Thursday, 8 August 2019

MOROCCO, PORTUGAL & SEPANYOL


19 FEB 2019 - Selasa, Hari Pertama

Trip kali ini kami pergi berdua...macam biasa kami tinggalkan kereta di Stesen ERL Salak Tinggi. Solat magrib di KLIA dan berkumpul pada jam 11.00 malam. Kami ambil full package oleh 'Selamatbercuti.com' dan Suhairi adalah 'tour leader' yang  bersama kami sepanjang kunjungan ke Morocco, Portugal dan Sepanyol. Ada 19 orang ahli termasuk seorang kanak-kanak comel berusia setahun lebih dan seorang warga Singapura. Pesawat yang membawa kami adalah Qatar Airways. Berlepas pada jam 2.00 pagi dan kami transit di Doha. Perjalanan diteruskan ke Marakesh dan selamat mendarat sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 19 jam memang sangat memenatkan. Kami terus check in Hotel Ryad Mogadar Kasbah, Marakesh.

Koutubia Mosque
20 FEB 2019 - Rabu, Hari Kedua
Selesai bersarapan di hotel  kami membawa semua bagasi menaiki bas. Angin bertiup sangat sejuk memaksa kami semua memakai baju tebal kerana suhu adalah sekitar 10 darjah celsius. Pukul 8.00 pagi bas bergerak. Singgahan pertama adalah Koutubia Mosque, sebuah masjid paling tua yang disiapkan pada tahun 1199. Masih digunakan sehingga kini. Menaranya yang setinggi 77 m menjadi mercu tanda kota Marakesh. Pada masa dahulu,'muazzin' akan melaungkan azan 5 kali sehari di bahagian paling atas menara dengan menunggang keldai.
Perjalanan di teruskan. Kami ke  Jemaa el-Fnaa, sebuah kawasan  lapang dengan ratusan gerai menjual pelbagai barangan. Juga merupakan tempat tumpuan utama sama ada bagi pelancong luar atau orang tempatan. Pasar tersebut telah ujud sejak abad ke 11lagi.
Kami di bawa ke Spice Pharmacy melalui satu perumahan Medina. Semua
Bazaar -Jemaa el Fnaa
rumah tersebut mempunyai tingkat-tingkat kecil tanpa balkoni. Sebuah rumah biasanya didiami beberapa keluarga dan terdapat 'patio' di tengah-tengah sebagai tempat berkumpul. Di Spice Pharmacy, kami mendengar penerangan tentang kegunaan 'buah argan'. Untuk kesihatan dan kecantikan, semuanya berasaskan biji argan. Kami ke restoran Ksar el Hamra untuk makan tengah hari. Nampaknya tidak berapa kena dengan selera saya kecuali ayam 'tagine'. Apa nak buat...makan jugak la.
Selesai makan, kami ke Bahia Palace. Sebuah istana dengan taman yang indah seluas 2 ekar disiapkan pada akhir abad ke 19. Bahia bermaksud 'cemerlang'. Sultan tersebut mempunyai empat orang isteri di mana setiap seorang mempunyai bilik yang sama besar.
 
Bahia Palace




  





Mosque Hassan II
Spice Pharmacy


Mosque Hassan II
Beliau juga mempunyai 24 orang gundik di mana satu bilik menempatkan dua orang gundik.
Hari menjelang petang dan kami singgah di Mosque Hassan II yang terletak di Casablanca, sebuah bandar yang merupakan pusat perniagaan. Merupakan masjid terbesar di Afrika dan ke 5 terbesar di dalam dunia. Menaranya yang setinggi 210 m adalah yang paling tinggi di dunia. Disiapkan pada tahun 1993, masjid ini boleh memuatkan 105,000 orang pada satu-satu masa...25,000 orang di dalam masjid sementara 80,000 orang di perkarangannya. Tidak banyak yang dapat dilihat
Perkarangan Mosque Hassan II
kerana hari telah gelap.
Kami tiba di Hotel Oum Palace dan menikmati makan malam sebelum masuk ke bilik untuk berehat. Masa makan kami merasa ikan sisa nabi goreng, walau pun jarang dapat merasainya di tempat sendiri.

21 FEB 2019 - Khamis, Hari Ketiga
Selepas bersarapan di hotel, kami bergerak untuk ke Rabat yang merupakan pusat pentadbiran bagi Morocco. Sebelum itu, kami singgah sebentar di Mosque Hassan II untuk merakam gambar. Ketika melalui
pesisiran pantai, bas berhenti berhampiran 'Tahiti Beach Club'. Dengan pemandangan yang menarik, kami turun untuk merakam gambar di situ. Kemudian menyambung semula perjalanan. Tidak lama kami sampai di Hassan Tower. Di hadapan komplek tersebut terdapat dua orang guard berkuda yang akan bertukar setiap 4 jam.


Hassan Tower adalah komplek masjid yang tidak lengkap. Tujuan
Hassan Tower
pembinaannya
adalah untuk menjadi menara tertinggi dan masjid terbesar di dunia. Ketika khalifah Al mansur meninggal dunia pada tahun 1199, pembinaanya terhenti. Menara setinggi 86 m hanya sempat disiapkan pada ketinggian 44 m. Terdapat beberapa tembok dan 348 tiang masih kekal di situ yang kini menjadi satu tarikan pelancong di Rabat. 
Berhadapannya adalah Makam Mohammed V bersama dua orang puteranya iaitu Raja Hassan II (meninggal pada 1999) dan Putera Abdallah. Bangunan tersebut dianggap satu karya seni moden dinasti Alaouite dengan batu putihnya di hiasi bumbung hijau. Pembinaanya telah disiapkan pada tahun 1971.
Seterusnya adalah lawatan ke 'Kasbah of the Udayas' . Kasbah bermakna 'old city' atau 'blockhouse'. Dibangunkan pada abad ke 12, pada asalnya adalah petempatan bagi askar arab yang dipinjamkan untuk menjaga penduduk tempatan. Keseluruhan binaannya berwarna bitu laut dan putih kerana kedudukannya di Lautan Atlantik. Pintu gerbang yang besar dan kukuh masih berdiri megah dan kekal sehingga kini. Yang menariknya adalah pintu pada setiap rumah mempunyai rekabentuk tersendiri. Pada tahun 2012 tempat ini di istiharkan sebagai 'UNESCO world heritage' dan kini menarik perhatian pelancong yang mengunjungi Rabat. Kami singgah di restoran morocco, Dr Da Rbatia yang terletak di Kasbah Udaya juga. Dari luar memang tak siapa yang menyangka ada restoran dua tingkat yang cantik di  dalam. 
Kasbah Udayah

Selepas makan, kami singgah solat dan terus ke Tangier yang merupakan bandar pelabuhan bagi Morocco. Setelah 2 jam setengah perjalanan, kami tiba di hotel Tanjah Flandria, Tangiers. Makan malam di hotel dan berehat kerana keesokannya kami akan ke Sepanyol pula.

22 FEB 2019 - Jumaat, Hari Keempat

Feri menyeberangi Selat Gibraltar
Dari Tangiers kami menaiki feri menyeberangi Selat Gibraltar menuju ke Tarifa di Sepanyol yang mengambil masa satu jam. Macam feri Pulau Pinang...ada juga kenderaan di dalam feri tersebut. Sampai di Tarifa, bas telah sedia menanti untuk membawa kami ke Seville (sebut seviia). Kami disambut tour guide bernama Karim, seorang lelaki India yang fasih berbahasa Sepanyol serta Inggeris. Sedang
Kasbah Udayah


Di dalam kawasan Kasbah Udayah


belajar bahasa Arab katanya...pemandu bas pula adalah seorang wanita bernama Nuriya. Ibu tunggal kepada empat orang anak lelaki dan beragama kristisian. Tidak pandai berbahasa inggeris tetapi sentiasa tersenyum.
Kami terus dibawa melawat ke Plaza de Espana, Seville. Merupakan tempat pameran untuk Ibero-Amerika pada tahun 1929. Terdapat banyak orang yang menjual cenderahati selain kumpulan yang sedang membuat persembahan. Di tengah-tengah terdapat sebuah pancutan air panas. Terdapat bahagian yang dibuat daripada jubin seramik berwarna warni menambahkan lagi kecantikan pada senibinanya. Kemudian kami terus ke 'The Mosque & Awqaf of Seville' untuk  solat. Seterusnya ke restoran  orang Turki untuk makan tengah hari..menunya pastilah doner
Plaza de Espana


Plaza de Espana
kebab yang memang saya suka...
Menara masjid menjadi menara loceng

Lewat petang kami di bawa melawat Giralda. Merupakan sebuah menara masjid yang ditukar menjadi menara loceng untuk Katedral Seville. Tingginya adalah 104.5 m dan siap pembinaannya pada 10 Mac 1198. Islam telah bertapak selama 800 tahun di Sepanyol, akhirnya tumpas. Di pintu masuknya, ukiran ayat-ayat quran masih dikekalkan begitu. Tidak jelas apa sebenarnya tujuan mereka, namun yang pasti sebagai orang islam saya merasa sangat sedeh...
Kami sampai di hotel TRH La Motilla apabila hari telah gelap. Kami dibekalkan menu pakistan...nasi bryiani ayam untuk makan dibilik sahaja. Memang sedaplah jawabnya.


Masjid di Lisbon

23 FEB 2019- Sabtu, Hari Kelima
Seperti biasa, bas bergerak tepat jam 8.30 pagi. Kami akan menuju ke satu negara lain...Portugal. Teringat pula sejarah Malaysia apabila mereka pernah menakluki Melaka pada tahun 1511. Perjalanan mengambil masa hampir lima jam dari Seville, Sepanyol menuju ke Lisbon, Portugal. Kemudiannya kami ke Central Mosque of Lisbon untuk makan tengah hari dan solat. Di tingkat bawah tanah, terdapat restoran kepunyaan orang india muslim. Hidangan mereka termasuk ayam tandori memang sangat sedap. Perjalanan kami diteruskan ke Sintra. Bas berhenti di sebuah restoran dan saya singgah untuk merasa 'calacao', satu jenis minuman macam milo yang sangat popular di Portugal. Harga untuk secawan adalah euro 1.50 sahaja. 


Palace de Pena
Tidak lama kemudian kami tiba di Palace de Pena, Sintra. Diistiharkan sebagai

'Tapak Warisan Dunia UNESCO' pada tahun 1995 dan salah satu dari keajaiban Portugal. Disiapkan pada tahun 1854. Tempat ini hanya digunakan untuk majlis-majlis rasmi kerajaan sahaja kerana sistem beraja mereka telah tamat sejak tahun 1910 selepas berlakunya 'Republican Revolution'. Istana tersebut masih mengekalkan warna kuning dan merah sebagai warna utama dan kelihatan sangat menarik.
Bandar Lisbon pernah musnah akibat  gempa bumi, tsunami dan kebakaran yang dasyat pada tahun 1755 di mana ketiga-tiganya berlaku hampir serentak. Kami tiba di hotel Tryp Lisboa Caparica Mar dan hantar semua bagasi ke bilik. Kemudian berjalan kaki ke sebuah restoran halal berhampiran. Sebenarnya hotel kami sangat dekat dengan
pantai. Angin sejuk terasa tatkala berjalan. Hari gelap menghalang kami untuk ke pantai walau pun Karim ada menceritakan tentang keindahannya.

24 FEB 2019 - Ahad, Hari Keenam
Kami menuju ke Rossio Square yang telah ujud sejal abad ke 15 lagi. Terdapat sebuat peta di lantai yang menunjukkan negara-negara yang pernah mereka jajahi termasuklah Malaysia. Portugis menakluki negara-negara di pesisiran pantai dan memaksa mereka menghantar  sejumlah emas pada setiap tahun.
Menurut Karim, masjid di Lisbon akan memulakan solat zohor pada pukul 2.00 petang walau pun azan dilaungkan pada jam 1.15 petang. Mungkin untuk beri peluang pada ramai orang untuk solat berjemaah.
Peta Malaysia


Rossio Square

Belem Tower
Ceritanya lagi pada masa dahulu, terdapat 20 tram sekitar bandar Lisbon, namun kini hanya tinggal 6 buah sahaja. 
Kami dibawa melihat Belem Tower, sebuah menara benteng yang dibina pada abad ke 16 yang merupakan 'satu Warisan Dunia UNESCO'. Tingginya adalah 30 m dan mempunyai empat tingkat yang terletak di atas sebuah pulau kecil di Sungai Tagus. Kemudiannya kami singgah di pinggir bandar untuk mencuba 'portugese tart' yang popular di kalangan pelancong. Seakan-akan 'egg tart' yang ada di tempat kita. Secara peribadinya, saya kurang suka kerana terlalu manis. 
Sekali lagi kami singgah di Central mosque, Lisbon untuk makan tengah hari dan solat. Perjalanan diteruskan ke Seville yang mengambil masa hampir lima jam. Sekali lagi kami bermalam di hotel Tryp Lisboa Caparica Mar.

Dahulunya menara laungan azan
25 FEB 2019 - Isnin, Hari Ketujuh
Selepas sarapan, kami membawa bagasi menaiki bas menuju ke Cordoba yang hanya mengambil masa satu jam setengah sahaja.  Di luar perkarangan Mezquita (masjid) of Cordoba kami disambut Lola, seorang tour guide yang manis. Disiapkan pada tahun 987 M. Pernah menjadi masjid ke dua terbesar selepas Mekah memperlihatkan keagungan pemerintahan empayar Islam ketika itu. Kini masjid itu telah bertukar menjadi sebuah katedral katolik Rom.
Sebelum melangkah masuk ke dalam masjid, Lola mengingatkan tentang beberapa perkara yang dilarang. Antaranya adalah memakai kopiah, melakukan solat atau bersujud syukur. Pernah berlaku pergaduhan kerana beberapa orang pemuda melakukan sujud syukur di dalam masjid tersebut. Kabarnya cedera jugaklah pemuda tersebut ditumbuk oleh pengawal keselamatan di situ.
The Mosque - Cathedral Cordoba

Senibinanya sangat indah dengan ukiran ayat-ayat quran yang masih kekal di kebanyakan dinding. Hampir keseluruhannya berwarna kuning keemasan. Namun ada juga bahagian dinding yang dilukis dengan gambar 'nabi Isa serta ibunya Maryam'. Ada juga gambar 'nabi Isa di salib'. Sukar untuk digambarkan perasaan kami di situ...sedeh dan terharu. Begitu lama islam bertapak di bumi Sepanyol ini...800 tahun yang akhirnya tumpas juga. Dianggarkan terdapat 1000 buah masjid ketika itu yang mana satu demi satu telah dijadikan gereja oleh puak pemerintah. Allahu... kata Lola lagi, walau pun masjid Cordoba itu telah dijadikan gereja, namun orang kristian pun tidaklah berminat untuk ke situ. Kini ianya telah diistiharkan sebagai satu 'Tapak Warisan Dunia UNESCO' dan menarik sejumlah besar pelancong ke situ.
Holy water...60 kg emas tulen
Kami tinggalkan Cordoba menuju ke Granada, satu-satunya daerah yang mempunyai banyak penduduk beragama Islam. Kebanyakan masjid  telah ditukarkan menjadi gereja, hanya tinggal beberapa buah sahaja yang masih digunakan terutamanya untuk solat jumaat. Granada merupakan daerah terakhir yang ditawan oleh pemerintah kristian.
Sejak tahun 711 M hingga ke 1492 M (781 tahun) Sepanyol di bawah pemerintahan Orang Moor Al Andalus . Kini, hanya 3% sahaja penduduk Sepanyol beragama Islam. Kemuncak pemerintahan ketika itu adalah 'Kerajaan Bani Ummaiyyah' pada abad kesepuluh. Walau pun terdapat penganut Kristian dan Yahudi, mereka semua dilayan dengan baik.
Kerajaan Kristian Sepanyol utara berjaya
ayat2 suci al quran masih kekal
menakluki negeri-negeri Islam selatan di mana Toledo adalah bandar pertama yang mereka tawan. Granada pula adalah bandar terakhir yang ditawan oleh Ratu Isabella bersama suaminya Ferdinand dari Aragon. Ketika berlaku penaklukan, orang Islam dipaksa menganut Katolik atau tinggalkan Sepanyol jika tidak mahu diseksa.
Ketika berlaku penaklukan daerah terakhir iaitu Granada, pemerintah masa itu adalah Abu Abd Allah Muhammad XII. Dari cerita yang disampaikan, baginda melutut  di hadapan ibunya sambil menangis. Lalu ibunya berkata 'jangan menangis macam perempuan kalau kamu gagal berjuang macam lelaki'. Disebabkan enggan menukar agama, baginda dihalau meninggalkan Sepanyol bersama beberapa orang hamba serta sejumlah harta.
Senibinanya cantik
Katanya akan kembali semula satu hari nanti...namun segalanya tinggal kenangan. Malah harta yang disembunyikan di dalam gua juga telah dilarikan oleh hamba-hamba yang dibebaskan. 

Kami bermalam di hotel Macia Condor, Granada dan makan malam di situ.  Pada pukul 8.30 hingga 10.30 malam saya dan beberapa orang pergi menyaksikan pertunjukan 'flaminco dance' yang merupakan tarian popular bagi mesyarakat gipsi di Sepanyol. Tiket untuk seorang adalah 30 euro termasuk pengangkutan serta minuman. Tempat pertunjukan agak istimewa kerana di adakan di dalam gua buatan. Penyanyinya bersuara lantang tanpa mikrofon tetapi  sangat kuat dan membingitkan. Tiada yang boleh kami fahami kerana berbahasa Sepanyol namun tarian mereka yang rancak memang menyegarkan. Gerak badan  yang meliuk lentuk menjadikan penarinya kelihatan sangat seksi dengan pakaian ketat membalut badan walau pun tidaklah begitu terdedah. Nizam, salah seorang kumpulan kami ditarik untuk menari bersama. Wah..bukan main meriah lagi gayanya. Seronok pulak kami..

Rumah-rumah di Granada

Granada

Hiasan di dalam ruang tarian


26 FEB 2019 - Selasa, Hari Kelapan

Selesai sarapan kami bawa bagasi menaiki bas dan sampai di Alhambra Palace Granada. Di situ kami bertemu dengan 'Wawa', tour guide yang menceritakan secara terperinci tentang sejarah kejatuhan Islam di Sepanyol. Banyak tulisan ayat-ayat suci al Quran yang masih dibiarkan di dinding-dinding. Ada satu bahagian dinding yang mereka cuba padam dengan cara menyimen namun keadaan itu mencacatkan pemandangan. Akhirnya dibiarkan begitu sahaja... 
Cerita yang sama .... Cerita yang menyedihkan...cerita tentang kekalahan pemerintah Islam di tangan orang khatolik. Selepas 800 tahun memerintah, akhirnya terpaksa menyerah kalah. Allahu...
Makan tengah hari kali ini merupakan 'fish & chip' yang menjadi kegemaran ramai.

                                 Sekitar didalam AlHambra Palace




Syiling Al hambra





Royal Palace of Madrid
Perjalanan mengambil masa lebih empat jam untuk sampai ke Madrid. Sepanjang perjalanan kami melihat ladang pokok-pokok zaitun sejauh mata memandang. Sekeliling restoran itu juga banyak pokok-pokok zaitun yang berbuah lebat. 
Kami tiba di Hotel City House sekitar jam 7.00 malam. Selepas menyimpan bagasi di bilik, kami bersama beberapa orang mengikut Karim untuk melihat 'Royal Palace of Madrid'. Hanya berjalan kaki. Tidak boleh masuk sebab malam. Sekadar merakam gambar. 
Istana yang mempunyai 3418 bilik itu kini hanya digunakan untuk acara rasmi
Toledo - sebuah kota tua
negara sahaja. Selepas kejatuhan pemerintahan Islam kepada King Alfonso VI, istana itu tidak lagi digunakan sebagai kediaman diraja. Mereka memilih untuk tinggal di 'Palace of Zarzuela' yang terletak di daerah yang agak jauh dari Madrid. Pada 24 Dis 1734, istana itu terbakar. Pembinaan semula dibuat mulai tahun 1738 dan disiapkan pada tahun 1755.



27 FEB 2019 - Rabu, Hari Kesembilan
Kali ini kami tidak membawa bagasi. Sekitar jam 9.00 pagi, kami tiba di Toledo.
Sebuah kota tua yang pernah menjadi ibu negara Sepanyol di mana terdapat tiga kaum utama yang hidup dengan harmoni di sini iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.. Semasa era kejatuhan pemerintahan Islam di Sepanyol,
kota ini adalah yang pertama sekali di tawan. Pada tahun 1986, Toledo diistiharkan sebagai 'World Haritage Site' oleh UNESCO kerana terdapat banyak monumen serta warisan budayanya yang unik. Di daerah ini juga terdapat sebatang sungai yang mengalir jauh dari Morocco.
Kami ke kilang membuat pedang di Toledo. Selain pedang, terdapat juga perhiasan lain seperti gelang, rantai dan jam yang bertatahkan pelbagai jenis batu permata. Seterusnya kami ke Madrid untuk makan tengah hari di restoran India muslim.
Dari jam 3.00 sehingga 6.30 petang, kami berada di Las Rozas Village...tempat untuk membeli belah yang sangat popular dengan jenama-jenama antarabangsa. Sebut sahaja, semuanya ada...bonia, prada, gucci, LV dan macam-macam lagi.
                                                                                                            
Kilang membuat pedang
                                      Sekitar di Las Rozas Village




28 FEB 2019 - Khamis, Hari KesepuluhHari terakhir kami di bumi Sepanyol. Kami singgah di Plaza de Toros, sebuah
Plaza de Toros
gelanggang 'bullfighting' yang sangat popular dan masih digunakan sehingga kini. Mula dirasmikan pada 17 Jun 1931 dan memuatkan 23,798 penonton. Seterusnya kami singgah di Stadium Real Madrid yang boleh memuatkan sehingga 80,000 penonton. Walau pun pada sebelah malamnya ada perlawanan bola sepak diantara Real Madrid menentang Barcelona, namun keadaan stadium nampaknya kosong dan sunyi sahaja. Apa tah lagi pasukan tuan rumah kalah pada Barcelona 3-0. Cerita Karim, orang Sepanyol sangat taksub tentang bola sepak sebenarnya. Jangan terkejut jika ada yang terpaksa ambil cuti jika pasukan mereka kalah.....

Selepas makan tengah hari di restoran India Muslim, kami singgah pula di Hard Rock Cafe.Ada lagi sedikit cenderahati yang ingin kami beli untuk dibawa pulang.




Lewat petang, kami telah pun berada di lapangan terbang Madrid untuk menaiki pesawat pulang ke tanah air. Hampir dua minggu meninggalkan tanah air tercinta, rasa rindu pada makanan sendiri memang terasa. Seperti masa datang, kami menaiki Qatar airways yang berlepas sekitar jam 10.30 malam. Transit di Doha sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA sekitar jam 11.00 malam keesokan harinya ( 1 mac 2019 ).








Kilang Pedang - Toledo



Mosque Hassan II
Masjid Lisbon  
Kota Toledo

Masjid di Madrid

   

No comments:

Post a Comment