27 MEI - 4 JUN 2023
JAKARTA . BANDUNG . SEMARANG . JOGJAKARTA . BROMO . SURABAYA
VLOG BY AQILAH HANIS
https://youtu.be/PTCEUpEKmfI
Trip kali ini saya pergi bertiga bersama anak bongsu, Anis menggunakan khidmat
NUSATRAVEL. Terima kasih untuk pengalaman indah ini.Turun di Soekarno Hatta International Airport, Jakarta dan pulang dari Juanda International Airport, Surabaya dengan pesawat AirAsia.
Sebenarnya saya pernah ke Jakarta, Bandung, Jogjakarta dan Surabaya sebelum ini. Cumanya trip kali ini berbeza kerana menjanjikan beberapa kelainan yang tidak saya rasai sebelum ini.
Ruang solat masjid |
Kami berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki Air Asia ke Jakarta sekiatar jam 10.10 pagi. Ada seramai 28 orang dan tour leader kami ialah encik Ziru.
Setelah selesai urusan imigresin dan bagasi, kami di bawa terus untuk makan tengah hari di kedai nasi padang. Kebiasaannya bila hari pertama pastinya berselera sekali menghadap juadah negara orang.
Pada sebelah petangnya, kami dibawa ke masjid Istiqlal. Dibuka pada tahun 1978 merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.
Rekabentuk masjid ini yang 'simple', mempunyai 5 tingkat dan 7 pintu masuk utama boleh memuatan sehingga 200 k jemaah. Saya sempat solat magrib berjemaah disitu.
Monumen Nasional |
Kemudiannya kami ke restoran untuk makan malam. Kali ini secara buffet dan
ada ikan kalui goreng garing. Sedap.
28 MEI ..AHAD .. hari kedua (Bandung)
Selepas bersarapan dihotel, kami menaiki bas menuju ke MONAS atau Monumen Nasional untuk bergambar disitu.
Ianya adalah monumen peringatan setinggi 132 meter yang dibina untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia dalam mendapatkan kemerdekaan dari Belanda.
Pembinaanya bermula pada tahun 1961 (era pemerintahan Soekarno) dan dibuka pada tahun 1975 (era pemerintahan Soeharto).
Pada tengah harinya kami menaiki tren ke Bandung yang mengambil masa 3 jam 30 minit. Sebenarnya kami hanya bawa diri sahaja sementara semua bagasi di bawa oleh bas.
Pada sebelah malamnya kami berjalan2 sekitar bandar. Singgah 'Outlet 3 second' sekadar 'window shopping'. Sejujurnya saya jarang berbelanja di mana2 negara yang dilawati. Setakat t shirt untuk kenangan tu adalah...
Floating market |
29 MEI ..ISNIN .. hari ketiga (Bandung)
Di Bandung ini terdapat dua tempat popular yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Lembang farmhouse dan Floating market.
Di Lembang Farmhouse terdapat banyak haiwan untuk bergambar seperti burung kakak tua dan ular. Memberianak kambing minum susu botol juga menarik minat pengunjung. Terdapat juga kandang kambing untuk kami suap karot (kena beli yer).
Boleh juga bergambar di perkampungan 'hobbit' macam yang ada di new Zealand.
Floating market yang ada juga tidak seperti di Hatyai. Penjual hanya duduk di atas bot yang
bersambung dengan gerai di daratan. Kalau anda pernah ke floating market Hatyai, pasti anda dapat merasai perbezaannya.30 MEI ..SELASA .. hari keempat (Semarang)
Selepas sarapan kami ke Semarang melalui Central Highway.
Lokasi popular di situ adalah Lawang Sewu. Pernah menjadi penjara di zaman penjajahan Belanda tetapi kini menjadi pejabat keretapi Indonesia. Kami tidak dibenarkan melihat bilik2 bawah tanah.
Lawang Sewu |
31 MEI .. RABU .. hari kelima (Jogjakarta)
Aktiviti yang paling dinantikan ialah 'Merapi jeep tour'. Jeep melalui jalan tanah yang tidak rata menyebabkan kami yang ada didalam jeep terjerit dan
muzeum mini sisa hartaku |
batu alien. Lihat betul2 |
terkejut ketakutan.
Kami dibawa melawat 'muzeum mini sisa hartaku' yang menunjukkan koleksi barang2 yang dapat dikutip apabila berlakunya letusan gunung Merapi pada 26 Oktober 2010.
Selepas itu jeep tersebut melalui lopak air serta anak sungai menyebabkan kami semua disimbahi air. Mujur semua orang dah bersedia sengan baju hujan nipis.
Kemudiannya kami ke 'Borobudur Temple'. Saya tak pasti berapa harga tiket masuk kerana tiada ahli kumpulan kami yang masuk. Bergambar diluar sahajalah.
Sebenarnya saya dan suami pernah memasuki Borobudur pada tahun 1993 dan rasanya tiket pun tidaklah semahal sekarang.
Berhampiran tempat tersebut, kami diberitahu ada gerai 'bakso' yang sangat sedap. Apa lagi, semua orang serbu. Tak lupa juga 'air teh botol' yang popular di Indonesia.
1 JUN ..KHAMIS .. hari keenam (Bromo)
Pada sebelah paginya kami dibawa shopping barangan kulit di Tanggulangin, Jogjakarta. Tak banyak yang saya beli hanya dua beg tangan untuk Anis dan anak laki2 saya.
Kami singgah di kawasan lumpur Lapindo di Sidiarjo yang ada kisah tersendiri. Berlaku pada tahun 2006, kabarnya seorang usahawan yang tersilap menggerudi sehingga mengeluarkan lumpur panas dan menenggelam ratusan rumah disitu.
Walau bagaimana pun korban jiwa hanya sekitar 17 orang. Walau pun telah berbelas tahun berlalu, kawasan tersebut masih tidak kering. Ia membentuk tasik yang luas sejauh mata memandang.2.30 pagi berkumpul
Kami sampai agak lewat di Bromo dan bermalam di kawasan pergunungan tersebut.
2 JUN .. JUMAAT .. hari ketujuh (Surabaya)
Seawal jam 2 pagi, kami telah bangun. Jam 2.30 pagi kami menaiki jeep menuju ke Mount Bromo. Sampai di satu tempat, ada surau dan gerai makan di situ. Sempat lah kami solat subuh dan minum kopi untuk alas perut.
Pada yang berminat untuk ke puncak, mereka perlu menaiki motor dengan sedikit
bayaran. Saya dan suami hanya tunggu di kawasan tersebut sementara Anis menuju ke puncak.minum kopi panaskan badan
Berada di pergunungan Bromo menunggu matahari naik memang mengujakan. Tambahan pula saya tidak pernah mengalami senario tersebut. Pengunjung sangat ramai. Padat dengan manusia. Sehingga saya tidak pasti apakah mereka semua orang tempatan atau orang luar.
Kami merakam gambar tanpa henti. Masya Allah indahnya ciptaan tuhan. Patutlah mount Bromo ini sangat popular.
Sekiatar jam 6 pagi, hari semakin terang. Kami tinggalkan mount Bromo menuju ke Padang Savana. Satu kawasan padang pasir dan rumput yang sangat luas sejauh mata memandang.naik motor kepuncak
Setelah puas bergambar, kami semua manaiki semula jeep menuju ke hotel untuk bersarapan pagi.
Tanpa disedari rupa2nya kami telah berada selama lebih 4 jam di persekitaran mount Bromo tersebut.
Selesai membersihkan diri, kami dibawa melawat kebun epal di Batu Malang. Untuk ke ladang epal, kami dibawa menaiki van sahaja kerana laluannya yang agak sempit.
Pengunjung boleh petik epal kemudian ditimbang untuk menentukan harganya. Epal di ladang tersebut kecil2 sahaja, mungkin untuk dibuat jem. Rasanya pun agak keras dan tidak sesuai dimakan mentah.
mount Bromo |
3 JUN .. SABTU .. hari kelapan (Surabaya)
Pada sebelah paginya kami melawat Monumen kapal selam (Monkasel). Memang menakjubkan bagi sesiapa yang boleh berada di dalam kapal selam kerana saya sendiri tidak sanggup rasanya.
Keadaan didalamnya sangat sempit tetapi lengkap dengan tempat tidur. Kapal selam tersebut sudak tidak digunakan lagi. Ia merupakan kapal buatan Russia pada tahun 1952.
Selain itu, kami juga menonton rencana kisah kapal selam tersebut.Dalam kapal selam
Sempat juga kami bergambar di tugu 'sura dan baya' iaitu ikan yu (sura) dan buaya (baya). Cerita dongeng yang digambarkan adalah tentang perkelahian antara ikan Yu yang ingin menetap di sungai tetapi telah dihalau oleh buaya supaya kembali ke laut.
Seterusnya kami ke Madura. Ada diantara ahli grup kami yang membeli belacan Madura. Kata mereka sedap. Tapi saya tak beli.
4 JUN .. AHAD .. hari kesembilan
Selepas sarapan pagi, kami dibawa ke Lapangan Terbang Juanda untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Terima kasih semua sahabat yang turut serta dalam trip kali ini. Kepada Tour Leader (Ziru) serta Tour Guide yang sering menghiburkan kami, anda memang yang terbaik.
Tugu Sura & baya |
No comments:
Post a Comment