami keluar mengambil angin malam kota
Los Angeles. Melihat gelagat kehidupan manusia....
Hari keenam, kami ke
Disneyland Carlifornia yang terletak di Anaheim. Dibuka pada tahun 1955. Sejak
pembukaannya sehingga kini, Disneyland melalui banyak fasa perubahan dan
penambahbaikan.Pada tahun 2011, taman tema ini berjaya menarik seramai 16.14
juta pengunjung. Saya petik di sini kata-kata pengasasnya :
To
all who come to this happy place: Welcome. Disneyland is your land. Here age
relives fond memories of the past, and here youth may savor the challenge and
promise of the future. Disneyland is dedicated to the ideals, the dreams, and
the hard facts that have created America, with the hope that it will be a
source of joy and inspiration to all the world.
Ini adalah Disneyland
yang ketiga bagi kami selepas Hong Kong dan Tokyo.
Takut tertinggal tren, kami
keluar awal. Naik subway ke Union Station kemudian naik tren Metrolink
yang berhenti di Anaheim dengan tambang USD 18 pergi balik.
Metrolink adalah keretapi biasa , macam KTM juga. Jadi, dapatlah melihat
pemandangan sepanjang perjalanan yang mengambil masa 40 minit. Pukul 8.35 pagi,
kami tiba dan ada shuttle percuma yang
membawa pengunjung terus ke Disneyland Carlifornia. Masih terlalu awal,
tetapi orang telah mula beratur di pintu masuk. Pintu pagar dibuka pada pukul
9.30 pagi walau pun banyak kiosk yang baru hendak memulakan perniagaan.
'Alice In Wonderland'
membawa pengunjung memasuki dunia kartun yang penuh warna warni.' Carlifornia
screaming' adalah roller coaster .'Enchanted Tikki Room' adalah sebuah bilik yang
dipenuhi patung pelbagai jenis watak daripada rimba - pelbagai jenis burung,
bunga dan pokok yang akan bergerak seiring dengan lagu yang dipasang.
Menghiburkan terutama bagi kanak-kanak. Dengan pencahayaan lampu yang sesuai
menjadinya penonton asyik dan tersenyum riang sepanjang persembahan. 'Jungle
Cruise' pula membawa pengunjung menyelusuri sungai buatan dengan pelbagai jenis
patung-patung haiwan bergerak seolah-olah hidup. Memang banyak perkara
yang boleh dilakukan di situ hingga tidak sedar berjam-jam telah berlalu. Yang
tak tahan ialah kena beratur panjang setiap kali hendak menaiki 'rides'. Ada
juga persembahan pentas dan filem animasi 4D. Walau bagaimana pun memang tak
sempat kalau nak habiskan semua acara. Kami hanya pilih yang mana sesuai sahaja.
Kami pun sebenarnya dah keletihan sangat. Pukul 5 petang, kami melangkah keluar
meninggalkan sebahagian keseronokan yang tidak sempat dirasai. Sekitar jam
tujuh malam , kami pun selamat sampai di hotel.
 |
Jalan-jalan di Hollywood |
Hari
ketujuh, tiada perancangan khusus. Sekali lagi Hollywood kami kunjungi. Kali
ini kami ke kedai-kedai cenderahati membeli sedikit buah tangan untuk dibawa
pulang. Seorang pemilik kedai katanya berasal dari India tetapi tidak pandai
berbahasa Tamil. Ibu bapanya telah lama berhijrah ke Hollywood semasa dia
masih bayi. Selain berbahasa Inggeris, dia juga fasih berbahasa Sepanyol.
Tersenyum kehairanan bila dia tahu
yang kami sekeluarga pernah melancong ke Kashmir dan Agra kerana dia sendiri
tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah tumpah darahnya itu !
Hari
kelapan adalah hari terakhir kami di bumi Los Angeles. Kami
menaiki subway
dan seterusnya ‘flyaway bus’ untuk ke Lapangan Terbang. Sekali lagi, kami
terpaksa melalui penerbangan yang panjang, dua puluh satu jam termasuk
transit di Lapangan Terbang Narita. Walau pun tersangat letih tetapi banyak
kenangan manis yang kami kutip sepanjang berada di sana.
GAMBAR-GAMBAR BERSAMA PATUNG LILIN DI MADAME TUSSAUD, HOLLYWOOD
Madame Tussaud LA merupakan bangunan tiga tingkat yang mengambil masa selama lapan yahun untuk disiapkan. Harga keseluruhan adalah USD 55 juta dan dibuka secara rasmi kepada umum pada 1 Ogos 2009. Terdapat 115 buah patung lilin orang yang ternama . Patung lilin pertama yang disiapkan adalah penyanyi Beyonce Knowles dan pelakon Jamie Foxx dengan harga USD 300,000 setiap satu.
|




 |
Persembahan pentas , Disneyland Carlifornia |
 |
Pemandangan dari atas bas Hop on hop off |
 |
Disneyland, Carlifornia |
 |
Disneyland Carlifornia |
 |
Tikki Room, Disneyland Carlifornia |
 |
Roller coaster di Knott's Berry Farm |
 |
knott's Berry Farm |
 |
knott's berry Farm |
 |
Rumah agam artis Hollywood |
 |
Rumah agam artis Hollywood |
 |
Walk Of Fame, Hollywood |
 |
Walk of Fame, Hollywood |
 |
Patung lilin selena gomez |
 |
Patung lilin Steven Spielberg |
 |
Patung lilin jackie Chan
|
 |
Boeng 747 yang hancur untuk penggambaran
Filem War of The World arahan Steven Spielberg
tahun 2005 |
 |
Pesawat dibeli dgn harga USD 2 juta untuk penggambaran |
 |
Bukan rumah sebenar, tempat penggambaran filem |
 |
Rumah untuk penggambaran filem |
 |
Sekitar Santa Monica |
 |
Santa Monica Pier |
 |
WALK OF FAME, HOLLYWOOD
|
 |
Jalan-jalan di Korea Town |
 |
Universal Studio |
 |
Universal Studio |
 |
Pokok Palma menghiasi kebanyakan jalan-jalan raya |
 |
Hollywood, terkenal serata dunia |
 |
Madame Tusaud LA di Hollywood |
 |
Sekitar Hollywood, LA |
 |
Knott's Berry Farm |
 |
Knott's Berry Farm |
 |
Knott's Barry farm |
 |
Willshire atau Korea Town, pokok palma menghiasi jalan raya
|