OSAKA, JAPAN :14 - 18 SEPT 2024
Perbezaan masa antara Malaysia dengan Osaka adalah 1 jam ke hadapan.
Contoh : Malaysia 8.00 am = Osaka 9.00 am
Kali ini trip saya bersama suami dan dua orang anak secara DIY. Lama dah kami tak jalan sendiri. Sejak dah jadi warga emas ni, selalunya saya guna khidmat travel agent.
Disebabkan saya tempah tiket agak lewat, rasanya harga tersebut agak mahal iaitu RM 8792 untuk empat orang.
14 Sept : Sabtu, Hari Pertama
Bertolak dengan Air Asia pada jam 1.55 pagi dan mengambil masa 6
![]() |
| Kansai Airport |
Hotel tersebut pun saya tempah secara online dengan harga RM1002 untuk 4 malam. Bilik yang kecil dengan dua katil queen itu lengkap dengan peralatan dapur. Memang saya bawa lauk yang ready made kerana bimbang sukar mencari restoran halal di Osaka.
Dekat hotel tersebut terdapat kedai runcit yang memudahkan kami untuk membeli sayur, beras dan telur.
Puas juga menunggu sebab kami tiba sekitar jam 12.00 tengah hari. Tiada kaunter
![]() |
| Shinsekai |
Selesai membersihkan diri dan solat, kami keluar ke TSUTENKAKU TOWER yang hanya berjalan kaki dari hotel. Dengan ketinggian 103 m terdapat DEK MENINJAU pada ketinggian 91m, merupakan antara MERCU TANDA di Osaka.
Di persekitaran tersebut juga yang dipanggil SHINSEKAI terdapat 50 buah kedai serta restoran yang menjual pelbagai makanan serta cenderahati. Tetapi hanya terdapat
![]() |
| Tsutenkaku tower |
Pada sebelah malamnya kami berjalan kaki ke MASJID ISTIQLAL yang jaraknya lebih 1.5 km dari hotel. Masjid tersebut diusahakan oleh Mr Herizal, seorang usahawan Indonesia yang menetap di Osaka.
Beliau membeli sebuah ruang dua tingkat dalam satu deretan bangunan dan mengubahsuainya menjadi sebuah masjid. Dengan jumlah derma sebanyak JPY 200 juta (RM 5.3 juta) dari umat Islam merata dunia, akhirnya masjid tersebut berjaya di buka pada 12 JAN 2022.
Kami sempat solat Isya di situ serta merasai
jamuan ringkas yang mereka sediakan iaitu nasi putih dan gulai ayam. Kebanyakan jemaah yang kami temui adalah orang Indonesia. Ada juga orang India serta Pakistan tetapi jumlah mereka tidak ramai.Sebenarnya kami pernah juga pergi ke Masjid Istiqlal yang terdapat di Jakarta pada tahun 2023. Di Jakarta, masjid tersebut merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
15 SEPT : Ahad, hari kedua
![]() |
| Sagano Train |
Selepas bersarapan dibilik, kami menaiki tren untuk mencuba SAGANO ROMANTIC TRAIN yang popular. Ianya melalui HOZU RIVER di mana kita boleh melihat bot2 kecil melalui sungai tersebut. Tren tersebut hanya ada lima gerabak sahaja.
Kami berhenti di satu destinasi yang membolehkan kami ke BAMBOO FOREST KYOTO yang meliputi sekitar 16 km per. Ini juga merupakan antara tempat tarikan pelancong. Bak kata orang "kalau tak pergi sini macam tak pergi Osaka".
Secara peribadi, saya kagum melihat cantiknya susunan pokok2 buluh tersebut. Sangat besar dan sangat tinggi. Terpelihara...
![]() |
| Bamboo forest |
Keluar dari kawasan pokok2 buluh tersebut, kami sampai ke satu laluan yang dipenuhi gerai2 menjaul cenderahati atau makanan. Kami mencuba CANDIED FRUIT yang paling banyak dijual iaitu strawberry dan cherry.
Lewat petang kami pulang ke hotel. Saya masak nasi untuk makan malam di bilik. Lauk2 ready made masih ada lagi jadi tak perlulah cari restoran halal.
![]() |
| Universal Studio |
Hari ini adalah tempat yang paling ditunggu2 iaitu UNIVERSAL STUDIO, Osaka. Tiket dah beli awal secara online. Paling teruja adalah anak2 kami sebab mereka dah pergi Universal Studio di SINGAPORE dan USA. Seharian kami menghabiskan masa di situ.
Walau pun kami sampai sekitar jam 9.00 am tetapi pengunjung tidaklah terlalu padat namun masih ramai. Berbanding di USA, sebelum gate dibuka pun orang ramai dah mula beratur. Nak RIDE pun terpaksa beratur lama. Ada yang beratur satu jam atau lebih.
Bezanya di Osaka ini ada HARRY PORTER.
Bukan main laku lagi "kayu sakti". Semua orang mencuba. Saya belikan juga sebatang untuk anak laki2 sebagai hadiah hari jadi dia yang kebetulan pada hari ini.Kedua2 anak saya berjalan bersama sebab banyak RIDE yang mereka nak cuba. Saya berjalan dengan suami kerana kami hanya ingin melihat beberapa SHOW yang ada sahaja.
WATER WORLD merupakan satu pertunjukan atas air yang menakjubkan. Menceritakan tentang bagaimana mereka menyelamatkan seorang gadis yang diculik. Aksi stunt mereka sangat mengagumkan. Mereka bermain dengan jetski serta air dan api yang marak. Pertunjukan yang sama pernah saya saksikan di Sinapore.
Semasa pertunjukan, siapa yang duduk di kerusi paling hadapan pasti basah. Walau pun semuanya dalam bahasa Jepun tetapi kami tetap enjoy.
17 SEPT : Selasa, Hari keempat
Sebelah paginya kami ke OSAKA CASTLE. Perjalanan agak jauh. Kami naik tren dan perlu berjalan kaki. Dibuka kepada awam seawal tahun 1931 dan sejak itu menjadi tempat tarikan pelancong kerana seni binanya yang cantik.
Banyak taman dan tempat2 rekreasi terdapat dipersekitaran Osaka Castle. Ada masa terdapat juga kumpulan busking di luar castle tetapi tiada pula waktu kami di sana. Kami terserempak dengan banyak orang Malaysia di situ yang kebanyakannya berjalan sendiri tanpa agent. Sebenarnya saya dah survey agent tetapi harganya yang agak mahal membuatkan kami mencuba DIY sahaja. Lagi pun kami pernah ke Tokyo secara DIY pada tahun 2012 dan alhamdulillah tiada masalah.
Memandangkan hari masih awal, kami naik tren ke DOTONBORI. Merupakan satu kawasan tumpuan pelancong. Ada deretan kedai menjual pelbagai barang dari yang berjenama sehinggalah yang biasa2. Kasut, baju, beg dan apa sahaja.
![]() |
| Dotonbori |
Semuanya ada. Pada sebelah malam pula terdapat kelab2 malam bagi pengunjung yang ingin berhibur.
Kami mencari NAMBA HALAL RESTAURANT yang ada di kawasan tersebut. Puas berjalan kaki berpandukan waze rasanya lebih dua km dan akhirnya kami tiba juga. Restoran yang kecil sahaja tetapi dua tingkat diusahakan oleh orang Indonesia.
Agak terpencil kerana terletak dalam deretan rumah sahaja. Makanan yang kami pesan tidak mengecewakan iaitu mee sup serta nasi dengan ayam goreng.
![]() |
| Namba Halal restaurant |
Makanan dah habis, kami bercadang untuk makan di Kansai Airport sahaja. Mungkin tiada restoran halal namun roti sudah cukup untuk mengenyangkan.
Kami naik tren dan tiba pada sekitar jam 7.00 pagi kerana flight pada jam 10.30 pagi.
![]() |
| Namba restaurant |
Tunggu lah kami di airport sehingga sampa masa untuk check in bagasi. Enam jam diudara, akhirnya kami selamat tiba di KLIA 2 dengan seribu satu kenangan berada di bumi Jepun dalam cuaca yang agak panas.

















