Friday 9 September 2016

XI'AN, CHINA

# satu jam di soal siasat imigresin...)

16 DIS - 21 DIS 2015 

100 RMB  = RM 68

16 Dis, Rabu (hari pertama)
Percutian ke Xi'an kali ini disertai dua anak remaja kami dengan menaiki Airasia
dari KLIA 2. Kami tinggalkan kereta di stesen  Salak Tinggi , menaiki KLIA Transit menuju ke KLIA 2. Penerbangan yang dijadualkan pada jam 6.15  hanya berlepas pada pukul 6.45 petang. Sebahagian besar penumpang adalah orang cina - sama ada rakyat Malaysia atau penduduk dari tanah besar China. 'Dah biasa ke Xi'an ke' saya disapa perempuan cina yang duduk di sebelah. Begitu dia memulakan bicara. Lalu kami pun mulalah bertukar-tukar cerita tentang pengalaman melancong ke negara orang. Dia tinggal di Shah Alam yang datang berempat dan akan menghabiskan masa dua minggu di Xi'an. Seperti kami, dia sekeluarga juga tidak menempah apa-apa package. 
Pesawat mendarat tepat pada jam 11.45 malam di Xi'an Xianyang International Airport. Segalanya berjalan lancar sehinggalah anak perempuan saya di minta ke kaunter khas imigresin. Saya mohon untuk menemaninya, mujurlah dibenarkan. Petugas di situ
tidak berpuas hati kerana wajah anak saya tidak sama dengan gambar pada paspot. Pada saya, itu perkara biasa kerana paspot dibuat ketika usianya dua belas tahun sedangkan kini dia telah pun mencecah usia enam belas tahun. Dah berubah dari kanak-kanak yang sedikit 'chubby' kepada anak gadis yang dah pandai bergaya....
Pening juga saya dibuatnya. Dia minta sebarang 'country identification'. Saya serahkan IC. Dia tanya kenapa tandatangan tak serupa. Saya maklumkan itu bukan tandatangan anak saya tetapi tandatangan 'government officer'. Entah apa yang dibelek pada skrin komputer, saya pun tidak tahu. Sejam berlalu. Akhirnya dia minta 'family photo'  yang menunjukkan kami memang sekeluarga. Mujurlah saya menyimpan banyak gambar  di dalam I-tab dan I-pad yang dibawa. Saya tunjukkan gambar dan video kami bermain ski di Gala Yuzawa, Jepun. Juga gambar semasa kami di Los Angeles. Baharulah mereka berpuas hati. Ada senyuman di wajah semua petugas yang terlibat- dua lelaki dan seorang wanita. Namun debaran di dada hanya tuhan
sahaja yang tahu. Di dalam hati, kami berdoa moga dipermudahkan walau pun mengambil masa yang lama 
Tiba di ruang menunggu, keadaan agak lengang. Saya perhatikan seorang lelaki sedang memegang nama suami lalu terus menghampirinya. Tidak pandai berbahasa Inggeris, menyebabkan masing-masing diam membisu. Kami hanya mengekorinya ke kereta  untuk dibawa terus ke hotel. Sebenarnya saya telah meminta pihak hotel menjemput kami dengan bayaran RMB 200.
Di dalam van, tiada yang dibualkan melainkan  sesama kami empat beranak. Dia hanya memandu sehinggalah kami tiba di hotel selepas tiga puluh minit perjalanan. Jalan raya agak lengang kerana telah menghampiri dinihari.
Sampai di Mark & Henry apartment, saya mencari ruang lobi. Tiada. Kami terus sahaja mengekori lelaki tadi sehingga memasuki lif hingga ke tingkat 16. Dia berikan
dapur yang ringkas dan lengkap
password untuk membuka pintu. Tanpa soal jawab, lelaki itu senyum lalu pergi meninggalkan kami. 
RM 1200 untuk lima malam, saya rasa sangat berbaloi. Ada satu set sofa, dapur elektrik dan dua bilik tidur selain kelengkapan asas yang lain. Wifi juga ada di dalam bilik membuatkan anak-anak remaja saya bertambah gembira.
Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Kami membersihkan diri, solat dan tidur. Sebelum itu saya terpandangkan beberapa 'notis' yang ada di atas meja dan di dinding yang memerlukan sedikit perhatian. Ah, abaikan dahulu kerana saya sudah terlalu penat.....
Jom tengok balik notis-notis tersebut.
*yang tak boleh dilayari di China ialah google, twitter, faceboo, youtube.
*semua alat elektrik hendaklah ditutup jika keluar atau di tambah bayaran 30 RMB sehari 
*tinggalkan 10 RMB atas meja setiap hari untuk housekeeper jika berpuashati dengan kerja beliau 

Ruang tamu yang cantik


salah satu bilik tidur

17 Dis, Khamis (hari kedua)
Kami bersiap-siap untuk keluar apabila jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Tiada
City Wall
perbezaan  waktu dengan Malaysia cuma waktu solat sahaja sedikit berbeza. Contohnya subuh 6.14, zohor 12.50, asar 3.43, magrib 6.02 dan Isya' 7.20

Tiada bunyi azan walau pun masjid yang berdekatan hanya 1.5 km sahaja dari apartment.
Saya tercari-cari ruang hobi atau kaunter di 'ground floor', tetapi yang ada hanyalah seorang 'jaga' yang tidak tahu berbahasa inggeris. Tiba-tiba saya disapa seseorang dalam bahasa inggeris.
Barulah terasa lega. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Edy iaitu staf di apartment tersebut. Cantik dan manis orangnya. Kami ikut Edy masuk lif semula menuju ke tingkat 10 untuk urusan pembayaran. Satu unit apartment juga yang dijadikan sebagai pejabat. Saya bayar 1900 yuan (mata wang Xi'an) untuk lima malam , 200 RMB bayaran transport yang menjemput

basikal sewa, hanya untuk pengunjung City Wall
kami dan 200 RMB lagi sebagai deposit 
yang akan dipulangkan ketika 'check out'. Tiada resit yang diberikan kecuali untuk deposit. Saya tanyakan juga tetapi katanya tak perlu kecuali untuk deposit kerana duit itu akan dipulangkan. Senangnya, fikir saya. Kesimpulannya , mudah sahaja. Mereka semuanya jujur , jadi mengapa perlu ada resit? Semua bayaran tersebut akan sampai kepada pihak pengurusan juga.....
Kami berjalan kaki ke 'The City Wall
of Ming Dynasty' yang hanya 1.5 km dari apartment. Angin sejuk dengan suhu sekitar 5 darjah Celcius membuatkan kami terpaksa memakai sarung tangan dan juga kot tebal. Untuk menyeberang jalan, sama ada menggunakan laluan khas atau laluan bawah tanah. Tidak boleh melintas sesuka hati kerana terdapat pagar besi atau devider.
Empat puluh lima minit berjalan, kami pun tiba di City Wall. Tiket masuk dikenakan iaitu 54 RMB bagi dewasa dan RMB yuan bagi dua anak remaja kami.
Tinggi tembok ini adalah 12 m dan panjangnya 13.7 km. Pada masa dahulu, terdapat tempat-tempat khas yang menempatkan askar sebagai pemerhati sekiranya musuh datang menyerang. Terdapat empat pintu masuk utama iaitu Changel (eternal joy) di timur, Anding (harmony peace) di Barat, Yongning (eternal peace) di Selatan dan Anyuan (forever harmony) di Utara.
Terdapat deretan basikal yang boleh disewa kepada sesiapa yang berminat.
Keluar dari City Wall, kaki terasa sangat berat untuk melangkah. Kami pun menahan sebuah tut-tut yang dipandu seorang lelaki tua muslim. Hajat hati ingin ke Muslim Street yang sangat popular. Tak jauh pun sebenarnya dari situ. Lima belas minit kemudian , kami pun tiba.
Pelbagai jenis makanan ada di sepanjang muslim street itu. Semuanya halal. Ramai pelancong yang kesemuanya mundar mandir mencari makanan. Perut terasa lapar lalu kami memasuki restoran yang ada di situ.
Kami memesan sup kambing cicah roti dengan harga  38 RMB, kebab kambing yang berharga 10 RMB dan juga pau dengan harga 2 RMB. Kebab kambing sebenarnya adalah hirisan daging yang dicucuk pada batang kayu, bukan lidi. Hirisan daging pula jauh lebih besar berbanding hirisan satay di negara kita.
rasa macam kuetiaw tapi pendek-pendek

roti cicah sup kambing
jus delima
Air delima fresh juga dijual dengan harga 15 RMB. Saya mencubanya tetapi tidak kena dengan selera barangkali.
Bila perut dah kenyang, kami ke Great Mosque yang berhampiran. Kami dikecualikan  tiket bila dapat tahu dari Malaysia. Kawasan masjidnya agak luas tetapi ruang solatnya tidak terlalu luas. Kawasan persekitarannya dipenuhi dengan pelbagai pokok menjadikannya seperti sebuah taman.
Jam menunjukkan pukul 4.30 petang apabila kami mencari tut-tut untuk pulang ke hotel. Keletihan yang amat.
Bersama imam Great Mosque

dalam kawasan Great Mosque

Great Mosque, Xian


18 Dis, Jumaat (hari ketiga)
bas henti-henti yang kami naiki ke Terracota
kelihatan juga motorsikal teksi

Hari ini adalah yang paling di tunggu-tunggu. Pihak hotel menyediakan pakej dengan harga USD 49 seorang untuk ke Terracotta Army. Edy menerangkan kepada kami cara yang murah untuk ke sana dengan menaiki bas awam. Kata Edy, ambil teksi dari hotel ke stesen bas dengan tambangnya kurang dari 20 RMB
Kami bersarapan di bilik sahaja dengan roti dan telur rebus. Memang saya membawa banyak makanan dari rumah, antaranya biskut, maggi,
Terracotta army
beras, teh, gula, milo dan makanan segera di dalam tin jenama Adabi. Antaranya sup daging, kari daging, kari ayam dan sambal kerang. 
Pukul 9.00 pagi kami menahan sebuah teksi untuk ke stesen bas. Seperti biasa, pemandu hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Mungkin dia tak pandai berbahasa Inggeris. Tetapi yang peliknya, senyum pun tidak. Bila sampai, dia menunjukkan ke arah meter . 18 RMB. Betul cakap Edy.....
Kami terus sahaja mencari papan tanda yang boleh dibaca. Saya terpandangkan sebuah bas yang tertera
'terracotta army' lalu terus menaikinya kerana semua orang naik tanpa membeli tiket. Seorang staf perempuan melompat naik dengan menggenggam sejumlah wang kertas. Tambang untuk seorang adalah 8 RMB untuk perjalanan sejauh 35 km . Yang menariknya, tiada tiket di beri. Hampir satu setengah jam, barulah kami tiba kerana bas tersebut jenis yang 'henti-henti'.
Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi apabila kami tiba. Tiket masuk untuk
Askar dan kuda dengan saiz sebenar
seorang adalah 120 RMB. Banyak tour guide yang memujuk para pengunjung dengan bayaran 100 RMB. Namun kami tidak berminat. 

Di kawasan tersebut terdapat beberapa bangunan yang mewakili lembah-lembah di mana askar-askar tanah liat itu ditemui dinamakan dengan 'Pit 1, Pit 2 dan Pit 3'. Pengunjung tidak boleh menghampiri patung-patung itu kerana berpagar. Namun kalau berminat untuk bergambar dengan lebih dekat, pengunjung kena bayar 10 RMB di dalam tempat yang dikhaskan.
Penceritaan tentang penemuannya
Terracotta Army merupakan ukiran tanah liat yang mengikut saiz sebenar kuda dan askar yang ada pada zaman Qin Shi Huang iaitu empayar pertama China. Kali pertama ditemui oleh seorang petani pada 29 Mac 1974 di daerah Lintong, Xian. Petani tersebut sebenarnya hanya ingin menggali sebuah telaga bagi kegunaan keluarga. Dianggarkan terdapat 8000 askar dan 520 kuda. Selain itu ditemui juga ukiran tanah liat mewakili ahli akrobat, ahli musik dan pegawai kanan kerajaan. Pengunjung terbanyak yang pernah dicatatkan adalah pada 1 Oktober 2012 iaitu sebanyak 460,000 orang. Cuba bayangkan jumlah tersebut dalam sehari.....
Bangunan ini menyimpan banyak sejarah Terracotta
Kami keluar sekitar jam 2.00 petang dan menaiki bas yang sama. Sampai di stesen bas Xi'an, kami cari teksi untuk ke Muslim Street .Nak beli makanan. Tambang teksi kali ini hanyalah 14 RMB. Saya dapati pemandu teksi di Xian ini semuanya jujur. Walau pun mereka boleh tipu kerana teksi menggunakan meter..... saya mana tahu sama ada jalan yang dilalui paling dekat atau paling jauh. Tiba-tiba saya teringatkan pengalaman menaiki sebuah teksi di Singapura. Staf hotel kata, tambangnya lebih kurang 12 dollar dari hotel penginapan ke tempat yang saya
Antara lembah di mana askar Terracotta ditemui
nak pergi...... dia buat-buat sesat dan akhirnya saya kena bayar sehingga 25 dollar. Nak bertengkar, dia tunjuk meter. Patutlah bukan main peramah lagi dia bercerita. Hati-hati yer kalau berteksi  di Singapura.

Di muslim street, keletihan mula terasa. Jadi, kami beli makanan dan makan di hotel sahaja. Yang menjadi kegemaran anak saya, sudah pasti sate kambing.

Sempat berposing dalam kawasan menuju ke Terracotta
460,000 orang pelawat pada 1 Okt. 2012

Gambaran seorang petani yang pertama kali
menemui askar Terracotta
kepingan tauhu - rasanya sedikit masam
19 Dis, Sabtu (hari keempat)
Awal pagi saya bersama suami keluar jalan-jalan sekitar apartment.  Anak-anak nak berehat di bilik katanya. Kami singgah di Zang Mao Plaza yang terletak di hujung bangunan apartment . Beg tangan saya di masukkan ke dalam beg berwarna merah dan di klip. Saya beli sedikit beras, telur dan buah-buahan. Sampai di bilik sekitar pukul 11.30 pagi , anak-anak memaklumkan bahawa wifi dan televisyen tidak berfungsi. Saya pun terus ke pejabat. Malangnya Edy tiada, sedangkan staf di situ tidak boleh berbahasa Inggeris.
pencucuk sate yang dibuang pembeli
Terpaksalah mereka hubungi Edy. Alhamdulillah, Edy kata yang kami akan dipindahkan ke apartment lain sekitar pukul 1.00 petang. 

Mereka memang menepati janji...staf tadi datang dan mengajak kami ke tingkat 17. Kami diberikan apartment yang lain tetapi masih dua bilik. 
Petang menjelang dan kami semua berjalan kaki ke muslim street. Disebabkan cuacanya yang dingin, keletihan kurang terasa. Sepanjang jalan, tiada pejalan kaki yang melintas sesuka hati. Carilah zebra
basikal sewa mengelilingi bandar Xian
crossing atau pun laluan bawah tanah.  Saya sempat membeli buah berangan dengan harga  40 RMB. Lebih satu jam, barulah kami tiba. Maklum, banyak menyinggah untuk merakam gambar. Kami memasuki sebuah restoran yang kecil untuk merasai semangkuk kuetiaw (berbeza dengan kita kerana pendek2 sahaja) sup berharga 20 RMB, kebab inti daging kambing 15 RMB, roti boom berinti daging 10 RMB, sate kambing 2 cucuk 20 RMB dan ketam lembut goreng tepung 25 RMB.

ketam lembut celup tepung

terlalu ramai pengunjung pada malam minggu
kaki kambing bakar - ramai yang minat tetapi bukan saya
pemuda sedang menyediakan kebab daging
beratur panjang untuk mendapatkannya


gula-gula berasaskan susu


sate kambing menunggu untuk di panggang
tut-tut begini yang sering menemani kami
berlatarbelakangkan Bell Tower pada waktu malam
'Cold mee' yang sejuk di makan bersama kuah kacang

Kepingan roti yang sangat cantik tetapi agak keras

Pisang disaluti serbuk roti - digoreng kemudian
Buskers pun ada di muslim street
Semasa di laluan bawah tanah,
penduduk tempatan minta untuk bergambar dengan saya
Dalam perjalanan ke muslim street
20 Dis, Ahad (hari kelima)
Kami keluar dari apartment pukul 9.30 pagi lalu menahan sebuah teksi.
Hadapan pintu masuk muzium
Destinasi kami adalah Shannxi History Museum. Lebih kurang lima belas minit perjalanan, kami pun tiba dengan tambang teksi hanya 10 RMB. Pembinaannya bermula pada tahun 1983 dan dibuka kepada orang ramai pada 20 Jun 1991. Dikatakan terdapat 370,000 objek yang dipamerkan. Reka bentuknya menggabungkan senibina tradisional dengan teknologi moden. Muzium ini terletak di atas sebidang tanah
Barang lama yang dipamerkan
seluas 65 000 meter persegi dengan keluasan bangunan adalah 55 600 meter persegi.
Masih awal, pengunjung pun tidak ramai. Kami tunjukkan paspot, jadi tidak perlu membeli tiket. Satu-satunya tempat yang memberikan keistimewaan kepada pelancong, fikir saya. Rasa hairan pun ada.... Pengunjung tempatan dikenakan 20 RMB seorang. Biasalah muzium, benda yang banyak dipamerkan adalah barang-barang purba. Selain itu, pengunjung juga boleh mengetahui tentang perkembangan
Alat memasak
ketemadunan cina. Anak-anak dah mulai bersungut kebosanan. Kami pulang pada jam 2.30 petang terus ke apartment. 
Setelah berehat sebentar, saya dan suami keluar mengambil angin petang. Hajat di hati untuk ke muslim street buat kali terakhir , nak beli makanan untuk dinner. Saya di sapa sekumpulan pelancong dari Malaysia yang juga hendak ke muslim street. Disebabkan mereka ramai, ada yang
Patung askar dan kuda pun dipamer di sini
berkerusi roda dan ada juga kanak-kanak lalu saya cadangkan mereka menaiki teksi atau tut-tut sahaja. Kami berdua, tak apa - boleh sahaja berjalan kaki walau pun jaraknya hampir 1.5 km. Sampai di muslim street, pengunjung tidak ramai berbanding malam sebelumnya kerana bukan malam minggu barangkali. Yang wajib kami beli adalah sate kambing 4 cucuk, roti boom berinti daging dan kebab.

Dis, Isnin (hari keenam)
Kami check out dari apartment  pukul 11.00 pagi, berjalan kaki ke Airport
Solat di airport
Bussiness Hotel kerana di situ ada shuttle yang berulang alik ke airport setiap 20 minit. Seorang dikenakan 26 RMB, bermakna untuk kami berempat hanyalah 104 RMB berbanding kalau naik shuttle apartment, 200 RMB. Perjalanan tak lama, lebih kurang 45 minit sahaja.
Di airport terdapat sebuah restoran halal. Kami pun makan dahulu sebelum menunaikan solat jamak di kawasan yang agak terlindung sedikit.
Kemudian saya berjalan-jalan melihat 'sleep box' yang terdapat di situ, ada dua puluh semuanya. Merupakan sebuah kapsul berukuran 3 m persegi dan 2.7 m tinggi yang lengkap dengan sebuah katil bujang, televisyen, meja, lampu dan wifi. Harga penginapan pula berbeza mengikut tempoh . Contohnya 30 RMB untuk
satu-satunya restoran halal di airport
30 minit, 120 RMB untuk dua jam dan tambahan 40RMB untuk jam berikutnya. Cumanya di dalam sleep box, tiada air....boleh gunakan bilik air airport.

Pesawat bergerak pada tengah malam, sekitar jam 12.15 dan kami selamat menjejakkan kaki di tanah air tercinta pada jam 5.15 pagi. Banyak kenangan yang dibawa pulang terutama kejujuran penduduknya sama ada pemandu teksi atau tut-tut yang kekal diingatan...mereka tidak pernah mengambil kesempatan atas pelancong walau pun pertama kali ke situ, tidak pernah menaikkan tambang sesuka hati atau sengaja memilih jalan jauh untuk menambah 'meter' di dashboard. In Syaa Allah jika diizinkan Allah, saya akan ke sana lagi...







Angin petang yang dingin dan nyaman
'selfie' sikit kat terracotta
Happy, dalam flight airasia ke Xian
City Wall dari jauh

keledek bakar
Terracotta army and horses
ruang solat Great Mosque yang sederhana besar
Traffic jam pada waktu pagi
Rangka manusia purba terdapat di Shannxi History Museum

Apartment 2 bilik yang selesa dan berpatutan 
dalam perjalanan ke Muslim Street.....
pelbagai jenis jeruk
Terracotta Army di dalam bangunan berbumbung
supaya tidak dirosakkan oleh cuaca
Jam matahari di dalam City Wall
Kedai cenderahati di Muslim Street


Dalam perjalanan ke Muslim street
  
















7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam puan.

    Saya berhajat ke xian bulan 11/2017.
    Blh puan kongsi itenarary.

    ReplyDelete
  4. salam,

    menarik & saya dan keluarga berhajat ke sana dgn arrangement begini - ekonomi & puas hati

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Puan. Saya suka membaca tulisan puan, sangat informative dan menarik. Insyallah ada rezeki saya nak ke Xian, dan pastinya pengalam puan akan dijadikan panduan

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum maaf nak tanya , saya ingin mebuat lawatan ke xian dgn kawan2 saya selama seminggu..agk2 lepas x kalau bajet rm 2000 seorang

    ReplyDelete