Tuesday, 27 September 2022

UMRAH KE 5 ( COVID 19 )

 23 NOV - 4 DIS 2021

KLIA

Sejak Mac 2020 sehingga Okt 2021, hampir dua tahun negara mengenakan sekatan ke luar negara disebabkan Covid 19. Selama itulah juga saya tidak dapat meneruskan aktiviti tahunan keluarga iaitu melancong ke luar negara.

Sebaik Arab Saudi umumkan pembukaan sempadannya untuk umrah, keinginan saya  untuk ke sana hanya Allah yang tahu. Tanpa berfikir panjang, saya nyatakan hasrat ini kepada suami.

Alhamdulillah dia bersetuju. Ini adalah kali ke 6 kami menjejakkan kaki di Mekah termasuk ibadah haji. Inilah kali pertama saya menunaikan umrah  berdua. 

pernah kerja sekali

Lebih manis umrah kali ini ada sahabat yang pernah bekerja bersama saya turut serta. Kami sama2 dah pencen.

Umrah pertama, kami ditemani arwah ayah serta ibu tiri saya. Umrah ke 2, ke 3 dan ke 4 kami membawa bersama anak2. 

Disebabkan tahun lepas, kami pergi dengan Andalusia, makanya kali ini kami ambil agent yang sama.

Khabarnya penerbangan kami adalah yang ketiga dari Malaysia sejak sempadan dibuka. Jumlah jemaah Andalusia kali ini hampir 100 orang, bermakna ada 3 buah bas bersama 3 orang mutawif. 

Entah kenapa, sejak di tanah air lagi saya dah beritahu suami yang saya

tidak mahu ikut ziarah. Kali ini saya benar2 ingin habiskan masa di masjid sahaja. 

Kami kena buat swab test di klinik tiga hari sebelum berangkat. Bayaran agak mahal, kira2 RM 175 seorang. Kalau negatif, bolehlah pergi. Kalau positif, terpaksalah batalkan. Dalam kumpulan kami, ada dua orang yang terpaksa melupakan hasrat mereka kerana positif Covid 19. Allahu...

Selain itu terdapat juga jemaah yang sepatutnya berangkat pada 2020 namun tertangguh kerana sempadan negara ditutup. Mereka terpaksa pula tambah dalam RM satu ribu lebih untuk pakej 2021 ini.

kopi arab dlm flight

Kami berangkat pada 23 Nov 2021, hari Selasa sekitar jam 11.00 malam dengan Saudi air. Jemaah laki2 memakai kain ihram berbaju kemeja semasa di KLIA. Kami kena berniat dan memakai ihram sepenuhnya semasa di dalam penerbangan.

Tiba di airport Jeddah waktu dinihari. Terus dibawa ke hotel Safwah Royale Orchid yang betul2 di hadapan masjidil haram. Kalau sebelum2 ini, kami akan terus selesaikan umrah pertama, namun kali ini berbeza. Tidor lah kami pada malam itu dalam berihram.

Dari tingkap bilik saya melihat dataran masjid yang sangat lapang . Tiada yang solat di situ. Ada larangan dan sekatan. Ada askar dan pegawai yang bertugas.

apps tawakkalna

Sayunya melihat keadaan tersebut... Allahu.

Dalam taklimat sebelumnya, kami akan selesaikan umrah pertama pada jam 12.00 tengah hari bersama mutawif. Umrah selebihnya kena lah mohon sendiri melalui aplikasi Tawakkalna atau Eatmarna... macam my sejahtera.

Selepas sarapan pagi, saya ke kedai telefon untuk beli simkad arab saudi. Dalam saudi

riyal 95 seorang. Kemudian ke lobi utama untuk download aplikasi yang perlu. Ada beberapa orang staf Andalusia yang membantu. Maklumlah orang tua2 bukannya pandai sangat pun bab2 IT ni. Ada juga jemaah yang pandai, mereka buat sendiri dan membantu kawan2 yang lain.

staff Andalusia bantu

Orang tak ramai. Ada satu pintu sahaja untuk laluan umrah. Disebabkan kami dengan mutawif, tak perlu lah tunjukkan apps apa2. Beratur dan terus masuk.

Alhamdulillah selesailah umrah pertama kami. Solat zohor juga selesai. Kami pun pulang ke hotel untuk makan tengah hari.

Saya dengar dari kawan2 yang solat fardhu di masjid perlumohon permit jugak melalui apps. Kalau lulus boleh pergi. Kalau tak lulus, tak boleh pergi.  Begitu juga dengan umrah. Kabarnya hanya boleh mohon sekali sahaja selain bersama mutawif. Tiba2 saya rasa sedeh sangat...

Jadinya semua solat pada hari tersebut hanya di bilik hotel. Imamnya

siap2 utk umrah pertama

suami ... Allahu. Sayu sangat rasanya kerana hajat dihati semasa di tanah air lagi, saya nak solat di masjid pada tiap waktu sehingga saya sanggup tak ikut ziarah.

Sebelum tidur, saya mohon permit umrah untuk esok hari.  Saya mohon untuk suami sekali. Berjaya.

Saya mohon untuk setiap solat fardhu. Gagal. Alasan di apps tersebut, penuh. Dalam diam saya memohon kepada Allah. Mempertaruhkan segala kebaikan yang pernah dilakukan supaya hajat saya dimakbulkan. Saya menangis sendirian dan entah jam berapa akhirnya terlena.

sarapan.. banyak pilihan

Sayup2 kedengaran azan subuh. Saya melihat diluar tingkap, orang2 yang memasuki masjid. Tidak berpusu2 macam dulu tetapi tetap ramai. Mereka ada permit barangkali... itu andaian saya.

Sewaktu bersarapan saya tanya mutawif tambang ke Tanaim untuk bermiqat... Saudi Riyal 40 katanya. Ikut nasib...

Ada teman yang maklumkan bahawa solat dimasjid tidak perlu lagi
mohon permit mulai hari tersebut. Cukup dengan menunjukkan muka hadapan apps 'tawakkalna' di pintu masuk.


Masya Allah... termakbulkah doa saya malam tadi.

tawar menawar teksi
Gembiranya hati ini bukan kepalang. Saya beritahu suami apa yang saya fikirkan. Solat zohor.. makan tengah hari.. pergi miqat.. buat umrah.. duduk di masjid solat Isya, balik.. makan malam.

Selepas umrah pertama, saya maklumkan pada mutawif yang kami tidak ikut ziarah luar.

Rutin harian kami sama setiap hari. Alhamdulillah kami berjaya melakukan empat kali lagi umrah tanpa mutawif.

Setiap hari selepas makan tengah hari, kami keluar menahan teksi. Ada yang menawarkan 80, 70 dan 60 riyal. Lepas setengah jam, baru dapat 50 riyal. Teksi membawa kami ke masjid Tanaim atau masjid Sit Aisyah menunggu sehingga selesai solat dan berihram.. lebih kurang satu jam.


miqat di Tanaim

Biasanya kami akan sampai di masjidil haram dekat2 waktu asar. Selama empat hari kami menaiki teksi .. pemandu2nya adalah dari India, Yaman, Syria dan Pakistan. Cerita mereka menginsafkan kami. Keluarga mereka ditinggalkan di tanah air demi mencari sesuap nasi. Ada yang dah bertahun tak jumpa keluarga.. sedeh.

Hanya umrah pertama dan keempat sahaja kami berjalan kaki

sa'i naik skuter


untuk semua rukun. Umrah yang lain2nya kami menyewa skuter dengan bayaran 115 untuk berdua bagi selesaikan sa'i. 

Tawaf, jalan kaki seperti biasa. Lagi pun orang tak ramai. Pusingan tawaf sangat dekat dengan kaabah. Hanya tawaf umrah sahaja dibenarkan di dataran, umrah2 sunat mesti naik di tingkat satu atau dua. Pastinya pusingan tersebut sangat besar.

Setiap hari kami berada di masjid sejak jam 3.00 petang hinggalah selesai solat Isya'. Ada masanya kami selesai awal bertahalul.. sempatlah duduk2 di tepi laluan sa'i sambil

melihat gelagat orang ramai. Kadang2 saya

lengang di laluan sa'i

jealous tengok orang yang lebih tua, berjalan pun sangat perlahan tetapi bersa'i seperti biasa. Semangat mereka sebenarnya yang sangat kuat mengheret kaki untuk terus melangkah.. Allahu.

Naik skuter ni jangan ceritalah tentang insiden2 yang berlaku. Orang2 kita tak ada masalah rasanya sebab kebanyakan kita boleh memandu. Perempuan2 arab terutamanya yang dah berumur.. selalu terlanggar skuter orang lain. Saya pun pernah kena, terkejut jugaklah.. ada juga yang terlanggar divider dan tersangkut di situ sampai terpaksa ditarik oleh staff2 yang ada. Hari terakhir di kota Mekah, kami dibolehkan untuk tidak melakukan

tak ramai.. tawaf umrah

'tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal kerana pandemik belum berakhir. Ini dimaklumkan sendiri oleh pihak pembuat fatwa kerajaan Arab Saudi. Namun demikian, sesiapa yang berhajat melakukannya digalakkan.
Saya dan suami merasakan kami perlu lakukan memandangkan kita akan meninggalkan bumi bertuah ini. Manalah tahu kalau2 umur tak panjang. Jadi, kami ke masjid sebelum solat zohor. Sewaktu hendak melalui pintu untuk bertawaf di tingkat bawah, petugas tidak benarkan. Pintu itu hanya untuk jemaah yang nak buat umrah sahaja.


5 kali umrah
Terpaksalah masuk pintu lain dan kami di bawa ke tingkat satu. Saya melihat sekeliling.. Allahu... jauhnya. Akhirnya kami  ke tingkat dua dan menyewa skuter di situ. Alhamdulillah, selesailah tawaf wada' kami sebaik azan zohor berkumandang.

Kami pulang ke hotel untuk makan dan seterusnya menaiki bas menuju ke Madinah. Sepanjang berada di hotel Safwah, makanan memang tidak pernah mengecewakan. Cumanya saya rindukan masakan Malaysia. 

Di Madinah, kami tinggal di hotel Al Rawda Royal Inn yang tak jauh dari masjid Nabawi. Setiap hari aktiviti kami hanya bersolat di masjid dan tidak  ikut ziarah luar. Hanya ziarah sekitar masjid sahaja yang kami ikut serta sebab ada banyak cerita sejarah yang ingin diketahui.



permit Raudhah/sendiri

Saya dapat memasuki raudhah dua kali. Sekali ikut mutawif dan sekali lagi saya mohon permit dan pergi sendiri. Seseorang hanya boleh memasuki raudhah sekali untuk sebulan. Semasa di pintu, saya tunjukkan permit memasuki raudhah melalui apps Tawakalna. 

Lama jugaklah staff tu mencari2 dan terpaksa minta bantuan dari kawan dia. Baru dia jumpa permit saya. Memang berdebar lah jugak takut tak jumpa sampai kesudah.. bila dah jumpa, saya tengok dia tersenyum dan suruh saya masuk.

Untuk pertama kalinya ruang solat di Raudhah

masjid Nabawi


sangat selesa dan teratur. Jemaah perlu berdiri di tempat yang ditandakan sahaja. 

Walau pun berada di situ hanya dibenarkan selama sepuluh minit, tetap memadai. Cukup untuk bersolat dan berdoa. Berbanding dengan zaman sebelum pandemik.. tiada had masa namun sangat susah untuk bersolat kerana jemaah bertolak2 sesama sendiri. Lalu saya terfikir.. itulah hikmahnya pandemik ini. 

Banyak kedai di Madinah tidak beroperasi. 

Boleh dikira berapa sahaja yang menjalankan perniagaan. Banyak yang sedang dibaikpulih. Jemaah di masjid pun tidak ramai seperti dulu2. Walau pun azan telah berkumandang, masih terdapat ruang2 kosong untuk solat. Begitulah keadaanya berbanding zaman sebelum pandemik.. 

Tiga hari sebelum berangkat pulang, kami kena buat swab test kat hotel.. kena bayar sendiri. 130 riyal seorang. Kabarnya kalau positif kena kuarantin


masjid Nabawai.. lapang
di Madinah dua minggu. Insuran tanggung. Mujurlah semua jemaah kami negatif.

Sampai di KLIA, kena lagi buat swab test dan dipakaikan gelang pink. Kami kena kurantin sendiri di rumah untuk tujuh hari. Hari ke 5 kena buat swab test. Walau pun negatif, kami tak boleh keluar lagi. Hari ke tujuh, barulah boleh pergi gunting gelang dan bebas.

Walau pun banyak peraturan yang perlu dipatuhi, kami merasa bersyukur kerana dapat melakukan ibadah umrah pada kali ini. Seronok kerana dikebanyakan tempat, tidak bersesak2 macam dulu. Moga Allah izinkan kami lagi untuk ke sana di masa2 akan datang. Takdir Allah tak siapa tahu...

A L H A M D U L I L L A H




No comments:

Post a Comment