8 MAC ( SABTU )- 16 MAC 2008 ( AHAD )
Penerbangan adalah pada pukul 11.25 malam dengan KLM airline. Bersendirian. Sebenarnya saya mengikut suami yang menghadiri mesyuarat di Brussels, Belgium. Suami pula menaiki penerbangan MAS dan bertolak pada malam yang sama , cuma lewat iaitu pada pukul 12. 30 tengah malam. Saya dihantar suami sehingga ke balai berlepas sebelum dia ke balai berlepas yang lain.
Sambil menunggu, saya menerima banyak maklumat daripada anak-anak di rumah. Tentang siapa yang menang dan kalah di dalam pilihanraya umum yang dijalankan pada hari tersebut. Mengejutkan dan saya senyum sendiri. Kalau ada suami di sisi, pasti ada sesuatu untuk diperkatakan.
Di dalam pesawat, saya duduk sebelah wanita kulit putih melebihi separuh abad. Tak banyak berbual kerana dia lebih gemar membaca novel. Sesekali tersenyum dan menyapa. Saya rasa malu sendiri...tak ada novel untuk dibaca, cuma ada sebuah majalah nipis sahaja. Entah bila, saya terlelap sebaik makan malam.
Selepas dua belas jam pernebangan sekitar jam 5.00 pagi kesokannya, saya tiba di Schiphol Airport - satu tempat yang sangat asing. Sendirian lagi. Mengikut sahaja ke mana arah penumpang lain pergi. Naik bas airport. "Seorang ke" sapaan yang menyebabkan saya menoleh ke belakang. Tiba-tiba
ada Bahasa Melayu di situ, fikir saya. "Sudah biasa ke mari?" sambungnya
dan saya menggeleng. "Saya kagum sebab ibu berani". Orang Indonesia
rupanya. Dia hendak menaiki pesawat ke Austria .Mujur saya tak perlu ambil bagasi. Jadi saya terus sahaja ke balai berlepas untuk menaiki pesawat KLM menuju ke Brussels.
Selama empat jam berada di situ, pada awalnya keadaan agak sunyi.Ada sekeluarga bersama empat anak kecil yang nakal dan keletah. Siibu menyuruh anak-anaknya makan coklat untuk alas perut. Comot mulut sikecil membuatkan saya senyum sendiri. Perjalanan ke International Airport Brussels hanya mengambil masa satu jam sahaja.
Tepat jam 10.30 pagi, saya tiba di Airport Brussels. Besar dan bertingkat-tingkat. Lama saya berjalan mengikut tanda arah untuk mengambil bagasi Kalau ikut perkiraan, suami saya sepatutnya telah sampai lebih awal. Tetapi saya tak nampak kelibatnya. Suami saya transit di London sebelum menukar penerbangan ke Brussels. Hati mulai bimbang. Tiada siapa yang boleh saya hubungi di situ. Lalu saya mencari kerusi dan duduk menunggu. Lama juga. Hampir satu jam berlalu bila suami saya menghampiri, di sebelahnya ialah Asha seorang pegawai ( orang Malaysia ) yang ditugaskan menjemput kami untuk dibawa ke hotel. Barulah lega rasa hati.
Rupa-rupanya suami saya diperiksa, tahu kenapa? Empat tahun lepas, dia pernah ke Brussels dan paspotnya dicuri. Tetapi ditemui semula pada keesokan harinya. Seseorang telah memulangkannya di atas katil hotel.
Semasa sedang diperiksa itulah Asha datang sebagai penyelamat. Dia tunjukkan surat jemputan mesyuarat yang suami perlu hadiri. Lagi pun Asha dah lebih lima tahun menetap di Brussels.
Kami di bawa ke Sheraton Hotel untuk merehatkan diri. Bilik yang amat selesa
dengan dua buah katil queen - sepatutnya saya bawa anak-anak sekali. Tiba-tiba saya terkenangkan anak-anak di rumah yang ditinggalkan bersama keluarga adik saya.
Sheraton Hotel |
Selepas mandi, badan terasa segar. Kami bercadang untuk ke Ostende dengan menaiki keretapi. Suhu pada masa itu sangat sejuk sekitar 6 darjah celcius ditambah dengan tiupan angin yang sesekali bertiup . Saya yang agak besar ini pun terasa nak melayang. Bila hujan turun rintik-rintik, ada payung yang diterbangkan.
Ostende |
"Tak apa, beli tiket pada saya sahaja" katanya. Mudah betul. Siap guna kad
Sebenarnya suami saya akan tinggal di Brussels selama dua minggu sedangkan saya hanya lapan hari sahaja . Keesokannya saya memerap di bilik. Maklum hari pertama, tak berani lagi rasanya nak keluar merayau. Sebaik suami habis mesyuarat pada sebelah petangnya, kami ambil peluang untuk berjalan-jalan. Disebabkan ini kali kedua suami ke Brussels, jadi mudahlah sikit. Kami ke satu kawasan dimana orang-orang Morocco berniaga. Banyak kedai menjual pelbagai barangan dan restaurant halal di situ.
Penduduknya ramah dan mudah membantu. Bangunan-bangunannya lama tetapi mempunyai senibina yang menarik dan unik. Kami singgah di restauran orang Arab dan menikmati makan malam di situ.
Setiap hari, apabila suami bermesyuarat, saya akan bersiar-siar sekitar kota
Ada ketika saya akan menunggu suami pulang untuk sama-sama menjelajah
salah satu patung yang ada di Brussels |
Tatkala melalui satu lorong, saya sangat terkejut kerana deretan kedai tersebut merupakan 'tempat pelacuran' berlesen. Bukan satu atau dua, tetapi berpuluh-puluh. Kedai bercermin itu akan mempamerkan wanita-wanita seksi dengan bermacam gaya. Sambil mereka duduk-duduk dan berbual dengan pakain dalam yang seksi teramat. Bukan separuh bogel, tetapi hampir berbogel. Nauzubillah. Menurut Asha lagi, tawar menawar boleh dilakukan melalui cermin tersebut sahaja. Daripada luar, saya nampak jelas lesen yang mereka ada ,juga dipamerkan sijil kesihatan menunjukkan pelacur tersebut telah menjalani pemeriksaan kesihatan. Saya beristigfar sendiri. Asha tak faham barangkali kerana dia bukan Islam pun!
Pada masa yang lain, suami membawa saya melihat 'Manneken Pis' iaitu satu
Manneken Pis |
Pada hari Rabu apabila suami free, kami menaiki keretapi laju 'Thalys' ke Paris. Mula beroperasi pada tahun 1996 dan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan jarak 300km. Disebabkan kami tidak bercadang untuk bermalam di Paris, maka kami menaiki tren awal pagi . Sebaik tiba di LGV Nord, kami ke 'Information centre'. Beli tiket 'L Open Bus Tour' sebelum menemui kedai orang Arab untuk makan nasi. Bas tiba tepat pada pukul 9.00 pagi.
kejaiban dunia. Sejak kecil, saya banyak membaca dan mendengar mengenainya. Semasa saya bersekolah menengah dan tinggal di asrama, kebanyakan guru adalah lepasan luar negara. Jadi saya banyak mendengar cerita daripada mereka. Di dalam bas, saya berkenalan dengan pasangan orang Sarawak. Katanya dia berkursus di Amsterdam lalu mengajak suaminya datang menemani ketika cuti sekolah seminggu. "Samalah" jawab saya ringkas.
Pemandangan memang cantik. Sungai-sungainya bersih dan dimudiki kapal yang penuh dengan pelancong ( barangkali ) .Kami melalui Arc de Triomphe iaitu sebuah monumen yang dibina sebagai mengenang askar-askar Peranchis yang telah terkorban. Kami tidak turun sekadar memerhatinya dari atas bas sahaja.
Turun pula di Lourve Museum yang dibuka pada tahun 1793 dan merupakanantara muzium terbesar di dunia. Pada awalnya menempatkan 537 buah lukisan yang kebanyakannya menjadi hak milik keluarga diraja atau gereja. Binaannya telah melalui banyak fasa penambahbaikan untuk memuatkan koleksi yang semakin bertambah.
Pada hari ini, terdapat lebih 380,000 objek dan 35,000 hasil seni yang dipamerkan. Purata pelancong pula adalah 15 000 orang sehari dengan 65 %
Perkarangan Musee de Lourve |
Menyambung semula perjalanan menaiki L 'Open Bus Tour. Tidak lama di dalam bas, saya terpandang
'Eiffel Tower'. Hati melonjak untuk turun tetapi dihalang oleh pemandu bas. "Jauh lagi tu" katanya. "Nanti saya akan turunkan kamu di hentian paling hampir dengan Eiffel Tower " sambungnya lagi sambil tersenyum. Memahami keterujaan kami barangkali. Setengah jam berlalu . Kami pun turun. Betul bagai dikata - Eiffel Tower berada di hadapan mata !
Kami melalui bawah Eiffel Tower. Terpegun hingga tak terkata. Saya mencari tandas dahulu yang terletak 'underground'. Semua tandas yang pernah saya singgah sangat bersih dan wangi.
Eiffel Tower telah mula dibina pada tahun 1887 dan siap sepenuhnya pada 1889 oleh seorang jurutera bernama Gustave Eiffel. Ketinggiannya adalah 324 m atau bersamaan 81 tingkat bangunan. Dikatakan salah satu monumen paling ramai dikunjungi di dunia. Pada tahun 2010, Eiffel Tower menerima sebanyak 250 juta pengunjung . Seseorang boleh menaikinya sama ada melalui tangga atau 'car lift' sehingga ke aras tertentu sahaja tetapi perlu membeli tiket.
Kami memanjat tangga sahaja untuk melihat pemandangan. Angin bertiup agak kencang menyebabkan kami tak berani berada lama dan akhirnya turun . Kami bersiar-siar di persekitarannya sambil melihat pelbagai jenis bunga tulips yang menghiasi taman-taman di situ.
Sambung semula perjalanan dan terus ke stesen keretapi LGV Nord. Hari
stesen keretapi Paris |
Di stesen keretapi pula banyak terdapat 'heater' untuk orang ramai memanaskan badan. Apa lagi, saya pun ikutlah orang lain mengerumuni heater tersebut, macam semut hurung gula....Walau pun cuma sehari berada di Paris, namun banyak kenangan yang akan kekal dalam ingatan. Bersyukur kepada tuhan kerana memberi saya peluang menjejakkan kaki di negara yang indah ini.
kotak kecil oren untuk letak duit |
Pada hari Jumaat, sekali lagi suami free. Kami ke stesen keretapi pada awal pagi. Destinasi pada hari itu adalah Amsterdam. Perjalanan selama dua jam itu tidak membosankan. Kami melalui kawasan perumahan mereka dan kebanyakan rumah tidak berpagar.
Tiba di Amsterdam, komunikasi sangat mudah kerana mereka berbahasa
Inggeris . Kami bersiar-siar sementara menunggu masa untuk menaiki bot melayari sungai di situ. Menunggang basikal adalah perkara biasa. Terdapat tempat parking basikal yang bertingkat-tingkat. Ribuan basikal di simpan di situ.
Menyelusuri sungainya saya mendapati kebanyakan bangunan yang ada di pinggir sungai dibina seawal tahun 1640 tetapi masih kekal cantik. Hampir di setiap rumah ada bot-bot kecil untuk kegunaan peribadi. Selain dari itu terdapat banyak juga kapal dagang yang berlabuh dan singgah di situ.
Parkir bertingkat untuk basikal |
Akhirnya kami sampai di 'Dam Square'-satu kawasan lapang tempat orang melepak. Orang-orang yang pakai kostum di situ sentiasa berbesar hati jika diajak bergambar - jangan lupa masukkan sedikit wang di dalam bekas yang tersedia. Peminta sedekah rupanya .....Kalau ditempat kita, semua peminta sedekah berpakaian lusuh, buruk dan ada yang koyak-koyak !
Setelah puas melihat segala bagai gelagat di Dam Square, kami ke Madame
Dam Square |
Hari menjelang petang dan kami ke stesden keretapi untuk pulang ke Brussels kerana pada sebelah malamnya ada destinasi lain yang menanti...
oversea postage - ? boleh diurus katanya |
window shopping je |
Perjalanan diteruskan lagi. Saya tertidur lagi dan terjaga bila dikejutkan suami. Kami mendengar pengumuman yang memaklumkan bas sedang berada di dalam Terowong Selat ( Channel Tunnel ) untuk menyeberangi Selat Inggeris. Enjin bas dimatikan dan jika berlaku kecemasan kami hendaklah turun tanpa bagasi. Itu pesanan yang disampaikan lagi.
Terowong Selat siap sepenuhnya pada tahun 1994 yang menghubungkan Folkestone, Kent , England dengan Calais , di utara Perancis.Panjangnya ialah 51.5 km atau 31 batu. Terowong bawah laut ini adalah yang terpanjang di dunia dan di usahakan oleh Eurotunnel. Walau bagaimana pun semua kenderaan yang menggunakan terowong ini di angkut oleh 'shuttle train' sahaja. Mungkin untuk mengelakkan pencemaran udara.
Sebaik tiba, kami terus mencari Victoria Station kerana di situ ada tempat
Victoria station -underground ? |
Kami menaiki bas Hop Hop Off dan turun berhampiran Sungai Thames. Dari situ kami dapat menyaksikan House of Parliament & Big Ben, London Eye dan Tower Bridge.
Bangunan parlimen terdiri daripada tiga menara iaitu 'Central Tower, Victoria Tower dan Elizabeth Tower' yang telah berdiri megah seawal tahun 1497.
Big Ben |
Selepas itu kami menaiki kapal menyelusuri Sungai Thame yang terkenal itu. Pelancong memang ramai dan kapal sentiasa sahaja penuh. Ditepi tebing itu juga terdapat banyak watak dengan kostum khas untuk pelancong merakam gambar. Jangan lupa isikan duit di dalam bekas sebagai tanda terima kasih...
Perjalanan diteruskan lagi dengan bas yang sama. Kami turun di Buckingham Palace iaitu kediaman resmi ratu Inggeris di London. Peristiwa kenegaraan juga dilakukan di istana ini. Istana ini yang pada awalnya
dinamakan Buckingham House telah dibangunkan pada tahun 1850. Tidak dibenarkan masuk ke dalam,hanya memerhati di luar pagar. Gembira sungguh kerana dapat melihat pengawal istana dengan pakaian resmi berbaju merah dan bertopi tinggi warna hitam.
Menyelusuri Sungai Thames |
di hadapan Buckingham Palace |
Tidak jauh dari situ terdapat taman yang popular iaitu Hyde Park yang dipenuhi
dengan bunga-bunga yang cantik serta pokok-pokok besar berusia ratusan tahun. Terdapat gerai orang arab yang menjual makanan segera.Kami pun apa lagi....lunchlah !
dengan bunga-bunga yang cantik serta pokok-pokok besar berusia ratusan tahun. Terdapat gerai orang arab yang menjual makanan segera.Kami pun apa lagi....lunchlah !
Sambung lagi perjalanan. Kali ini turun berhampiran gedung beli belah terkemuka iaitu Harrods. Terletak di Brompton Road di Knightsbridge dalam kawasan Kensington dan Chelsea , London. Menempatkan 330 lot kedai yang menjual pelbagai barangan, menjadikannya yang terbesar di seluruh Eropah. Tiada yang dapat saya beli
kerana harganya terlalu mahal. Lebih baik shopping di Kuala Lumpur ! Sekadar menjamu mata sahajalah nampaknya ... kata orang 'window shopping'....
kerana harganya terlalu mahal. Lebih baik shopping di Kuala Lumpur ! Sekadar menjamu mata sahajalah nampaknya ... kata orang 'window shopping'....
Selepas menaiki bas, kami turun di Trafalga Square -juga destinasi akhir kami. Bertahun-tahun saya menyimpan impian ke sana selepas guru Bahasa Inggeris saya semasa tingkatan empat menunjukkan gambar dia di sana.Hari pun dah lewat petang dan hujan turun rintik-rintik. Trafalga square juga merupakan tempat tarikan pelancong dan banyak pameran seni di adakan di situ.. Ada tjuga air pancutan . Ia Terletak di tengah-tengah kota London dan siap di bina pada tahun 1840. Datarannya yang lapang seringkali menjadi tempat perhimpunan untuk sambutan New Year's Eve.
Kami menaiki semula bas dan turun berhampiran Victoria Station. Bas ekspress ke Brussels adalah pada pukul 9.00 malam. Sementara menunggu bas, dapatlah kami merehatkan badan - keletihan yang amat sangat kerana menjelajah kota London dalam masa satu hari. Di dalam bas, kami terus tertidur. Sehinggalah sampai di tempat pemeriksaan imigresen dan akhirnya di Brussels CCN Noord pada awal pagi ahad.
Meredah pagi yang dingin ,kami terus ke bilik. Maklumlah pada sebelah petangnya saya akan bertolak pulang ke Malaysia. Sendiri lagi kerana suami tak ikut balik - dia ada seminggu lagi dan perlu hadiri beberapa mesyuarat di situ.
Tepat jam 6.00 petang, Asha datang menjemput kami untuk dihantar ke International Airport Brussels. Selepas mendaftar masuk, suami meninggalkan saya untuk terus ke balai berlepas. Pesawat akan berlepas ke Amsterdam pada jam 9.00 malam. Disebabkan masalah teknikal, berlaku sedikit kelewatan. Sebaik tiba di Schipol Airport, pesawat KLM ke Kuala Lumpur telah bersedia menunggu kehadiran kami. Cepat-cepat saya mendapatkan tempat duduk dan tidak lama kemudian, pesawat pun berlepas. Alhamdullilah, saya mendarat dengan selamat pada keesokan harinya iaitu sekitar jam 4.00 petang hari Isnin.
Meredah pagi yang dingin ,kami terus ke bilik. Maklumlah pada sebelah petangnya saya akan bertolak pulang ke Malaysia. Sendiri lagi kerana suami tak ikut balik - dia ada seminggu lagi dan perlu hadiri beberapa mesyuarat di situ.
Tepat jam 6.00 petang, Asha datang menjemput kami untuk dihantar ke International Airport Brussels. Selepas mendaftar masuk, suami meninggalkan saya untuk terus ke balai berlepas. Pesawat akan berlepas ke Amsterdam pada jam 9.00 malam. Disebabkan masalah teknikal, berlaku sedikit kelewatan. Sebaik tiba di Schipol Airport, pesawat KLM ke Kuala Lumpur telah bersedia menunggu kehadiran kami. Cepat-cepat saya mendapatkan tempat duduk dan tidak lama kemudian, pesawat pun berlepas. Alhamdullilah, saya mendarat dengan selamat pada keesokan harinya iaitu sekitar jam 4.00 petang hari Isnin.
Bersama patung-patung lilin di Madame Tussaud, Amsterdam
Inilah orangnya Madame Tussaud |