Saturday 24 February 2018

KEMBARA BALKAN

16 - 28 DISEMBER 2017

Venice/Itali-Vienna/Austria-Zagreb/Croatia-Sarajevo/Bosnia-Kotor/Montenegro-Tirana/Albania-Skopje/Macedonia-Sofia/Bulgaria-Istanbul/Turki

16  DISEMBER 2017- Sabtu, Hari Pertama
KLIA - ready to go


Percutian kami kali ini sepenuhnya diuruskan oleh agent. Terima kasih Kembarasufi travel & tours. Terbaiklah. Berbulan kami mencari secara atas talian sehinggalah akhirnya menemukan kami dengan agent ini. Urusan pembayaran dibuat secara berperingkat sejak Mei 2017. Maklumlah harga untuk seorang adalah RM 6999 termasuk tipping dan insuran. Percutian kali ini kami membawa bersama dua orang anak remaja untuk turut serta. Walau pun pakej ini tidak termasuk makan tengah hari, namun hal
tunggu boarding pass
tersebut bukanlah satu masalah besar bagi kami. Sebenarnya kami pun dah biasa berkembara tanpa pakej. 
Seperti tajuknya, Balkan merupakan satu semenanjung dan kawasan budaya di Eropah Tenggara dengan sempadan berbeza. Pergunungan Balkan meregang dari Sempadan Serbia-Bulgaria hingga ke Laut Hitam. Negara-negaranya adalah Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Macedonia, Montenegro, Romania, Serbia, Slovenia dan sebahagian Turki. Namun tiga
buah negara Balkan ini tidak kami jejaki iaitu Slovenia, Greece dan Serbia.  Kami tiba di KLIA tepat jam 7.00 petang. Selesaikan membalut semua bagasi, kami solat magrib dan Isya di surau. Kemudian terus ke tempat
berkumpul untuk menemui 'guide' yang akan bersama kami. Difahamkan jumlah kami adalah 82 orang termasuk 4 'guide'. Setiap orang mendapat tag nama yang mengasingkan kami kepada dua kumpulan iaitu A dan B.  Selain itu itinerary lengkap dengan jadual solat setiap negara juga diberi. Botol untuk wudhu pula diberikan satu untuk dua orang. Kongsi. Tepat jam 11.30 malam, pesawat Mahan airlines membelah angkasa membawa ratusan penumpang di dalamnya menuju ke Iran sebelum meneruskan perjalanannya ke Milan, Itali.
17  DISEMBER 2017- Ahad, Hari Kedua
Pesawat selamat mendarat di Imam Khomeini International Airport, Tehran pada jam 3.30 pagi waktu tempatan setelah berada di udara selama lapan jam. Penerbangan  seterusnya adalah pada jam 7.05 pagi. menuju ke Milan, Itali Saya melihat jadual solat. Subuhnya adalah pada jam 5.37 pagi. Sempatlah jalan-jalan meghilangkan lenguh kaki dan badan, fikir saya. Sesuatu yang menarik di IKIA Tehran ini, banyaknya caviar dijual. Mahal.
Sforza castle
Caviar merupakan telur ikan sturgeon yang merupakan makanan  bagi golongan elit. Tidak lama kemudian saya dapat tahu ada orang yang dah solat sebab 4.15 pagi dah subuh. Tanya orang Iran katanya. Siap berjemaah lagi mereka. Saya pun teruslah ke surau bergilir dengan suami dan anak lelaki. Walau pun hati tertanya-tanya, saya teruskan juga.  Lega rasa hati kerana selesai tanggungjawab utama sebagai hamba Allah. Saya menonton televisyen yang ada di balai menunggu. Tepat jam 5.37 pagi, azan subuh berkumandang. Kami berpandangan sesama sendiri. Solat semulalah. Usai solat, kami terus memasuki pesawat. Penerbangan mengambil masa lima jam lebih dan pesawat selamat mendarat di Milan airport pada jam 10.05pagi. Urusan bagasi dan imigresin
semuanya berjalan dengan lancar. Di luar airport, telah ada dua bas menunggu A dan B. Saya sekeluarga menuju ke bas A. Pemandu pelancong dari Kembarasufi yang bersama kami adalah Fadly dan Ustaz Firdaus.  Kami diperkenalkan kepada Angela sebagai 'guide' dan Micco, pemandu bas. 

Di dalam bas, Angela mengingatkan kami tentang kepentingan mengenali sesama ahli kumpulan. Jalinkan hubungan yang baik kerana kami akan bersama sepanjang dua minggu berkembara jauh di bumi asing ini. Jaga kebersihan bas. Ia akan menjadi tempat tinggal kami
Sephora lover
untuk beberapa jam setiap hari. Satu peringatan mesra yang ringkas tetapi penuh makna. 
Kami di bawa ke Sforza Castle di Milan, utara Itali. Dibina pada abad ke 15 oleh Francesco Sforza, Duke of Milan. Istana ini telah melalui fasa pengubahsuaian sekitar abad ke 16 dan ke 17. Terdapat beberapa muzium dan koleksi seni di dalam bangunan bersejarah ini. Kami sekadar melihat persekitarannya serta merakam gambar kenangan. Kemudian kami ke
Galleria Vittorio Emanuele ll yang merupakan pusat membeli belah tertua di Itali. Victor Emmanuel ll merupakan raja pertama kerajaan Itali. Di bina pada tahun 1865 sehingga 1877. Kedai-kedai memenuhi sepanjang laluan. Antaranya termasuklah Sephora, Swarovski, Aldo dan Bata. Macam-macam. Ada juga persembahan jalanan. Tiada yang kami beli melainkan makan aiskrim  di dalam cuaca dingin dengan suhu 7 darjah celcius. Sedap sangat....


dinner di hotel Ca de Valle, Venice

boh duit sikit, baru bergambar

banyak orang




Sforza Castle

Sforza castle
Semua orang berkumpul berhampiran Sforza castle. Di satu kawasan berumput di situ, kami menunaikan solat. Sebaik tiba, saya dimaklumkan sebahagiannya sudah selesai bersolat tatkala ditegur oleh penduduk tempatan...salah kiblat. Terpaksalah mereka solat semula. Mujur saya belum. Beralaskan plastik, suratkhabar atau sejadah, kami solat. Angin yang bertiup semakin dingin kerana menghampiri asar. Matahari pun tiada di atas kepala lagi... 
Bas bergerak sekitar jam 4.30 petang. Perjalanan tiga jam  sejauh 245 km tidak begitu dirasakan. Kami benar-benar letih. Maklumlah tidor pun hanya di dalam pesawat. Sambung lagi tidor di dalam bas. Kami tiba di hotel Ca Di Valle, Venice untuk daftar masuk. Sebelum itu, kami terus dihidangkan makan malam. Cara orang itallia... fikir saya. Walau pun tidak banyak, cukup untuk kenyang.



feri ke pulau Venice

18  DISEMBER 2017- Isnin, Hari Ketiga
Saya bangun awal untuk menyiapkan bekalan tengah hari. Seperti biasa keluar negara, saya akan bawa nasi dan lauk segera serta beras juga. Begitu juga dengan periuk nasi, saya bawa dari rumah.
Jam menunjukkan 6.45 pagi apabila semua bagasi perlu dimasukkan ke dalam perut bas. Bersarapan pada jam 7.00 pagi di hotel dengan menu yang pelbagai. 
Saya memilih roti kerana itu yang mudah dan ringkas. Makanan lain macam tak kena dengan tekak melayu saya. Tepat jam 7.30 pagi,
bas bergerak meninggalkan hotel menuju ke Venice.  Sebuah pulau peranginan yang popular diseluruh dunia. Seperti biasa, ustaz Firdaus akan membacakan doa perjalanana 
Venice, sebuah bandar di timur laut Itali dan ibu kota wilayah Veneto. Terletak di seberang sekumpulan 118 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh terusan dan dihubungkan oleh jambatan. Venice dikenali dengan keindahan pemandangannya, senibinanya serta karya seninya.
Untuk tiba di Venice, kami menaiki sebuah feri. Siap ada meja lagi. Angela mengingatkan  tentang ketepatan waktu untuk berkumpul semasa di Venice. Kalau lewat, kenalah beli tiket feri balik sendiri dengan harga 7.50 euro seorang. 45 minit berada di dalam feri, kami pun tiba di Venice. 
Hari masih pagi, sekitar jam 9.00 pagi. Gerai-gerai baru mula nak beroperasi.
Kami memasuki sebuah kedai kecil menjual pelbagai hiasan diperbuat daripada kaca. Seorang pekerja menunjukkan demonstrasi membentuk seekor burung yang comel dan cantik. Pantas kerana takut kaca yang dibakar menjadi keras. Sama seperti di Langkawi.
Kemudiannya kami menaiki Gondola Venetian. Kata orang kalau tak naik gondola macam tak jejak kota Venice... Tiket untuk sebuah godola adalah 80 euro untuk 40 minit perjalanan. Walau pun boleh memuatkan enam orang, kami hanya menaikinya berempat sahaja.  Kami melalui terusan yang kecil dan sempit dipenuhi banyak godola lain yang
membawa pelancong. Di kiri kanan adalah bangunan-bangunan lama dengan lantainya mencecah air. Tiada satu pun sampah kelihatan  menjadikan airnya sangat bersih. 
Satu masa dahulu, dianggarkan terdapat 10,000 gondola namun kini hanya tinggal 500 sahaja. Ianya diperbuat daripada kayu menggunakan tangan di dalam bengkel khas.
Turun dari gondola, kami menghabiskan masa di San Marco Square. Banyak gerai menjual cenderahati telah mula beroperasi. Selain itu kami hanya merakam gambar kerana bangunan yang ada di
persekitaran sangat cantik dengan senibina yang sangat lama. Pembinaannya bermula seawal tahun 800 sehingga 1100. Namun penambahbaikan telah dilakukan dari masa ke semasa.
Kami menaiki feri semula. Pergi ke tempat parkir bas. Perjalanan diteruskan ke Vienna. Dengan jarak lebih kurang 440 km, biasanya mengambil masa 6 jam. Sebaik bas bergerak, kami mengambil peluang untuk memperkenalkan diri masing-masing. Angela memulakannya dahulu. Seorang wanita lewat empat puluhan dengan pengalaman lebih dua puluh tahun sebagai pemandu pelancong. Berasal dari Bulgaria.  'Happily divorce'... tambah Angela yang punya seorang anak lelaki berusia 23 tahun. Micco, pemandu bas juga berasal dari Bulgaria. Ustaz Firdaus yang kali pertama ikut serta  pernah menghasilkan lima buah buku. Fadly pula telah beberapa kali membawa pelancong ke negara-negara Balkan ini. Diantara ahli kumpulan kami, yang
paling tua adalah lelaki berusia 67 tahun sementara yang paling muda adalah kanak-kanak berusia setahun. Terdapat pelbagai latar belakang pekerjaan. Antaranya guru, perancang bandar, kontraktor, pengusaha ladang, pakar sains dan lain-lain.
Dua jam berlalu dan kami singgah di satu kedai. Makanan percuma diedar. Mungkin menu Itali lagi. Nasi bercampur sayur dan lauk. Rasa masam dan pedas yang teramat sangat. Tak sesuai dengan tekak saya. Mujur ada bekalan .  Anak saya mencuba air coklat panas dari kedai di situ. Sangat pekat dan likat. Tak macam
dinner box...hotel Pyramide
minuman pun.. Kami juga menunaikan solat di kawasan pakir di situ.  Sepanjang perjalanan, pemandangan sangat cantik. Gunung-gunung , sungai- sungai yang jerneh dan pokok-pokok pine yang ditutupi salji menjadikan semuanya sangat putih dan bersih. Selain itu, kami juga melalui beberapa buah terowong yang menembusi beberapa buah bukit atau gunung. 
Di sempadan, tidak banyak kerenah yang kami hadapi. Jam menunjukkan l0.30 malam, barulah kami tiba di hotel Pyramide Vienna. Kami diberikan 'dinner box' oleh pihak hotel. Menyelerakan... ada nasi, udang, sambal, sayur-sayur dan dan siput sudu (kupang). Nampak ringkas tetapi sedap. 

Gambar-gambar di pulau Venice







bekas jem tu, boleh dimakan
19  DISEMBER 2017- Selasa, Hari Keempat
Saya bangun awal untuk menyiapkan bekalan makan tengah hari. Bersarapan di hotel dan terus menyimpan bagasi di dalam bas sekitar jam 7.30 pagi. Biasanya saya ambil roti bersama telur, keju, ejm dan butter. Teruja saya apabila mendapati bekas kecil untuk meletak jem boleh dimakan, macam keropok rasanya. Tak pernah jumpa di mana-mana hotel yang pernah saya pergi sebelum ini...
Tepat jam 8.30 pagi, bas mulai bergerak. Ustaz Firdaus membacakan doa perjalanan. Kami akan menghabiskan
masa pagi itu di kota Vienna, Austria. Di dalam bas, Angela bercerita tentang Princess Elisabeth atau lebih popular dengan gelaran 'Sissi' yang merupakan permaisuri kepada Franz Joseph I iaitu pemerintah Austria satu masa dahulu. Franz Joseph I jatuh cinta pada Sissi  yang baharu berusia l6 tahun. Mereka berkahwin pada 24 April l854 sebelum menempuh pelbagai rintangan walau pun mencintai di antara satu sama lain. Sebenarnya Sissi adalah anak kepada kakak Franz Joseph l itu sendiri. 
Vienna terkenal sebagai 'kota muzik di Barat' kerana melahirkan pemuzik-pemuzik ternama dunia seperti Schubert, Johann Strauss l dan Brahms. Selepas Perang Dunia ke ll, kota ini bangkit menjadi kota industri moden dan pusat komunikasi, kesenian, muzik serta teater. Kami melalui Hofburg atau Imperial Palace, Shconbrunn Palace dan City Hall. Hofburg merupakan sebuah istana yang dibangunkan pada kurun ke 3. Kini, ia merupakan tempat kerja Presiden Austria
Selain kedai-kedai, terdapat juga bazar-bazar yang menjual pelbagai kelengkapan menyambut krismas. Sempat saya mencuba buah berangan di situ dengan harga 3 euro untuk l0 biji sahaja. Memang sedap. Terdapat juga
Hofburg
pewangi-pewangi yang dibuat daripada pelbagai jenis buah limau. Selain itu ada juga coklat yang dibuat dalam pelbagai bentuk... cantik dan kreatif. Di sini juga anak saya mencuba segelas air coklat panas dengan harga 4.2 euro. Sedap dan menyegarkan.  
Sepanjang melalui bangunan-bangunan yang ada, kami merakam sebanyak mungkin gambar. Senibinanya cantik. Cuaca pula sejuk menyebabkan kami tidak sedar masa berlalu. Yang tak tahannya adalah terpaksa mencari tandas. Mujur ada
'underground'. Walau pun percuma, namun ada pekerja yang menyelia.
Sedang menunggu bas, beberapa orang gadis cantik memegang sekuntum bunga ros merah menghampiri.  Kalau terima, kena derma seikhlasnya.... patutlah dia menghampiri kaum lelaki sahaja.  Minta sedekah rupa-rupanya. Nampaknya tiada  yang sudi menerimanya... berlalulah gadis-gadis tadi pergi entah ke mana. Hampa barangkali.
Kami menaiki menaiki bas tepat jam l2.30 tengah hari. Kali ini kami akan
Coklat panas...menyegarkan tekak
melalui sempadan Slovenia sebelum meneruskan perjalanan ke Zagreb, Croatia. Mungkin disebabkan kami hanya melintasi Sloveia, maka tidak perlulah semua orang turun di kaunter imigresin. Cukup hanya guide kami yang menunjukkan semua paspot. Perjalanan dari Vienna ke Zagreb adalah sejauh 268 km. 

Setelah tiga jam perjalanan, kami singgah untuk makan dan solat jamak. Kali ini kami juga diberikan 'lunch box' . Nasi goreng. Agak sedap. Namun saya lebih suka makanan Malaysia... bekalan yang dibawa. Pemandangan di sepanjang jalan masih sama... gunung-ganang dan puncak-puncak pokok diselaputi salji memutih. 
Buah berangan bakar
Vienna

Vienna, Austria

patung ada di mana-mana



hadapan Hotel Holiday, Zagreb
Kami tiba pukul 6.30 petang di Hotel Holiday. Angela mengingatkan tentang pertukaran mata wang di situ. 'Tukar sekadar diperlukan sahaja kerana wang tersebut tak boleh di gunakan di negara lain nanti'.  l euro bersamaan dengan 7.5 kuna. Berhampiran hotel, terdapat sebuah shopping mall iaitu City Colloseum. Ramailah diantara teman-teman kami yang ke situ selepas makan malam. Sedikit tentang Croatia dikongsikan oleh ustaz Firdaus. Pertama kali Islam dibawa masuk ke Croatia oleh empayar Uthmaniyah adalah ketika berlakunya peperangan Croatian-Ottoman dari abad
guide orang Croatia, Adam
l5 hingga l9. Pemerintah empayar Uthmaniyah ketika itu, Raja Sulaiman Al-Qanuni amat digeruni menyebabkan banyak negara yang menghantar ufti kepadanya. Di bawah kekuasaan beliau, banyak orang Croatia yang memeluk Islam. Namun selepas beliau, pemerintah lain gagal untuk mengekalkan kekuasaan empayar Uthmaniyah ini. Hebatnya Raja Sulaiman ini yang dilantik menjadi gabenor Istanbul pada usia l7 tahun. Ketika usianya 25 tahun pula, beliau diangkat menjadi sultan setelah ayahandanya meninggal dunia. 


Kaptol atau old Zagreb
20  DISEMBER 2017- Rabu, Hari Kelima
Selepas bersarapan di hotel, kami meletakkan bagasi di dalam bas. Di Zagreb, kami di temani Adam, guide orang tempatan. Destinasi pertama adalah di 'Kaptol hill atau old zagreb'. Petempatan ini telah wujud seawal tahun l094 lagi. Salji halus mulai turun namun tidak begitu ketara yang akhirnya berhenti begitu sahaja. Terdapat sebuah Catedral dibina pada tahun 1217 di situ. Pada tahun 1242 ia telah rosak teruk semasa pencerobohan Mongol. Dipulihkan dan dibina semula pada tahun l263. Seterusnya kami ke 'Dolac'
yang  merupakan sebuah pasar terbuka yang paling popular menjual pelbagai barangan basah dan kering. Selain itu banyak juga bunga hidup serta pokok-pokok bunga yang dijual sempena perayaan krismas tidak lama lagi. Semasa sedang asyik membelek dan bergambar, saya mendengar salam dari seorang penjual. Kami senyum. Salam dibalas. Di sini, susah nak kenal orang islam. Dolac telah menjadi tempat perdagangan utama bandar sejak tahun 1926. Peladang dari kampung sekitar datang menjual
makanan buatan sendiri dan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat segar. Di pasar tertutup di bawah adalah penjual daging, pengusaha ikan serta pelbagai jenis keju. Destinasi seterusnya adalah ke Masjid Zagreb yang merupakan masjid terbesar di Croatia. Sekolah Menengah Islam 'Dr. Ahmed Smajlović' dan sebuah pusat kebudayaan beroperasi di dalam masjid ini.

Pembinaan bermula pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1987. Sultan bin Muhammad Al-Qasimi, Emir Sharjah, mendermakan USD 2.5 juta untuk pembinaan masjid tersebut. Beliau juga telah melawat komuniti Islam di Zagreb pada tahun l983. Di luar masjid ada banyak meja makan tempat berehat.  Angin yang sangat dingin tidak kami hiraukan. Perut terasa lapar. Kami buka bekalan.Sebenarnya ada sebuah restoran di dalam kawasan masjid tersebut.


Dolac atau pasar terbuka

Lepas makan kami  menunaikan solat jamak di dalam masjid tersebut sebelum menaiki bas untuk bergerak ke Bosnia & Herzegorvina. 
Perjalanan yang panjang ini di isi dengan cerita oleh ustaz Firdaus lagi. Cerita tentang bagaimana Nabi Muhammad saw menerima wahyu menyegarkan kembali ingatan kami. Semua orang tahu cerita itu. Moralnya juga. Kesetiaan dan kepercayaan seorang isteri tanpa berbelah bahagi perlu diambil iktibar. Selesai cerita ustaz, Angela pula sambung. Perjalanan yang akan dilalui adalah sekitar 400 km, l80 km menggunakan  lebuhraya sementara
Zagreb mosque
bakinya 220km adalah jalan kampung yang sempit dan berliku. Penduduk Croatia membayar 25% gst. Sebagai balasannya, mereka mendapat pendidikan dan kesihatan percuma serta pencen. Purata pendapatan penduduknya pula adalah sekitar 800 euro sebulan. Memasuki sempadan Bosnia juga tiada masalah. Fadly serahkan paspot masing-masing. Seorang pegawai memasuki bas dan melihat paspot di tangan kami. Kami  selamat sampai di hotel Hollywood, Sarajevo sekitar jam 8.30 malam. 
Dinner di hotel Hollywood...sedap


21  DISEMBER 2017- Khamis, Hari Keenam
Mata wang Bosnia adalah 'Mark'  dan nilainya l.95 Mark bersamaan dengan l euro. Kami bersarapan di hotel. Masukkan semua bagasi di dalam bas. Tepat jam 8.30 pagi, kami menuju ke Sarajevo, ibu kota Bosnia & Herzegorvina. Ustaz Firdaus tidak pernah melupakan doa perjalanan untuk kami amiinkan. Alhamdulillah. Beliau menyampaikan tazkirah pendek tentang doa yang tiada hijab. Antaranya adalah orang yang dizalimi, orang yang bermusafir kerana Allah dan doa ibu untuk anaknya. Disambung pula dengan cerita zaman
nabi saw. Dari atas bas, jelas kelihatan bangunan-bangunan yang rosak disebabkan peluru atau bom  yang dibiarkan begitu sahaja. Atas alasan supaya generasi akan datang dapat melihatnya. Begitu kata Angela. Namun banyak juga bangunan yang telah di baikpulih. Perang penghapusan etnik ini berlaku dari tahun l992 sehingga l995 yang menyaksikan pelbagai kekejaman berlaku di negara ini. Islam merupakan agama terbesar di Bosnia selepas  Kristian. Sampai di
pusat bandar Sarajevo,  pokok-pokok dan sebahagian tanah diselaputi salji. Kami  berjalan dengan lebih berhati-hati, takut terjatuh. Mungkin salji turun lebat pada sebelah malamnya. Kami terus ko kota lama atau 'Bascarsija'. Kami disambut ratusan burung merpati di situ. Gebu dan gemuk. Sejuk barangkali. Maklumlah suhu ketika itu - l darjah Celsius.
Bascarsija merupakan sebuah bazar tua dan pusat sejarah serta kebudayaan bagi Sarajevo. Juga merupakan satu destinasi pelancong yang wajib dikunjungi. Diwujudkan pada abad ke l5.  Walau bagaimana pun
Bascarsija atau kota lama Sarajevo
telah berlaku satu kebakaran besar di situ pada abad ke l9 yang memusnahkan sebahagian besar daripada jumlah bazar yang ada. 

Masjid Husrev-bey yang dibina pada abad ke l6 juga terletak di sini. Merupakan masjid historikal terbesar di Bosnia & Herzegovina yang mempunyai rekabentuk binaan zaman Uthmaniyah.
Ada kedai di ruang yang terbuka, penuh dengan salji. Pada musim-musim begini, kedai yang terbuka tidak menarik minat pengunjung. Kami singgah di beberapa kedai


















Sarajevo






menjual cenderahati. Sekadar beberapa jenis 'keychain' dan 'fridge magnet' untuk dibawa pulang. Selainnya tiada yang menarik minat. Kami memasuki  restoran Osmanli  untuk memesan minuman. Coklat dan kopi panas. Cukup untuk memanaskan tekak. 
Pukul ll.00 pagi, kami semua menaiki bas menuju ke Mostar, Herzegovina yang jaraknya adalah sekitar l20 km. Micco memberhentikan bas apabila tiba di satu kawasan lapang yang penuh
salji. Nak merasa main salji, kata Angela. Semua seronok dan turun dari bas. Bergambar sambil mengepal salji. Maklumlah kat Malaysia tiada salji. Walau pun setengah jam di situ, badan mulai menggigil. Kami menaiki bas semula untuk menyambung perjalanan. Semua orang gembira. Fadly mewakili kami semua untuk mengucapkan terima kasih kepada Micco yang memahami....
Kami tiba di Mostar, Herzegovina. Air sungai mengalir deras. Turun dari bas, terpaksa berjalan kaki menuju ke 'Mostar bridge' yang popular. Tak sabar rasanya untuk melihat jambatan tersebut. Ia melambangkan Bosnia & Herzegovina. Kalau tak sampai jambatan tu, memang tak sampai Bosnia lah namanya. Kami makan bekalan yang dibawa. Kemudiannya baharulah kami bergambar.
Pengunjung sangat ramai di situ. Semua orang mengambil kesempatan untuk merakam gambar. Laluan agak basah dan licin menyebabkan ada yang terjatuh, mujur tiada apa-apa. Di kiri kanan jalan terdapat banyak gerai menjual cenderahati. Selesai bergambar, kami sempat pula singgah di satu restoran. Walau pun baru makan nasi, teringin pula nak merasa kebab di Herzegovina ini. Lalu singgahlah kami di satu restoran kecil berhampiran Mostar bridge. Dua kebab dan dua coklat panas sudah
Mostar bridge
cukup untuk kami berempat. Sedap. 
Sekitar 5.00 petang, bas bergerak menuju ke Trebinje (sebut tri-bin-nye). Sebaik bas bergerak, ustaz Firdaus memimpin bacaan tahlil. Satu pengisian yang bermanfaat. Kami tiba pada jam 8.30 malam dan menginap di hotel Bellevue (Trebinje). Makan malam masih ada. Selepas makan, kami naik ke bilik masing-masing. Keletihan.
Mostar bridge


Fadly, guide yang di senangi semua
Dinner di hotel Bellevue
22  DISEMBER 2017- Jumaat, Hari Ketujuh
Dubrovnik

Hari ini sarapan pagi lebih awal, jam 6.45  kerana bas akan bergerak pada jam 7.30. Seperti biasa, saya bangun lebih awal untuk menyiapkan bekalan. Di dalam bas,   doa perjalanan dibacakan. Kemudian ustaz Firdaus bercerita tentang Saidina Umar. Khalifah islam yang terkenal dengan ketegasannya. Satu hari saidina Umar hendak pergi ke Palestine dari Madinah ditemani pembantu baginda. Dengan menaiki seekor unta, perjalanan dianggarkan mengambil masa 24 jam. Baginda meletakkan syarat iaitu bergilir-gilir
menaiki unta dan siapa yang  di atas unta, hendaklah membaca surah Yaasin. Ketika memasuki kota Palestine, kebetulan pembantu baginda yang berada di atas unta. Lalu penduduk Palestine menyangka itulah Saidina Umar, lantas meraikannya. Baginda yang sedang memegang unta hanya membiarkan sahaja tanpa memberitahu hal yang sebenar. Sehinggalah ada seseorang yang mengenali baginda. Begitulah sikap Saidina Umar. Baginda semakin disenangi dengan sikapnya yang zuhud dan tidak menyombong diri. Jadikanlah pengajaran...
Kami tiba di Dubrovnik, Croatia pada jam 9.00 pagi. Menghabiskan masa selama dua jam di situ, kami menyaksikan indahnya bumi Dubrovnik. Bangunan-bangunan cantik yang dibina dilereng bukit serta menghadap laut. Banyak kapal layar yang berlabuh di situ. Dubrovnik adalah sebuah bandar Croatia di Laut Adriatik. Merupakan sebuah pelabuhan laut dengan jumlah penduduknya adalah 42,615 (banci 2011). Pada tahun 1979, bandar Dubrovnik menyertai senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO. 
Beberapa pohon limau berbuah lebat, namun tiada yang sudi memetiknya. Kalaulah dapat diambil... sempat juga membeli minuman coklat panas serta 'cucur manis bersalut coklat'. Sedap. 

Dubrovnik
Dubrovnik

Latar belakang macam lukisan ..Trebinje
Pemandangan di hadapan hotel Bellevue, Trebinje

Teluk Kotor - lihat gunungnya berwarna hitam
Pukul ll .00 pagi, kami menuju ke Montenegro. Di sempadan ini, kami terpaksa menunggu agak lama. Hampir satu jam. Entah kenapa saya tidak pasti. Montenegro bermakna 'mountain + negro' kerana banyak gunung berwarna hitam di negara ini. Kali ini ustaz Firdaus bercerita tentang 'Ashabul Kahfi' atau 'seven sleeper' yang berlaku di Jordan. Kisah pemuda yang ditidurkan ratusan tahun di dalam gua. Bas menaiki feri untuk ke bandar Kotor yang  mengambil masa tak sampai setengah jam pun. Kami dibenarkan turun bas  seketika untuk merasai  angin dingin  Teluk Kotor.
Kotor, Montenegro
Tiba di bandar Kotor, kami memasuki satu kawasan tertutup yang di dalamnya di penuhi kedai-kedai serta restaoran. Ada tiket tetapi tak pasti berapa kerana Angela telah uruskan segalanya. Kami solat jamak di satu kawasan lapang di situ sebelum makan bekalan yang di bawa.  Teluk Kotor menganjur ke Laut Mediteranean di mana terdapat ribuan pulau-pulau kecil yang tidak berpenghuni. Pukul 4.30 petang, hari mulai gelap dan kami terus bergerak ke Tirana, Albania yang jaraknya sekitar l90 km sahaja. Perjalanan

mengambil masa lebih lama kerana jalannya sempit, berbukit dan berlurah. Kenderaan tidak banyak. Tidak berselisih dengan bas pun kecuali kereta-kereta biasa. Melepasi border tanpa banyak kerenah. Hari ini sahaja, kami terpaksa melalui tiga 'border' iaitu Croatia, Montenegro dan Albania. Memang meletihkan. Kami tiba di hotel Luani Arte sekitar jam 9.30 malam. . Dinner yang ringkas sahaja.... kambing, salad serta puding caramel yang sedap. Bilik di hotel ini sangat cantik, begitu juga dengan
Kotor


Bandar Kotor, Montenegro


hiasan-hiasan di laluan serta lobi. Lampu-lampu kecil yang cantik menghiasi dinding-dinding. Begitu juga dengan langsir-langsir yang menghiasi bilik tidur kami. Sangat cantik.

23  DISEMBER 2017- Sabtu, Hari Kelapan 
Seperti biasa, kami perlu berada di atas bas tepat jam 8.00 pagi. Kami menuju ke 'Toptani Shopping centre'. Mungkin ada di antara teman-teman kami yang berbelanja di situ. Kami....
Hiasan di ruang makan, kelihatan mewah
hanya sekadar 'window shopping'. Kemudian terus menuju ke masjid Et'hem Bey yang hanya kira-kira l5 minit berjalan kaki dari shopping mall tadi. Banyak orang di persekitaran kerana terdapat 'funfair' bersebelahan masjid. Sempena Krismas barangkali. Masjid tersebut 
di bina pada abad ke l8. Pernah ditutup semasa era perintahan komunis dan dibuka semula pada tahun l99l tanpa kebenaran pihak berkuasa. Walau pun begitu, tiada pihak yang mengganggu atau menghalang orang
Toptani shopping center
islam untuk beribadat di situ. Kami ke taman berhampiran untuk makan tengah hari... bekalan yang saya bawa. Sambil berjalan-jalan menghirup angin dingin l0 darjah, kami terpandang kiosk menjual aiskrim. Walau pun sejuk, tetap nak makan. Sedap. Matawang di sini adalah l30 lek bersamaan l euro. Kami menaiki bas semula . Bandar seterusnya adalah Skopje (sebut skop-pi-ye), Macedonia yang jaraknya lebih kurang 300 km. Sepanjang jalan, banyak ladang-ladang sayur serta
Masjid Et'hem Bey
buah zaitun kelihatan. Pokok zaitun memenuhi hampir di kebanyakan bukit. Selain itu, sebatang sungai yang airnya deras serta jerneh mengiringi perjalanan kami. Cantik. Tiada sesiapa mandi. Sejuk... bahaya juga barangkali. Untuk ke border akan ambil sedikit masa kerana terletak di atas bukit, demikian kata Angela. Sekitar jam 4.45 petang, kami tiba di bandar Ohrid, Macedonia. Angela memaklumkan tentang matawang Macedonia iaitu 6l Dinars adalah bersamaan dengan l euro.







Ohrid adalah bandar terbesar di Tasik Ohrid dan terkenal kerana pernah memiliki 365 gereja. Bandar ini juga telah dirujuk sebagai sebuah 'Yerusalem dari Balkan' yang kaya dengan rumah dan monumen yang indah. Pelancongan adalah utama di sini. Hari semakin gelap. Kami menghabiskan masa melihat-lihat cenderahati yang boleh dibeli. Ketika berhenti membeli buah berangan, saya mendengar salam dari tuan punya kedai. Baru tahu, rupa-rupanya ada beberapa kedai halal  tanpa ada apa-apa tanda pun... tidak pasti pula mengapa. Banyak hiasan lampu di situ
sempena meraikan krismas. Kami naiki bas dan terus ke hotel Sileks, makan malam serta menginap. Pada sebelah malamnya, kedengaran bunyi bising. Kata Angela, ada parti sempena krismas yang di adakan di ruang makan hotel berhampiran kolam renang. Entah pukul berapa mereka berhenti kerana kami semua keletihan dan tertidur juga tanpa menghiraukan bunyi bising tersebut.




Dinner di hotel Sileks
24  DISEMBER 2017- Ahad, Hari Kesembilan

Kami cepat-cepat menghabiskan sarapan pagi kerana ingin merakam gambar di persekitaran hotel. Pemandangan tasik Ohrid sangat cantik. Airnya tenang dengan puluhan itik berenang. Kami menyimpan bagasi di dalam bas dan pukul 8.00 pagi, bas mulai bergerak. Tiga puluh minit perjalanan apabila Micco tertinggal sesuatu di hotel Sileks. Dia berpatah balik. Sebelum ada sesiapa di antara kami merungut, ustaz Firdaus bersuara
Tasik Ohrid

'kita jangan gelakkan dia. Mungkin hari ni hari dia, takut esok pula hari kita. Mintak dijauhkan'. Terima kasih ustaz. Peringatan yang ringkas tetapi penuh makna. Lalu kami semua mendoakan yang terbaik buat Micco. Sampai di hotel, kami menunggu Micco. Dia datang ke bas dengan hampa. Tak ada rezeki, kami berbisik sesama sendiri. Katanya beg kecil. Tak tahu pula apa isinya. Perjalanan di teruskan semula. Kami singgah di daerah Mavrovo and Rostusa. Ada yang igin ke tandas serta bermain salji di situ.




Sepanjang jalan terdapat banyak sungai-sungai dan gunung. Walau pun Macedonia tiada laut tetapi terdapat lebih 50 tasik di sini. Kami tiba di 'Mustafa Pasha Mosque' , Skopje tepat jam l2.00 tengah hari. Solat jamak dahulu sebelum makan tengah hari dengan bekalan yang saya masak di bilik. Masjid yang kecil ini hanya mempunyai satu kubah dan satu menara. Mengambil senibina zaman Uthmaniyah, ianya disiapkan pada tahun l492. Berhampiran masjid ini juga terdapat 'bazar lama' yang
menjual pelbagai cenderahati serta makanan. Kami kemudiannya singgah untuk merasasi kopi Macedonia pula. Sedap. Kami mencari jalan pulang. Mujur terserempak  Fadly yang melalui jalan lain untuk ke bas. Pukul 2.00 petang bas bergerak. Ada l00 km lagi untuk sampai di border dan l20 km lagi ke bandar Sofia, Bulgaria. Kami tak perlu bimbang sebab akan melalui lebuhraya. Kami tiba di hotel Ramada, Sofia kira-kira jam 8.30 malam.



Old Bazaar of Skopje


25  DISEMBER 2017- Isnin, Hari Kesepuluh

Hari ini kami bertolak agak lewat iaitu jam 9.00 pagi. Tempat lawatan pun tak jauh. Destinasi pertama adalah 'Alexander Nevski Catedral' yang sangat besar dan cantik. Banyak orang di situ. Angela minta kebenaran kami untuk memasuki gereja sebentar. Perayaan dia kan... kami merakam gambar di persekitaran taman di situ. Cantik dan sangat luas. Secara peribadi, saya sangat teruja. Di sinilah
Alexander Nevski Catedral


lokasi filem 'Dilwale' tempat di mana Kajol mempamer hasil lukisannya lalu bertemu dengan Shah Rukh Khan. Sempat juga saya bergambar dengan latar belakang tram yang Kajol naiki.

Tram dalam filem Dilwale


bersama ustaz Firdaus

Sekitar catedral
Banya Bashi mosque
Jam l0.00 pagi, kami menaiki bas ke masjid 'Banya Bashi' yang tidak jauh dari situ. Suatu masa dahulu, terdapat 70 buah masjid di Sofia tetapi kini hanya 'Banya Bashi mosque' sahaja yang masih berfungsi. Disiapkan pada tahun l576 dengan mengambil kira senibina zaman Uthmaniyah. Berdekatan masjid terdapat sebuah tempat membeli belah yang sederhana besarnya. Kami menukar sedikit wang Bulgaria iaitu l.88 Leva bersamaan dengan l euro.  Yang popular di sini adalah pewangi bunga ros yang dijual dalam pelbagai bentuk, sesuai dijadikan cenderahati.




Premis Berjudi di dalam 'mall'





Pukul ll.00 bas bergerak menuju ke border yang jauhnya adalah 300 km. Sebaik berada di dalam bas, Fadly menyampaikan hadiah buat Angela dan Micco kerana hari ini adalah hari raya mereka. Sebenarnya kami telah pun membuat sedikit kutipan pada hari sebelumnya. Selepas dua jam perjalanan, kami singgah di sebuah kedai kerana di situ ada kawasan parkir yang lapang. Lunch box diedarkan tetapi seperti biasa kami lebih suka bekalan yang dimasak sendiri. Solat di bawah pokok di situ memang seronok dengan tiupan angin lembut 4 darjah Celcius. Mendamaikan.







Collection untuk hadiah Angela & Micco
ruang makan yang sangat luas
Selesai solat, kami beli kopi dan coklat panas pula. Nak rasa kopi Bulgaria pula. Di border, kami semua kena turun dari bas dan beratur di kaunter. Mujur tidak ada apa-apa. Segalanya berjalan lancar. Perjalanan seterusnya adalah sejauh 240 km lagi menuju ke Istanbul. Masa yang ada diisi pula oleh ustaz Firdaus. Tajuk yang ringkas iaitu 'bersyukur dengan apa yang ada'. Kami sampai di hotel Mercure pada jam 9.00 malam. Terus ke ruang makan untuk dinner. Ini adalah kali kedua saya ke Istanbul. Sebahagian besar makanan
orang Turki ini adalah manis-manis belaka. Nasi dan lauknya pula sekadar secukup rasa. Tiada yang sangat istimewa bagi saya...tekak orang melayu ini.

26  DISEMBER 2017- Selasa, Hari Kesebelas
Pukul 9.00 pagi kami menaiki bas. Untuk pertama kalinya, kami tak bawa bagasi. Destinasi pertama adalah 'Blue Mosque' yang cantik dan terkenal di merata dunia. Blue mosque adalah
'sinoname' dengan Istanbul. Kami di bawa oleh guide orang Turki. Banyak pengunjung di situ. Seteusnya kami terus ke Hagia Sophia. Sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid dan kini menjadi muzium.  Akhir sekali ke Grand Bazaar yang terdapat 3000 buah gerai di dalamnya. Matawang di sini adalah 4.4 Lira bersamaan dengan l euro. Kami sempat makan kebab serta minuman untuk lima orang dengan harga l60 Lira. Mahal tetapi sangat sedap.
Blue Mosque



Blue mosque dengan 6 menara



Grand bazaar

Hagia Sophia

Hagia Sophia
27  DISEMBER 2017- Rabu, Hari Keduabelas


Selepas sarapan, kami masukkan semua bagasi ke dalam bas. Terasa sedeh kerana akan meninggalkan bumi Istanbul ini. Walau bagaimana pun bila teringatkan tanah air sendiri, hati kembali ceria. Tiga belas hari tinggalkan rumah bukan satu waktu yang singkat. Kami terus ke Istanbul airport kerana pesawat berlepas sekitar jam ll.30 pagi. Selepas transit di Imam Khomeini International airport selama 8 jam, penerbangan
diteruskan ke KLIA. Alhamdulillah
Kebab original
kami semua mendarat dengan selamat di KLIA pada esoknya, 28 Dis 20l7 sekitar jam l0.30 pagi. Segala kenangan manis sepanjang bermusafir di bumi asing ini akan kekal di ingatan. Pemandangan yang indah, putih bersih dilitupi salji terasa jelas di pandangan mata. Moga diizinkan Allah untuk menjejaki bumiNya yang lain pula kerana minat kami adalah berkembara ke rantau orang. Dua orang anak kecil yang disayangi semua adalah Elias tiga tahun dan Anas lima tahun. Teringat keletah Elias yang pendiam tetapi manja dengan kami semua. Berlainan pula dengan Anas yang bijak bercakap tetapi sukar didekati.  Untuk terakhir kalinya, kami ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada Kembarasufi travel atas trip ini. Alhamdulillah.....



orang Perak
Orang Dungun

Bersama Pengarah hospital
Orang Dungun juga



Rosie yang cantik, guide bas B


Orang Selangor

Elias yang disayangi semua

orang Perak

Orang Penang