1 - 9 NOV 2025
Perbezaan waktu : Kuala Lumpur 10.00 am = Reykjavik 2.00 am
Dikhabarkan ICELAND merupakan negara kedua tercantik di dunia selepas NORWAY. Wallahu alam... Sebenarnya saya pernah ke Norway tetapi tidak memasuki kawasan2 pedalaman yang katanya jauh lebih cantik dengan pemandangan serta gunung-ganangnya.
1 NOV : Sabtu, Hari Pertama
Penerbangan ke Reykjavik mengambil masa 29 jam termasuk dua kali transit. Pertama di Dubai selama 5 jam dan yang kedua di Amsterdam selama 4 jam. Mula2 naik Emirate airways kemudiannya penerbangan domestik iaitu Icelandair.
![]() |
Tour guide Ari & Danny |
2 NOV : Ahad, Hari ke 2
Kami tiba di airport Keflavik pada jam 3.25 pm waktu tempatan. Ari dan Danny adalah dua orang yang berkerja dengan KS... mereka yang uruskan kami di Iceland. Mereka datang dari bulan sept dan akan pulang pada bulan Nov setelah selesai semua urusan KS di sana.
Sebelum ke hotel, kami di bawa ke supermarket KRONAN untuk membeli apa2 keperluan. Trip ini hanya menyediakan sarapan pagi dan makan malam.
Kami di bawa ke HOTEL VELLIR untuk check in. Makan malam dihantar ke bilik yang dimasak oleh orang Malaysia menetap di Iceland. Nasi putih dengan gulai ikan yang menepati selera kami.
Tepat jam 9.00 pm, kami di bawa ke tempat untuk mencari AURORA atau NORTHERN LIGHT oleh Jenny iaitu LOCAL TOUR GUIDE. Dalam bas tersebut ada beberapa orang lagi pelancong yang di ambil dari dua hotel lain. Bas berhenti dan kami turun.
![]() |
| langit yang sama |
![]() |
| semua ahli grup |
![]() |
| bersama sahabat Lateffa |
![]() |
Kami tertidur kerana keletihan teramat sehinggalah suara Jenny membangunkan semua orang sekitar jam 11.45 pm.
"Sediakan kamera" jerit Jenny. Baru saya faham yang aurora tak nampak dengan mata kasar jika indeksnya rendah. Saya memandang ke langit yang gelap hanya kelihatan tompokan berwarna kelabu sahaja sehinggalah kamera hp di halakan ke arahnya.
"Jangan bergerak2. Kamera kena stay untuk beberapa saat, barulah perlahan2 aurora akan kelihatan sangat jelas". Begitu pesan Jenny. Keadaan ini mengajar saya erti sabar. Masya Allah... CANTIKNYA AURORA secantik namanya... Subhanallah.
Begitu juga ketika nak merakam gambar berlatar belakangkan aurora. "Dok diam2 sebab ini bukan ambil gambar biasa" begitu pula pesan Ari. "Kalau gerak, nanti kena buat semula" sambung pula Danny.
Walau pun indeks aurora pada malam itu adalah 3 (paling tinggi adalah 9), cantiknya memang tak terkata. Sekali dua aurora tu bergerak seolah2 menari. Warnanya yang hijau membentuk pelbagai rupa .. hijau pekat dan hijau cair bersilih ganti. Langit yang sama namun berlainan bentuk jika gambar diambil dari sudut berbeza.
Puluhan tahun saya mengharapkan keajaiban ini. Malam itu saya menyaksikan indahnya aurora yang selalu di sebut2 orang. Sejak di Malaysia lagi saya berdoa supaya Allah beri peluang kepada saya untuk melihat aurora. Sebab saya pernah dengar ada orang yang ke Iceland tetapi gagal menemui aurora.
Tanpa sedar, kami telah berada di situ hampir satu jam bila Jenny mengajak kami semua pulang ke hotel.
![]() |
| R n R Borganes |
3 NOV : Isnin, Hari ke 3
Sekitar jam 2.00 am barulah kami sampai di bilik. Bersihkan diri dan tidur.
Seawal jam 8.00 am kami keluar selepas bersarapan di hotel. Macam biasa kami hanya makan roti, buah atau cereal.
Singgah di R n R BORGANES untuk ke tandas atau minum kopi. Entah di mana silapnya, berlaku sedikit salah faham menyebabkan kami terpaksa menunggu di situ. Kami terus cari tempat lapang di tepi kedai untuk menunaikan SOLAT JAMAK. Dah la sejuk, angin pula kuat. Begitulah biasanya jika
![]() |
| Kirkjufell mountain |
Kami teruskan perjalanan ke KIRKJUFELL MOUNTAIN yang berdekatan dengan KIRKJUFELL FOSS. FOSS bermaksud AIR TERJUN. Memang menakjubkan sebab kami tak perlu berjalan jauh pun untuk ke air terjun tersebut. Melihat airnya yang jerneh rasa nak mandi jer.
Semasa berbual dengan Danny, dia bagi tahu yang makanan kat sini tak basi letak kat luar dua tiga hari. Nasi pulak boleh tahan sampai lima hari tanpa perlu panas semula. Sebab sejuk kan...Kami sampai di hotel sekitar jam 8.00 pm. Bersihkan diri dan terus tidur. Pada malamnya kami mendapat makan malam yang dihantar ke bilik. Dimasak oleh Linda juga. Kami kongsi satu bekas dan simpan satu bekas lagi untuk makan esok pagi.
![]() |
| Kirkjufellfoss |
4 NOV : Selasa, Hari ke 4
Benarlah seperti yang diberitahu, saya dan suami makan nasi yang semalamnya. Masih elok dan sedap. Kali ini ayam masak merah.
Lepas sarapan di hotel,kami check out. Jam 11.30 am kami tiba di SEJALANDFOSS yang ketinggian air terjunnya adalah 60 m. Apa yang lebih menarik adalah kami boleh melalui di belakang air terjun yang jatuh ke bumi. Percikan air tersebut memaksa kami untuk mengenakan baju hujan kalau tak mahu basah. Jalan yang tidak rata dan licin serta basah menjadikan pergerakan kami sangat perlahan. Di sini banyak pengunjung apa tah lagi banyak yang berhenti untuk merakam gambar. Memang tak pernah saya tengok air terun setinggi itu.
![]() |
| Sejalandfoss |
![]() |
| Skogafoss |
![]() |
| Skogafoss |
Kami seterusnya ke VIK VILLAGE untuk ke RENISFJARA yang lebih dikenali sebagai BLACK SAND BEACH. Namun ada tali rentang yang tidak membenarkan sesiapa untuk mendekati kawasan pantai kerana ombak sangat kuat.
Destinasi seterusnya adalah DYRHOLAEY. Merupakan kawasan popular di selatan Iceland. Kabarnya banyak burung PUFFINS bersarang di situ pada musim panas. Kawasan tersebut menyaksikan kuatnya ombak laut menghempas batu2 pejal yang ada di pinggir pantai. Sangat menakutkan sebenarnya. Tak siapa yang dibenarkan turun ditambah pula ada penghadang
![]() |
| Dyrholaey |
yang diletak disitu.
Kami pulang dan terus check in HOTEL KRIA. Kali ini kami diminta untuk tidur dengan pakaian lengkap ... senang nak keluar bila dipanggil kalau ada aurora yang muncul di situ.
Saya berdoa dan berharap keajaiban tersebut namun hampa. Takdir Allah begitu... saya sedar apabila telah masuk waktu subuh.
![]() |
| Diamond Beach |
Sepanjang perjalanan dapat disaksikan MOSS atau lumut di kiri dan kanan jalan. Kita tak boleh pijak sesuka hati di atas lumut2 tersebut kerana menjadi satu kesalahan jika tertangkap.
Kami tiba di JOKURSALON atau GLACIAL LAGOON. Di situlah letaknya DIAMOND BEACH.
Rasa macam mimpi apabila saya betul2 berada di Diamond Beach. Terlalu banyak bongkah2 ais yang terdampar di
situ, pelbagai saiz. Glacier2 besar turun dari pergunungan dan akhirnya tersadai di pantai tersebut. Ada yang kecil, ada yang besar dan sangat besar. Dengan warna biru dan putih terkena pancaran cahaya matahari, memang memukau sesiapa yang melihat.
Seterusnya kami menaiki AMFIBIAN BOAT dengan harga RM220 seorang. Selama hampir satu jam berada di tasik yang penuh dengan ICEBERG, banyak terdapat ANJING LAUT di situ. Mereka terdampar di atas ketul2 ais yang ada dalam tasik tanpa pedulikan kehadiran kami. Saya terfikir ... betapa hebatnya ciptaan Allah ini kerana haiwan itu baring sambil menggerakkan ekornya.. tak sejuk kah dia? Sesekali dia berpaling memandang bot kami. Allahu Akbar...
![]() |
| amfibian boat |
Turun dari bot, kami di bawa ke kawasan lain yang juga penuh dengan iceberg. Pemandangan yang tak pernah saya lihat sebelum ini walau pun pernah pergi ke negara2 lain yang bersalji. Betul lah kata orang... ICELAND INI SANGAT INDAH.
Setelah petang, kami pun pulang dan check in HOTEL LAKI. Untuk kedua kalinya, kami diminta tidur dengan pakaian lengkap. Aurora pernah muncul di luar hotel pada jam tiga pagi dan terpaksalah TG mengetuk pintu setiap bilik. Sebenarnya hotel tersebut juga menyediakan AURORA CALL jika ia muncul.
Saya terjaga bila alarm hp berbunyi menandakan waktu subuh. Tiada rezeki nampaknya, bisik saya sendirian.
6 NOV : Khamis, Hari ke 6
Selepas sarapan, check out dan kami bergerak ke RENISFJARA BEACH atau pantai pasir hitam sebab sebelumnya kami tak boleh singgah. Angin sangat kuat dan tolakannya menyebabkan badan saya bergerak. Disebabkan itu, saya dan suami terpaksa pegang tangan kuat2 untuk memudahkan pergerakan. Seluruh pasir di kawasan tersebut berwarna hitam.
Pengunjung sentiasa diingatkan supaya jangan terlalu dekat dengan air kerana ombak besar boleh berlaku tiba2 atau tanpa dijangka. Di situ juga banyak terdapat burung2 jenis
![]() |
PUFFINS, GUILLEMOTS dan FULMARS. Rasanya burung2 ini semua hanya ada di negara2 sejuk seperti Iceland.
Kami singgah di R n R untuk makan makanan tengah hari. Ada yang bawa sendiri atau panaskan nasi segera yang dibekalkan KS. Lepas itu kami solat jamak.
Seterusnya kami ke SHIPWRECK di mana SHAH RUKH KHAN & KAJOL berlakon dalam filem D1LWALE pada tahun 2015. Sejak menonton filem tersebut, saya memang berharap untuk sampai di situ satu hari nanti. Alhamdulillah ... telah di kabulkan.
![]() |
| Shipwreck |
Untuk sampai ke tempat tersebut, kami kena menaiki bas yang disediakan kerana kereta2 pelancong tidak dibenarkan masuk. Mungkin untuk mengawal laluan ke situ supaya tidak rosak.
Puas lah kami semua bergambar di atas pesawat yang rosak di sana sini. Ari pesan supaya kami lebih berhati2 kerana mungkin ada bahagian yang reput takut terjatuh. Dasyat betul penangan filem Bollywood ini terhadap penonton2nya.
Selesai di situ, kami ke GULFOSS. Satu lagi kawasan air terjun yang besar dan cantik. Kali ini kami bergambar di bahagian atas sahaja. Tengok dari jauh sahaja sebab terlalu bersar
dan sangat merbahaya. Ada pagar yang melindungi kawasan tersebut. Airnya
![]() |
| Gulfoss |
yang berwarna putih kelihatan sangat cantik bila terjun menuruni kawasan tinggi untuk sampai kebawah. Kena pulak dengan pancaran cahaya matahari senja, memang sangat menakjubkan. Begitulah indahnya ciptaan Allah.
Kami singgah pula melihat tiga ekor KUDA tempatan yang mempunyai bulu sangat lebat. Kuda2 Iceland dikabarkan jika dieksport keluar tidak dibenarkan masuk semula untuk menjaga keaslian baka mereka. Begitulah...
Sebelum pulang, kami singgah di THE GREAT GEYSIR untuk melihat sendiri bagaimana pancutan air panas terjadi. Berbeza dengan yang ada di ROTORUA NEW ZEALAND. Pancutan air panas di sini hanya berlaku dalam sepuluh minit sahaja dan tidak terlalu tinggi. Kalau di NZ, pancutan airnya sangat tinggi hingga boleh mencecah 9m.
Untuk kesekian kalinya, kami tidur berpakaian lengkap kerana kemungkinan untuk bertemu dengan aurora tu masih ada. Dan kami masih berharap. Sekali lagi kami hampa dan akhirnya redha.
7 NOV : Jumaat, Hari ke 7
Selepas sarapan, kami dibawa ke RAINBOW STREET tempat untuk SHOPPING. Seperti namanya, ada laluan di situ diwarna warnikan. Kedai2 di situ ada yang murah ada yang mahal. Sebiji KEY CHAIN biasa, harganya adalah RM 35. Sangat mahal berbanding dengan negara2 Eropah yang pernah saya kunjungi. Pakaian2 juga sangat mahal. Saya membeli beberapa barang yang saya rasa berpatutan sahaja untuk kenang2an.
Sebelah petangnya, kami singgah di GRAND MOSQUE OF ICELAND dan solat jamak takhir. Ada tabung di situ tetapi tiada QR dan hanya menerima EURO atau USD. Kami tak bawa duit cash kerana semua perbelanjaan menggunakan KAD DEBIT atau KAD CREDIT. Saya mula tertanya2... wujud ke ICELAND KRONA sebab saya tak pernah tengok pun duit cash depa. Hanya dengar sahaja...
Waktu menghampiri magrib apabila kami tiba di satu kawasan yang penuh dengan LAVA KERAS. Saya cuba pegang serpihan lava yang ada. Rasanya seperti ketulan
![]() |
| Rainbow street |
BESI PEJAL yang berwarna hitam berkilat. Seterusnya kami ke BLUE LAGOON iaitu satu kawasan penuh dengan kolam2 kecil. Ada kawasan di mana mereka telah ubahsuai dasarnya supaya pengunjung boleh mandi kerana kalau dasarnya penuh dengan lava, memang tak boleh pijak pun sebab tajam.
Warna airnya yang biru disebabkan kandungan SILICA yang tinggi serta garam mineral. Berendam di dalam air tersebut dipercayai sangat bagus untuk kulit. Air kolam tersebut mencecah 37-39 darjah adalah buatan bukannya semulajadi.
Kami check in HOTEL START apabila hari telah gelap. Dinner malam tersebut sangat istimewa disediakan oleh Linda. Donny memperkenalkan ISI IKAN PAUS FROZEN kepada kami. Katanya hanya NORWAY, THAILAND dan ICELAND yang tidak menandatangi
![]() |
| Lava , keras macam besi |
perjanjian untuk melindungi ikan paus. Jadinya tidak salah bagi negara2 ini untuk makan ikan paus. Rasa dan rupanya seperti daging lembu.
8 NOV : Sabtu, Hari ke 8
Sarapan pagi kami disediakan oleh Linda seawal jam 3.00 am dan check out adalah pada jam 4.00 am. Semasa sedang bersiap2 di dalam mini bas untuk bergerak ke airport, seorang teman tiba2 berkata ..." eh, aurora ke tu" sambil menunjuk ke arah langit. Kami semua turun dan mengeluarkan hp untuk merakam keajaiban tersebut.
MasyaAllah... Subhanallah... nak nangis rasanya apabila kami dapat melihat aurora untuk kali kedua.
Aurora sambut kami datang dan sekarang aurora nak hantar kami pulang... begitu
![]() |
| The Blue Lagoon |
Pesawat bergerak pada jam 7.30 am (waktu tempatan) dan selamat mendarat di KLIA pada jam 2.40pm keesokan harinya, 9 NOV 2025. Jumlah perjalanan kami adalah 24 jam termasuk dua kali transit di GATWICK AIRPORT dan DUBAI AIRPORT.
Terima kasih Allah untuk kenangan indah ini
BUAT PEMBACA; KALAU BERPELUANG, PERGILAH ICELAND. ANDA TAK AKAN MENYESAL
![]() |
![]() |
| Isi ikan paus |
![]() |
| aurora hantar kami pulang |
![]() |
| Selamat tinggal aurora |
![]() Barnafoss |







































