18 - 21 MEI 2025
![]() |
| tenun kain |
Trip kali ini saya hanya berdua dengan suami. Kami beli tiket AirAsia dengan harga RM 501 untuk dua orang. Kemudian saya hubungi ARBA TRAVEL untuk uruskan GROUND ARRANGEMENT bagi 4d 3n. Saya upgrade ke hotel 4 star dengan jumlah bayaran untuk berdua adalah RM 2474. Secara peribadi, kami sangat berpuas hati dengan trip kali ini.
18 MEI : Ahad, hari pertama
Seawal 2.45 am sewaktu semua orang sedang nyenyak tidor , kami menaiki grab ke KLIA 2. Pemandu grab adalah seorang laki2 berusia 65
tahun meninggalkan tanda tanya di hati saya. Mengapa dia perlu membawa grab di usia begini... kerja yang sangat memenatkan bagi saya.Pesawat berlepas pada jam 6.15 am dan selamat mendarat di Lombok International airport pada jam 9.05 am. Kali ini banyak declaration dibuat secara online... visa free, satusihat dan item yang dibawa.
Di balai ketibaan, kami disambut PAK DEDI (TG) dengan menaiki mpv. Hanya kami berdua sahaja.
Sepanjang jalan, banyak kelihatan POKOK TURI (POKOK GETI) di tanam di batas2 sawah. Katanya untuk baikpulih tanah secara semula jadi. Selain itu, daun pokok turi ada banyak kegunaan. Yang muda boleh dibuat sayur dan yang tua diberi makan lembu.
Orang Lombok masih ada yang mengamalkan adat menculik perempuan yang
![]() |
| nasi balap puyung |
Kunjungan pertama kami adalah ke KAMPUNG SUKARARA yang penduduknya terdiri dari kaum sasa. Sebahagian besar mereka pandai MENENUN kain kerana telah belajar menenun seawal usia 10 tahun. Makan tengah hari pula NASI BALAP PUYUNG. Ada nasi putih di tengah2 dan lauk2 dikeliling. Ada juga semangkuk sup. Sedap tetapi tak terhabis sebab banyak.
![]() |
| kg adat sasak |
Sebelah petang kami dibawa ke TANJUNG AN yang cantik dan jerneh airnya. Banyak orang putih yang mandi situ. Kata Pak Dedi, ada satu kawasan yang kebanyakannya didiami oleh orang putih. Mereka membeli rumah di situ dan jadikannya tempat untuk bercuti.
Kami singgah membeli makanan untuk dinner sebelum terus ke HOTEL HOLIDAY RESORT untuk check in.
Bilik yang luas dan selesa serta ada balcony
![]() |
| pantai depan hotel |
istirehat paling menenangkan. Di hadapan hotel juga ada dua buah kolam renang dewasa dan sebuah kolam renang kanak2 yang sentiasa ada penunjungnya.
19 MEI : Isnin, hari ke 2
Sarapan pagi dihotel, ada banyak pilihan dan sangat mengenyangkan. Paling menarik bagi saya adalah hirisan kelapa tua terletak di antara pilihan buah-buahan yang ada. Selain itu terdapat nasi goreng, nasi putih dan macam2 jenis lauk. Ada juga roti serta pancake. Semuanya sedap2 belaka.
![]() |
| sarapan di hotel |
Paling menarik bila jurupandu mengambil gambar kami menggunakan GO PRO sambil dia mencari spot yang banyak ikan. Dia juga bawa makanan untuk menarik ikan2 kepada kami. Kemudian dia cari pula 'spot' yang ada dua ekor penyu untuk kami bergambar.
Sebelum meninggalkan pulau tersebut, kami singgah solat di MASJID BAITURRAHMAN yang masih dalam proses penambaikan.
Kami tinggalkan pulau tersebut sekitar jam 2.00 pm. Sampai dijeti, terdapat beberapa orang sedang berdiri di dalam air memancing dengan helmet di kepala. Tak tahu pula apa tujuan mereka.
Seterusnya kami ke LOMBOK EXOTIC, sebuah kedai yang agak besar untuk membeli belah. Kata pak Dedi, harga di situ agak berpatutan berbanding di shopping mall
Pada jam 5.00 pm kami makan malam di tepi pantai yang sepatutnya untuk menyaksikan SUN SET. Namun kerana kepenatan, kami setuju untuk tidak menunggu matahari terbenam. Selepas makan, kami terus pulang kehotel.
20 MEI : Selasa, hari ke 3
Pukul 9.00 am kami ke Gunung Rinjani tapi tak la nak memanjat pun. Cuma jalan2 kat kaki gunung. Pak Dedi kata tiap2 tahun ada jer orang yang mati panjat gunung tersebut. Kalau tak silap saya, ada jugak orang Malaysia yang mati beberapa bulan sebelum tu. Tapi saya tengok banyak jer budak2 muda yang minat mendaki gunung ni. Kata Pak Dedi kena 3h 2m baru lah boleh sampai ke kemuncak.
Kemudian kami ke BUKIT SELONG. Naik sampai ke atas bukit untuk melihat pemandangan dibawahnya. Saujana mata memandang, dapat dilihat sawah padi terbentang luas di kaki gunung Rinjani.Kami makan tengah hari di KEDAI SAWAH. Sangat sedap dan kenalah dengan selera kami. Sambil makan kami disajikan dengan pemandangan taman bunga yang indah. Kamudian kami sempat pula bergambar di persekitarannya yang penuh dengan pokok2 bunga.
Lewat petang kami singgah beli SATE REMBIGA yang sangat popular di Lombok. Bezanya tiada kuah kacang. Selain itu Pak Dedi juga belikan nasi serta lauk yang kami bawa balik utnuk makan di hotel
![]() |
| pemandangan dari atas Bukit Selong |
![]() |
| majid Baiturrahman |
Hari terakhir di Lombok, kami minta pak Dedi datang lewat sedikit iaitu pukul 11.30 am sebab kami ingin bergambar di persekitaran hotel. Pantainya memang cantik tetapi tak sempat pula nak mandi.
Pak Dedi bawa kami ke kedai menjual pelbagai kerepek tetapi saya kurang berminat. Beli sedikit sahaja buat rasa2 kerana saya bukan peminat kerepek. Seterusnya kami singgah di MASJID HUBUL WATHONIK, Mataram yang juga merupakan ISLAMIC CENTER bagi Pulau Lombok.
![]() |
| kedai Sawah |
Sekitar jam 3.00 pm kami dihantar Pak Dedi ke airport untuk pulang. Pesawat berlepas pada jam 6.20 pm dan selamat mendarat pada jam 9.20 pm. Kalau diizinkan Allah, saya ingin lagi ke sana dan tinggal di hotel yang sama.
![]() |
| makan tepi pantai |
![]() Masjid Hubul Wathonik |
![]() |
| hirisan kelapa |
![]() |
| kedai sawah |
![]() Masjid Baiturrahman |

















No comments:
Post a Comment