Wednesday 11 March 2020

MELBOURNE & AUCKLAND


1 JULAI - 13 JULAI 2019


1 JULAI 2019 - Isnin, Hari Pertama
Percutian  kali ini dah lama di rancang. Disebabkan harga tiket yang kadang
kala mahal, saya tiada pilihan. Terpaksalah transit di Melbourne dua malam sebelum ke Auckland untuk 5 malam. Perjalanan pulang pula  transit lagi di Melbourne  dua malam  sebelum terus pulang ke KL.
Dengan menaiki Airasia, kami berlepas sekitar jam 10.30 malam dari KLIA 2 menuju ke Avalon Airport, Melbourne. Di dalam pesawat, seorang pramugara memaklumkan tentang adanya 'bandung sago pearl milk tea' dengan harga RM 8 sahaja.  Tak banyak katanya, mungkin ada dua sahaja. Siapa dulu dia dapat. Tanpa berlengah, saya pun terus order. Alhamdulillah, ada rezeki saya. "Memang sedap"... hanya itu yang dapat saya katakan.

2 JULAI 2019 - Selasa, Hari Kedua 
Pesawat mendarat sekitar jam 8.00 pagi waktu
Melbourne atau 5.00 pagi waktu Malaysia. Kiranya kami berada selama 7 jam di dalam penerbangan.
Semasa melalui pemeriksaan kastam, kami buka semua beg untuk mereka lihat makanan-makanan yang dibawa. Tiada masalah. Alhamdulillah. Mereka hanya melihat beberapa item sahaja lalu membiarkan kami berlalu. Sebenarnya saya bawa banyak makanan segera tetapi semuanya mempunyai label yang memudahkan mereka untuk membacanya.
Selesai semuanya, kami terus cari kaunter Europcar. Tempahan kereta telah dibuat secara online dua minggu sebelum itu. Kami diberikan kereta Kia Sorento untuk 3hari 2malam dengan bayaran RM 1502.72. Maka bermulalah kembara kami berempat seawal jam 9.00 pagi meneroka daerah di luar kota Melbourne.
Kami memilih Great Ocean Road kerana sepanjang laluan tersebut terdapat
singgah di restoran untuk sarapan pagi
beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Hari awal pagi dan perut mula berkeroncong. Kami singgah di satu restoran untuk bersarapan pagi. Apa lagi yang boleh di makan melainkan kek dan kopi panas. Cukuplah untuk alas perut.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Sewaktu melalui bandar Toquay, banyak kedai-kedai disitu menjual peralatan untuk 'meluncur air'. Tahulah kami bahawa bandar Torquay memang terkenal dengan aktiviti meluncur air. Sempat singgah di pantai yang berdekatan, memang
di Chocolaterie & Ice creamary
banyak orang yang berkunjung di situ bersama 'surfboard' masing-masing. 

Kami singgah di 'Yarra Valley chocolaterie & Ice Creamary' untuk melihat sendiri proses penghasilan coklat. Berada di dalam restorannya yang besar dan cantik, semua pengunjung di situ sedang menikmati coklat sama ada dalam bentuk minuman, kek atau bar. Difahamkan terdapat 250 jenis makanan yang berasaskan coklat yang dijual di situ. Pengunjung juga berpeluang melihat melalui cermin kaca bagaimana coklat dihasilkan.  Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasainya.
Terasa sedikit panas memandang cuaca di luar sangat sejuk. Saya membeli tiga potong kek yang didatangkan dengan coklat cair untuk dituang diatasnya  serta dua minuman coklat. Sangat sedap... itu sahaja yang dapat kami katakan. Berbaloi dengan harga yang perlu dibayar iaitu AUD 46. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Pemanduan bergilir-gilir di antara suami, anak lelaki dan juga saya. Maklumlah kami tak sempat berehat lagi sebaik menjejakkan kaki
coklat bar 1 meter panjang
di bumi Australia ini...

di mana-mana terdapat tempat yang cantik, kami akan singgah. Bergambar atau melepaskan lelah. Hari menjelang petang apabila kami tiba di  'The Twelve Apostles'... satu kumpulan batu kapur yang berdiri teguh di pinggir pantai Port Campbell National Park. Merupakan satu daripada tarikan pelancong ke Melbourne. Sewaktu kami tiba di situ, memang banyak orang yang kebanyakannya dari negera China. Pemandangan waktu petang memang sangat cantik dengan angin bertiup agak kencang. Terdapat laluan khas yang dibina disitu memudahkan
Ukuran jarak dalam minit...unik
pengunjung untuk melihatnya dari kejauhan. Difahamkan memang terdapat 12 batu sekitar tahun 2002 namun berlaku keruntuhan sekitar tahun 2010 menyebabkab bilangannya semakin kurang. Kini dianggarkan hanya ada tujuh sahaja yang jelas kelihatan. Itu merupakan destinasi terakhir kami. 

Kalau dalam perjalanan ke GOR kami melalui jalan pinggir pantai, untuk pulang ke Melbourne kami menggunakan jalan lain. Hari semakin gelap dan kami menuju ke Motel Maroondah, Melbourne dengan
Laluan di The twelve Apostles
berpandukan GPS sahaja. Seharian ini jumlah perjalanan adalah melebihi 400 km... memang memenatkan. Tiba di hotel sekitar jam 9.00 , saya menyediakan makan malam di bilik sahaja. Bilik tersebut lengkap dengan kelengkapan memasak. Seperti biasa, beras dan lauk segera memang saya bawa dari Malaysia.










pelantar tinjau Twelve Apostles
Twelve Apostles...tak cukup 12 dah

banyak pelancong cina
Maroondah Motel, Melbourne



 
Kia sorento yang menemani kami di Melbourne

3 JULAI 2019 - Rabu, Hari Ketiga
sedang mengisi air
Bersarapan di bilik sebelum kami keluar sekitar jam 10.00 pagi. Sebelum itu saya menyediakan bekalan untuk makan tengah hari. Destinasi kami adalah 'Puffing Billy railway' juga salah satu tarikan pelancong di Melbourne. Terdapat beberapa stesen untuk bermula dan kami memilih Belgrave ke Lakeside dengan return ticket RM 600 untuk berempat. Sepanjang perjalanan, tren melalui kawasan hutan hujan serta beberapa perkampungan kecil. Ianya merupakan keretapi wap yang bermula seawal tahun 1900 an bertujuan untuk membangunkan kawasan pedalaman. Asalnya terdapat empat laluan tetapi kini hanya tinggal satu sahaja untuk tujuan 'pelancongan'. Tren ini beroperasi setiap hari kecuali 'krismas' dan diusahakan oleh 900
di dalam koc
orang sukarelawan. Patutlah kebanyakan pekerja yang saya temui adalah orang-orang tua... Kami menghabiskan masa hampir dua jam untuk perjalanan pergi dan balik.
Kemudiannya kami ke 'Margaret Lester Forest Walk' satu kawasan yang terkenal sebagai 'grand picnic ground' untuk berpiknik di situ. Kawasan hutan yang terletak di dalam daerah 'Dandenong Ranges National Park' penuh dengan pokok eucalyptus yang tinggi dan meneduhi kawasan
berkenaan. Banyak meja dan kerusi di situ supaya pengunjung boleh makan sambil memerhati banyaknya burung-burung putih berterbangan kesana kemari. Terdapat juga cafe yang menjual pelbagai jenis makanan serta minuman panas. Sementara suami menunggu di meja, saya dan anak-anak ke cafe mendapatkan kopi panas kerana udara sangat sejuk. Burung-burung di situ sangat banyak mungkin mencecah ratusan barangkali... dan jinak sehingga datang makan di tangan serta bertenggek di atas bahu. Burung kakak tua berjambul kuning rasanya nama dia...haha
Kami menghabiskan masa sejam di situ sebelum bergerak ke 'Lysterfield Islamic mosque' untuk bersolat. Selesai sahaja, terus pulang ke motel dan tiba sekitar jam 5.30 petang  dan hari semakin gelap.




Lysterfield Islamic mosque

4 JULAI 2019 - Khamis, Hari Keempat
Kami keluar sekitar jam 10.30 pagi dengan membawa semua bagasi kerana akan bertolak ke Auckland pada jam 11.45 malam. Hajatnya ingin melihat salji di 'Mount Donna Buang'. Puas meninjau-ninjau di persekitaran namun tiada. Sempat bertemu beberapa orang pelancong dari KL dan  mereka juga kecewa seperti kami... kami hanya memanjat menara tinjau untuk bergambar.  Kemudiannya makan nasi di tempat yang disediakan di situ.
Kami sempat mengisi minyak di
bandar Seville dengan harga aud 1.19 seliter. Kalau di luar bandar, harga minyak agak murah iaitu aud 1.15 seliter. Begitulah kota Melbourne ... harga minyak berbeza walau pun negaranya sama. 
Perjalanan kami teruskan ke 'Brighton bathing boxes' dan kami berada di situ sekitar jam 2.30 hingga 3.30 petang. Masalah timbul ketika kami nak meletakkan kereta di parkir kerana hanya menggunakan master kad. Mujur seseorang telah membantu kami. Merupakan 'pondok' persendirian yang dibina oleh 'Bayside city council'  yang dijual kepada orang perseorangan.Walau pun harganya hanyalah aud 12 000 sekitar tahun 1990 an namun paling mahal pernah dicatatkan adalah aud 285 000

sekitar tahun 2016. Tempat tersebut kini menjadi daya tarikan pelancong kerana warna setiap pondok tersebut sangat menyerlah untuk diabadikan di dalam kenangan. 
Hari menjelang petang apabila kami singgah di 'Australian Bangladesh mosque' untuk bersolat. Sempat menemui beberapa orang Indonesia yang telah  bekerja dan menetap di Melbourne. Seterusnya kami ke Melbourne Airport untuk menaiki 'Jetstar Airways' meneruskan kembara kami di bumi New Zealand pula.

Sewaktu nak pulangkan kereta, staf di situ tidak menerima wang tunai kerana katanya kami ada melalui tol... sebenarnya kami pun tak perasan...  katanya lagi, minyak kereta juga tak penuh... haha
ketika di kaunter untuk check in penerbangan ke Auckland, timbul lagi masalah kerana staf tersebut tidak jumpa visa kami. Bayangkanlah betapa suspennya saya kerana segalanya saya yang uruskan bukan suami .  Saya kata, kalau tak ada visa macam mana saya boleh memasuki berada di Melbourne... 'betul jugak' jawab staf tersebut sambil tersenyum. Pening saya. Puas mencari dan bertanya kawan-kawan dia, akhirnya masalah kami selesai. Hanya kerana kesilapan saya semasa mengisi nama membeli tiket penerbangan ke Auckland. Tetapi staf yang berusia lewat empat puluhan itu sangat membantu...dia betulkan semua nama kami di dalam sistem untuk memudahkan perjalanan pulang dari Auckland ke Melbourne nanti. Alhamdulillah...
atas menara tinjau di Mount Donna Buang
minuman wajib beli di Melbourne

5 JULAI 2019 - Jumaat, Hari Kelima
Kami tiba pada jam 5.00 pagi di Auckland International Airport seperti yang dijangka. Tiada masalah ketika melalui imigresin dan kami terus ke kaunter kereta sewa yang telah ditempah online dengan harga rm 1447.86 untuk enam hari... mereka juga tidak menerima wang tunai. Terpaksalah bayar dengan master kad. 
Di tempat parkir, kami mendapatkan kereta jenis Toyota Corolla. Sebenarnya untuk percutian di Auckland, kami tidak menempah sebarang hotel. Main redah sahaja, singgah mana-mana hotel atau motel yang harganya berpatutan. Lagi pun saya dan suami pernah ke Auckland pada tahun 2010. Perjalanan diteruskan menuju ke Hamilton. Beberapa hotel yang kami singgah
toyota Corolla yang setia
agak mahal sehinggalah sampai di Motel Aglesea dengan harga nzd 165 untuk semalam. Motel tersebut agak selesa, lengkap dengan peralatan memasak. Daripada staf di kaunter sehinggalah pekerja motel, semuanya orang india. Berdekatan motel tersebut terdapat sebuah kedai runcit yang besar. Senanglah saya nak cari roti, telor dan butter. 

Selesai membersihkan diri serta mengemas sedikit barang keperluan, kami keluar ke ' Taitua Arboretum'. Merupakan satu kawasan hutam simpan yang terpelihara. Siap dengan laluan basikal dan pejalan kaki. Bagi pengunjung yang datang bersama anjing pula, mereka dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anjing tersebut. Memandangkan hari menghampiri senja, tidak ramai yang datang kesitu. Kami juga tidak berani untuk
masuk ke dalam hutan tersebut. Sekadar mengambil angin petang sambil memerhati gelagat beberapa orang penunggang basikal yang ada.
Kami ke 'Hamilton West New Masjid' yang sedang dalam penambahbaikan. Kemudiannya pulang semula motel dan singgah di kedai runcit berhampiran membeli sedikit bekalan makanan.

Union Victoria Motel
 
6 JULAI 2019 - Sabtu, Hari Keenam
Kami check out dan bergerak menuju ke Rotorua, satu lagi bandar yang penuh dengan daya tarikan pelancong. Kami  singgah di satu kawasan yang ada meja dan kerusi untuk makan bekal yang saya masak di Aglesea Motel. Tak pasti apa nama tempat tersebut tetapi lokasinya
betul-betul di tepi jalan. Yang hairannya adalah kerana kami disambut oleh sekumpulan ayam kampung. Mungkin ada rumah orang di situ barangkali. 
Destinasi kami adalah 'Hobitton movie tour' di dalam daerah Matamata. Kami dah buat tempahan dengan bayaran rm 900 untuk berempat (jam 11.45 sehingga 1.45 petang). Pengunjung memang ramai. Terpaksa beratur. Kami tinggalkan kereta di kawasan parkir dan dibawa menaiki bas ke kawasan 'Hobitton' tersebut.
'Hobitton Movie Set' adalah kawasan penggambaran bagi filem 'The Lord of The Ring film trilogy' dan 'The Hobbit film series'.  Apabila Peter Jackson mula mencari lokasi untuk filemnya pada tahun 1998, beliau terus jatuh cinta pada  ladang tersebut kerana menggangapnya sebagai 'a slice of ancient England'.
Diperkenalkan dengan konsep 'guided tour' kawasan seluas 14 ekar itu memerlukan masa dua jam untuk diteroka. Pengunjung juga dinasihatkan supaya membuat penempahan awal kerana bilangan
Tour guide...baru 18 tahun
pengunjung yang sentiasa banyak. Terdapat sebuah pokok tiruan yang sangat besar dan tiada siapa yang menyangkanya jika tidak diberitahu. Mereka membinanya dengan sangat teliti dan terdapat adegan yang diulang berpuluh kali hanya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Diakhir lawatan, pengunjung diberikan 'wain' percuma sebagai tanda terima kasih...dah tentu kami tak minum kerana tiada pulak coke atau orange yang disediakan...huhu
Disebabkan kami tidak menempah hotel online, terpaksalah merayau-rayau mencari hotel. Beberapa buah yang ditemui sama ada mahal atau dah penuh. Akhirnya membawa kami ke Union Victoria Motel. Bangunan dua tingkat yang tidak berapa besar dengan harga nzd 190
semalam membuatkan kami terus bersetuju. Terdapat dua katil queen di dalamnya. Satu di dalam bilik, satu lagi di ruang tamu. Lengkap dengan set meja makan serta peralatan dapur. Petang itu saya menyediakan makan malam sambil kami cuba membuat tempahan hotel secara online. Lebih mudah sikit rasanya. Ada dua lagi bandar yang akan diteroka iaitu Waitomo dan auckland.










7 JULAI 2019 - Ahad, Hari Ketujuh 

Seperti biasa, saya akan menyediakan sarapan di bilik serta bekalan untuk makan tengah hari sebelum daftar keluar hotel. Masih lagi di Rotorua kerana ada dua tempat menarik untuk dituju. Kami tiba awal di Te Puia sekitar jam 9.45 pagi. Tiket masuk adalah nzd  288 untuk 4 orang. Meliputi kawasan seluas 70 hektar terletak dalam kawasan 'Te Whakarewarewa Geothermal Valley'. Di sinilah terdapatnya 'Pohutu geyser', 'mud pool' serta 'national schools of
wood carving' serta burung kiwi yang dikatakan semakin pupus. Dikatakan tempat ini telah wujud sejak 170 tahun lalu dan masih dipelihara sehingga kini bahkan semakin bertambah baik.
Ini kali kedua saya dan suami ke mari. Tidak banyak berubah kecuali sebuah bangunan yang besar dan cantik yang menempatkan barang-barang ukiran
Anak lelaki pun nak join..
kaum maori.  Pengukir-pengukirnya pula sedang sibuk membuat kerja masing-masing dan kami hanya dapat melihat dari jauh. Semasa kali pertama  ke mari pada tahun 2010, saya boleh berbual dengan pengukir-pengukir tersebut. Mereka menghasilkan ukiran pasa sampan atau kayu untuk perhiasan. Terdapat juga beberapa orang yang sedang menganyam bakul daripada
pohutu geyser
mengkuang atau untuk dijadikan perhiasan.
Tidak lama kemudian kami mendengar bunyi suara yang sangat kuat tanpa menggunakan mikrofon dengan bahasa yang tidak difahami. Perhatian kami tertumpu di satu kawasan lapang dihadapan sebuah dewan besar. Beberapa orang maori sedang menyanyi sambil menari. Akhirnya menjemput kami masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan
tarian kebudayaan kaum mereka. Seperti biasa, pakaian mereka penuh dengan manik-manik dan sedikit seksi...haha
Selesai pertunjukan, kami berjalan kaki menuju ke Pohutu geyser...satu kawasan pancutan air panas yang boleh dilihat hampir sepanjang tahun. Lima belas tahun lalu, dikatakan air panas tersebut telah memancut sehingga 250 hari. Ketinggiannya berubah-ubah tetapi boleh mencapai sehingga 30 m. Anugerah tuhan yang terindah...tidak jauh pula terdapat kolam lumpur yang menggelegak. Boleh bayangkan betapa panasnya...Allahu. Lumpur tersebut pula dikatakan mempunyai banyak khasiat menyembuhkan penyakit kulit.
kolam lumpur menggelegak

Selain burung kiwi, kami juga melihat contoh rumah orang maori di situ. Tepat jam 1.00 petang, kami keluar dan menuju ke 'Velocity Valley'. Kawasan tersebut menawarkan beberapa permainan yang mencabar keberanian seseorang. Anak lelaki saya mencuba 'bungy jump' yang hanya menggunakan kren. Jadi, tidaklah setinggi bungy jump di Seoul. Harga tiket memang mahal iaitu nzd 129 seorang. 
Kemudian kedua-dua anak remaja saya mencuba 'swoop' dengan harga nzd 98 untuk berdua. Memang  mencabar. Kedengaran jeritan mereka yang sangat kuat walau pun dari bawah. Untuk mendapatkan video bagi kedua-dua game tersebut, saya perlu
membayar nzd 40. Memang keluar duit betul...haha

Sebelum pulang, kami sempat melihat beberapa ekor burung unta dan lembu liar yang dibiarkan bebas di dalam kandang. Melihatkan tanduknya yang bergulung sudah cukup menakutkan. Besar betul... Perjalanan diteruskan menuju ke pekan kecil 'Waitomo'.  Kami telah menempah secara online 'Cave Motor Inn' yang hanya satu jam setengah dari Velocity Valley. Harganya hanya nzd 150 semalam.
Cave Motor Inn  menyerupai chalet-chalet yang terletak di kawasan berbukit. Seronoknya, kereta boleh diparkir sebelah bilik sahaja.
Di dalamnnya terdapat dua katil queen, sebuah katil bujang, dua bilik air, satu set meja makan serta kelengkapan memasak. Sangat selesa.Terdapat verandah, tetapi udara yang sangat sejuk menghalang kami untuk menghirup udara luar.  

ready ber'swoop'
 
tergantung di awangan


di dalam gua
8 JULAI 2019 - Isnin, Hari Kelapan
Hanya tak sampai 7 km dari  Cave Motor Inn kami menuju ke 'Waitomo  cave' untuk meyaksikan satu lagi keajaiban ciptaan Allah swt. Pukul 11.00 pagi kami memasuki kawasan gua tersebut dengan tiket nzd 53 seorang dipandu oleh seorang 'tour guide'. Melalui lorong-lorong yang kecil dan gelap, pengunjung dilarang mengambil gambar. Dikebanyakan dinding atau bumbung gua, kami dapat melihat cahaya menyerupai kerlipan bintang. Sangat cantik
bercahaya. Seterusnya kami dibawa menaiki bot menyelusuri sungai kecil di dalam gua tersebut sambil mata memerhati kearah bumbung gua..jutaan 'gloworms' terdapat disitu... Subhanallah... MasyaAllah... Alhamdulillah... hanya itu yang terucap memandangkan indahnya pemandangan saat itu. Kami terpegun, seolah sedang melihat kerlipan bintang-bintang kecil di langit yang sangat dekat dengan kita berbanding langit di luar sana. Sebenarnya
saya tidak pasti adakah 'glow worms' ini terdapat di tempat lain juga...wallahualam
Walau apa pun, itu adalah pengalaman paling berharga bagi kami sekeluarga. Selain geyser yang telah kami lihat di Rotorua tempoh hari. Keluar dari gua, kami ke kedai untuk menempah gambar secara online dengan bayaran nzd 20. Gambar tersebut akan di emailkan sahaja.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke hotel 'Oakwood Manor Motor lodge'
yang terletak di Auckland... kira-kira dua jam pemanduan dari Waitomo. Tempahan dibuat secara online dengan bayaran nzd 256 untuk dua malam. Kereta boleh di parkir di hadapan bilik sahaja, mudah. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan... terdapat dua katil queen. Satu di dalam bilik dan satu lagi di ruang tamu. Kelengkapan memasak juga disediakan... sempatlah saya sediakan makan malam sebelum melelapkan mata. Terdapat juga tempat untuk membasuh pakaian 'layan diri'. Nzd 2 untuk mesin basuh dan nzd 2 untuk mesin mengering.
Sempatlah  saya mendobi  kerana nak tidor pun hari masih awal.

9 JULAI 2019 - Selasa, Hari Kesembilan
Selepas sarapan pagi di bilik, kami ke bandaraya Auckland, kira-kira 25 km dari hotel penginapan. Destinasi adalah 'Mission bay'. Kali ini kami hanya nak rehatkan fikiran sambil menikmati keindahan pantai di bumi New Zealand.  Disebabkan cuaca yang sangat sejuk, tiada yang berani mandi di laut. Semua yang datang hanya bersiar-siar sementara banyak kanak-kanak yang bermain di situ. 
Kemudian kami ke Queen Street sekadar 'window shopping' sambil merakam gambar. Terjumpa pulak kedai halal 'Kiwi restoran'. Teruslah kami singgah untuk makan 'fish & chip'.
Sempat pula berbual dengan dua orang pelajar malaysia yang menuntut dalam bidang 'akaun' di universiti Auckland tak jauh dari situ. 
Di situ juga terdapat 'Auckland CBD mosque'  yang terletak di dalam dalam kawasan bangunan kedai. Tidaklah besar mana...kami masuk untuk bersolat sebelum meneruskan perjalanan menuju ke 'Auckland Harbour Bridge' untuk merakam gambar. Kemudian pulang  ke hotel apabila hari lewat petang.


10 JULAI 2019 - Rabu, Hari Kesepuluh  
Hari terakhir kami di bumi kiwi ini. Sedeh. Hajat hati, saya ingin ke mari lagi jika Allah izinkan. Sangat tenang rasanya sepanjang berada di sini. Kami check out menuju ke 'Westfield st luke mall' . Ingin mencari sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Puas meronda-ronda di mall akhirnya kami terus ke airport. 
Kami tiba pukul 3.30 petang  di airport . Terus pulangkan kereta sewa. Kami
membeli minuman panas dan makan makanan yang saya sediakan di bilik sebelum keluar tadi. Sementara menunggu pesawat, sempat pulak  berbelanja di 'all black shop'... nak menghabiskan duit nzd katanya... original lagi.
Pesawat berlepas sekitar jam 8.40 malam tanpa sebarang masalah. 
Kami tiba pada jam 11.25 malam di Melbourne airport. Kali ini kami telah menempah teksi secara online. Puas mencari-cari dan berpusing-pusing, akhirnya kami bertemu dengan pemandu teksi tersebut yang duduk di satu penjuru. Seorang pemuda india yang agak pendiam terus membawa kami ke Miami hotel yang telah kami tempah secara online ...rm 745 untuk dua malam.

berlatarbelakangkan Harbour Bridge
jumpa masa ronda-ronda di Auckland

dalam mall

pulangkan kereta sewa
11 JULAI 2019 - Khamis, Hari Kesebelas
Untuk kali ini kami tidak menyewa kereta. Hajatnya hanya ingin naik tren percuma yang ada di dalam kotaraya Melbourne sahaja. Lagi pun hotel Miami terletak di pinggir bandar. Dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong yang boleh dikunjungi dengan tren atau berjalan kaki sahaja. 
Pukul 11.00 pagi, kami berjalan kaki ke 'Queen Victoria Market'. Dalam setengah jam sahaja sambil merakam gambar di sana sini. Bermacam-macam benda ada di situ ...segalanya. Sebut sahaja apa nak. Kami mencuba 'fish n chip' di kiosk yang ada di disitu. Tempat makan di situ sama seperti negara kita...selepas itu kami pulang semula ke hotel.

Pukul 3.00 petang  kami keluar lagi. Kali ini menaiki tram percuma menuju ke 'Hosier Lane'. Tempat tersebut dikatakan menjadi tumpuan pelancong kerana terdapat banyak 'lukisan mural' di situ. Benar seperti yang dijangka, bermacam-macam lukisan ada. Daripada gambar bunga sehinggalah ke potret artis terkenal. Mereka abadikan untuk tatapan umum. Sebelum pulang, sempat beli burger di kiosk halal yang ada di situ.






12 JULAI 2019 - Jumaat, Hari Keduabelas
Kami check out pukul 12.00 tengah dari Miami hotel. Disebabkan penerbangan adalah pada jam 9.45 malam, lalu kami tinggalkan semua bagasi di ruang menyimpan yang disediakan pihak hotel. Masih ada masa untuk meronda di sekitar kota Melbourne buat kali terakhir dengan menaiki tram percuma. Kami turun di mana-mana lokasi yang kelihatan banyak orang. Sekadar merakam gambar atau melihat gelagat orang ramai yang ada. Kebetulan hujan rintik-rintik dan angin bertiup sangat kuat menjadikan udara bertambah sejuk. Kami melalui satu deretan kedai makanan yang menjual pelbagai makanan tak halal termasuklah daging buaya...  meloyakan. Haha
Pkul 3.00 petang, kami panggil uber untuk ke
Avalon Airport. Segalanya berjalan lancar dan kami selamat menaiki pesawat pada jam 9.45 malam. Kami selamat tiba di KLIA 2 pada keesokan harinya sekitar jam 4.00 petang. Banyak kenangan selama lebih sepuluh hari berkembara di negara orang. Walau apa pun, benda yang paling saya rindui adalah makanan tempatan. Kebiasaannya, kami akan singgah makan dahulu sebelum pulang ke rumah. Rindu nasi lemak... rindu roti canai... rindu teh tarik .. segalanya...




















1 comment: