26 SEPT - 3 OKT 2024
Perbezaan waktu : Malaysia 8.00 am = Uzbekistan 5.00 am
VLOG YANG DISEDIAKAN OLEH HANIS
https://youtu.be/Kgo6VfeB50o?si=xH0oCcFVVGa_isKw
26 (Khamis) - 28 Sept (Sabtu)
![]() |
| baru sampai |
Trip ini saya bersama suami dan anak bongsu, Hanis. Kami ke KLIA selepas solat subuh dengan menaiki grab. Sampai di tempat berkumpul, saya menemui kawan2 yang lain. Jumlah kami hanya 13 orang. Bermakna TIADA TOUR LEADER. Saya memang sentiasa maklum tentang hal ini.
Apa yang menariknya, saya diuruskan oleh ZAHIN TRAVEL yang segalanya diuruskan secara online. Harga untuk seorang adalah RM 6899 fullboard untuk 8h 6m. Biasanya saya akan semak dulu tentang agent tersebut, takut juga kena scam. Saya tak pernah pun berurusan dengan Zahin travel sebelum ini.
Istimewanya agent ini kerana ada trip ke KHIVA. Beberapa orang yang saya jumpa kat airport, mereka TIDAK PERGI KHIVA.
![]() |
| Kalta Minor Minaret |
Kami semuanya dari lain2 travel agent. Mula2 saya hairan sebab tag yang saya dapat adalah SOOKA GO TRAVEL sedangkan agent saya adalah Zahin Travel. Rupa2nya Sooka Go Travel menggabungkan kami semua menjadi satu grup yang berjumlah 13 orang ini.
Kami menaiki UZBEKISTAN AIRWAYS pada jam 11.40 am dan selamat mendarat di TASHKENT pada jam 4.40 pm. Kemudiannya kami menaiki penerbangan domestik pada jam 8.25 pm dan tiba di URGENCH sekitar jam 9.55 pm.
Sampai sahaja kami disambut oleh TOUR GUIDE, SALIM yang fasih berbahasa melayu. Terus ke restoran untuk makan malam sebelum kami di bawa untuk check in EURO ASIA HOTEL.
senibina yang ada di situ. Juga merupakan UNESCO WORLD HERITAGE yang menyaksikan sebuah kawasan lapang dengan masjid dan menara2 di dalamnya. Pada tengah harinya, geng2 laki2 semuanya pergi solat Jumaat di masjid berdekatan. Menurut suami, keadaan masjid disitu sangat jauh bezanya dengan tempat kita. Tiada karpet dan keadaan masjid pun sangat menyedihkan.
Pada sebelah petangnya kami dibawa melawat KALTA MINOR MINARET. Dengan ketinggian 29 m dan keluasan tapaknya 15 m menjadikannya menara yang sangat dikagumi. Satu lagi tempat menarik adalah JUMA MOSQUE yang dibina pada abad ke 10 dengan pembinaan semula pada tahun 1788. Hanya ada DUA TIANG sahaja yang masih kekal sejak abad ke 10. Lain2 tiang yang ada semuanya sama ada di ganti atau dibaik pulih. Semasa lawatan kami, kerja2 pembaikan sedang dilakukan.
![]() |
| Tiang asal |
Lewat petang, kami menyaksikan persembahan atas tali yang dilakukan oleh dua laki2 dewasa dan dua kanak2. Hanya untuk yang berminat sahaja kerana ada bayaran masuk. Walau pun mereka semua menggunakan tali keselamatan, tetap mengagumkan bagi saya terutamanya bila melibatkan anak kecil.
Keesokan paginya kami bertolak ke BUKHARA selepas sarapan pagi. Perjalanan yang agak panjang sejauh 430 km melalui padang pasir KIZILKUM DESERT yang luas dengan kelajuan angin sekitar 40km /jam.
Sekitar jam 12.30 pm kami singgah untuk lunch. Seorang ahli grup kami yang tertinggal BEG DUIT di hotel di Khiva telah mendapatkannya semula
![]() |
| kubur di Khiva |
Sempat juga beli TEMBIKAI SUSU yang sangat manis dan besar yang banyak dijual di tepi2 jalan. Lewat petang kami check in AIST HOTEL selepas makan malam di restoran berhampiran.
Aist hotel pada asalnya adalah sebuah madrasah pada zaman kegemilangan Islam sekitar abad ke 7. Kini semua bilik2 asrama telah bertukar menjadi bilik hotel dengan tempat sarapan paginya di tengah2 kawasan yang terbuka di ground floor.
![]() |
| KIZILKUM desert |
![]() |
| persembahan atas tali |
![]() |
| paling atas Ark of Bukhara.. |
29 (Ahad) - 30 Sept (Isnin)
Selepas bersarapan pagi, kami ke
ARK OF BUKHARA yang dibina pada abad ke 5
Dibina pada tahun 1127
SAMANID MAUSOLEUM
Dibina pada abad ke 10 untuk menempatkan jasad tiga orang pemerintah yang pernah memerintah DINASTI SAMANID
![]() |
| Chashma Ayub |
CHASMA NABI AYUB
Telaga ini dibina oleh NABI AYUB pada abad ke 12 ketika beliau singgah di sini. Air telaga ini dikatakan boleh mengubati penyakit tetapi tak dipastikan apa jenis penyakitnya.
![]() |
| Telaga nabi Ayub |
Lab-e-Howz dalam bahasa Parsi bermaksud BY THE POOL di mana banyak terdapat beberapa kolam yang membekalkan air bagi kawasan persekitaran.
KUKELDASH MADRASAH
Dibina pada tahun 1570. Pada 1868 bangunan ini musnah oleh GEMPA BUMI. Binaan semula dilakukan pada tahun 1902.
GEMPA BUMI pada tahun1966 tidak menjejaskan bangunan ini. Bangunan ini pernah dijadikan muzium dan kubu tetapi akhirnya dijadikan madrasah semula pada tahun 1990.
NADIR DIVAN MADRASAH
Dibina pada tahun 1622 dan mempunyai 71 bilik. Sebahagian bilik2 tersebut telah diubahsuai menjadi gerai2 jualan. Ada ruang terbuka dijadikan tempat pertunjukan serta orang2 yang bermain alat musik untuk menarik pelancong.
POI KALAN COMPLEX
Merupakan kompleks keagamaan yang mengandungi KALAN MOSQUE, KALAN MINARET dan MIR-I-ARAB MADRASAH.
Disiapkan pada tahun 1121 tetapi pernah dimusnahkan oleh GENGHIS KHAN pada tahun 1220. Kemudiannya dibaikpulih pula sekitar tahun 1515 hingga 1535.
Disiapkan pada abad ke 16 dan dikaitkan dengan SHEIKH ABDALLAH YAMANI dari YAMAN. Masih digunakan hingga kini dimana para imam dan pembimbing agama menamatkan atau menerima tauliah mereka dari madrasah ini
30 Sept : Isnin
Check out hotel AIST, kami meneruskan perjalanan ke GIJDUCAN yang hanya 1 jam perjalanan.
BAHAUTDIN ARCHITECTURAL COMPLEX
GIJDUVAN SCHOOL OF CERAMICS
Dari Gidjuvan kami terus ke SAMARKHAN yang mengambil masa 3 jam setengah. Kami terus makan malam sebelum check in HOTEL BEK.
1 OKT : Selasa
![]() |
| Ulugh Beg madrasah |
SHER-DOR MADRASAH
MAUSOLEUM OF SHAYBANIDS
SHAH I ZINDA ENSEMBLE bermaksud THE LIVING KING. Di sinilah sepupu Rasullullah, QUTHAM IBN ABBAS disemadikan pada abad ke 7. Kompleks ini dibina dari abad ke 11 hingga ke 19 yang mana merupakan perkuburan bagi pembesar2 negara.
BIBI KHANYM MOSQUE merupakan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan AMIR TEMUR sebagai penghargaan kepada isterinya, SARAY MULK KHANUM.
AMIR TEMUR MAUSOLEUM
SIAB BAZAAR
![]() |
| kubah daripada emas |
![]() |
| Shah i Zinda |
![]() |
| she... eh eh ada orang zoom kita masuk dlm grup |
MAKAM IMAM BUKHARI yang terletak di Samarkhan ditutup untuk RENOVATION mulai APRIL 2024 - 2026. Sebenarnya saya sangat terkilan kerana tujuan asal ke Uzbekistan adalah nak ziarah makam tersebut.





























No comments:
Post a Comment