18 - 29 OKT 2023
Pada awalnya saya booked trip Pakistan ini pada bulan Mei 2023 untuk terbang bulan Okt 2023. Saya nak pergi bersama suami dan anak perempuan.
Sekitar bulan Sept, agent tersebut batalkan trip sebab tak cukup orang. Deposit RM 3000 dipulangkan.
Saya pun mula mencari agent lain. Banyak yang penuh sedangkan saya dah teruja sangat untuk ke Pakistan. Seseorang cadangkan ZAFIRAH TRAVEL. Saya pun mencuba nasib terus contact .
Suka sangat bila ZAFIRAH TRAVEL sanggup terbangkan kami bertiga dengan satu pasangan lain. Cuma dia kata, TIADA TOUR LEADER.
Tetapi TOUR GUIDE akan tunggu di Pakistan nanti. Kami semua ok sebab dah biasa travel. Secara peribadi pula, Pakistan adalah negara ke 44 yang akan saya jejaki.
Di sini saya sertakan link YOUTUBE yang dihasilkan oleh anak saya yang ikut serta.
https://youtu.be/mRIxqTlY9pQ?si=oJnaiYhYB-fcmj3l
18 OKT - RABU, HARI PERTAMA
12.45 th kami berjumpa di KLIA. Berkenal2an dan jumpa wakil Zafirah Travel. Kemudian terus check in dan ambil boarding pass.
Pesawat PIA atau Pakistan International Airlines berlepas sekitar jam 12.30 tengah hari. Mengambil masa 6 jam diudara dan kami mendarat di Lahore International Airport pada jam 3.45 petang waktu tempatan (6.45 petang waktu Malaysia).
First dinner.. Sedap |
Seperti budaya di India yang pernah kami jejaki, kalungan bunga mawar merah kecil dipakaikan sebagai tanda selamat datang.
Arshad carikan ruang untuk kami solat. Bersama kami ada ibu dan anak perempuannya orang Malaysia yang ikut serta. Jadi, jumlah kami adalah 7 orang. Kami menaiki van kecil dan cukup selesa.
Kami terus dibawa makan malam di restoran. Dapat nasi bryiani original, memang sedaplah cerita dia. Selesai makan terus ke Hotel Feletee's Express untuk bermalam. Rehat perlu cukup, kata Arshad kerana esoknya kami akan melalui perjalanan yang panjang.
19 OKT - KHAMIS, HARI KEDUA
Cantik warna airnya |
Selepas bersarapan di hotel, kami membawa keluar semua bagasi. Tepat jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan melalui Karakoram Highway menuju ke Besham.
Sedikit tentang Karakoram highway atau lebih dikenali sebagai KKH. Pembinaannya bermula pada tahun 1962 dan selesai pada tahun 1978 oleh kerajaan China dan Pakistan. Sebanyak 200 orang pekerja china dan 800 pekerja Pakistan telah terkorban dalam masa pembinaannya. Panjang KKH ini adalah 1300 km.
KKH menghubungkan diantara daerah Xinjiang, China dengan Abbottabat,
Pakistan. Merupakan lebuhraya berturap paling tinggi di dunia namun di situ terletaknya 'Lembah syurga dunia' pada ketinggian 15000 kaki.Selain itu KKH ini menjadi satu daripada tarikan pelancong dan sering juga dirujuk sebagai 'keajaiban kelapan dunia'.
Sebab itulah ketika mencari pakej Pakistan ini, kami pastikan ada pengalaman melalui Karakoram Highway. Memang saya sendiri telah bersedia untuk melalui pengalaman yang mengerikan ini.
Maka bersedialah saya dengan segala macam doa serta ayat2 suci di
sepanjang perjalanan supaya Allah selamatkan seluruh perjalanan kami.Kami berhenti di beberapa tempat untuk tandas dan di situ ada banyak kelihatan lori2 yang dihias cantik. Seni yang dipanggil 'art truck' di Pakistan ini sangat popular. Lukisannya yang rumit serta penuh berwarna warni sangat menarik perhatian. Tak kiralah sama ada lori 1 tan, 2 tan atau lebih, semuanya dihias cantik. siap dengan gantungan deretan loceng2 di keliling badan lori tersebut.
Untuk makan tengah hari pula kami singgah di R&R Hakla Service. Arshad belikan kami 2 ketul ayam dan sebiji burger. Di situ juga terdapat surau.
Sepanjang 10 jam melalui KKM, saya jarang tidur. Saya sibuk merakam gambar serta video di sepanjang perjalanan.
Keindahannya sangat memukau. Telah banyak negara yang saya jejaki, namun Pakistan ini paling mengasyikkan. Di kiri sungai yang airnya membiru... di kanan pula gunung2 berbatu yang sangat tinggi.
Memandang ke bawah, menjadikan jantung berdebar kencang. Apa akan jadi jika kenderaan kami terpijak tanah yang tiada penghadang itu. Pemandu kami yang telah ada 20 tahun pengalaman mengurangkan sedikit rasa bimbang yang bersarang.
Banyak penduduk tempatan yang bersantai2 di lereng bukit curam sambil berbual atau menghisap rokok. Sesekali kami melalui daerah perkampungan yang anak2 kecilnya berkaki ayam. Sambil melambai2 ke arah kami.
Ada tempat yang kami singgah untuk ke tandas, terdapat anak2 kecil yang comot berhingus kerana cuaca waktu itu sangat sejuk. Kami hulurkan sedikit buah tangan buat mereka. Gula2, biskut dan sedikit anggur.
Bahagia benar rasanya kerana dapat
hotel Bisham Hilton |
Kami tiba di Hotel Bisham Hilton sekitar jam 7.00 malam dan hari telah gelap. Makan malam juga di hotel tersebut. Dalam gelap malam, saya melihat sekeliling hotel tersebut adalah gunung ganang sejauh mata memandang.
20 OKT - JUMAAT, HARI KETIGA
Seperti biasa kami bersarapan di hotel dan memulakan perjalanan seawal jam 8.30 pagi. Masih melalui KKH dan dijangka memakan masa sehingga 9 jam atau lebih.
Semasa sedang bersedia untuk bertolak, ada beberapa orang kanak2 berpakaian sekolah menghampiri kami. Kami pun berilah biskut dan gula2 buat mereka. Gembira
Restoran di Sumar Nalla... simple tapi sedap |
Sepanjang perjalanan, apa yang saya perhatikan, pada setiap daerah yang ingin dimasuki, Arshad akan menyerahkan senarai nama kumpulan kami di checkpoint yang di kawal oleh askar. Patutlah ada berpuluh2 helai kertas fotostat (senarai nama kami) di tangannya.
Waktu tengah hari. Kami singgah di sebuah kedai makan di Summar Nalla yang tidaklah secantik restoran. Tetapi betul2 di tepi sungai. Sambil makan, sambil menikmati keindahan air sungainya yang jerneh dan sejuk.
berlatar belakangkan sungai deras |
Kami tidak boleh berlama2 di situ kerana ada jalan yang akan ditutup untuk kerja2 pembinaan jalan yang baru. Kalau itu berlaku, makanya perjalanan akan mengambil masa lebih lama.
Selepas 11 jam, kami pun tiba di Park Hotel, Gilgit pada jam 7.30 malam. Makan malam juga di hotel tersebut. Di situ kami diperkenalkan dengan 'chai' iaitu teh susu Pakistan. Sangat sedap. Katanya guna susu fresh. Wallahualam.
Park Hotel, Gilgit |
Selepas bersarapan, kami keluar pada jam 9.00 pagi menuju ke Hunza Valley. Arshad terpaksa meninggalkan kami. Tugas tour guide diambil alih oleh Talib yang berasal dari Skardu. Dia tidak pandai berbahasa melayu. Seorang pelajar tahun akhir dalam bidang kejuruteraan.
Perjalanan kali ini hanya mengambil masa dua atau tiga jam sahaja.
Kami melalui sungai Gilgit yang jerneh airnya, cetek dan berbatu2. Mungkin suhunya yang sangat sejuk, tidak kelihatan orang yang mandi manda.
Rakaposhi Viewpoint |
Pemandangannya yang cantik menghilangkan sedikit rasa letih berada di dalam van.
Singgah di restoran untuk makan tengah hari dan terus ke Altit Fort. Dibina pada abad ke 11 dan pengubahsuaian dilakukan sekitar tahun 2007. Merupakan tempat tinggal pemerintah zaman itu yang mempunyai gelaran 'MIR'.
Berada di bahagian paling atas Altit Fort, kami dapat melihat betapa indahnya ciptaan tuhan, Hunza Valley. Dengan sungainya yang membiru, pokok2 yang berwarna kuning keemasan serta rumah2 penduduk tempatan yang berselerakan dilereng2 bukit menjadikan pemandangan tersebut seolah2 di dalam lukisan
Pokok aprikot di Hunza Valley |
Entah berapa banyak gambar yang terakam ketika berada di puncak tersebut tidaklah saya sedari. Dengan angin yang bertiup nyaman, kami seolahnya ingin terus berada di situ.
Bila nak turun, baru terbayang susahnya waktu naik tadi. Terpaksa mendaki banyak anak tangga.
Opto Resort, Hunza |
Altit Fort |
Altit Fort |
Sebelum sampai ke puncak Baltit Fort, terdapat sebuah kolam kecil dengan mata airnya sentiasa mengalir. Menurut penduduk tempatan, airnya sangat
bersih, boleh terus diminum. Lalu, seseorang menghulurkan gelas kecil untuk saya cuba meminumnya. Saya tolak dengan baik sebab tak berapa yakin sebenarnya.Kami menuju ke Opto Resort ketika hari makin gelap. Dikiri kanan jalan, pokok2 berwarna kuning menghiasi pemandangan. Kata Talib, itulah pokok Aprikot yang buahnya sudah habis dipetik. Musim buah aprikot sudah berakhir.
Kata Talib lagi, di tempat makan nanti kami akan dihidangkan dengan air aprikot serta jem aprikot.
Resort tersebut sangat cantik. Terdapat beberapa batang pokok epal yang berbuah lebat. Teringin untuk petik tetapi malu pulak rasanya.
suburnya pokok marijuana |
22 OKT - AHAD, HARI KELIMA
Kami bersarapan dihotel. Kali ini tak perlu bawa bagasi kerana akan bermalam di disini lagi. Suhu sekitar 6 darjah celcius memaksa kami memakai winter coat. Jam 9.00 pagi baru kami mulakan perjalanan.
Di pertengahan jalan, van kami berhenti untuk sesi bergambar. Pokok2 aprikot yang sedang menggugurkan daun berwarna kuning keemasan memukau pemandangan. Betapa indahnya bumi ciptaan tuhan...
Perjalanan diteruskan menuju ke Hopar Glasier. Van
Hopar Glasier |
Seorang lelaki tempatan megambil biji2 pokok tersebut, letak di tapak tangan dan meramas2nya. Dia suruh saya cium baunya. Saya tolak dengan baik. Takut terhayal nanti. Ghissauuu... hahaha
20 minit berjalan, kami tiba di Hopar Glasier yang berada pada ketinggian 9000 kaki dari aras laut. Untuk mendapatkan pemandangan yang cantik, kami harus mendaki bukit yang ada di situ.
Sampai di atas, saya melihat ke bawah. Masya Allah... pemandangan yang sungguh unik. Banyaknya longgokan bukit2 kecil berwarna
mendaki di Hopar Glasier |
Sempat juga saya berkenalan dengan seekor kambing gurun yang jinak kepunyaan seorang penjual cenderahati di atas bukit tersebut. Dia datang bila dipanggil minta diusap kepalanya. Dia juga menjilat tapak tangan bila dihulur.
Tiba2 saya terfikir... sanggupkah nak sembelih kambing begini?
Di kaki bukit tersebut terdapat deretan bilik hotel yang kecil serta cafe yang menyediakan makan tengah hari. Kami makan di situ. Menu dia... gulai kambing lagi. Kami juga dibenarkan untuk bersolat di dalam bilik2 hotel tersebut. Lagi pun saya tak nampak sesiapa pun yang menginap di situ.
Selain kami, ada banyak lagi pelancong Malaysia yang di temui di situ. Orang Pakistan memang popular di negara kita...
menuju ke Opto Resort, Hunza |
Kami ke Eaglenest View Point pula untuk melihat pemandangan yang sama. Bezanya tempat ini tidak perlu mendaki. Kawasan rehat tersebut dihias cantik serta boleh menikmati kopi panas di situ. Lebih santai.
Sebelah petangnya kami membeli belah di Karimabad Bazaar. Saya hanya mencari sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Menjelang malam, Talib bertanya kalau2 kami nak makan pizza selain nasi... dah banyak hari asyik nasi bryiani jer kan... dia bawa kami ke Pizza Pamer yang popular di Hunza dan masih dalam kawasan Karimabad Bazaar. Sedap. Macam pizza hut di tempat kita.
Selesai makan kami terus pulang ke Opto Resort untuk merehatkan diri dan bermalam.
Passu dikelilingi gunung2 |
Kami keluar sekitar jam 9.30 pagi menuju ke Passu, sebuah perkampungan kecil dalam daerah Gilgit- Baltistan iaitu daerah yang sama dengan Hunza. Suhu semakin sejuk iaitu sekitar 6 darjah Celcius. Kalau tengah malam pula boleh mencecah negative 4 darjah.
Passu berbeza dengan Hunza kerana perkampungan tersebut dikelilingi gunung ganang yang puncaknya dilitupi salji. Kenderaan yang lalu lalang juga tidak banyak.
Kami singgah di Hussaini Suspension Bridge untuk mencuba berjalan di atas jambatan gantung tersebut. Saya dan suami hanya berjalan separuh jalan sahaja kerana keadaan jambatan yang mengerikan. Papan tempat berpijak pun jarang2 dan tali untuk berpaut pun tidak stabil. Air sungainya sangat mendamaikan rasa dihati.
Passu Tourist Lodge |
Seterusnya kami ke Gurmit Carpet namun keadaan di situ sunyi sepi. Hanya seorang wanita sahaja yang ada menyambut kami. Di rumah kecil itu adalah tempat untuk dia dan beberapa orang menyiapkan karpet buatan tangan.
Namun pada hari tersebut, semua penduduk kampung berkumpul kerana ada event khas menyambut kedatangan imam baru. Talib cuba bertanya pada seorang penduduk di situ jika kami boleh duduk sama melihat event tersebut.
Kami yang perempuan dijemput duduk di kerusi paling depan sementara orang laki2 duduk di kerusi belakang. Ada pertunjukkan seperti 'brass band' atau nasyid yang kami tidak faham.
Passu dikelilingi gunung ganang |
Kami teruskan perjalanan dan berhenti di tepi jalan untuk merakam gambar dengan deretan pokok2 dikiri kanan tersusun cantik. Kemudian Talib cadangkan kepada anak saya... 'saya nak ambil gambar kamu duduk di atas garisan putih. Cantik. Jangan risau kereta tak ada'. Katanya dalam bahasa Inggeris.
Waktu tengah hari kami tiba di Passu Tourist Lodge untuk check in dan menyimpan bagasi. Kemudiannya kami ke restoran di seberang jalan untuk makan tengah hari. Menu yang sangat 'rare' iaitu nasi goreng bersama 'gulai yak'. Rasa dia... macam daging lembu jer. Lmbut. Sedap.
Di daerah itu, kami melihat kumpulan kanak2 atau remaja yang berjalan kaki menuju entah ke mana. Mereka berjalan tanpa rasa bimbang apa2. Bila pulang, kelihatan ditangan masing2 ada jajan. Gembira benar mereka. Saya
Lunch berlaukkan'Yak' |
Lewat petang, Talib mengajak kami berjalan2 di kawasan 'Passu Village'. Rupa2nya kena masuk ke dalam sikit baru lah kami temui rumah2 orang kampung. Singgah di satu rumah yang ada banyak pokok epal sedang berbuah lebat.
Tuan rumah tersebut terus petik dan bagi kepada kami. Rupanya buah epal itu tidak sesuai dimakan begitu sahaja. Teksturnya agak kasar, tidak seperti buah epal yang selalu kita makan.
Patutlah saya melihat seorang perempuan tua (ibu dia barangkali) sedang bersila diatas tikar dengan epal2 yang
rumah lembu/kambing - tak berkunci |
Di daerah itu juga banyak terdapat rumah2 macam kotak daripada batu. Hanya setinggi kita. Ada tingkap kecil lalu kami menjenguk ke dalam.
Rupanya itu adalah rumah lembu atau kambing. Ada juga yang bercampur lembu dan kambing. Yang peliknya rumah2 tersebut tidak berkunci pun, hanya ada selak sahaja.
Mungkin tuan punya haiwan tahu mana satu rumah haiwan mereka. Mungkin juga tiada berlaku kecurian di situ. Saya dapat rasakan kehidupan mereka yang harmoni. Pokok epal liar pula berada di mana2. Di pinggir2 hutan atau di tepi2 jalan.
perkampunhan di Passu |
Sedar tak sedar sudah hampir satu jam setengah kami berjalan kaki melalui perkampungan tersebut. Akhirnya sampai juga ke tempat penginapan.
Kami membersihkan diri dahulu sebelum keluar untuk makan malam di tempat makan hotel sahaja. Kali ini kami benar2 teruja sebab ada mee goreng. Ada juga nasi bryiani ayam. Saya?... mee goreng lah cerita dia. Alhamdulillah sedap.
24 OKT - SELASA, HARI KETUJUH
Seperti biasa, kami keluar dari hotel pada jam 8.00 pagi. Bersarapan roti serta 'chai'. Destinasi kami adalah ke Gilgit yang hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja.
Kini, Tasik Attarbad menjadi tarikan pelancong kerana adanya aktiviti menaiki bot. Air sungainya yang berwarna biru turquoise menjadikan pemandangannya sangat indah. Dipenuhi pula dengan bot2 yang berwarna warni menambahkan lagi keindahan pemandangan.
Dilereng2 bukit pula terdapat banyak chalet sedang dibina - pastinya akan menarik lebih banyak pelancong nanti.
Makan tengah hari kami adalah di Indus Restauran yang terletak di tepi sungai. Hajat di hati nak makan di bahagian terbuka di atas restauran namun tak kesampaian apabila kami diterpa angin kuat yang sejuk sebaik menarik kerusi. Talib cadangkan supaya kami turun di bahagian yang tertutup. Dapatlah melihat pemandangan melalui tingkap sahaja. Hahaha...
Selesai makan, kami terus dibawa ke hotel yang sama sebelum ini iaitu Park Hotel. Rehat sebentar sebelum kami keluar semula untuk ke Gilgit Bazaar sambil membeli-belah.
Gilgit Bazar |
25 OKT - RABU, HARI KELAPAN
Seperti biasa, kami bersarapan di hotel. Berjumpa pulak dengan sekumpulan pelancong dari Malaysia yang ingin ke Hunza. Mereka merungut sebab coaster yang sederhana besar (untuk 20 orang) itu memuatkan sehingga 16 orang. Dengan hand carry lagi, memang padat. Mujur kumpulan kami tak ramai. Lega sungguh rasanya.
Hari ini kami akan melalui KKH menuju ke Besham. Satu perjalanan yang sangat panjang. Disebabkan saya telah melalui jalan tersebut sewaktu datang, saya bercadang untuk melelapkan mata sahaja kali ini.
Kami singgah untuk bergambar di 'Three Mountains'. Jajaran tiga pergunungan yang menyambungkan Hinducash, Karakoram dan Himalaya.
Three mountains |
Waktu tengah hari kami tiba di restoran tepi sungai di Sumar Nallah dan makan di situ. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan.
Jalan ditutup 2.15 pm - 6.00 pm |
Jam di tangan baru 2.15 pm tetapi kami tak dibenarkan lalu. Puaslah Talip minta budi bicara askar di situ namun tak diendahkan. Katanya kerja2 letupan gunung akan dilakukan dan ini akan membahayakan pengguna jalanraya.
Sebenarnya mereka sedang usahakan membina laluan baru apabila laluan sedia ada ditutup akibat pembinaan empangan yang dijangka siap beberapa tahun lagi.
Tiada pilihan. Kenderaan dah berderet di belakang kami. Terpaksa berpatah balik ke Sumar Nallah. Sekurang2nya di situ boleh makan minum dan berehat.
Duduklah kami di situ dan selesaikan urusan solat. Sekitar 4.10 petang, kamiEmpangan. JV dengan China
menaiki van dan bergerak untuk teruskan perjalanan. Kenderaan dah banyak menunggu.
Dah pukul 4.30 ptg, laluan masih ditutup. Orang makin ramai. Resah dan gelisah hanya Allah yang tahu.
Orang laki2 turun dan berkumpul ditepi bukit. Ada pula penduduk tempatan yang ambil kesempan jual air teh dan jagung bakar. Mungkin mereka dah biasa dengan situasi begitu.
Suasana senja di situ sangat cantik. Gabungan warna gunung dan cahaya matahari terbenam memang mengasyikkan.
Tunggu punya tunggu, akhirnya sekitar jam 6.00 petang barulah laluan dibuka. Hari gelap pun masa tu. Dah nak masuk Isya.Banyaknya lori2 besar diKKH
Melihat kenderaan yang bersusun begitu, saya semakin cemas. Dahla gelap. Lereng gunung tanpa penhadang jalan. Kalau lah ada tayar yang tergelincir... Allahu Akbar.
Mujurlah tiada perkara tak diingini berlaku. Tahu kenapa? sebab semua pengguna jalan raya pada masa itu sangat bertolak ansur.
Kenderaan kecil akan melalui tepi lereng gaung sementara kenderaan besar/lori akan melalui tepi kaki gunung. Begitulah keadaannya sehinggalah kenderaan2 itu sudah berada dilaluan yang betul dan selamat.
Akhirnya kami sampai juga di Besham Inn Hotel pukul 10.30 malam. TerusLegend.... masih beroperasi
makan malam dan masuk ke bilik untuk merehatkan badan kerana esok masih ada lagi destinasi yang perlu kami teruskan.
26 OKT - KHAMIS, HARI KESEMBILAN
Seperti biasa, kami bersarapan dan daftar keluar. Destinasi kami adalah Islamabad, ibu kota Pakistan. Perjalanan dijangka mengambil masa 4 jam sahaja.
Kami singgah di Hakla Service untuk makan tengah hari dan solat. Ada surau di luar restauran untuk orang laki2. Yang perempuan solat di tingkat atas, di ruang makan yang tidak dibuka kepada pelanggan. Mungkin dibuka pada waktu malam.
Selepas itu kami ke stesen keretapi Golra. Dibina pada tahun 1882 dan dinaiktaraf pada tahun 1912.kami beri jajan /gula2
Kali ini kami bermalam di La Maison Suite, sebuah rumah banglo yang dijadikan tempat penginapan. Cantik dan luas.
Sebelah malamnya kami dibawa makan ke restauran yang ekslusif, La Montana... secara buffet. Macam2 makanan yang ada tetapi tak banyak yang kena dengan selera saya.
Mujur ada ayam bakar. Itulah yang saya ulang2. Puding dan kek pun pelbagai jenis. Yang ini memang sedap. Saya tengok Talib memang minat sungguh sebab semuanya makanan dia.
Kedudukan restoran tersebut juga di atas sebuah bukit, macam genting gitu. Ada tempat2 tertentu di mana pengunjung boleh berhenti untuk melihat pemandangan kota Islamabad dari atas.
Selain itu ada 'live band' yang menghiburkan pengunjung. Kena pulak lagu-lagu hindustan yang dimainkan... memang sangat menghiburkan bagi saya.
27 OKT - JUMAAT, HARI KESEPULUHbreakfast di bilik La Maison Suite
Kami bersarapan di dalam bilik sahaja. Sarapan ringkas. Roti, butter, jem, chai dan telur goreng. Cukuplah untuk alas perut.
Kami singgah di Masjid Faisal, merupakan masjid ke 2 terbesar di Pakistan. Boleh memuatkan 300 ribu jemaah pada satu2 masa.
Namanya adalah bersempena King Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi yang membiayai pembinaannya yang dianggarkan 130 juta rial Arab.
Pembinaannya dilakukan oleh arkitek dari Turki dari tahun 1976 dan siap pada 1986.
Kami juga singgah di Centaurus Mall untuk membeli belah. Masa yang diperuntukkan selama tiga jam terasa sangat lama kerana tiada yang menarik minat kami semua. Masjid Faisal, Islamabad
Kami terus bergerak ke Lahore setelah makan tengah hari yang mengambil masa kira2 tiga setengah jam.
Lewat petang kami tiba di Hotel Feletee's Express, hotel yang sama sebelum ini.
29 OKT - AHAD, HARI KEDUA BELAS
Selepas sarapan, kami mendaftar keluar menuju ke Anarkali Bazaar untuk membeli belah. Kawasan tersebut sama seperti pasar2 malam di tempat kita.
Seawal jam 10.00 pagi kami tiba, ada kedai2 yang masih belum buka. Macam2Naik beca. Anarkali bazaar
jenis barangan yang ada di situ. Saya anggarkan mungkin ada ratusan kedai atau pun ribuan. Saya pun tak pasti.
Juga merupakan bazar yang tertua kerana telah wujud sejak 200 tahun yang lalu. Pakaian, barang kemas, kelengkapan dapur, kain2 sari... semuanya ada. Harga juga berpatutan dan kena pandai tawar.
Selepas makan tengah hari di restauran, kami singgah pula di mall sementara menunggu waktu petang untuk menghadiri 'Majlis Sempadan Wagah' ( Wagah Beating Retreat Border ) yang bermula pada jam 4.00.
Majlis ini berlangsung setiap hari dan percuma. Ianya membuktikan sejarah, budaya dan hubungan antarabangsa antara India dan Pakistan.
Anarkali bazaar... sibuk |
Sebelum upacara rasmi berlansung, beberapa persembahan diadakan. Antaranya seorang bekas askar yang hanya ada sebelah kaki, menari menghiburkan penonton.
Seolah tidak percaya kerana majlis ini sangat mendapat perhatian walau pun diadakan setiap hari. Mungkin sebahagian besar penonton adalah pelancong, barangkali. Ada juga beberapa kumpulan pelajar sekolah bersama guru2 mereka.
Majlis ini menaikkan semangat setiap orang yang hadir. Walau pun tidak faham apa2, namun saya dapat rasakan semangat cintakan negara dalam setiap rakyat Pakistan yang ada. Begitu juga dengan rakyat India yang ada di seberang sana. Ada pagar yang memisahkan mereka.
Masa yang ditunggu2 pun tiba. Askar kedua2 negara menghampiri pintu pagar.Majlis sempadan wagah
Pagar terbuka perlahan2. Mereka menurunkan bendera masing2 dan berjabat tangan.
Sebenarnya sebelum masuk, pengunjung akan bergambar bersama askar mereka. Sekeping gambar dijual dengan harga RM 7. Itulah cara mereka mendapatkan wang kerana tiada tiket dikenakan.
Secara peribadi, apa yang menarik adalah cara askar mereka berkawad. Dengan ketinggian yang melebihi 6 kaki saya rasa, cara mereka sangat 'perfect'. Cuma agak lawak sebab hayunan kaki mereka hampir terkena dahi... hahaha.
Menjelang malam, kami dibawa ke restoran untuk makan. Di situ kami berjumpa dengan satu kumpulan pelancong Malaysia. Mereka tidak sempat menyaksikan 'Majlis Sempadan Wagah" hanya disebabkan mereka tiba di situ jam lima petang.Rupanya, bila majlis dah bermula, pengunjung tak dibenarkan masuk. Lebih menyedihkan apabila mereka akan bertolak pulang pada esok harinya. Sudah tentunya mereka terlepas satu majlis unik dan istimewa yang hanya ada di sempadan Pakistan dan India.
Kami dihantar ke lapangan terbang Lahore sekitar jam 8.00 malam. Penerbangan yang sepatutnya pada jam 1.50 pagi ditunda ke 7.30 pagi. Terpaksalah kami melepak di airport Lahore sehingga waktu untuk terbang.
30 OKT 2023
Selepas berada enam jam di udara, kami selamat tiba di KLIA sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan atau 1.30 petang waktu Pakistan. Pakistan adalah negara yang kami bayar untuk pemandangan yang menakjubkan walau pun perjalanan di sepanjang Karakoram Highway sangat2 mengerikan.
Bagi pengembara tegar, anda perlu ke Pakistan kerana keindahannya sukar untuk digambarkan.
amor77
ReplyDeleteamor77vip
Alternatiflinkamor77 1
Alternatiflinkamor77 2
Alternatiflinkamor77 3